Showing posts with label balik pulau. Show all posts
Showing posts with label balik pulau. Show all posts

Monday, 30 October 2017

DAP Guna Rumah Ubah Geopolitik Balik Pulau

Jumlah rumah di Kg. Terang, Balik Pulau ada 313 buah. Jumlah penduduk sekitar 600 orang.
Di kampung yang sama, Kerajaan DAP luluskan pembinaan Pangsapuri Rimbun yang ada 400 pintu. Katakan satu pintu akan duduk minimum 3 orang. Makna kata akan ada 1,200 orang bertambah sekelip mata di Kg. Terang. Itu minimum 3 orang satu pintu tu.

Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar.
Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau. Nilai-nilai luar akan menguasai nilai-nilai tempatan.

Bukan itu saja, tiada perancangan rapi oleh Kerajaan DAP akan persediaan bagi menerima pertambahan dua kali ganda penduduk di Kg. Terang. Bagaimana dengan kapasiti Masjid, tadika dan sekolah sebagai contoh. Mampukah menampung permintaan mendadak?

Sebelum ini, kawasan berkenaan bebas banjir, kini pantang hujan air naik di kawasan sekitar. Sistem perparitan tidak terurus di sana.



Ini semua masalah. Dan masalah ini jika tidak diselesaikan akan memalitkan nama YB ADUN dan YB Ahli Parlimen. Nampak bagaimana permainan mereka?

Sebelum ini Kerajaan DAP banyak beri kelulusan bina rumah-rumah mewah di sekitar Balik Pulau. Kebanyakannya kini kosong tidak berpenghuni. Orang tempatan tak mampu beli. Yang beli orang luar. Mereka beli bukan untuk tinggal tapi untuk jadikan aset. Entah berapa nama agaknya di rumah-rumah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi.

Ini semua cabaran. Cabaran buat warga Balik Pulau mempertahankan geopolitik sedia ada.
Sebagai satu-satunya kawasan yang gagal ditawan dalam bahagian Pulau di Negeri ini, Guan Eng berulang kali menyatakan mereka akan melakukannya dalam PRU akan datang.

Sebagai anak Balik Pulau saya takkan biar cita-cita Guan Eng terlaksana. Apatah lagi bersekongkol dengan kuncu-kuncunya.

Patah SAYAP bertongkat PARUH,
Patah PARUH bertongkat SIKU,
Patah SIKU bertongkat DAGU,
Patah DAGU bertongkat KUKU!
Wassalam.

MOHD ZAIRI SAID

Sunday, 16 October 2016

Hebatnya BALIK PULAU


1. Pekan apakah kepunyaan berbangai bangsa di Malaysia ?
Jawapan: PEKAN KONGSI

2. Bukit apakah kena tarik hampir nak putus?
Jawapan: BUKIT GENTING

3. Pekan apakah yang tidak berubah nama walaupun ditambah banyak jalan-jalan baru
Jawapan: SIMPANG EMPAT

4. Kampung apakah tak akan boleh maju walaupun dibuat rumah-rumah banglo besar-besar atau rumah-rumah pangsa yang mewah.
Jawapan: PONDOK UPIH

5. Kampung apakah yang tak perlu pasang lampu sebelah malam ?
Jawapan: KAMPUNG TERANG

6. Pulau apakah yang duduknya di daratan?
Jawapan: PULAU BETONG

7. Kampung apakah di utara semenanjung ada di Balik Pulau ?
Jawapan: KAMPUNG PERLIS

8. Jalan apakah yang sentiasa cantik dan bersih di Balik Pulau?
Jawapan: JALAN BARU

9. Kawasan manakah yang paling bersih airnya di Balik Pulau?
Jawapan: AYER PUTIH

10. Jambatan manakah di Balik Pulau yang diperbuat dari pokok balak?
Jawapan: TITI TERAS

11. Di manakah boleh dijumpai ramai pemburu bawa senapang atau panah di Balik Pulau?
Jawapan: SUNGAI RUSA

12. Di manakah terdapat lombong pasir terbesar di Balik Pulau ?
Jawapan: PERMATANG PASIR

13. Di pekan manakah paling ramai orang tua-tua makan sirih?
Jawapan: SUNGAI PINANG

14. Di manakah boleh dijumpai paling ramai Indon yang berasal dari Sumatra Utara?
Jawapan: PANTAI ACHEH

15. Dimanakah terdapat durian terbaik dan berbagai jenama di Malaysia?
Jawapan: DURIAN BALIK PULAU