Showing posts with label adun bertam. Show all posts
Showing posts with label adun bertam. Show all posts

Monday, 16 May 2016

Gugur “No Pork”, guna “Halal” atau “Tak Halal” – ADUN Bertam


GEORGE TOWN: UMNO menggesa papan tanda “No Pork” di semua restoran di Pulau Pinang diharamkan, supaya pengguna beragama Islam dapat menjamah makanan tanpa was-was.
ADUN Bertam Shariful Azhar Othman mencadangkan papan-papan tanda tersebut patutlah digantikan dengan “halal” atau “tidak halal” untuk kebaikan pengguna Islam di negeri ini.

Beliau berpendapat pengertian “Halal” atau “Tak Halal” bagi penganut Islam bukan sahaja menyentuh jenis daging yang diharamkan, tetapi juga melibatkan penyediaan bahan.

“Meskipun tempat tertentu memaparkan “No Pork” (tanpa khinzir), pengguna Islam mungkin was-was dengan penyediaan makanan di restoran atau tempat makan di situ.
“Banyak restoran yang mempamerkan tanda “No Pork” yang boleh mengelirukan penganut agama Islam tempatan dan asing,” kata Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) semasa membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri hari ini.

A Thanasekaran (DAP-Bagan Dalam) bangkit dan memberitahu Shariful bahawa papan tanda “No Pork” tidak salah kerana ia memaklumkan pengguna bahawa premis berkenaan tidak menghidangkan daging khinzir.

Menjawab perkara itu, Shariful memberitahu tanpa pensijilan halal, pengguna beragama Islam mungkin termakan daging ayam yang tak halal.
“Saya faham premis berkenaan tidak menghidang daging khinzir tetapi kita tidak tahu apakah daging ayam itu disembelih mengikut cara Islam atau tidak,” katanya.