Showing posts with label Tekini. Show all posts
Showing posts with label Tekini. Show all posts

Monday, 17 April 2017

Bunyikan Hon Kerana "Double Park", Pemandu Bas Ini Terima "Warning Letter" Dituduh Mahu Cederakan Pengguna Lain



Seorang pemandu bas di Pulau Pinang mendakwa dia mendapat 'warning letter' daripada majikan berhubung salah lakunya ketika bekerja yang melibatkan pengguna jalan raya lain. Pun begitu, dia menafikan telah melakukan perkara tidak baik yang dikatakan salah laku itu seperti yang dituduh oleh majikannya.

Menerusi satu video dari laman Facebook, pemandu yang dikenali dengan nama Firdaus itu meluahkan situasi yang dihadapinya.

Katanya, gara-gara tindakannya membunyikan hon terhadap seorang pemandu kereta yang melakukan 'double parking', ini menyebabkan pemandu berkenaan tidak puas hati terhadapnya.

"Saya membunyikan hon terhadap pemandu wanita itu kerana dia 'double park'. Namun, tidak diendahkannya. Apabila saya membunyikan lagi hon dengan lebih lama, dia keluar dari kereta dan menunjukkan isyarat lucah," katanya.

Tidak berhenti setakat itu, Firdaus yang menyangka kejadian tersebut telah berakhir nyata meleset sekali.

"Selepas itu, kami masing-masing meneruskan perjalanan. Sampai di satu lampu isyarat, saya keluar untuk membetulkan papan tanda pada bas. Namun, sebaliknya wanita tersebut menuduh saya mahu mencederakannya dan sempat merakam gambar saya ketika itu.

"Wanita terbabit seterusnya melaporkan kepada syarikat bekerja dan hasilnya saya mendapat surat amaran daripada majikan saya yang mendakwa saya mahu mencederakan wanita tersebut. Sedangkan hakikatnya wanita tersebut yang maki (menunjukkan isyarat lucah) kepada saya. Wanita tersebut juga tiada bukti menunjukkan saya melakukan perkara yang dituduhnya itu," terangnya lagi.

Oleh itu, pemandu bas tersebut meminta sokongan daripada para netizen dan menyatakan dirinya tidak bersalah.

Di ruang komen, ramai netizen yang bersimpati dengan Firdaus malah menyatakan dia mengenali pemandu tersebut sebagai seorang yang lemah lembut dan juga bersikap baik.

Mereka meminta pihak majikannya agar menyiasat perkara tersebut lebih mendalam dan bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.

"Seharusnya juga ada dipasang CCTV agar banyak kejadian penting dapat dirakam dan dijadikan bukti," ujar seorang netizen.

"Sebaiknya, lelaki ini tidak mendedahkan hal dalaman syarikat kepada umum dan berbincang dengan baik dengan majikannya," kata seorang lagi netizen.

Pun begitu yang tak menyedapkan hati apabila isu tersebut diselitkan dengan komen yang berunsurkan perkauman. Seharusnya netizen perlu jadi lebih bijak dan membezakan masalah orang perseorangan dan tidak mengaitkannya dengan perkauman.

"Saya orang cina tapi banyak berkawan dengan orang Melayu. Saya percaya setiap agama mengajar kita saling menghormati dan seeloknya ape yang kurang memuaskan dibawa berbincang," kata seorang netizen.

Kesimpulannya, toleransi antara pengguna jalan raya di negara ini masih lagi boleh dikatakan sangat rendah. Mereka juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Lebih teruk, bila ada yang mengaitkannya dengan hal perkauman.

Sama-sama kita perbaiki lagi toleransi terutama ketika berada di jalan raya. Kita juga doakan yang terbaik buat abang pemandu bas ini agar keadilan untuk dirinya lebih terbela selepas ini.





Monday, 19 December 2016

Nelayan bantah projek tambak laut


Lebih 50 nelayan membantah projek tambak laut di selatan Pulau Pinang (PSR) kerana dibimbangi akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, projek yang dilaksanakan bagi membina tiga buah pulau buatan itu dilihat memberi kesan negatif kepada golongan nelayan di kawasan sekitar.

Menurutnya, projek itu juga akan merugikan nelayan dalam jangka masa panjang kerana ia akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

“Kawasan projek ini nak dilaksanakan adalah kawasan popular untuk menangkap ikan. Ia hanya melibatkan nelayan-nelayan kecil yang tidak meraih keuntungan yang banyak dalam tangkapan ikan. Jika kawasan ini diganggu, di mana kami mahu cari rezeki? Kita tidak hanya melihat pada waktu ini, tetapi memikirkan kesan jangka masa panjang.

“Kami nelayan pantai, bawa bot kecil, tidak boleh pergi jauh kerana ancaman ribut dan tsunami. Kami mungkin bukan dari golongan profesional seperti juru perunding, pakar ataupun jurunilai tetapi kehidupan kami, hanya dengan laut,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu, Nazri dan rakan-rakannya menghadiri sesi dialog berhubung PSR bersama barisan Exco, ketua perunding dan pakar di sebuah hotel di Teluk Kumbar di sini.

Selepas selesai sesi dialog itu, beliau dan rakan-rakannya membuat bantahan aman di hadapan hotel berkenaan.

Nazri berkata, pampasan tidak pernah menjadi keutamaan kepada mereka sebaliknya mahu projek itu dibatalkan.

“Kami bantah sebab mereka seolah-olah menimbus periuk nasi kami. Jangan bandingkan Pulau Pinang dengan Johor. Bagi kerajaan negeri, mereka merasakan tiga buah pulau ini kecil, tidak seperti di Johor. Harus diingat, kawasan laut di Pulau Pinang ini kecil, pulau sebesar itu sudah cukup besar untuk negeri ini.

“Bayangkan nelayan pantai seperti kami perlu keluar lebih jauh untuk menangkap ikan setelah terbinanya pulau-pulau ini. Kos petrol akan meningkat. Secara kesimpulannya, projek ini akan memberi kerugian dan tidak ada langsung kelebihan kepada kami,” katanya.

Beliau turut meminta agar kesemua nelayan sepakat tidak menerima pampasan sekiranya ditawarkan kerajaan negeri kepada mereka.

“Saya nak nasihatkan kesemua nelayan di Gertak Sanggul, Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Tempoyak agar tidak menerima pampasan yang digula-gulakan kerajaan negeri. Pampasan itu dilihat seperti racun kepada nelayan. Jangan seronok sangat apabila dijanjikan pampasan wang atau rumah.

“Ini kerana, pampasan yang mereka tawarkan itu tidak setimpal dengan kerugian kekal yang kita perlu tanggung selepas ini. Wang pampasan hanya boleh bantu dalam masa tiga hingga empat bulan sahaja. Selepas itu, di mana kita nak cari rezeki? Oleh itu, kami tidak mahu sebarang pilihan, kami hanya mahu projek ini dibatalkan,” katanya.

Monday, 3 October 2016

Guna Aircond Tapi Jimat Bil Elektrik

Zaman sekarang boleh dikatakan setiap rumah mempunyai penyaman udara ataupun aircond. Bukan satu tapi mungkin tiga atau lebih. Ia sudah menjadi suatu keperluan, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Penggunaan aircond yang terlalu kerap akan menyebabkan bil elektrik anda melambung setiap bulan. Bagi mengurangkan kos elektrik setiap bulan, jom ikuti tips-tips berguna ini untuk anda yang ingin berjimat dengan penggunaan aircond,

1. Kalau boleh selaraskan suhu aircond anda 23-25 darjah celcius. Setiap 1 celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik. Elakkan dari menggunakan suhu rendah di tahap rendah iaitu 16 atau 18 darjah celcius.

2. Pada waktu malam, set timer atau sleep mode ketika anda mahu tidur kerana suhu pada waktu malam akan menurun.

3. Bersihkan penapis aircond. Anda hanya perlu keluarkan penapis aircond, kemudian cuci untuk membuang habuk yang tersekat.

4. Selalu servis penyaman udara anda. Bukannya kena servis sebulan sekali tapi setahun sekali je pun, itu pun dah memadai.

Thursday, 8 September 2016

Inilah Majalah Awal Diterbitkan di Dunia


The Gentleman's Magazine adalah anda majalah yang tertua @ majalah yang pertama di dunia, diasaskan di London, England oleh Edward Cave pada bulan Januari tahun 1731.

Ianya tidak berwarna-warni dan penuh dengan gambar seperti sekarang. Diterbitkan tanpa gangguan selama hampir 200 tahun, sehingga tahun 1922. Ia adalah yang pertama menggunakan istilah 'magazine' (bermaksud 'gudang') dan diterbitkan secara bertahap. Pekerjaan tetap pertama Samuel Johnson sebagai penulis ialah dengan majalah itu.



Inovasi Cave adalah untuk membuat ringkasan bulanan berita dan ulasan mengenai topik mana-mana orang awam yang berpendidikan mungkin berminat, daripada harga komoditi kepada puisi Latin. Ia membawa kandungan asal daripada penyumbang tetap yang stabil, serta petikan meluas dan ekstrak dari buku-buku terbitan berkala dan lain-lain.

Cave, mengedit majalah itu di bawah nama pena "Sylvanus Urban".

Berikut adalah siri-sirinya

1731 – 1735 The Gentleman's Magazine atau Monthly Intelligencer
1736 – 1833 The Gentleman's Magazine and Historical Chronicle
1834 – 1856 (Jun) New Series: The Gentleman's Magazine
1856 (Julai) – 1868 (Mei) New Series: The Gentleman's Magazine and Historical Review
1868 (Jun) – 1922 Entirely New Series: The Gentleman's Magazine

Wednesday, 7 September 2016

Nasib Nelayan Pulau Pinang di Pinggirkan


Mereka hanya nelayan. Mencari udang buat menyara hidup anak dan isteri. Kais pagi makan pagi, kais petang entah ada, entah tidak.

Mungkin mereka tidak penting buat kerajaan Pulau Pinang, hinggakan punca pendapatan daripada hasil laut diragut dek perancangan untuk mewujudkan pulau buatan manusia di lubuk hasil laut mereka.

Bukanlah mereka membantah pembangunan tetapi ketika melangkah ke arah itu, mengapa mereka dipinggirkan?

Kesimpulannya mudah, kerajaan DAP mahu jadikan Pulau Pinang hanya untuk orang kaya. Yang miskin diusir keluar secara sistematik.

Apakah kehidupan mereka tidak bernilai? Adakah kewujudan mereka bergenerasi lamanya di persisiran laut pulau mutiara itu seakan ghaib pada pandangan mata Kerajaan Pulau Pinang?
Sumber:https://www.facebook.com/mynationnewsmalaysia/videos/1785094301706467/

Monday, 29 August 2016

Netizen Terkejut Lihat Cara Latihan Keras Penerjun Negara, Nur Dhabitah

Nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri semakin dikenali selepas melayakkan diri ke sukan Olimpik Rio 2016, baru-baru ini. 

Penampilan pertama di sukan terbesar dunia itu, memperlihatkan potensi yang ada pada penerjun berusia 17 tahun selepas mara ke peringkat akhir acara terjun 10 meter perseorangan wanita bersekali dengan Pandelela Rinong Pamg. 

Meskipun menerima pandangan serta komen yang bercampur baur di kalangan netizen, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik penampilannya, itu sesekali tidak mencalar semangat anak muda ini.

Baru-baru ini, Dhabitah telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan latihan keras yang dilalui untuk bergelar atlet bertaraf dunia. 

"Inilah bagaimana team penerjun negara dilatih. Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini, bukan mudah untuk menjalani latihan tersebut dan menjadi atlet bertaraf dunia."

"Sebab itu saya sangat menghargai segala sokongan dan semangat yang diberikan. Tolong jangan berhenti dan janganlah membenci saya.."

Ternyata melalui gambar yang ditunjukkan bukanlah satu cabaran dan juga latihan mudah untuknya sehingga mencapai tahap seperti hari ini. 

Dalam masa yang sama, para penyokong Dhabitah terus memberikan kata-kata semangat menerusi laman sosial itu. 

Sebelum ini, nama Dhabitah turut menjadi viral kerana dikatakan mempunyai sikap gemar tersenyum dan sekaligus membuatkan dia lain dari yang lain

Thursday, 7 July 2016

MALAYSIA MINTA OIC ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG ISU KEGANASAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM


Putrajaya - Malaysia meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya mengadakan satu mesyuarat tergempar antara menteri-menteri luar negara anggota bagi membincangkan isu keganasan di negara-negara Islam.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pihaknya telah menghubungi pihak OIC namun masih belum mendapat pengesahan mengenai mesyuarat itu.

"Saya tidak pasti bila agaknya Setiausaha Agung OIC (Tan Sri Iyad Ameen Madani) akan adakan mesyuarat itu dan saya telah meminta untuk diadakannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas tentang serangan bom di Baghdad, Iraq dan Madinah, Arab Saudi baru-baru ini.

Tuesday, 24 May 2016

Guan Eng mengaku kalah selapas kantoi putar belit ?



Ini adalah petikan daripada kenyataan Lim Guan Eng.
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1806404596244993/

Bahagian lain hanyalah ulangan rungutan yang sama - termasuk dakwaan luar biasa yang Kerajaan Pulau Pinang adalah begitu baik bahawa jalan negeri dibina menggunakan dana Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak tertakluk kepada tol (sama seperti mana-mana negeri lain pun!).

Dalam kenyataan ini, anda boleh melihat beberapa kelentong:

1) Pada mulanya mereka berkata mereka TERPAKSA mengenakan bayaran tol kerana mereka tidak mahu Jambatan Pulau Pinang ke-2 kerugian wang tetapi kini dia mengatakan sebabnya adalah kerana kos pembinaan adalah 3 kali ganda lebih tinggi - oleh itu memaksa mereka untuk mengenakan bayaran tol.

2) Dan kini dia menjanjikan bahawa jika jambatan dimohon diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, maka ia boleh menjadi bebas tol - yang bermakna alasan mereka sebelum ini kononnya mereka tidak mahu jambatan ke-2 menghadapi kerugian wang sah sebagai satu pembohongan.

3) Beliau kini telah mengakui bahawa beliau berbohong Kerajaan Persekutuan menghalang mereka membina jambatan selepas Menteri Kerja Raya mengkantoikan dia dengan berkata tidak ada rekod mana-mana pemohonan atau perbincangan mengenai perkara ini.

4) Dia berkata dia tidak berani untuk memohon jambatan sebelum ini dan dengan itu bersedia untuk mengorbankan berbilion-bilion ringgit lebih aset Pulau Pinang untuk membina terowong. Tetapi tiba-tiba dia tidak lagi takut untuk memohon? Mengarut apa ini?

Walau bagaimanapun, adalah jelas bahawa dengan hanya beberapa kenyataan yang baik dari Menteri Rahman Dahlan dan beberapa pembongkaran mengenai projek Terowong Pulau Pinang telah memaksa Lim Guan Eng mengaku kalah dalam mempertahankan projek terowong itu.

Sama ada rakyat Pulau Pinang atau penyokong DAP suka atau tidak, serangan berterusan Rahman Dahlan terhadap Lim Guan Eng telah menjadikan kemungkinan berikut memberi manfaat kepada mereka sekurang-kurangnya:

1) Kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang menjimatkan berbilion-bilion wang negeri yang boleh digunakan di tempat lain jika jambatan 1/3 harga dari kos terowong dibina sebaliknya.

2) Tidak lagi 30 tahun tol dikenakan ke atas rakyat untuk jambatan ke-3 jika ia dibina menggunakan dana negeri.

3) Ia juga telah menunjukkan bahawa Tokong yang hebat dapat dikalahkan jika pembongkaran yang betul dan tekanan diletakkan padanya dan dia terpaksa menelan kebongkakan beliau dan mengaku kalah.

Sekarang, sama ada aliran trafik dan unjuran mewajarkan jambatan ke-3 adalah satu perkara yang berasingan dan jika Kerajaan Persekutuan  meluluskan jambatan itu, perkara ini akan diperiksa secara terperinci.

Walau bagaimanapun, perkara itu masih tidak dapat ditutup kerana masalah berikut masih wujud:

1) 3 kajian berkos RM305 juta dan hampir separuh telah dibayar - tidak akan dapat dikembalikan semula.

2) Menurut akaun beraudit terkini, syarikat yang melakukan kajian itu telah membuat banyak wang pun.

3) Kerajaan Pulau Pinang masih perlu membayar untuk projek (yang kini jambatan) tahun depan berdasarkan harga tanah yang ditetapkan pada tahun 2013 dan kerugian mungkin berbilion ringgit kepada syarikat swasta.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1806404596244993/

Fb- wakeup malaya