Showing posts with label barisan nasional. Show all posts
Showing posts with label barisan nasional. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Bincang Persiapan PRU 14

26551550_10213548023569239_904570412_n.jpg

Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan perjuangan menjuarai isu-isu rakyat antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, kata pemimpin parti-parti komponen.



Bagaimanapun, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh soal agihan kerusi kepada setiap komponen parti dan senarai muktamad calon BN, menurut mereka.



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat tersebut berjalan lancar namun segala perincian mengenai jumlah kerusi yang bakal diagihkan kepada komponen akan ditentukan kemudian.



"Tiada tarikh pilihan raya dibincangkan...secara umum mengenai persediaan (bagi pilihan raya). Nanti kita bincang lagi, kita ada masa lagi,? kata Menteri Pertahanan tersebut.



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata senarai calon bagi semua parti komponen telah diserahkan kepada Najib dan terpulang kepada beliau untuk memuktamadkannya.



Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata parti komponen BN lebih bersatu dan bersedia dengan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.



Sementara itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang berkata isu berkenaan rakyat dan pilihan raya dibangkitkan dan dibincangkan dalam suasana baik, harmoni dan secara konsensus.



Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Entulu Belaun pula berkata mesyuarat turut menekankan soal kebersamaan BN dalam menghadapi PRU14 termasuk persiapan yang perlu dibuat setiap parti komponen.



Senada dengannya, pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata komponen parti bersepakat untuk bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.



Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tuesday, 12 December 2017

Kenyataan Rasmi Dialog BN bersama Parti Komunis China

KENYATAAN RASMI: DIALOG BN BERSAMA PARTI KOMUNIS CHINA BUKANLAH PERKARA BARU. (Untuk sebaran segera)



Thursday, 5 January 2017

Financial Times & The Economist Ramal BN Menang PRU14



Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit menjangkakan Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada tahun hadapan.

Financial Times, dalam satu artikelnya bertajuk "Malaysian Consumers Start 2017 On Pessimistic Note" pada 4 Januari 2017, meramalkan pilihanraya umum ke 14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk memenangi pilihan raya.

“Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang" ramal Financial Times

"We expect Mr Najib to win the next general election. The main opposition party, Pakatan Harapan, is attempting to reach a deal with the Islamist party PAS to avoid dividing the votes against BN. We expect these negotiations to fail, much to Mr Najib’s advantage" tulis Financial Times

Manakala satu lagi majalah berpengaruh ekonomi iaitu The Economist, menerusi The Economist Intelligent Unit, meramalkan Barisan Nasional berada dalam keadaan baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Given the fragmented opposition, made up of three separate groups, the ruling Barisan Nasional coalition appears well placed to win the next election whenever it is held" ramal The Economist Intelligence Unit.

The Economist menyatakan perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN. The Economist turut meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% hingga tahun 2021.

Menurut pasukan penyelidikan Financial Times  itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.

Financial Times juga menyatakan ;

“Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.4 peratus dan 4.7 peratus pada 2017, meningkat daripada anggaran 4.2 peratus tahun ini,” katanya.

Ramalan The Economist tentang keputusan pilihan raya di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Pada 3 Februari 2013, The Economist Intelligence Unit turut meramalkan Barisan Nasional menang pada PRU13 yang lalu.

Financial Times menerusi wartawannya iaitu Jeremy Grant pernah menemubual Dato Seri Najib pada 28 Mac 2013 sebelum PRU13. Financial Times pada masa itu bersetuju dengan ramalan Barisan Nasional akan menang pada PRU13.

Sudah tentulah kali ini, kajian yang dibuat oleh Financial Times dan The Economist ini juga adalah berdasarkan latarbelakang politik, angka dan pengalaman mereka dengan pilihanraya Malaysia yang terdahulu.

Berita kemenangan yang diramalkan ini ada nilai. Sudah tentu perkhabaran kemenangan ini menjadi berita tidak indah pada telinga penyokong dan pentaksub Mahathir dan pakatan pembangkang.

Bagaimana agaknya mereka hendak menghadam ramalan ini? Tuduh Financial Times dan The Economist makan dedak?

Faktanya, BN diramal menang dan ekonomi Malaysia diramal berada dalam keadaan baik. Sangkal sama sekali angan angan pembangkang hendak tawan Putrajaya dan tuduhan negara hendak bankrupt. Tandus isu lagilah pembangkang selepas ini dengan ramalan Financial Times dan The Economist ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB214, Khamis
5 Januari 2017