Showing posts with label Khoo kay kim meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Khoo kay kim meninggal dunia. Show all posts

Tuesday, 28 May 2019

#Takziah Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

Negara kehilangan Tokoh sejarah dan budayawan terkemuka tanah air, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia pagi ini pada usia 82 tahun.Kay Kim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat masalah jantung hari ini.

Kay Kim yang berusia 82 tahun dan merupakan pensyarah Jabatan Sejarah di Universiti Malaya, meninggal dunia kira-kira pada pukul 10.45 pagi tadi

Anak kelahiran jati Perak ini dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.Mendiang juga antara individu yang menggubal Rukun Negara.

Berita itu disahkan oleh anak Kay Kim, Eddie Khoo

Beliau berkata satu kenyataan berhubung khabar menyedihkan itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.