Showing posts with label Datuk Huan Cheng Guan Dedah Penyelewengan Rumah Kos Sederhana Di Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Datuk Huan Cheng Guan Dedah Penyelewengan Rumah Kos Sederhana Di Pulau Pinang. Show all posts

Wednesday, 14 December 2016

Berapa jumlah sebenar rumah yang dijual kepada warga asing Sebelum Perang di Zon Warisan?


GEORGETOWN - Pemuda Gerakan Pulau Pinang menggesa Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tentang jumlah rumah sebelum perang yang telah dibeli rakyat asing di zon warisan di sini.

Penolong setiausahanya, Loh Kit Mun berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah memberikan jumlah berbeza semasa memberi jawapan berhubung perkara itu
.
"Semasa sidang dewan negeri pada Mei 2016, Kon Yeow berkata sejumlah 18 rumah di zon warisan telah dibeli rakyat asing.

"Bagaimanapun, semasa sidang dewan pada November lepas, ketua menteri berkata jumlah unit yang dijual adalah 60 dan jumlah itu direkodkan sejak 2008 hingga Mei 2014," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam tempoh enam bulan, kedua-duanya memberikan jawapan berbeza, jumlah itu meningkat tiga kali ganda daripada 18 kepada 60 rumah. Boleh tak kita kata jumlah itu akan meningkat tiga kali ganda kepada 180, 540 rumah dan seterusnya," katanya.

Kit Mun mempersoalkan ketelusan, akauntabiliti dan kompetensi kerajaan negeri memandangkan maklumat yang diberikan mengelirukan dan rekod yang diberikan juga tidak lengkap.    

"Kenapa hanya tunjuk jumlah setakat Mei 2014, adakah ini bermakna pada 2015 dan 2016, tiada transaksi dan jika tiada di mana rekod transaksi hartanah bagi 2015 dan 2016 dalam zon warisan," katanya. - Bernama

Thursday, 6 October 2016

Datuk Huan Cheng Guan Dedah Penyelewengan Rumah Kos Sederhana Di Pulau Pinang


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Major (B) Huan Cheng Guan, hari ini mendedahkan segelintir 'orang kaya' tinggal dan melabur di atas unit rumah kediaman kos sederhana di Pulau Pinang yang dikhaskan kepada pembeli rumah pertama.

Hasil siasatan PCM ke atas Pangsapuri Kos Sederhana Murah yang berusia dua tahun mendapati beberapa kenderaan mewah seperti motorsikal BMW GS Superbike berharga RM114,900, motorsikal Triumph Street Triple Superbike berharga RM53,900, motorsikal KTM 1050 Adventure Superbike berharga RM68,888 dan keluaran terbaru pacuan 4 roda Toyota Hilux Double Cab 2.8 G berharga RM133,900.

Menurut Datuk Huan, hampir kesemua kenderaan yang terdapat di parkir Pangsapuri berkenaan berharga sekurang-kurangnya RM80,000.

Harga kenderaan berkenaan berharga jauh lebih tinggi daripada harga Pangsapuri berkenaan iaitu RM72,500 (harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ke atas pemaju bagi Pangsapuri Kos Sederhana).

PCM akan melaporkan penyelewengan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Jabatan Perumahan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh ADUN DAP Jagdeep Singh Deo.


Kerajaan Pulau Pinang digesa memberi penjelasan segera kepada rakyat berhubung pemilik rumah kos sederhana rendah yang menjual rumah mereka kepada pihak ketiga.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Kerajaan Pulau Pinang juga didesak agar menjalankan siasatan terhadap beberapa pemilik rumah yang menyewa rumah mereka kepada penyewa lain.

Menurutnya, tindakan menjual dan menyewa kepada pihak lain nyata menyalahkan undang-undang yang pernah dinyatakan Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo sebelum ini.
"Dari tinjauan dan siasatan yang kita lakukan, jelas ada pemilik rumah di Centrio Avenue Apartment, Gelugor yang menyewa dan menjual unit rumah mereka kepada pihak ketiga. Merujuk kepada sebuah portal pembelian dalam talian, beberapa pemilik rumah menawarkan kadar sewa rumah mereka sehingga RM850 sebulan. Ada juga yang mengiklankan untuk menjual rumah mereka sehingga RM348,000.

"Selain itu, dari tinjauan PCM di tempat meletak kenderaan pangsapuri berkenaan mendapati, terdapat banyak kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi diletakkan di sana. Ia jelas menunjukkan, pemilik rumah berkenaan bukan dikalangan mereka yang tidak berkemampuan," katanya kepada media. 





Cheng Guan berkata, menurut laporan akhbar dua tahun lalu, Jagdeep pernah memberi amaran kepada pembeli agar tidak menyewa atau menjual rumah yang dimiliki kepada pihak lain.
"Jika semua kenderaan disitu bukan milik pemilik rumah sekalipun, adakah ia milik penyewa? Persoalannya, adakah rumah yang disediakan Kerajaan Pulau Pinang dibenarkan untuk disewa? Mengapa kerajaan negeri tidak siasat perkara ini? Atau mereka tahu tetapi tidak mengambil tindakan? Jika benar kesemua kenderaan disitu milik pemilik, jelas mereka adalah dikalangan yang berkemampuan kerana kereta dan motosikal disitu berharga ratusan ribu ringgit.

"Setahu saya, pemilik tidak boleh menjual atau menyewa rumah ini sebelum 10 tahun ia dibeli. Namun pangsapuri ini baharu berusia dua tahun, mengapa sudah diiklankan? Kita mahu kerajaan negeri jelaskan kepada pemohon yang tidak dapat rumah tentang perkara ini. Kita juga mahu kerajaan negeri jelaskan mengapa mereka yang betul-betul layak tidak dapat rumah ini. Kita juga mahu tahu kelayakan untuk membeli rumah yang disediakan Kerajaan Pulau Pinang ini," katanya.


Terdahulu, Jagdeep dilaporkan memberi amaran kepada pemilik rumah kos rendah dan sederhana rendah agar tidak menjual dan menyewa rumah mereka sekiranya tidak mahu diarah keluar dari rumah mereka.
Menurut Jagdeep, perkara itu jelas terkandung dalam borang permohonan PN1 yang memerlukan pemilik tinggal di rumah yang dibeli.

Susulan daripada itu, Cheng Guan akan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.
"Saya percaya dengan kredibiliti SPRM untuk menyiasat isu ini dengan lebih mendalam sama ada wujud unsur rasuah atau sebaliknya. Biar SPRM siasat kerana saya merasakan, ia tidak adil untuk golongan tidak berkemampuan yang benar-benar mahu memiliki rumah itu.

"Tidak adil kerana mereka yang mampu diberi peluang untuk memiliki rumah kos sederhana rendah. Kerajaan Pulau Pinang sering melaungkan amalan CAT (cekap, akauntabiliti dan telus), tetapi dalam kes ini, saya tidak nampak ketelusan mereka. Mereka cakap tak serupa bikin," katanya.



Cheng Guan bersama ahli PCM menunjukkan bukti berhubung rumah kos sederhana rendah yang diiklankan pemilik kepada pihak ketiga.