Showing posts with label DAP Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label DAP Pulau Pinang. Show all posts

Monday, 7 November 2016

Lepas Jawatan Ketua Menteri, Tak Perlu Umum Pengganti - Datuk Huan Cheng Guan


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sepatutunya tidak perlu menamakan penggantinya, sebaliknya beliau sendiri perlu segera meletakan jawatanya tanpa menunggu keputusan mahkamah atau pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan Guan Eng mengamalkan dwi standard apa bila masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri di sebalik kes rasuah yang dihadapinya.

menurutnya, sekiranya situasi sama dihadapi pemimpin BN kerana menghadapai tuduhan rasuah di mahkamah, pembangkang paling lantang mendesak individu berkenaan melepaskan jawatan seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo.

"sebab itu Guan Eng sepatutnya tidak perlu merayu penyokong DAP memberi sokongan kepada Kon Yeow, sebaliknya beliau sendiri perlu meletakkan jawatan "katanya.

beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang juga setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, dalam konvensyen DAP negeri semalam menyeru ahlo parti memberi skokongan kepada Kon Yeow sebagai peggantinya.

guan Eng ketika ini berdepan dua tuduhan rasuah di Mahkamah membabitkan pembelian banglonya
di Jalan Pinhorn selain keas pertukaran status tanah. 



Wednesday, 5 October 2016

Rakyat Pulau Pinang dinafikan hak unutk memilliki rumah


Sidang media yang dilakukan di Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru

Ia adalah ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang pada awalnya telah meluluskan permohonan mereka untuk membeli rumah kos rendah dan pemaju pun telah panggil mereka untuk cabut undi unit tapi malangnya Pejabat SUK telah batalkan permohonan dengan alasan yang tak boleh diterima

Ini adalah satu bentuk penganiayaan terhadap pembeli yang rata-ratanya orang melayu yang hendak membeli rumah kos rendah yang telah dibangunkan oleh JKP.

Mereka dinafikan hak untuk membeli rumah KOS RENDAH berharga RM 42,000 seunit yang dibina oleh JKP Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah milik Kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk menentukan pembeli bagi Rumah Kos Rendah (KR) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) walaupun dimajukan oleh pemaju swasta atau agensi Kerajaan Pusat.

Sejak 2008 sehingga kini Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi membina rumah Kos Rendah(KR) atau Rumah Mampu Milik Jenis A (nama barunya mengikut Kerajaan DAP Pulau Pinang).

Rancangan pembangunan perumahan Mampu Milik oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikatakan akan menyaksikan pembinaan lebih kurang 22 ribu unit perumahan tidak akan melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah. Jelas sekali, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah berniat untuk membina Rumah Kos Rendah di masa depan.

Mungkin Kerajaan DAP Pulau Pinang merasakan pembinaan dan penawaran rumah-rumah Kos Rendah (KR) kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 tidak menguntungkan mereka, maka tiada keperluan untuk merancang dan membina rumah sedemikian.

Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih menumpukan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik yang dijual dalam julat harga RM200,000 ke RM400,000 seunit, walaupun senarai menunggu permohonan untuk rumah KR masih berjumlah puluh ribuan.

Projek Perumahan Mampu Milik berjumlah 1900 unit oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di atas tanah milik MBPP di Jalan SP Chelliah juga tidak melibatkan pembinaan Rumah KR.







Tuesday, 17 May 2016

Sejak Bila Kerajaan DAP Pulau Pinang merestui konsesi TOL ?



Jadi, bukan sahaja Rahman Dahlan bertanyakan soalan-soalan.
Banyak NGO juga kini menanyakan soalan-soalan yang sama juga.
--------
Sama ada RM305 juta, RM6.3 bilion atau RM20 bilion, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertanya sama ada Pulau Pinang memerlukan terowong itu, tambahan kepada dua jambatan merentasi Selat Selatan.

NGO dan kumpulan alam sekitar yang mengambil berat menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang membayar projek itu dengan 44.5 ha (4,789,940 kaki persegi) tanah negeri utama tepi pantai dan membenarkan pemegang konsesi mengutip tol 30 tahun dari terowong tersebut.

Sejak bila pula pakatan pembangkang sudah tidak membantah konsesi tol?

Menurut NGO-NGO itu, tanah tepi pantai di Pulau Pinang dijual melebihi RM1,000 sekaki persegi (pada apabila projek terowong diumumkan pada tahun 2013). Ini bermakna nilai tanah yang diberikan sudah boleh menjadi sehingga RM4.8 bilion dengan potensi nilai pembangunan kasar sebanyak RM25 bilion.

Oleh kerana tanah berharga itu telah diberi, pengkritik telah mempersoalkan mengapa kerajaan negeri akan membenarkan syarikat konsesi tol untuk mengutip lebih 30 tahun.

http://www.theheatmalaysia.com/Main/Penang-s-tunnel-vision-with-mega-project

Kredit - wakeup malaya