Showing posts with label bayan baru. Show all posts
Showing posts with label bayan baru. Show all posts

Monday, 4 July 2016

Patung di Kuil Hindu dirosakkan di Bayan Baru



Lagi insiden beberapa individu tidak bertanggungjawab merosakkan sebuah patung di kuil Hindu berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang, malam tadi.

Menurut laporan Bernama, individu-individu itu merosakkan patung berharga kira-kira RM500 yang disimpan di Kuil Dewa Sri Mathurai Veeran.

Ketua polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, siasatan awal polis mendapati kuil itu tidak digunakan bagi aktiviti keagamaan buat masa kini.

Dalam kenyataannya hari ini, turut dinyatakan pihak pengurusan kuil yang terletak di tanah persendirian itu telah diberi notis oleh pemilik tanah supaya mengosongkan kawasan berkenaan.

Ini adalah kes ketiga sepertinya yang dilaporkan sejak bulan lepas.

Pada awal Jun, dua patung dirosakkan, dengan kes pertama dilaporkan berlaku di sebuah kuil Hindu di Estet Penanti, Ara Kuda.