Showing posts with label Parti Cinta Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Parti Cinta Malaysia. Show all posts

Saturday, 1 July 2017

PCM gesa polis siasat niat DAP


30 JUN: Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesa polis menyiasat kepimpinan DAP yang didakwa mempunyai niat mendapatkan pertolongan kuasa asing bagi mencampuri urusan negara.
Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Khamis dalam satu sidang media dipercayai boleh mengancam keselamatan negara..
“Rakyat yang cintakan negara tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini,” lapor sebuah portal berita, Jumaat.
Sebelum itu, satu laporan polis dibuat oleh Cheng Guan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini berkaitan kenyataan Guan Eng yang disiarkan menerusi sebuah portal pro pembangkang.
Dalam laporan tersebut, Guan Eng dilaporkan berkata Amerika Syarikat (AS) boleh menggunakan tindakan ketenteraan sekiranya mahu mengawal negara dan tidak perlu memfailkan saman sivil di negara sendiri sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan.

Wednesday, 17 May 2017

PCM Gesa Tubuh Jawatankuasa Semak Rakyat ada 2 Kewarganegaraan

7 MEI: Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.


“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.

“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2 atau lebih kewarganegaraan.

“Kerajaan harus serius dalam menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.
Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan.

Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.
“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Zahid berkata demikian bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.

Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Monday, 13 March 2017

Kenapa Datuk Huan Cheng Guan Menentang DAP ?

Parti Cinta Malaysia (PCM) antara pihak yang agresif mengekang dakyah dan tohmahan daripada DAP terhadap kerajaan.

Bagi Naib Presidennya, Datuk Huan Ch eng Guan , partinya tidak mempunyai apa-apa agenda tersembunyi atau motif tertentu berbuat demikian.


Utusan Malaysia: Dalam banyak keadaan, PCM kelihatan mengambil alih peranan parti-parti komponen Cina Barisan Nasional (BN) sebagai 'ayam sabung' menentang DAP, benarkah?

CHENG GUAN: Bukan begitu. PCM berpegang kepada prinsip berani kerana benar. Kalau DAP memperjuangan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus), PCM juga mahu mempraktikkan perkara yang sama. Te­tapi mengapa indah khabar dari rupa?

Apa yang indah khabar dari rupa itu?

Tak perlu pergi jauh. Kita rakyat negara ini, apatah lagi penduduk Pulau Pinang cukup maklum bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng akan menghadapi perbicaraan kes rasuah berhubung pembelian banglo miliknya hujung bulan ini (bermula 27 Mac 2017).
 Jika dia khususnya DAP memegang slogan CAT, mengapa Guan Eng masih enggan melepaskan kuasanya walaupun dirinya akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa. Dia terus berdegil untuk mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang dan seperti tidak mempunyai perasaan malu bertindak pula menuding jari kepada pihak lain yang menyebabkan dirinya dihadapkan ke mahkamah.

Maknanya ini terpalit sama kepada DAP?

Ya, DAP khusus­nya adalah sebuah organisasi yang langsung tidak mempunyai integriti dan maruah. Ini kerana, DAP sendiri mahu melihat Guan Eng mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang tanpa memperdulikan apa jua kes yang disabitkan keatas dirinya.

Kalau dilihat tindak-tan­duk DAP, parti ini akan cepat melatah dan melenting apabila ahli atau pemimpin parti lawannya disabitkan dengan kes mahkamah?

Andai semua kesalahan ini berlaku di dalam BN, DAP dan Guan Eng sendiri akan sering mempersoalkan itu dan ini serta apa bentuk tindakan BN terhadap perlaku kesalahan berkenaan seperti mana nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo sebelum ini.

Ini bermaksud DAP sukar dipercayai?

Dengan segala tindak tanduk Guan Eng yang menafikan hak timbalannya sendiri untuk mengambil alih kuasa pentadbirannya, Guan Eng mahupun DAP tidak layak langsung untuk membicarakan soal integriti dan demokrasi. BN sudah berkali-kali membuktikan, jawatan bukan hak milik eksklusif individu. Sebaliknya, ia adalah hak milik rakyat dan parti.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kenapa-saya-menentang-dap-1.456270#ixzz4bB3HTqOU