Showing posts with label Pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau pinang. Show all posts

Saturday, 26 May 2018

Selusuri Jambatan Pulau Pinang dengan Penang Hop-0n Hop off City Tour



Bagi mereka yang ingin mencuba sedikit kelainan dengan melihat panorama menarik sekitar Pulau Pinang, anda boleh mencuba menggunakan khidmat terbaru daripada Perkhidmatan Penang Hop-0n Hop off City Tour.

Kini, paling seronoknya anda boleh menyelusuri jambatan terpanjang di Asia Tenggara (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)  Pergi guna Jambatan Pulau Pinang, balik guna Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah sambil menikmati pemandangan 360 darjah di atas bas tidak berbumbung.

Perjalanan bermula dri 10pagi hingga 2petang dan singgah sebentar di Design Village Outlet selama 1 jam. Hanya pada setiap hari sabtu dan ahad dengan harga RM50 seorg.

Layari Laman Sesawang <<Klik Sini>> Untuk Membeli tiket di atas talian.









Friday, 25 May 2018

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT 2018 Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBiTA) akan dibuka mulai 1 Jun 2018 - 30 Jun 2018.

Bantuan berjumlah RM1,000 bagi Universiti di Semenanjung, RM1,200 bagi Universiti di Sabah/Sarawak/W.P.Labuan dan RM300 bagi Politeknik Malaysia adalah untuk meringankan kos perbelanjaan pendaftaran khususnya kepada pelajar sesi kemasukan pertama ke IPT.

Permohonan boleh diisi secara atas talian di portal http://ibita.penang.gov.my

Thursday, 24 May 2018

Warga emas maut digilis

BAGAN - Seorang warga emas maut digilis sebuah treler dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Bagan Luar, di sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Lee Sen Chin, 93, ketika kejadian menaiki basikal.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy berkata, treler terbabit dari arah Seberang Jaya menghala ke terminal kontena.

“Treler terbabit bergesel dengan basikal yang ditunggang mangsa yang berada di sebelah kirinya.

“Mangsa jatuh lalu tergilis di bahagian badan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Wednesday, 4 April 2018

Apakah Pulau Pinang bakal jadi negeri gagal - Pasukan Komunikasi Strategik BN


Selepas mengesahkan Perbelanjaan Operasi Tahunan Pulau Pinang secara konsisten meningkat setiap tahun mencecah 500 peratus dari apa yang dibelanjakan pada 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng masih gagal menjawab dengan jelas persoalan yang kami kemukakan minggu lalu sebaliknya memilih untuk melencong dan membuat kenyataan retorik.

Bagi mengelakkan keraguan, kami ulangi persoalan kami dengan secara lebih jelas melalui jawapan ya atau tidak.

Adakah benar kerajaan negeri Pulau Pinang telah menjual atau memperdagangkan tanah dan aset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008?

Kami bersedia mengemukakan senarai urusniaga berkenaan untuk Guan Eng mengesahkan jika beliau bersedia untuk mengesahkan atau mempertikaikan senarai itu.


Adakah benar tidak banyak lagi tanah milik kerajaan negeri untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tahun lalu?

Peningkatan kos Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) 

Adakah benar kos bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) telah meningkat pada harganya dari RM27 bilion kepada RM46 bilion sejak setahun lalu sebagaimana dinyatakan oleh Chow.

Adakah benar kerajaan negeri Pulau Pinang akan membuat pinjaman dari bank bagi mengisi jurang perbezaan antara RM27 bilion dan RM46 bilion sebagaimana dinyatakan Chow melalui temuramahnya dengan The Edge, pada Julai tahun lalu? Chow dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman bank bagi mengimbangi baki kos pembinaan PMTP.

Benarkah kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini memindahkan dana dari rizab kerajaan negeri sebanyak RM609 juta sebagai pinjaman kecemasan kepada syarikat milik kerajaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan PDC telah mencatatkan keuntungan yang menjunam sebanyak 80 peratus pada tahun sebelum ini dan tambahan RM30 juta kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA)?

Demi ketelusan dan akauntabiliti, soalan di atas adalah relevan kepada masa depan Pulau Pinang dan rakyatnya.

Masa Depan Yang Gelap


Jika semua jawapan ya diberikan kepada soalan di atas, maka ia menjurus kepada masa depan yang gelap buat Pulau Pinang dan penduduknya.

Ini turut membawa kepada masa depan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sudah menetapkan perbelanjaan operasi meningkat kepada 500 peratus, jumlah tanah yang tidak banyak bagi menampung perbelanjaan dan kini bersiap sedia untuk membuat pinjaman berbilion bagi membiayai projek mega yang turut mengalami peningkatan hingga RM46 bilion, di mana ia adalah satu projek dengan keuntungan yang tidak pasti memandangkan kebanyakan projek pengangkutan awam akan mengalami kerugian.


Antara lain, dalam meningkatkan perolehan, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menaikan cukai harta dan cukai pintu bagi tempoh tiga tahun, meningkatkan kadar letak kereta, menaikkan kadar air sebanyak empat kali, menggandakan kadar pengekstrakan air mentah, menaikkan penalti terhadap pemaju perumahan sebagai menggantikan kegagalan menyediakan rumah mampu milik dan meningkatkan pelbagai jenis denda bagi pihak berkuasa tempatan.

Pendek kata, ini jelas bakal membawa Pulau Pinang ke era kegagalan dan muflis di mana penduduknya bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan bagi denda, cukai serta kadar air bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri.


Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional






Tuesday, 13 March 2018

Apa Guan Eng buat di rumah ahli perniagaan itu? - Datuk Huan Cheng Guan

PULAU PINANG 12 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan sebenar beliau berada di rumah seorang ahli perniagaan yang dikaitkan de­ngan kes rasuah membabitkan projek terowong dasar laut.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, kelibat Guan Eng dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu di lokasi yang disifatkan peribadi dan bukannya di majlis rasmi adalah sesuatu yang membimbangkan


Menurut beliau, foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu juga menunjukkan mereka mengenali antara satu sama lain, sekali gus mempersoalkan perkara yang dibincangkan kedua-dua mereka dalam pertemuan tersebut.

“Ini menimbulkan persoalan apa kepentingan ahli perniagaan berkenaan di Pulau Pinang dan adakah beliau mempunyai apa-apa urusan perniagaan di negeri ini?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, sekeping foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu yang dilihat dalam keadaan mesra dan dipercayai di rumah ahli perniagaan berkenaan tular dalam laman sosial sekali gus mencetuskan persoalan ber­ke­naan hubungan sebenar antara kedua-dua mereka.

Ahli perniagaan itu sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menerima wang berjumlah RM19 juta daripada pemaju projek terowong dasar laut bagi menutup siasatan kes tersebut.

Cheng Guan menambah, Gu­an Eng tidak lagi boleh bersembunyi dan sebagai pe­mimpin utama kerajaan negeri, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada penduduk negeri ini.

Sementara itu, Guan Eng da­lam satu kenyataan semalamberkata, sebagai pemimpin ma­syarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan ber­kenaan.

Utusan

Wednesday, 25 October 2017

Pelaburan terbesar di Pulau Pinang bukti kerajaan pusat adil - Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan


Dengan kelulusan pelaburan RM7.7 bilion dalam sektor pembuatan pada separuh pertama 2017 menjadikan Pulau Pinang negeri yang menerima pelaburan asing terbesar di negara ini.
Pencapaian ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuktikan kerajaan persekutuan tidak mendiskriminasi negeri yang dikuasai pembangkang dalam usaha mempromosi dan menarik pelaburan ke Malaysia.

Ini dibuktikan lagi dengan pembinaan rangkaian infrastruktur seperti Transit Aliran Massa, Transit Aliran Ringan dan lebuh raya yang jajarannya merentasi bandar di Selangor.
Katanya, Zon Perdagangan Bebas Digital di KLIA Aeropolis juga terletak di Selangor dan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menyambungkan tanah besar dan pulau dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang Pertama.

Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pujian juga patut diberikan kepada agensi kerajaan persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) yang sentiasa berusaha menarik pelaburan langsung asing (FDI).
Menurutnya, Mida dengan kerjasama agensi persekutuan dan negeri membantu pelabur mendapat infrastruktur, kelulusan segera pihak berkuasa, menyokong pelaburan semula dan bertindak sebagai pusat sehenti kepada mereka.

Selain itu, 2 insentif cukai utama, iaitu taraf perintis dan elaun cukai pelaburan yang disediakan kerajaan persekutuan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan juga disediakan untuk pelabur di negeri pimpinan parti pembangkang.

“Walaupun pelbagai tuduhan palsu dibuat pembangkang seperti Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur, pelabur asing meninggalkan Malaysia dan Malaysia sebuah negara gagal, tetapi data menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Aliran masuk bersih FDI ke Malaysia meningkat daripada RM23.9 bilion pada 2008 kepada RM47.2 bilion pada 2016. Sejak 2014, ia meningkat secara konsisten walaupun Malaysia berdepan ketidaktentuan daripada luar seperti kejatuhan harga komoditi dan pasaran kewangan global tidak menentu.

Abdul Rahman berkata, rakyat Malaysia perlu sedar dan menilai pihak mana yang bersungguh-sungguh mengurus ekonomi negara dan pihak mana yang sibuk berpolitik.

Tuesday, 20 June 2017

Vateran DAP,Tan Seng Giaw Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Pulau Pinang


Bukan kita yang kata tetapi Veteran DAP Tan Seng Giaw berkata. Dua kali – dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Tiada jumlah propaganda DAP yang boleh menutupi penilaian realiti sebenar ke atas Pulau Pinang oleh pemimpin lama parti DAP.
“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja. Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan.”
“Going round Penang Island to day, we find the coast is changing and Balik Pulau is less green. The population of 850,000 require houses and employment. The priority is to preserve the forest and the green.”
Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Kepong itu melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau menulis 4 perkara ditulis tentang apa yang hilang di Pulau Pinang:
Pertama adalah keadaan pantai yang berubah.
Kedua adalah kehijauan di Balik Pulau.
Ketiga adalah populasi penduduk berjumlah 850,000 yang memerlukan rumah.
Keempat adalah peluang pekerjaan.

Kredit : Wakeup Malaya

Wednesday, 15 February 2017

Non Muslim anjur forum hudud bersama PAS di Pulau Pinang

Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.

Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum “PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas”.
Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.

Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan ahli Parlimen lain.

“Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.
“Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.


“Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan,” kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.
Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.
Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.

Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.
“Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.

“Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.
“Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau,” kata Jailani.

PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.
Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.
Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).

Sunday, 15 January 2017

Hilang Daulat Jika DAP Terus Memerintah Pulau Pinang


Menjalankan pentadbiran yang baik merupakan impian bagi setiap kerajaan negeri dan menjadi inspirasi pada setiap pentadbiran itu untuk melihat warganya mendapat kebaikan daripada dasar-dadar yang dilaksanakan.

Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya kerana pelbagai perkara perlu dilihat dan perancangan yang teliti perlu dibuat bagi memastikan kejayaan daripada sebarang perlaksanaan itu dapat dinikmati oleh rakyat selain memelihara kedaulatan tanah tumpah bumi tercinta.

Untuk memastikan semua perkara asas ini dimiliki maka mana-mana pentadbiran sekalipun perlulah mengelak sama sekali dasar yang diadun dengan kepentingan rakus politik kepartian kerana ianya mampu menyebabkan tiap perancangan itu akan mengalami kegagalan.

Hari ini Pulau Pinang sedang menjadi mangsa kepada kegagalan ini yang telah menyebabkan rakyatnya terkesan selain daripada potensi untuk buminya hilang daulat !

Selain daripada banyak pendedahan tentang isu membabitkan Ketua Menteri yang hanya menanti masa untuk dibicarakan dimahkamah , perancangan pembangunan radikal tanpa mengambil kira kesan terhadap alam dan rakyat akhirnya Pulau Pinang sudah semakin tergadai.

Banyak perancangan yang tidak mendatangkan keuntungan terhadap rakyatnya malahan dasar yang dilihat banyak pihak sebagai usaha untuk mengangkat Pulau Pinang menjadi sebuah negeri moden dengan pelbagai pembangunan berimpak tinggi dengan kos mencecah jutaan ringgit itu kini sudah mula menjadi bebanan terhadap seluruh warganya.

Isu pemilikan rumah kediaman misalnya sehingga ke hari ini kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi gagal tangani , jika ada sekalipun ianya langsung tidak menyamai dengan projek pembangunan mewah yang nisbahnya begitu ketara.

Kesan alam sekitar yang sedang dan telah berlaku di bumi Pulau Pinang juga menjadi penyumbang kepada kerisauan hampir seluruh warganya , banjir yang sering berlaku pada ketika hujan lebat tetap menjadi episod ngeri , projek penambakan laut yang mendapat tentangan rakyat , penghakisan kawasan bukit semua ini telah menyebabkan ketidakselesaan rakyat Pulau Pinang.

Ternyata polisi yang diamalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanyalah polisi menggula-gulakan rakyat sedang hakikatnya DAP yang menguasai seluruh kepentingan kuasa dan kedudukan politik itu lebih banyak bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan pandangan masyarakat termasuklah pandangan daripada wakil-wakil parti sendiri.

Paling membimbangkan adalah kedudukan tanah-tanah di Pulau Pinang !

Sejak 2008 yang lalu kerajaan DAP Pulau Pinang dilaporkan telah mengamalkan polisi menjual pemilikan tanah-tanah di Pulau Pinang sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan keuntungan sekaligus menjadikan negeri itu mempunyai kedudukan kewangan yang kononnya terbaik.

Akibat daripada polisi sebegini maka sudah terdapat laporan dan pendedahan demi pendedahan yang didedahkan kepada umum tentang proses penggadaian ini yang sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan bumi Pulau Pinang hilang DAULATnya.

Terkini Lim Sian See dalam penulisannya mendedahkan satu lagi aset milik rakyat Pulau Pinang dijual.

TIRSB adalah usahasama antara Uda Holdings dan Penang Development Corporation (PDC) yang masing-masing memegang 51 dan 49 peratus saham bagi menjalankan operasi sebuah pusat peranginan di Pulau Jerejak pada 2004.

PDC adalah milik 100 peratus Kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri yang sudah didakwa di mahkamah kerana jenayah rasuah, Lim Guan Eng adalah pengerusinya.

Selepas dipersoalkan parti Gerakan, Guan Eng mendakwa UDA adalah pemilik TIRSB, dengan 51 peratus pegangan majoriti dan kononnya PDC tidak boleh berbuat apa-apa tanpa persetujuan UDA dan ‘terpaksa’ menjual pegangan 49 peratus dalam syarikat perkongsian kepada sebuah syarikat persendirian, Ideal Property.

Pertama sekali, tidakkah anda tahu Ideal Property juga adalah pemegang saham 20 peratus bagi projek mega Pelan Utama Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM46 bilion?

Kedua, PDC memiliki 49 peratus dan UDA tidak boleh memaksa agensi itu untuk menjualnya jika PDC enggan berbuat demikian. Ia adalah hak PDC untuk menerima tawaran jika harganya bersesuaian atau menolak tawaran itu.

Malah, jika PDC mahu, mereka juga boleh menjual saham mereka kepada Magnificient Enblem.

Dan merujuk semula hasrat untuk menjual saham itu oleh PDC dapat dibaca daripada kenyataan Guan Eng sendiri:

“Kami juga melupuskan pegangan saham 49 peratus dalam sebuah syarikat yang mengalami kerugian, TIRSB dengan kerugian RM40 juta, bagi menjamin keuntungan RM140.6 juta iaitu 10 kali ganda daripada pelaburan asal.”

Adakah UDA bertindak begitu zalim hingga memaksa PDC menjual pemilikan saham mereka dan meraih keuntungan 10 kali ganda?

Maka adalah mengarut untuk mendakwa PDC tidak boleh menggariskan syarat, terutama sekali dengan hakikat Kerajaan Pulau Pinang boleh menghentikan keizinan pembangunan atau kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan bagi projek berkenaan memandang ia di Pulau Pinang.

(Kebenaran merancang dan membangun adalah kuasa kerajaan negeri).

Ketiga, beritahu hakikat sebenar bahawa tawaran RM156 juta itu terlalu menarik untuk ditolak memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang terdesak untuk mendapatkan wang berikutan perbelanjaan kerajaan negeri telah melonjak kepada 400 peratus sejak 2008 manakala perolehan operasi biasa kekal mendatar.

Sudahlah anda menaikkan kadar air dan penalti sehingga tiga kali ganda, menaikkan cukai tanah, menjual hampir kesemua tanah milik kerajaan negeri kepada kepentingan syarikat swasta, memberikan 400 ekar lebih bagi penambakan, meluluskan pembangunan atas bukit hingga akibatkan banjir, biarpun tidak sepatutnya dilakukan tetapi demi menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

Maka, adakah ia satu kejutan jika anda terus menjual aset rakyat Pulau Pinang lagi untuk mendapatkan dana?

Apa lagi yang boleh dijual?

Apa kata kediaman rasmi Ketua Menteri memandangkan anda tidak mahu mendiami rumah itu namun masih ditanggung kerajaan negeri? Oleh Lim Sian See

Apa jua yang sedang berlaku rakyat Pulau Pinang seharusnya sedar bahawa kerakusan yang sedang dilakukan oleh DAP dan konco-konconya ini bukan hanya akan menyebabkan satu pihak sahaja yang terkesan.

Memandangkan kapasiti tanah di Pulau Pinang khsusunya di bahagian pulau tidaklah sebesar tanah seberang , sebarang tindakan melulu akan mengakibatkan penduduknya menjadi mangsa.

Dan mangsa itu bukan hanya terarah kepada satu-satu kaum sahaja tetapi kesemuanya.

Saturday, 17 September 2016

Pengguguran BUCG daripada Projek Terowong dasar laut timbul tanda tanya - Huan Cheng Guan


Pengguguran syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) daripada Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah menimbulkan lebih banyak tanda tanya, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Huan berkata pengguguran BUCG yang dibuat secara mengejut oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP memperbodohkan rakyat negeri itu.
Tambah Huan sebelum BUCG digugurkan daripada projek berkenaan, beliau pernah mempertikaikan kenapa saham BUCG yang asalnya pada tahun 2013 adalah 10 peratus telah dikurangkan kepada 0.0057 peratus pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang kata walaupun saham BUCG kurang, tetapi BUCG tetap ada dalam konsortium (Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd).

“Tiga tahun yang lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memuji kekuatan kewangan dan ‘track record’ BUCG. Tetapi yang ini lagi hairan, tiba-tiba BUCG digugurkan,”kata Huan.
Huan berkata sebelum ini Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berkempen Projek Terowong Dasar Laut diberikan kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) kerana ada dua syarikat berpengalaman dari luar negara dalam konsortium iaitu BUCG dan China Railway Construction.
“Maknanya semua yang diperkatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tiga tahun yang lepas kini sudah tidak boleh diguna pakai lagi.

“Macam mana pula dengan wang ringgit, beratus juta telah dibayar (kepada CZBUCG) sebelum ini. Itu semua duit rakyat. Bukan duit bapak Lim Guan Eng,” soal Huan.

Wednesday, 7 September 2016

Nasib Nelayan Pulau Pinang di Pinggirkan


Mereka hanya nelayan. Mencari udang buat menyara hidup anak dan isteri. Kais pagi makan pagi, kais petang entah ada, entah tidak.

Mungkin mereka tidak penting buat kerajaan Pulau Pinang, hinggakan punca pendapatan daripada hasil laut diragut dek perancangan untuk mewujudkan pulau buatan manusia di lubuk hasil laut mereka.

Bukanlah mereka membantah pembangunan tetapi ketika melangkah ke arah itu, mengapa mereka dipinggirkan?

Kesimpulannya mudah, kerajaan DAP mahu jadikan Pulau Pinang hanya untuk orang kaya. Yang miskin diusir keluar secara sistematik.

Apakah kehidupan mereka tidak bernilai? Adakah kewujudan mereka bergenerasi lamanya di persisiran laut pulau mutiara itu seakan ghaib pada pandangan mata Kerajaan Pulau Pinang?
Sumber:https://www.facebook.com/mynationnewsmalaysia/videos/1785094301706467/

Thursday, 23 June 2016

Projek terowong: Pulau Pinang sembunyikan sesuatu?

Penternak ikan parah ditetak sekumpulan lelaki

SEBERANG PERAI - Seorang penternak ikan ditemui dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya hampir putus selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Ooi Kar Seng, Seberang Perai Selatan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.07 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun telah didatangi suspek terdiri lima lelaki yang tidak dikenalinya dengan memakai topeng muka.

Jurucakap polis berkata, empat daripada suspek terbabit kemudiannya terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam iaitu parang sehingga mangsa rebah ke jalan.

Menurutnya, mangsa kini masih tidak sedarkan di Hospital Sungai Bakap akibat kecederaan parah yang dialaminya.