Showing posts with label Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Show all posts
Showing posts with label Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Show all posts

Monday, 16 September 2019

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

KEPALA BATAS 16 Sept. - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hari ini secara rasmi dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas mengumumkan perkara itu pada majlis penyerahan surat cara pengisytiharan MBSP di Dewan Millenium, di sini hari ini.
Dengan pengisytiharan itu, Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi negeri pertama yang kedua-dua pihak berkuasa tempatannya (PBT) bertaraf bandar raya.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.
Upacara majlis perisytiharan itu bermula dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat cara perisytiharan itu kepada Abdul Rahman.