Showing posts with label Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Show all posts
Showing posts with label Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Show all posts

Monday, 13 May 2019

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris (EPL)


MANCHESTER City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Brighton & Hove Albion dengan 4-1 dalam perlawanan akhir, lewat malam Ahad.

Stadium AMEX di Brighton, Britain menyaksikan momen bersejarah itu dengan City mengutip 98 mata, manakala Liverpool dengan 97 mata.

Empat gol Manchester City merupakan hasil jaringan Sergio Aguero pada minit ke-28, diikuti Aymeric Laporte 10 minit kemudian.

Dua lagi jaringan menerusi aksi Riyad Mahrez pada minit ke-63, dan gol Ilkay Gundogan mengesahkan kejuaraan Manchester City pada minit ke-72.

Gol tunggal Brighton pula mendahului jaringan dalam perlawanan City-Brighton oleh Glenn Murray pada minit ke-27. - Mail Online UK