Showing posts with label Mohd Norhiesam. Show all posts
Showing posts with label Mohd Norhiesam. Show all posts

Thursday, 30 May 2019

#AgihBantuanZakat Peruntukan zakat bukan untuk dipolitikkan - Mohd Norhiesam


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) diminta agar lebih peka, sensitif dan dapat memberikan garis panduan tentang hal agihan zakat ini supaya tidak terus menjadi fitnah dalam masyarakat.


Ia berikutan tindakan beberapa pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan beragama Islam yang dilihat 'sibuk' mengagihkan hamper zakat kepada asnaf yang jelas mereka tidak peka dan sensitif dengan agama Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, pihaknya kecewa dan sedih atas isu yang ditularkan berkaitan tindakan ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang telah memuatnaikkan gambarnya mengagihkan hamper zakat di Pulau Tikus, sebelum ini.