Showing posts with label Rayhar Travels Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Rayhar Travels Sdn Bhd. Show all posts

Saturday, 22 June 2019

Rayhar Travels Sdn Bhd jelaskan cek diterima untuk biayai umrah



Sebuah agensi pelancongan, Rayhar Travels Sdn Bhd menjelaskan bayaran yang diterimanya pada 2013 adalah untuk membiayai penduduk terpilih di kawasan Pekan, Pahang bagi mengerjakan umrah.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan bagi mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 penerima.

Rayhar Travels merupakan salah satu entiti yang dinamakan SPRM sebagai penerima wang 1MDB.

"Bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul mengenai penglibatan kami dalam kes ini, kami ingin menjelaskan bahawa bayaran tersebut diterima dari seorang individu yang menaja rakyat jelata kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada tahun 2013.