Showing posts with label anina saadudin. Show all posts
Showing posts with label anina saadudin. Show all posts

Monday, 22 January 2018

Penalti lompat parti bukti PPBM tak percaya calon

Salah seorang bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin berkata, cadangan parti itu mengenakan penalti RM20 juta bagi menghalang calon mereka melompat parti selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan pemimpinnya tidak mempercayai satu sama lain.

“Kalau antara mereka pun tak boleh percaya satu sama lain, macam mana rakyat di luar nak percaya kepada mereka?

“Ini rakyat patut fikir, bolehkah kita memilih sebuah kerajaan yang antara mereka sendiri pun tak percaya satu sama lain. Indah khabar dari rupa.

“Ini negara demokrasi dan anda buat satu perjanjian kalau langgar bai’ah (kena bayar) RM20 juta, ini mengarut, ini tak betul. Roh demokrasi itu bukan caranya,” katanya sempena program Empirical Talk hari ini.

Rabu lalu, Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail memberitahu FMT parti itu sedang mengkaji rancangan membuat kontrak dengan penalti Rm20 juta untuk mengikat calon mereka daripada melompat parti selepas menang PRU14.


Katanya, langkah itu juga boleh melindungi Pakatan Harapan jika memenangi PRU14 kerana berkemungkinan ahli Parlimennya ditawarkan wang untuk melompat parti.

Hari ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dilaporkan berkata, partinya juga sedia mempertimbangkan cadangan seumpama itu, tetapi perjanjian berkenaan berbeza daripada bai’ah yang diperkenalkan PAS.

PKR pula difahamkan mempunyai kontrak serupa yang perlu ditandatangani calonnya pada PRU 2013, di mana ahli yang melanggar kontrak mesti membayar sejumlah pampasan kepada parti.

PAS terlebih dahulu menggunakan kaedah sama untuk memastikan wakil rakyatnya setia bersama parti. Lafaz taklik dan sumpah bai’ah yang diwajibkan ke atas calon PAS di Kelantan pada PRU antara lain menghendaki mereka yang memenangi kerusi kekal dengan parti itu atau menceraikan isteri mereka dengan talak tiga.

Ia diperkenalkan ketika PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada 1995 apabila kerajaan Kelantan berdepan cabaran ekoran tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti.

Saturday, 17 December 2016

Skandal seks ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin terbongkar



PANAS! Pembantu Anina dedah rahsia Anina kuat seks & kenal siapa toyboynya.Perang dalaman PPBM sudah bermula untuk singkir Anina.

Sebenarnya pendedahan skandal seks Anina Saadudin dilakukan oleh bekas Pembantu Peribadinya bernama Haiyan Uqba.

"PPBM perlukan Ketua Srikandi yang ada KREDIBILITY bukan NAFSU JAWATAN & SEX YANG TINGGI", katanya.

"Kalau korang rasa benda skandal seks ini fitnah.. Suruh lah Ketua Srikandi Anina Saadudin buat report polis. Buat sumpah laknat terus.. Jangan sembang je".

Haiyan Ugba tahu siapa Toyboy Anina Saadudin.  Haiyan menyimpan rahsia itu. Jadi yang dedah adalah pegawai dan musuh Anina muak dengannya.

Selanjutnya. <<klik sini>>