Showing posts with label azeez rahim. Show all posts
Showing posts with label azeez rahim. Show all posts

Thursday, 24 May 2018

Bukan Saya Ahli Parlimen Dari Utara

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau merupakan ‘Ahli Parlimen dari utara’ yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull, semalam.
Jelas Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Mohd. Shukri, apatah lagi meminta supaya menghentikan siasatan terhadap kes SRC International Sdn. Bhd. (anak syarikat 1MDB) dan derma RM2.6 bilion daripada Putera Raja Arab Saudi.
“Bukan saya yang dimaksudkan beliau. Saya tidak berjumpa pun dengannya.
“Saya tidak mengganggu beliau melakukan siasatan. Siapa saya? Saya mana ada kuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mohd. Shukri yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Men­teri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Mei lalu mendedahkan ada Ahli Parlimen dari utara berjumpa de­ngannya bertujuan memintanya menghentikan siasatan.
Ia didakwa dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen dari utara yang terkenal sebagai King of cash yang menjanjikan pelbagai ha­buan untuk beliau.
Dalam pada itu, Abdul Azeez turut mengesahkan mengenai serbuan yang dilakukan SPRM di dua kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta pejabatnya di sini, semalam.
Katanya, serbuan yang dilakukan antara pukul 2 petang hingga malam itu turut merampas wang tunai berjumlah RM600,000, ma­ta wang asing dari pelbagai negara dengan tukaran bernilai kira-kira RM400,000.
“Ya, SPRM ada datang ke kediaman dan pejabat saya semalam secara profesional dan mengambil kesemua wang tunai tersebut. RM100,000 dirampas di kediaman saya di Baling manakala selebih­nya itu di Subang.
“Wang tunai ter­sebut saya baharu keluarkan dari aka­un UMNO Bahagian Baling untuk tujuan pembayaran zakat dan menga­dakan pelbagai pro­­gram sempena Ra­ma­dan,” katanya.
Menurut Abdul Azeez yang juga Pe­ngerusi Lemba­ga Tabung Haji (Tabung Haji), wang tunai dari pelbagai negara itu pula merupakan baki daripada lawatan dan kunjungannya ke luar negara sebelum ini.
Katanya, SPRM turut merampas lapan utas gelang dan rantai milik isterinya serta beberapa utas jam tangan beliau untuk tujuan siasatan.
Tambah Abdul Azeez, beliau bersedia memberi kerjasama penuh terhadap SPRM selain telah menduga kejadian itu akan berlaku kerana telah heboh menyebut nama­nya akan disiasat.
“Buat masa ini, SPRM tidak memanggil saya untuk soal siasat lagi tetapi saya sudah memaklumkan kepada peguam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Utusan

Sunday, 4 March 2018

Datuk Seri Azeez Rahim Mahu Ambil Tindakan Undang Undang


Susulan penarikan balik notis tuntutan dan mohon maaf Datuk Seri Azeez bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak khususnya pembangkang yang menabur fitnah berdasarkan berita palsu itu.

Monday, 21 August 2017

Bantu realisasi bina Universiti Al-Quran di Baling

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersedia menyumbang tanah wakaf seluas 12.8 hektar bagi membantu Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran) merealisasikan hasrat membina sebuah Universiti Al-Quran di daerah ini.

Abdul Azeez berkata, tanah itu akan diwakafkan menggunakan sumbangan peribadinya dan dalam masa sama kerajaan diharap dapat membantu membina infrastruktur universiti tersebut.

“Saya akan cari tanah wakaf dalam Baling dan sumbangkan Kepada Permata Al-Quran tetapi permohonan untuk dirikan universiti tersebut saya perlu berbincang lanjut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Huffaz Permata Al- Quran kali ke-6 di Dewan Tuanku Hajjah Haminah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), hari ini.


Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, permohonan Permata Al-Quran bagi mendapatkan kuota umrah terdiri daripada 10 mudir dan pelajar cemerlang diluluskan.

Bagaimanapun katanya, kuota sama yang dipohon bagi ibadah haji perlu dibincang dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) terlebih dahulu.

“Untuk umrah kita luluskan kerana ia tidak perlukan kuota, sebaliknya hanya perlu sumbangan dana. Kita boleh guna duit Yayasan TH.

“Tetapi untuk kuota haji, ia perlu dibawa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH. Kita juga mungkin akan tulis surat kepada Kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan kuota dipohon,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga TH berkata, beliau percaya permohonan itu bukan sahaja akan diluluskan Arab Saudi, malah jumlahnya juga mungkin akan ditambah.

“Mungkin kita minta 10 kuota tetapi mereka bagi 50 sebab keakraban Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerajaan di sana,” Katanya.

Sementara itu, Presiden Permata Al-Quran, Manolito Mohd Dahlan berkata, konvokesyen berkenaan dihadiri seramai 727 pelajar tahfiz dari seluruh negara termasuk Thailand yang berjaya menamatkan hafalan.

Tuesday, 25 July 2017

Sidang Dewan Rakyat : Jawab Dulu Isu Banglo Guan Eng


KUALA LUMPUR 24 Julai – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh berikutan tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan Dewan Rakyat menolak perta­nyaan lisan mereka berhubung isu yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Perkara itu dibangkitkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) kerana tidak berpuas hati selepas soalan mereka mengenai isu tersebut ditolak kerana bersifat sangkaan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said menjelaskan, sebab penolakan itu kerana faktor subjudis mengikut peraturan mesyuarat.

“Saya dah dengar semua, saya dah bagi peluang kepada semua yang tak berpuas hati untuk beri penjelasan.

“Sila rujuk Peraturan Mesyuarat 99, kalau kita tidak puas hati dengan keputusan Yang Berhormat Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat).

Keputusan Speaker adalah muktamad, kalau tidak puas hati boleh buat usul persendirian,” katanya.

Sebelum itu, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabata­ngan) bangun mencelah dengan menyatakan bahawa soalannya mengenai tindakan Lim Guan Eng (DAP- Bagan) boleh membeli rumah banglo di bawah harga pasaran turut ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Soalan saya pun kena tolak tetapi saya lihat bahawa keputusan Speaker adalah mukta­mad, saya diam, kita ikut peraturan,” katanya.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) turut menyokong dan meminta Ahli Parlimen pembangkang perlu menjawab terlebih dahulu berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang membeli rumah banglo dan tanah di bawah harga pasaran.

Artikel Penuh

Friday, 14 July 2017

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Bersempena Operasi Haji 1438H



Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin bersempena Operasi Haji 1438H. Dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi , ALP & Petugas TH.
                                 
13 Julai 2017 | Khamis
Masjid TH Hotel, Kelana Jaya







Tuesday, 11 July 2017

Tabung Haji Serah Katil Elektrik Untuk Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) Kuala Kubu Bharu




Kuala Kubu Bharu, Selangor:  11 Julai 2017, Lembaga Tabung Haji hari ini telah menghulurkan sumbangan berbentuk dua buah katil hospital elektrik bernilai RM8,904.00 kepada Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) bagi membantu meringankan beban keperluan pembelian peralatan penghuni rumah ehsan tersebut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

TH turut menyerahkan sumbangan hamper berupa makanan kesihatan kepada 116 orang penghuni REWS yang terdiri daripada warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk dan lumpuh.

Program Alfiat adalah salah satu daripada cabang program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) merupakan program bantuan kesihatan khusus membantu dan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang menghidapi masalah kesihatan kritikal yang memerlukan alat bantuan sokongan.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Encik Samri Sanuddin, Pengerusi Lembaga Pelawat REWS, Hajah Mariani Mohamed Saad, Pengetua Rumah Ehsan Warga Emas serta barisan pengurusan kanan dan anggota TH.










Friday, 2 June 2017

UMNO tak guna dana Yayasan TH beri sumbangan - DS Azeez Rahim


Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini berkata Umno tidak pernah menggunakan dana daripada Yayasan Tabung Haji dalam pemberian sumbangan Program Ziarah Ramadannya.

Beliau berkata parti itu serta sahabat korporatnya mengeluarkan peruntukan sendiri dalam menyampaikan sumbangan itu, dan ia dilakukan bersama-sama Yayasan Tabung Haji menerusi jalinan kerjasama.

"Tidak betul (jika) kata Umno guna Yayasan Tabung Haji. Sebenarnya kami bekerjasama yang mana yayasan keluarkan zakat berjumlah RM7 juta untuk diberikan kepada asnaf yang layak.

"Umno serta sahabat korporat menyumbang RM8 juta. Parti memilih untuk beri sumbangan melalui program ini kerana Yayasan Tabung Haji mempunyai rangkaian luas dan pengalaman selama 50 tahun dalam melaksanakan aktiviti kebajikan seperti ini," katanya.

Abdul Azeez berkata demikian semasa ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Di majlis itu, seramai 2,000 asnaf dari kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkora menerima sumbangan itu.

Abdul Azeez berkata pada tahun ini lebih 100,000 asnaf dan golongan yang memerlukan di 50 kawasan Parlimen seluruh negara dijangka menerima sumbangan itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan menambah jumlah itu, jika lebih banyak sahabat korporat melibatkan diri.

Beliau juga menegaskan sumbangan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

"Kalau ikut politik, kita tidak beri (sumbangan) pada orang di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kerana (Barisan Nasional) kalah di sini. Tetapi hari ini, kita datang juga untuk menyampaikan sumbangan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri berpesan kalau hendak beri sumbangam bagilah kepada semua tanpa mengira mereka daripada parti mana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pengurangan tempoh menunaikan haji kepada 50 tahun berbanding 89 tahun merupakan sasaran Tabung Haji (TH) bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Itu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan TH," katanya.

- Bernama