Showing posts with label PPIM. Show all posts
Showing posts with label PPIM. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

kedai dobi ‘mesra Muslim’ bukan isu besar - PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.
“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.

Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.
“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.
Dalam temubual bersama The Star hari ini, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.

Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.
Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.
Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.

“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.
“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.
“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya.

Thursday, 1 June 2017

3759 Salah guna nama Islam untuk lariskan produk


UALA LUMPUR 30 Mei - Lebih 40 aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.

 Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan istilah yang digunakan itu membawa kekeliruan kepada pengguna kerana status jenama produk berkenaan diragui.

Berikutan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) untuk mencari kaedah baharu dalam menangani isu tersebut.


“Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan arahan kepada pengeluar produk menggunakan pengkelasan atau label untuk spesifikasikan produk sama ada ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim atau tidak.


“Jadi, jika status produk tersebut sudah diketahui, ia terpulang kepada pengguna pula sama ada untuk membeli barangan tersebut atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Nadzim, penggunaan jenama produk tersebut juga tidak sejajar dengan aspek perbahasaan halal yang tertakluk pada Akta Perihal Dagangan.


“Dalam aspek ini, jenama produk seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan bahawa produk itu halal.


“Status jenama produk seharusnya diperjelaskan supaya tidak memberi maksud yang tidak benar,” ujarnya.

Sehubungan itu, PPIM juga akan membuat semakan dengan SSM untuk memberi maklumat yang benar mengenai produk yang menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna.


“Sesetengah pengguna Islam amat prihatin terhadap apa yang mereka makan.


“Jadi, sebarang aduan yang diterima mengenai kekeliruan status produk atau jenama akan terus dirujuk kepada SSM untuk semakan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE