Showing posts with label Semakan Status BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Semakan Status BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat. Show all posts

Sunday, 27 January 2019

Semakan Status BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat

Seperti yang dah ramai tahu , Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 dengan nama yang baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Jumlah bantuan akan dikekalkan dan proses pembayaran Fasa Kedua bantuan akan dibuat mulai 6 Jun 2018 secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan pertama mereka. Semakan status permohonan yang berjaya menerima pembayaran BR1M Fasa Pertama boleh disemak bermula 19 Februari yang lalu 

Untuk makluman, pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data lama.Maksudnya untuk fasa pertama anda tidak perlu kemaskini permohonan. Namun untuk fasa kedua dan seterusnya, pembayaran BSH akan disalurkan menggunakan kaedah baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 lepas.

Bagaimanapun, pemohon yang gagal dalam permohonan dan telah membuat rayuan yang ditutup pada 31 Mei yang lalu, LHDN akan melakukan proses terhadap rayuan yang dikemukakan oleh pemohon. Pemohon boleh membuat semakan status rayuan mereka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak

SEMAKAN KEPUTUSAN BSH 2019 STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS RAYUAN


Status Kelulusan bantuan akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa
prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia . 

Tarikh semakan keputusan mereka yang berjaya dalam rayuan BSH akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Bantuan Sara Hidup Rakyat .Pemohon boleh membuat semakan status BSH secara atas talian (online) dengan mengikuti langkahlangkah mudah seperti berikut :

Cara semakan status kelulusan adalah mudah. Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk laman
aplikasi MyBSH (Dahulunya MyBR1M). Panduan disertakan di bawah


1. LAYARI MENU MyBSH DI LAMAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT MYBSH 2019



LOG MASUK
  1. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
  2. Kemudian, klik pada butang Log Masuk

Sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSH bagi membuat semakan, anda wajib menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran di atas

SOALAN KESELAMATAN
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSH .Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini. 
Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah
seperti kegagalan mengakses sistem MyBSH untuk membuat semakan status permohonan BR1M

Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar

Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.

Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan


SEMAKAN STATUS
Setelah berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBSH

Untuk membuat semakan keputusan permohonan BSH 2018, sila klik pada " SEMAKAN STATUS ". Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BSH 2018 akan dipaparkan. 

Sila rujuk lampiran dibawah ini :


credit : mysumber 

PENERANGAN STATUS SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BR1M 2018



Status
Penerangan
Didaftarkan
Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
Diterima
Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
Dalam Proses
Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
Ditangguhkan
Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
Lulus
Permohonan telah diluluskan / berjaya
Tidak Lulus
Permohonan tidak diluluskan / tidak berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya
Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

PAPARAN MYBSH
Selain semakan status, menerusi laman MyBSH pemohon turut boleh membuat Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas dengan klik pada menu bergambar yang terpapar.


TINDAKAN
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dengan bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangandan tanggungan

Atau, pemohon boleh juga memaklumkan perkara ini menerusi;

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat ditalian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan)

Bagi setiap permohonan / kemaskini yang berjaya, bayaran BSH akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)