Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Sunday, 30 October 2016

SAH, BERSIH, MALAYSIAKINI DAN HUMAN RIGHT WATCH TERIMA DANA DARIPADA GEORGE SOROS!!!






Berbanding 'pendedahan' yang dibuat oleh Sarawak Report atau Wall Street Journal dan New York Times, pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, kurang mendapat perhatian, malah cuba dipejam mata oleh mereka yang sangat sensitif dengan laporan-laporan negatif antarabangsa membabitkan Malaysia.

Barangkali kerana pendedahan tersebut melibatkan figura-figura dan entiti-entiti utama yang terbabit dalam konspirasi menggulingkan Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak, maka ia perlu disenyapkan begitu sahaja. Bahkan perlu disokong dan diberikan bantuan.

DC Leaks berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik George Soros. DC Leaks juga merupakan organisasi sama yang telah menggodam e-mel Hillary Clinton yang mendapat liputan media dan kini sedang disiasat oleh FBI.

Menerusi dokumen-dokumen yang digodam dari OSF, nama Malaysia dan 'Malaysia Program' kerap disebut. Namun yang paling menarik ialah membabitkan kegiatan George Soros yang sangat aktif ke arah 'pilihanraya yang bebas dan adil' di Malaysia sekaligus mengesahkan bahawa George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.

Dokumen itu juga mengesahkan George Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia dan mahukan pembangkang menang tetapi tidak begitu berani untuk menunjukkan sokongan ketara. (RUJUK SINI)

Namun, sesuatu yang menarik ialah terdapat satu nama yang amat menarik, yang mempunyai kaitan secara langsung dengan George Soros dan Malaysia. Orang tersebut adalah John Pang. John Pang dilaporkan bekerja di bawah George Soros di mana kedua-duanya menggunakan pengaruh Soros untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi menyingkirkan Najib.

John Pang juga merupakan orang yang telah memberikan input dan maklumat-maklumat yang salah kepada Raja Petra Kamaruddin, sebagaimana yang diperakui oleh blogger tersebut dalam usaha memburuk-burukkan dan menganiayai Rosmah Mansor. (BACA DI SINI)

John Pang adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Open Society Foundation. (RUJUK SINI)

George Soros dan John Pang saling berkait menerusi OSF dan NED. Kedua-dua entiti tersebut merupakan dalang utama di sebalik kewujudan BERSIH, Maria Chin, Ambiga dan DAP secara keseluruhannya.

OSF memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2010 dengan andaian PRU akan diumumkan pada tahun 2011, dua tahun sesudah Najib menggantikan Ahmad Badawi. Pelobian aktif George Soros ke atas ahli-ahli politik Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib, menunjukkan konco-konconya di Malaysia bekerja untuk 'mengubah' Malaysia dengan perancangan rapi dan pembiayaan besar.

Dalam dokumen itu juga, OSF mengakui bahawa sokongan mereka adalah untuk membolehkan pembabitan awam dan menyokong usaha-usaha masyarakat sivil selain menggerakkan ratusan ribu anak-anak muda bagi tujuan menggulingkan kerajaan.

Sekaligus, OSF telah mengesahkan apa yang didakwa selama ini iaitu GEORGE SOROS adalah dalang di sebalik demonstrasi BERSIH.

Seperti yang diketahui, George Soros merupakan individu utama di sebalik banyak revolusi atau penggulingan kuasa di seluruh dunia termasuklah menerusi parti-parti politik. Pendedahan yang dibuat oleh DC Leaks adalah bukti jelas tentang pembabitan serta campurtangan serius George Soros ke atas politik di Malaysia.

Dan apabila memperkatakan tentang George Soros, bermakna, banyak jugalah wang tunai yang dialirkan. Berbilion wang telah disalurkan kepada NGO-NGO berkenaan sama ada secara langsung mahupun dalam bentuk membiayai projek-projek mereka, termasuklah dalam projek di Sarawak dan Sabah membabitkan sebuah parti politik pembangkang yang turut terlibat secara langsung dengan BERSIH.

Malaysiakini, portal berita yang dibiayai oleh George Soros, dalam usaha mengalihkan perhatian terhadap DAP, turut melaporkan bahawa Wikileaks telah mendedahkan e-mel-e-mel rahsia yang menunjukkan Geoge Soros dan OSF miliknya bekerjasama dengan individu-individu tertentu di Malaysia yang melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak.

Soros memiliki kepentingan sebanyak 29% dalam MalaysiaKini. Dan Soros membiayai 100% Human Right Watch yang sentiasa menghentam Malaysia.

Perlu juga diberikan perhatian ialah, Ambiga dan Maria Chin sebelum ini telah mengakui BERSIH telah menerima wang daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) yang menerima dana secara langsung daripada US National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute milik George Soros.

Laman sesawang NED sendiri sebelum ini merekodkan yang mereka telah membiayai BERSIH secara langsung. (RUJUK SINI)

Beberapa tahun dahulu, Mahathir telah menuduh Soros cuba menggunakan agenda Yahudinya untuk menukar rejim pentadbiran di Malaysia bagi membolehkan semuanya berada di bawah kawalan Soros. Tetapi Mahathir sudah pun diserang penyakit lupa yang sangat teruk atau barangkali tidak peduli langsung asalnya, matlamat Boboi untuk menjadi Perdana Menteri terhasil.

Soros bekerjasama dengan salah satu daripada entiti CIA iaitu NED yang terlibat dalam penggulingan kuasa di seluruh dunia. NED diharamkan di Russia dan China.

The Devoured Of Saviour



Tuesday, 25 October 2016

Jika Bersih berhenti, Baju Merah turut berhenti, kata Nur Jazlan


Konfrontasi antara Bersih dan kumpulan Baju Merah dengan mudah boleh diselesaikan jika kedua-duanya berhenti menganjurkan demonstrasi jalanan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed.

Ini juga boleh menjadi langkah terbaik kerana Bersih seolah-olah hilang keupayaan menarik orang ramai, katanya.

“Bersih sekarang sudah terdesak, perhimpunan mereka tidak dihadiri ramai orang seperti sebelum ini. Saya rasa orang ramai sudah hilang minat.

“Jika Bersih tidak menarik orang ramai, mereka perlu berhenti.

“Jika mereka berhenti, kumpulan Baju Merah akan berhenti. Kumpulan Baju Merah berhenti, tidak ada masalah,”kata Jazlan kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai perbalahan antara “kuning” dan “merah”, yang menjadi tidak terkawal apabila beberapa wartawan dan penyokong Bersih diserang secara fizikal kumpulan Baju Merah.

Pertembungan ganas berlaku di beberapa perhimpunan Bersih yang diadakan di seluruh negara memandangkan pemantau pilihan raya itu menuju ke kawasan luar bandar dan separa bandar berkaitan himpunan 19 November.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menerima kritikan kerana berdiam diri mengenai kumpulan pro-Umno, Baju Merah yang dikatakan sebagai tanda sokongan.
“Apa yang mereka (Bersih) lakukan adalah salah; apa Jamal yang dilakukannya adalah juga salah.
“Jika anda mahu polis mengambil tindakan lebih keras terhadap mereka, kami boleh,” kata Nur Jazlan sebagai respons kepada perkara ini.

“Tetapi kita mahu menyelesaikannya secara baik. Polis hanya bertolak ansur dengan apa yang berlaku sekarang kerana ia adalah satu tindakan politik.
“Anda melanggar undang-undang, anda akan dipenjarakan tetapi dalam politik, jika anda membuat kesilapan, tindakan apakah yang boleh diambil terhadap anda?”


Sudah sampai masanya Bersih bersikap jujur, kata Rahman Dahlan

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi beberapa contoh yang katanya membuktikan tanpa keraguan Bersih 2.0 adalah alat pihak pembangkang.

Ini adalah sebagai respons susulan gesaan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming agar beliau membuktikan Bersih bertujuan menjatuhkan kerajaan pemerintah.

Pertama, Rahman menyebut semasa akhir Bersih 4, pembesar suara secara terbuka menggesa orang ramai menolak pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN serta berjanji mengundi menentang kerajaan pemerintah.

Kemudian, beliau juga menyebut insiden di mana para pemimpin Bersih seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah bercakap di pelbagai acara parti pembangkang termasuk pilihan raya kecil Teluk Intan.

Beliau juga menyatakan bagaimana, daripada berjuang untuk pilihan raya yang bebas dan adil, Bersih secara aktif menyertai perhimpunan anti cukai barang dan perkhidmatan (GST) anjuran pembangkang.

“Satu sistem cukai diterima secara universal dan moden tiada kaitan dengan pembaharuan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau mempersoalkan mengapa Bersih menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melancarkan pameran bergerak negeri itu kerana ia sepatutnya menggesa beliau “turun sementara waktu” semasa berhadapan dakwaan tuduhan rasuah berganda.

Katanya, ia sepenuhnya menunjukkan keingkarann terhadap tadbir urus yang baik, garis panduan perkhidmatan awam dan amalan demokrasi.

Rahman juga mendakwa Bersih melanggar prinsip demokrasi semasa perhimpunan Bersih 4 dan 5, di mana mereka menuntut perdana menteri berundur walaupun sudah disiasat dan dibersihkan pihak berkuasa berkaitan yang sah.

Akhir sekali, beliau juga menyebut Ambiga secara terbuka “mengulang” dakwaan pembangkang berkenaan orang asing yang menjadi “pengundi hantu” dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta kejadian “blackouts” – kedua-duanya dipertikaikan melalui Laporan Pemantau Bersih sendiri yang mengatakan tidak ada bukti.

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk menggugurkan semua dakwaan yang Bersih adalah non-partisan dan tidak terlibat dalam politik. Sudah tiba masanya berkata benar, terang dan mengakui Bersih kini hanya satu lagi alat parti pembangkang dan bukan badan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya,” katanya.

Thursday, 20 October 2016

Huan Cheng Guan Selar Bishop Sokong BERSIH


Keceluparan mulut  Bernard Paul , Melaka dan Johorr Catholic Diocese Bishop di selar Datuk Huan Cheng Guan kerana menyeru rakyat untuk turun bersama-sama menyokong perhimpunan haram BERSIH 5. Datuk Huan Cheng Guan menyelar tindakan Bernard Paul yang di anggap keterlaluan dengan mencampur adukkan agama dan politik.

Sebagai seorang Bishop, Bernard perlu memberi lebih tumpuan kepada hal-hal gereja bukannya mencampuri urusan politik yang tidak relevan kepada agama, kata Datuk Huan Cheng Guan.

"Jangan bawa agama ke dalam politik. Ia adalah tidak wajar. Saya berpendapat bahawa ini adalah tindakan kurang wajar dari Bishop. Mengapa menggesa rakyat untuk mengambil bahagian dalam himpunan haram BERSIH.

"Seorang tokoh agama seperti yang dihormati tidak seharusnya menggalakkan orang ramai menyertai demonstrasi atau perhimpunan haram BERSIH , Jangan Bercakap seperti orang bodoh", Gesa Datuk Huan Cheng Guan.




Datuk Huan juga mencatatkan sebahagian daripada komen beliau di laman Facebook  beliau bersama imej flyer digital kempen Bersih Bernard, di mana biskop didakwa menggesa rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan haram BERSIH  yang dijadualkan diadakan pada 19 November ini.

Dalam risalah tersebut, yang telah tersebar luas di rangkaian media sosial, Bernard Paul  menggesa rakyat Malaysia untuk menyala dan meletakkan lampu di pintu-pintu rumah mereka dari 14 Nov hingga hari perhimpunan tersebut.



Wednesday, 19 October 2016

Hanya Maria Chin Yang Boleh biDAP ?


Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah hanya berdiam diri apabila peserta demonstrasi jalanan Bersih 4 menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tahun lalu.

Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, sikap Maria yang langsung tidak bersuara itu dilihat agak pelik dan menghairankan.

Menurut beliau, peserta demonstrasi Bersih 4 bukan sahaja membuat replika batu nisan jirat Cina dengan lakaran imej menyerupai Najib dan Rosmah malah mereka turut mengadakan upacara pengebumian olok-olok terhadap Perdana Menteri serta isteri.

“Kenapa Maria dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga langsung tidak bersuara apabila peserta demonstrasi Bersih memaparkan kebiadaban dan ancaman seperti itu?

“Adakah anda mengamalkan dwistandard?” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Maria membuat laporan polis hari ini berhubung penyebaran video melalui media sosial yang didakwa mengandungi ancaman bunuh terhadap dirinya.

Demonstrasi jalanan Bersih 4 tahun lalu memperlihatkan kebiadaban sekumpulan pesertanya menghina pemimpin-pemimpin negara termasuk Najib dan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebahagian peserta Bersih 4 turut membawa poster duit neraka yang memaparkan imej Najib.

Tuesday, 11 October 2016

Peserta #Bersih yang diterajang bukan anggota Polis


Kusaini bin Kassim lelaki malang baju kuning yang viral dalam insiden ditendang dari belakang oleh peserta baju merah di Sabak Bernam baru-baru ini sebenarnya bukanlah seorang polis.

Hasil maklumat yang diterima, Kusaini yang berasal dari Parit 12, Kuala Bagan Sungai Terap hanyalah seorang pekerja stor JKR.

Pengenalan diri yang tertera dalam report polis Kusaini adalah nombor kad pengenalan lama, bukan nombor badan anggota polis.

Kusaini sebenarnya hanya memakai separuh sahaja uniform polis seperti digayakannya dalam gambar yang disebar oleh natizen bagi membuktikan sebenarnya beliau adalah seorang anggota polis.

Kusaini ni boleh didakwa bawah Seksyen 25, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9 (1) Akta Rahsia Rasmi 1972  dan Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan dan Seksyen 9 (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa.          

Insiden yang menimpa Kusaini giat diviralkan untuk menuntut simpati warga netizen dan menyalahkan gerakan gerakan baju merah yang dikatakan sebagai pengganas kerana menendang Kusaini.

Namun, punca sebenar kejadian itu adalah disebabkan Kusaini yang dengan sengaja merempuh masuh ke dalam kawasan peserta baju merah berhimpun dengan niat memprovokasi kumpulan tersebut.

Sunday, 9 October 2016

Bersih 5 tak penting, baik tolong orang kampung, kata Khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata himpunan jalanan Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 yang dirancang pada 19 November depan tidak perlu diadakan.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata apa yang penting pada ketika ini ialah menyelesaikan masalah rakyat terutama dari sudut ekonomi.
“Sekarang tidak perlu lagi kita adakan perarakan jalanan kerana masalah rakyat ialah kemiskinan, jurang kaya dan miskin.

“Kalau Bersih dapat gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung miskin dan gunakan kumpulan pakar mereka untuk membantu dan menghindarkan kemiskinan lebih baik,” katanya kepada pemberita di Garden Residance Cyberjaya, hari ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berkata himpunan Bersih 5 diadakan bagi menuntut reformasi institusi dalam negara dilakukan.

Malah, Bersih 2.0 turut mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri kerana terpalit dengan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata pemimpin parti politik juga tidak perlu memfokuskan kepada isu himpunan jalanan sebaliknya mesti lebih berminat memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tidak lama lagi, kurang tempoh 2 tahun setengah, PRU akan diadakan. Jadi, jangan sibuk perkara itu tetapi perlu menunjukkan minat untuk memperjuangkan rakyat dan memberikan contoh bagaimana rakyat ditolong,” katanya.

Himpunan Bersih 5 turut dibantah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa Bersih diresapi fahaman IS. Bagaimanapun, Maria menafikannya dan mengemukakan tuntutan saman terhadap Jamal.

Sunday, 2 October 2016

Tarik balik kontrak syarikat swasta yang sokong Bersih 5 – Pemuda Umno

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan gesa kerajaan supaya membatalkan kontrak syarikat swasta yang menggunakan wang yang diperoleh untuk menaja himpunan Bersih 5.
Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii akui menerima bukti berkaitan syarikat swasta yang menggalakkan pekerja menyertai himpunan Bersih.

“Kita mendapat banyak bukti berkenaan syarikat swasta di sekitar Kuala Lumpur dah Lembah Klang yang menggalakkan pekerja mereka menyertai Bersih.
“Syarikat ini juga yang mencetak baju kuning dan diedarkan kepada kakitangannya. Mereka membiayai himpunan Bersih, mengeluarkan arahan supaya turun ke Bersih,” katanya kepada FMT.
“Ini kerana tujuan Bersih membuat himpunan bukan mendesak pilihan raya yang bersih tetapi untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan.

“Menjatuhkan perdana menteri bererti menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan kena tahu orang-orang yang memperoleh kenikmatan dalam negara tetapi melibatkan diri dengan Bersih pula,” katanya.

Razlan bagaimanapun akan hanya mendedahkan nama syarikat terlibat selepas 19 November iaitu selepas himpunan Bersih 5 selesai dijalankan.
Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyifatkan gesaan Razlan sebagai hanya akan memangsakan syarikat dan kontraktor.
“Ini hanya akan memangsakan kontraktor yang sekadar berminat untuk menjalankan bisnes,” katanya.

Jelas Maria, tindakan Razlan dan beberapa lagi pimpinan Umno akan merendahkan martabat parti itu.
“Mereka gunakan Jamal untuk timbulkan keganasan, kekecohan namun tiada tangkapan dibuat. Manakala Ali Tinju pula mengugut untuk membunuh saya,” katanya.