Showing posts with label PPS. Show all posts
Showing posts with label PPS. Show all posts

Tuesday, 20 June 2017

Kematian Nhaveen: Apa Kerajaan DAP Buat Untuk Halang? Mana Pasukan Peronda Sukarela DAP?

Dalam satu tindakan bodoh yang amat menakjubkan, DAP menyalahkan kematian remaja Nhaveen terhadap kerajaan persekutuan Barisan Nasional.
Jagdeep Singh Deo dalam akaun Facebook beliau berkata bahawa “pokok kepada perkara ini ialah bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal kepada keluarga ini dengan tidak menghalang kejadian ini.”
Nhaveen meninggal dunia selepas diserang oleh remaja lain di negeri yang dikendalikan DAP, Pulau Pinang. Dia tidak pernah sedar semula.
Bagaimana anda menyalahkan Kerajaan Persekutuan untuk sesuatu yang berlaku di belakang rumah anda? Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Volunteer Patrol Force (Pasukan Peronda Sukarela – PPS) sendiri dengan tujuan publisiti untuk membantu Polis Diraja Malaysia memerangi jenayah, di sebalik Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga yang telah sedia ada secara sah yang ditubuhkan di bawah Akta Rukun Tetangga.
Walau bagaimanapun, PPS hanyalah Sturmabteilung Hitler (Storm Detachment) versi DAP atau lebih dikenali sebagai Braunhemden (Brown Shirts). PPS, atau ‘Penyangak Purple Shirt’, telah digunakan terutamanya untuk melakukan kerja-kerja parti DAP, menakut-nakutkan penduduk, dan melakukan halangan.
Pasukan ungu Tokong ini menyerang Ong Eu Soon, seorang aktivis Pulau Pinang yang telah lantang terhadap kerajaan Tokong. Ong Eu Soon, yang berada di sebuah pembekal surat khabar di Air Itam pada satu malam, telah didatangi oleh sepuluh orang anggota PPS termasuk Lee Chan Kwong dan Lee Yew Kuen yang menyerangnya dengan topi keledar motosikal mereka.
Ini semua ‘kepimpinan melalui teladan’. Sama seperti bagaimana Tokong percaya beliau berada di atas undang-undang, PPS berpendapat bahawa mereka mempunyai lesen untuk menghapuskan halangan kepada pentadbiran Tokong ini. Dan seperti Tokong yang tidak percaya dalam kebebasan akhbar, mereka juga menyerang wartawan. Seorang anggota PPS, Lim Ah Chye, didapati bersalah kerana menyerang Timbalan Ketua Jenayah Guan Ming Daily, Ang Kean Siang, dan memusnahkan kameranya. Ah Chye juga mengganggu Ang Kean Siang dan teman wanitanya dengan mengancam mereka dengan kematian jika Ang Kean Siang menolak untuk menarik balik laporan polis.
PPS memandang tinggi pentadbiran Pulau Pinang yang diterajui dan dikawal oleh DAP. DAP terkenal dengan buli bukan sahaja ahli-ahlinya sendiri yang menentang kehendak Tokong, tetapi juga wakil-wakil daripada rakan parti supaya mengikuti kehendak Tokong sebagai seorang Ketua Menteri, satu jawatan yang dikatakan mahu diisi oleh Maharaja Lim Kit Siang apabila anak Tokong beliau masuk ke dalam penjara kerana amalan rasuah.
Tokong buli 1
Tokong buli 2
Tokong akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa bagi memenuhi ketamakannya tidak kira sama ada dia melanggar undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu adalah tidak menghairankan bahawa walau warga asing kelahiran Malaysia boleh sengaja diletakkan sebagai calon pilihan raya.
Sudah ada orang-orang yang mahu membendung keterlaluan Tokong ini. ADUN DAP Tanjung Bungah mengusulkan supaya penggal bagi Ketua Menteri dihadkan kepada hanya dua penggal, secara efektifnya mengakhiri pemerintahan Tokong dengan pilihan raya umum yang akan datang.
Walau bagaimanapun, Teh Yee Cheu tahu bahawa usulnya tidak akan mendapat sebarang sokongan tetapi mengusulkannya juga untuk menunjukkan rekod bahawa beliau telah diseru untuk langkah sedemikian. Usul beliau tidak mendapat sokongan daripada orang-orang yang takut kehilangan keistimewaan mereka jika Tokong kalah terhadap usul itu.
Malah ahli politik veteran DAP, Tan Seng Giaw, yang sangat dihormati walaupun tidak berada dalam barisan pimpinan utama DAP telah membuat komen berkias tentang keterlaluan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tokong.
Bukanlah rahsia lagi bahawa Tokong cuba untuk membuli Tan Seng Giaw daripada arena politik seperti berlaku terhadap Boo Cheng Hau di Johor, dan sama seperti beliau bapa-pembuli Maharaja Lim Kit Siang yang ‘membunuh’ mereka yang menentang beliau dalam DAP seperti Lee Lam Thye dan Hu Sepang. Lee Lam Thye sepatutnya sudah menjadi pemimpin DAP jika Lim Kit Siang tidak menipu dan memanipulasi keputusan pilihan raya DAP seperti yang dia kehendaki. Lam Thye bersara dari DAP dan politik.
Bagi mengurangkan kerosakan, Maharaja Lim membuat ucapan mengatakan DAP mengalami kehilangan besar dalam perjuangannya akibat peletakan jawatan Lee Lam Thye ini.
Dalam hal Tan Seng Giaw pula, beliau sepatutnya mendapat undi tertinggi dalam pilihan raya DAP 2012 dengan Maharaja Kit Siang mendapat tempat ke-7, dan Tokong jatuh kepada hanya ahli parti biasa.
Jadi kembali kepada ‘kepimpinan melalui teladan’ dan kematian Nhaveen. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang boleh melakukan perbuatan korup dan berpura-pura tidak bersalah, apalah sangat serangan seksual dan buli jika nak dibandingkan? Ia tertanam dalam gen Pulau Pinang kini oleh kepimpinan politiknya.
Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri yang harus dipersalahkan kerana membawa budaya kekerasan ke dalam negeri itu dan menggalakkan rakyatnya untuk berkelakuan seperti pemimpinnya.
Oleh Seademon

Friday, 2 December 2016

Polis mahu BPS dibubarkan

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang agar membubarkan Badan Peronda Sukarela (BPS) dan menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mampu menjaga keselamatan masyarakat di negeri itu.
Beliau berkata seperti penubuhan Unit Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan sebelum ini, BPS juga mungkin akan diharamkan kerana penubuhannya bercanggah dengan undang-undang.
“Kita semua tahu PPS disahkan sebagai pertubuhan tidak sah, jadi saya nasihatkan kerajaan negeri bubarkan BPS yang baharu ini kerana tak guna kalau ada, kita akan haramkannya juga,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara PDRM dengan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Beliau berkata anggota BPS sebaliknya disarankan menyertai “Community Policing” atau sebarang pertubuhan sedia ada yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan bernaung di bawah PDRM.
Katanya, polis juga mengenal pasti penasihat BPS yang disifatkan sebagai individu yang tidak layak untuk memberi nasihat dalam aspek keselamatan.

“Kalau nak beri nasihat, panggil saja ketua polis negeri yang dapat memberikan nasihat lebih baik tentang undang-undang dan hal keselamatan.
“Bila suka-suka buat pertubuhan, ahli-ahlinya ada yang tidak disemak, jadilah macam-macam seperti pukul orang, peras ugut orang. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku,” katanya.
Beliau memaklumkan indeks jenayah di Pulau Pinang setakat ini tahun ini turun 6% berbanding tempoh sama tahun lepas, maka orang ramai tidak perlu risau dan menyerahkan tugas menjaga keselamatan negara kepada PDRM.
Pada 13 November lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS di bahagian pulau negeri ini dan pada 12 November pasukan itu dilancarkan di sebelah Seberang Perai.
Difahamkan BPS, badan sukarela di bawah Bendahari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) diletak untuk menguruskan hal ehwal keselamatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang selamat dan bersatu padu.
Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan PPS pada 2009 yang kemudian diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa pada 2014 kerana tidak mendaftar dengan RoS.

Tuesday, 22 November 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal cabar perintah menteri haramkan PPS


Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi untuk membatalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) sebuah organisasi haram.

Ketika menolak permohonan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata PPS adalah sebuah pertubuhan.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati bahawa PPS tidak berdaftar mengikut Seksyen 101 (b) (5) Akta Kerajaan Tempatan yang memerlukan sesebuah pertubuhan itu didaftarkan.

Beliau berkata, seksyen itu hendaklah dibaca bersama Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 bahawa sesebuah pertubuhan perlu mendaftar di bawahnya.

"Jika sesebuah pertubuhan itu tidak berdaftar, semua aktiviti oleh organisasi berkenaan dianggap menyalahi undang-undang," kata hakim.

Hakim Hadhariah juga berkata mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan, menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mempunyai "budi bicara mutlak" mengenai perkara itu.

Beliau ambil maklum bahawa menteri membuat keputusannya berdasarkan bahawa PPS adalah sebuah pertubuhan, kumpulan beruniform dan mengamalkan sistem ranking, perlu didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan.

"Terdapat laporan polis yang dibuat terhadap kumpulan itu dan sesetengah ahlinya didapati mempunyai rekod jenayah," kata hakim.

Pada 27 Jan lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan perintah KDN yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dan antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.