Showing posts with label Projek terowong dasar laut. Show all posts
Showing posts with label Projek terowong dasar laut. Show all posts

Tuesday, 13 February 2018

#ProjekTerowongDasarLaut Lim Hock Seng & Dr. P. Ramasamy Antara Dua Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang Dipanggil SPRM


PULAU PINANG 13 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan projek terowong dasar laut.

Hock Seng tiba di ibu pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10 pagi dan masih memberi keterangan setakat pukul 1 petang tadi.

Sementara itu, difahamkan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P Ramasamy juga akan hadir memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes sama pukul 9 pagi esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya memanggil dua Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk diambil keterangan namun enggan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada lebih ramai akan dipanggil selepas ini, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keterangan yang diperoleh pihaknya daripada dua Exco berkenaan.

SPRM ketika ini sedang menyiasat isu projek terowong dasar laut selepas menerima laporan kemungkinan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan dalam projek mega bernilai lebih RM6 bilion tersebut. – UTUSAN ONLINE


Saturday, 17 September 2016

Pengguguran BUCG daripada Projek Terowong dasar laut timbul tanda tanya - Huan Cheng Guan


Pengguguran syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) daripada Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah menimbulkan lebih banyak tanda tanya, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Huan berkata pengguguran BUCG yang dibuat secara mengejut oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP memperbodohkan rakyat negeri itu.
Tambah Huan sebelum BUCG digugurkan daripada projek berkenaan, beliau pernah mempertikaikan kenapa saham BUCG yang asalnya pada tahun 2013 adalah 10 peratus telah dikurangkan kepada 0.0057 peratus pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang kata walaupun saham BUCG kurang, tetapi BUCG tetap ada dalam konsortium (Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd).

“Tiga tahun yang lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memuji kekuatan kewangan dan ‘track record’ BUCG. Tetapi yang ini lagi hairan, tiba-tiba BUCG digugurkan,”kata Huan.
Huan berkata sebelum ini Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berkempen Projek Terowong Dasar Laut diberikan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) kerana ada dua syarikat berpengalaman dari luar negara dalam konsortium iaitu BUCG dan China Railway Construction.
“Maknanya semua yang diperkatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tiga tahun yang lepas kini sudah tidak boleh diguna pakai lagi.

“Macam mana pula dengan wang ringgit, beratus juta telah dibayar (kepada CZBUCG) sebelum ini. Itu semua duit rakyat. Bukan duit bapak Lim Guan Eng,” soal Huan.