Showing posts with label Pemuda umno pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label Pemuda umno pulau pinang. Show all posts

Sunday, 10 July 2016

Nga Kor Ming sepatutnya tutup mulut


kontroversi ucapan hari raya daripada pemimpin DAP, Nga Kor Ming, Zainal Abidin berkata, Ahli Parlimen Taiping sepatutnya ‘tutup mulut’ kerana sudah banyak kali membangkitkan kemarahan orang Me­layu Islam

“Orang Islam cintakan keharmonian dan tidak mahu sebarang unsur yang boleh menggugat kestabilan antara kaum jadi jangan ada pihak cuba melakukan tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Kor Ming juga tak perlu berdolak-dalih dengan memberi pelbagai alasan kerana kita tahu niatnya adalah untuk mempersenda sambutan dan amalan pada Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Saturday, 2 July 2016

Pemuda UMNO Pulau Pinang Syor AG mohon injuksi Kes Rasuah Lim Guan Eng



Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali selaku pihak pendakwaan bagi kes rasuah Lim Guan Eng, disaran memohon injunksi bagi menghalang isu itu dari dibincangkan secara terbuka di luar mahkamah. Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, permohonan itu perlu bagi memastikan proses perbicaraan kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu berjalan lancar.