Showing posts with label Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Tindas Pengusaha Hotel Bajet/Guest House. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Tindas Pengusaha Hotel Bajet/Guest House. Show all posts

Monday, 17 October 2016

Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang Tindas Pengusaha Hotel Bajet/Guest House



Pengusaha Rumah tumpangan dan hotel bajet sekitar Pulau Pinang harini mengadakan Protes terhadap Majlis Bandaraya Pulau Pinang berhubung undang-undang baru yang didakwa membebankan dan yuran dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan mereka sukar untuk meneruskan perniagaan mereka.

Pengendali Himpunan itu  berkata caj yang dikenakan ke atas mereka adalah tidak adil kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengenakan caj rumah tumpangan dan hotel biasa sebagai setaraf.

Selain membayar RM7,200 setahun untuk " lesen sementara", pengusaha rumah tumpangan dan hotel bajet itu berkata mereka kini terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada arkitek untuk membetulkan pelan bangunan mereka.

Tony Yeoh, seorang jurucakap bagi rumah tumpangan yang terjejas berkata, adalah tidak adil bagi pihak berkuasa tempatan untuk  mengenakan caj yang sama seperti hotel biasa kerana kebanyakan pengusaha hanya mempunyai kurang daripada 10 bilik.

beliau berkata undang-undang tersebut tidak adil buat mereka kerana kadar sewa bilik mereka lebih rendah dari hotel-hotel biasa. caj permit operasi sementara mereka "terlalu tinggi" dan telah "sewenang-wenangnya" yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri tanpa berunding dengan mereka.

selanjutnya sila KLIK SINI