Showing posts with label Muhammad Farid Saad. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Farid Saad. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

Laporan Projek Dasar Laut GAGAL, Ketua PAC Pulau Pinang Harus Di Tukar


GEORGE TOWN: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Pulau Pinang harus dipengerusikan oleh parti bukan DAP demi memastikan ketelusan, gesa seorang anggota jawatankuasa itu.

Langkah ini perlu diambil supaya siasatan keatas projek RM6.3 bilion terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang berjalan ketika ini tidak dianggap berat sebelah.
“PAC sepatutnya membentangkan laporannya dalam sidang Dewan ini,” kata Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang merupakan salah seorang anggota PAC negeri.
Beliau merujuk kepada laporan yang gagal dibentangkan dalam dewan legislatif negeri itu buat kali kedua.

“Adalah mustahak isu terowong dasar laut ini diteliti,” katanya semasa membahaskan usul terima kasih ucapan Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Farid berkata apabila isu ini menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan apabila wakil rakyat PKR – sekutu DAP dalam satu perikatan – juga tidak berpuas hati dengan kegagalan laporan itu dibentangkan.

“Sepatutnya seorang wakil rakyat PKR dilantik sebagai pengerusi PAC untuk meneliti projek ini,” katanya.

Pengerusi PAC negeri ketika ini merupakan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dari DAP.
Selain daripada Tanasekharan dan Farid, ia juga dianggotai oleh Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Dr T Jayabalan (PKR-Batu Uban), Mohd Salleh Man (PAS-Permatang Pasir), Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh), Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) dan Shah Headan Ayoob Hussain (BN-Teluk Bahang).

Semalam di dalam Dewan, Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) membidas PAC kerana gagal membentangkan laporan siasatannya walaupun diarah berbuat demikian enam bulan lepas.
“RM130 juta telah dibayar sebelum projek itu dilaksanakan atau disiapkan. Kemudian kamu kata: ‘Tunggu, ada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) pula!’.

“DEIA sepatutnya siap 16 April, dan laporan PAC masih tak siap,” kata Kah Peng.
Beliau berkata ADUN menghadapi kesukaran untuk menjelaskan isu terowong dasar laut ini tanpa laporan daripada PAC.