Showing posts with label SPRITZER. Show all posts
Showing posts with label SPRITZER. Show all posts

Tuesday, 16 April 2019

Benarkah air mineral jenama SPRITZER tercemar dengan air dari kawasan perkuburan Cina?



Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai pekerja di sebuah kilang air mineral yang terbesar di Malaysia, yang mana lebih dikenali sebagai jenama Spritzer. Kilang ini terletak di kawasan Air Kuning, Taiping. Ia juga sebenarnya terletak di bahagian kaki Bukit Larut yang menjadi salah satu simbol bagi Bandar Taiping, Perak.

Sebagai seorang yang pernah melihat dan terlibat secara dekat dalam proses penghasilan produk air mineral jenama Spritzer ini, aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk membuat pencerahan terhadap khabar angin yang telah sekian lama disebarkan orang awam khususnya warga tempatan tanpa mengetahui kebenarannya.