Showing posts with label bersih5. Show all posts
Showing posts with label bersih5. Show all posts

Wednesday, 14 December 2016

Berapa jumlah sebenar rumah yang dijual kepada warga asing Sebelum Perang di Zon Warisan?


GEORGETOWN - Pemuda Gerakan Pulau Pinang menggesa Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tentang jumlah rumah sebelum perang yang telah dibeli rakyat asing di zon warisan di sini.

Penolong setiausahanya, Loh Kit Mun berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah memberikan jumlah berbeza semasa memberi jawapan berhubung perkara itu
.
"Semasa sidang dewan negeri pada Mei 2016, Kon Yeow berkata sejumlah 18 rumah di zon warisan telah dibeli rakyat asing.

"Bagaimanapun, semasa sidang dewan pada November lepas, ketua menteri berkata jumlah unit yang dijual adalah 60 dan jumlah itu direkodkan sejak 2008 hingga Mei 2014," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam tempoh enam bulan, kedua-duanya memberikan jawapan berbeza, jumlah itu meningkat tiga kali ganda daripada 18 kepada 60 rumah. Boleh tak kita kata jumlah itu akan meningkat tiga kali ganda kepada 180, 540 rumah dan seterusnya," katanya.

Kit Mun mempersoalkan ketelusan, akauntabiliti dan kompetensi kerajaan negeri memandangkan maklumat yang diberikan mengelirukan dan rekod yang diberikan juga tidak lengkap.    

"Kenapa hanya tunjuk jumlah setakat Mei 2014, adakah ini bermakna pada 2015 dan 2016, tiada transaksi dan jika tiada di mana rekod transaksi hartanah bagi 2015 dan 2016 dalam zon warisan," katanya. - Bernama

Monday, 21 November 2016

#BERSIH5 Pembangkang sudah kena ‘main’, kata Khairy

 Ketua sayap pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya ‘merampas’ wadah Bersih.

“Tahniah kepada Tun Mahathir, beliau berjaya jadikan Bersih wadahnya. Semua pemimpin pembangkang sudah kena ‘main’,” katanya seperti yang dilaporkan, selepas menghadiri konvensyen Pemuda BN hari ini.

Bekas perdana menteri itu menghadirkan diri di tunjuk perasaan semalam dan berucap kepada puluhan ribu penunjuk perasaan di KLCC.

Beliau berkata pemimpin pembangkang dan penunjuk perasaan terbabit tidak sedar yang mereka dipermainkan.

“Akhirnya, isu sebenar gabungan itu ‘hilang’. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir,” kata Khairy seperti yang dilaporkan.

Kepulangan Dr Mahathir dari satu mesyuarat di Sudan dan penampilannya di himpunan semalam menerjah ke ruang hadapan media dan dipamerkan secara meluas dalam laporan antarabangsa.
Pemimpin Bersih nafi bekas perdana menteri itu sudah “merampas” wadah Bersih, dan berikrar akan mengabaikan pihak yang cuba mengganggu agenda reformasi gabungan itu.

Sunday, 20 November 2016

Kenapa Tak Ramai Hadir Bersih 5? Satu Analisa Oleh Salleh Keruak


Majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar hari ini, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan dan Bersih 5.
“Namun, mereka yang berarak hari ini hanya 3% dari perhimpunan Bersih tahun lepas – iaitu, 15,500 hari ini berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.
“Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10% daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Salleh berkata, kesan daripada Dr Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97%.
“Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah,” kata beliau.
Salleh juga berkata majoriti rakyat Malaysia dapat melihat bahawa PPBM parti yang ‘sudah berlalu’ dan menemui kegagalan.
“Diwujudkan hasil kekecewaan Mahathir akibat anaknya tidak berpeluang menjadi perdana menteri selepas UMNO menolak beliau,” katanya.
Menteri itu berkata demokrasi tegak kukuh di Malaysia.
“Ia tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua yang pernah mengaku dirinya sebagai diktator semasa berkuasa,” katanya.

Saturday, 19 November 2016

Kenapa Pembangkang Mahu BERSIH 5 Di Gerakkan !



Pastinya beberapa kawasan tumpuan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur akan penuh sesak dengan kelibat manusia apabila Bersih 5 mula mengambil tempat.Seperti insiden-insiden sebelumnya , pihak PDRM diberitakan sudah pun mula bertindak dengan melakukan beberapa siri tangkapan terhadap individu-individu yang dilihat sebagai peneraju utama Bersih kali ini.

Satu perkembangan yang agak baik memandangkan sebelum ini tangkapan-tangkapan sedemikian tidak berlaku awal melainkan setelah himpunan haram dilakukan.Sama-sama kita doakan supaya apa jua yang berlaku pada hari ini ianya tidaklah sampai ke tahap mengulangi sejarah rusuhan sehingga mencederakan anggota polis dan merosakkan aset milik PDRM.

Ramai sedar bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan yang tidak selesa setelah beberapa pimpinan tertinggi mereka terpalit dengan skandal dan pertuduhan di mahkamah.Selain dari itu beberapa siri protes yang dilakukan oleh pembangkang contohnya tindakkan keluar dewan sewaktu sesi pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan BN menjadi "back fire" dan memakan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor khususnya telah menyebabkan populariti pasukan pembangkang yang kononnya lebih baik atau perlu dijadikan "role model" oleh rakyat dalam memilih kerajaan bertukar menjadi sebaliknya.

Reputasi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjejas teruk baru-baru ini turut sama menyumbang kepada timbulnya rasa sangsi dikalangan pendokong-pendokong pembangkan sendiri selain daripada kerakusan memiliki harta yang dianggap rakyat sebagai tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu kerjasama rapuh bersama PPBM dilihat banyak pihak sebagai petanda betapa kem pembangkang bakal terus bermasalah.

Hubungan atas dasar mahu menjatuhkan kepimpinan negara dan cubaan mendapatkan mandat rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan itu bukan sahaja menjadi elemen terpenting kemerosotan aura pembangkang tetapi juga turut menjadi kudis yang hanya menanti masa untuk merebak seterusnya mendatangkan kecelakaan kepada pihak terlibat.

Hampir pasti kem pembangkang juga merasai kesannya apabila konflik politik yang berakhir dengan pengunduran PAS untuk tidak lagi bersama-sama dengan DAP menjadikan "pemain-pemain politik" canggung ini tidak punya pilihan.

Jika sebelum ini PAS dijadikan sebagai kambing hitam dengan eksploitasi terhadap ahli-ahlinya , kini Bersih 5 bakal berdepan situasi mencemaskan.Sehingga terdapat maklumat mengatakan himpunan haram atas nama Bersih 5 kali ini tidak akan mampu untuk menghimpunkan jumlah kehadiran seperti mana sebelum-sebelumnya.

Ditambah pula kebangkitan kumpulan berbaju merah serta beberapa kumpulan lain dengan warna berbeza yang telah menyatakan komitmen mereka untuk turun bagi menyekat kemaraan himpunan haram Bersih 5 , pimpinan dan penggerak Bersih 5 dilihat tertekan dan situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan baik bakal menimbulkan suasana huru hara.

Berdasarkan semua diatas , dapat kita simpulkan bahawa parti-parti asal dalam kem pembangkang iaitu DAP , PKR dan PAN mula berasa sangsi dengan keupayaan parti masing-masing dan kini mereka sama ada menerima bulat-bulat mahupun menerima dalam keadaan ragu-ragu kehadiran PPBM untuk bersama dalam himpunan haram tersebut.

DAP antara yang paling awal terkesan apabila terdapat dari kalangan ahli sendiri yang telah mempertikaikan hubungan parti cauvinis itu dengan PPBM.Persoalan demi persoalan dibangkitkan berkaitan relevannya hubungan tersebut dibina.

Malah ahli-ahli DAP sendiri menolak kehadiran Tun Mahathir yang dianggap mereka sebagai musuh politik !

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempersoalkan tentang prinsip veteran DAP sama ada mereka tidak berasa malu ketika berjabat tangan dengan Dr. Mahathir yang suatu ketika dulu merupakan musuh politik mereka.

“Kenapa Dr. Mahathir berminat dengan DAP dan Bersih sekarang?

“Kerana beliau takut jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan mendedahkan segala-galanya (mengenai pentadbiran beliau),” katanya dalam konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengambil kira semua perkara diatas maka jelas Bersih 5 adalah medium yang dirasakan mampu untuk sekurang-kurangnya mencetuskan isu baru dan menjadi "diversion" bagi mengalih tumpuan seluruh rakyat terhadap isu-isu panas yang kini sedang membelenggu pemimpin dan parti-parti dalam kem pembangkang.

DAP dan PKR tahu bahawa gerak kerja parti kini tidak lagi menjadi pilihan ahli dan pendokong-pendokong mereka , buktinya jumlah kehadiran perwakilan yang begitu teruk sekali ke konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan bagaimana ahli DAP sendiri tidak lagi berminat untuk terus menghambakan diri mereka kepada pemimpin dan dasar caca marba parti cauvinis yang kini dilabel sebagai KELIRU.

Mereka semestinya mengharapkan agar himpunan haram ini mampu membuka jalan agar semua isu yang kini terarah kepada kepimpinan dan parti-parti dalam kem pembangkang tidak lagi menjadi tajuk mahupun berita utama.

Dan kerana itulah pimpinan politik pembangkang begitu mengharapkan agar himpunan haram Bersih 5 ini dijayakan !

Belajar untuk menerima hakikat betapa himpunan haram Bersih 5 bukan soal tuntutan sebenarnya tetapi soal mengembalikan rentak politik pembangkang untuk terus menghentam kerajaan BN bukannya membiarkan mereka dihentam serta diserang bertubi-tubi seperti mana yang sedang berlaku hari ini.

Thursday, 17 November 2016

Mahathir Lari, Petanda Bersih 5 Tak Dapat Sambutan



Bersih 5 yang akan diadakan pada Sabtu ini sudah menerima tamparannya apabila ikon utamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak akan menghadirinya kerana berada di luar negara ketika itu.

Ternyata pengumuman berkenaan amat berbeza sekali dengan kenyataan Mahathir pada 2 Oktober lalu yang mengesahkan beliau akan hadir pada himpunan haram itu.

Bukannya Mahathir tidak tahu tarikh penganjuran Bersih akan diadakan pada 19 November kerana ia telah diumumkan beberapa bulan lepas.

``Seperti tahun lalu, saya turut serta dan tahun ini saya akan hadir juga," katanya ketika ditanya media pada 2 Oktober lalu.

Alih-alih, Mahathir dalam satu temubual dengan stesen radio online Bangsar Utama, pada Rabu, memberitahu beliau akan berada di luar negara pada 19 November ini kerana ia sudah dirancang lama.

Nampak sangat beliau cuba mengelak kerana jika Mahathir sudah membuat perancangan untuk keluar negara sejak lama dulu, sudah pasti beliau akan menyatakan tidak hadir dan menyertai himpunan haram itu bersama dengan barisan pembangkang lain.

Jika kita amati dengan lebih dekat, apakah tandanya ini? Ia menunjukkan bahawa Bersih 5 tidak mendapat sambutan. Daripada menanggung malu kerana menyertai perhimpunan yang tidak akan mendapat sambutan ramai, lebih baik tidak hadir.

Inilah drama politik Mahathir. Ketika menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir amat membenci demonstrasi jalanan ini tetapi kini beliaulah yang memberikan sokongan utama.

Pada Bersih 4 tahun lepas, beliau hadir di Dataran Merdeka pada saat-saat akhir dengan matlamat untuk memberikan sokongan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun malangnya empat siri Bersih yang diadakan selama ini gagal.

Tulisan :
Beruang Biru
BB139, Khamis
17 November 2016

Jangan guna baju kami, amaran PAS menjelang Bersih 5

Unit seragam PAS yang bertanggungjawab soal keselamatan hari ini melarang mana-mana pihak memakai baju pasukan itu pada perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.
Jabatan Amal Malaysia, yang menguruskan pasukan Unit Amal yang kerap mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta perhimpunan Bersih sebelum ini, berkata larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0 kali ini.

Ketua pengarah unit itu, Mohd Nazree Mohd Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.
“Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5,” katanya.
Unit Amal PAS sebelum ini menerima pujian atas kejayaannya mengawal perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3.
Bagaimanapun, keretakan hubungan antara pimpinan tertinggi PAS dengan badan NGO dan parti pembangkang lain sejak muktamar tahun lalu menyaksikan PAS tidak menyertai Bersih 4 pada Ogos tahun lalu.