Showing posts with label dalam neger. Show all posts
Showing posts with label dalam neger. Show all posts

Wednesday, 14 March 2018

Sokongan rakyat kepada DAP di P.Pinang semakin menurun menjelang PRU14


Baru-baru ini, kerajaan DAP telah mengadakan satu program sempena Sambutan 10 Tahun DAP mentadbir negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama. Apa yang menarik dalam program DAP ini adalah apabila pengacara majlis tersebut mendakwa seramai 50,000 orang menghadiri majlis berkenaan.

Kenyataan itu kononnya untuk menampakkan program DAP itu mendapat sambutan dan sokongan rakyat. Sedangkan hakikatnya majlis tersebut dikatakan tidak mendapat sambutan hangat pun apabila boleh dikatakan hampir 5,000 sahaja yang hadir.

Inilah sikap pembangkang terutamanya DAP yang sering mengubah keadaan sebenar untuk menampakkan mereka hebat. Malah, jika dilihat sebuah portal yang sudah diketahui merupakan portal pro-pembangkang iaitu Malaysiakini pun tidak melaporkan 50,000 orang hadir, sebaliknya hanya menyatakan 15,000 orang yang hadir.

Selain melaporkan berapa orang ramai yang hadir dalam program DAP itu, portal pro-pembangkang itu juga membandingkan dengan jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah sebelum ini yang mana jumlah orang ramai yang ‘membanjiri’ hingga ke tepi jalan utama.

Tidak dinafikan, 5 tahun lalu, DAP boleh mendabik dada dengan mengatakan Padang Kota Lama menjadi menjadi bukti betapa hebatnya pengaruh parti Roket itu semasa mengadakan ceramah-ceramah di tempat terbuka.

Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, parti Roket itu menjadikan Padang Kota Lama pentas untuk menguji sokongan rakyat kepada parti dan ketika itu DAP berjaya.

Walaupun ceramah hanya bermula pulu 9 malam namun seawal 6 petang, puluhan ribu penyokong parti Roket itu mula memenuhi dan berarak ke kawasan menjadi tarikan pelancong itu, sambil bangga mengibarkan bendera DAP dan melaungkan slogan ‘Ubah dan Ini Kalilah’.

Itu berlaku lima tahun lalulah, situasi itu tidak berlaku lagi pada majlis sempena Sambutan 10 Tahun DAP mentadbir negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Tiada lagi orang ramai bersesak, sebaliknya lenggang sahaja.

Boleh lihat sendiri gambar di atas, orang ramai yang hadir boleh duduk dalam keadaan selesa tanpa perlu bertolak-tolak. Sebenarnya mudah difahami faktor program DAP ini tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat.

Ini kerana rakyat negeri Pulau Mutiara itu sudah muak mendengar janji-janji kosong yang dijanjikan DAP kononnya mereka akan mengambil alih pentadbiran negara yang gagal kerana majoriti pengundi kaum Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hal itu diakui sendiri oleh penceramah-penceramah yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini merangkap sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Faktor lain adalah isu setempat yang gagal diselesaikan turut menjadi faktor rakyat Pulau Pinang menolak ceramah tersebut meskipun menurunkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Begitu juga dengan isu kekurangan rumah mampu milik dan kos rendah di bahagian pulau, masalah banjir yang kerap berlaku (kerajaan DAP pernah berjanji untuk menangani masalah itu dalam tempoh sembilan bulan mentadbir selepas mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008 tp sehingga kini masalah itu tidak selesai), serta juga isu alam sekitar yang dilihat semakin teruk menyebabkan sokongan rakyat Pulau Pinang menurun dan hilang kepercayaan kepada DAP.

Dalam ceramah pada malam itu, tidak apa yang baharu yang disampaikan kerana Pakatan Harapan hanya mengulang fakta yang disampaikan dalam ceramah-cerama terdahulu. Apa yang berbezanya hanyalah lokasi sahaja.

Tetapi yang menarik perhatiannya apabila pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan penggantinya sekiranya beliau ‘tiada’ apabila menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya.

Aura Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada malam itu juga dilihat tidak terserlah kerana hadirin yang hadir mula beredar semasa beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan sedang berucap meskipun waktu ketika itu baru pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, sekiranya majlis Sambutan 10 Tahun DAP baru-baru ini sebagai uji kaji DAP untu menguji sokongan rakyat maka parti Roket itu hanya layak diberikan ‘B minus’ sahaja. Sudah jelas sokongan rakyat kepada DAP di Pulau Pinang semakin menurun menjelang PRU-14. –Utaranews

Sunday, 19 March 2017

PERMATA : Datin Seri Rosmah tidak pernah dibayar gaji


KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor sekali lagi membidas DAP dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang berterus menyerang Program Permata Negara (Permata).
Rizal melalui satu klip video yang berdurasi 2:11 saat menggesa DAP dan Yeoh untuk mengemukakan cadangan sekiranya mereka mempunyai idea yang lebih mengenai pendidikan awal kanak-kanak.
“Kita dah banyak kali bawa dia (DAP) melawat ke Pusat Permata, bagi penjelasan dan yang beri penyelasan bukan orang biasa (tapi) merupakan pakar-pakar (antaranya)Tan Sri Sharifah Habsah, Datuk Sri Siti Azizah, Setiausaha Bahagian Permata, Datuk Saidatul Akhmar (namun) dia masih (memilih) untuk tidak faham lagi.
“Saya pun tak reti nak gelar orang yang tak faham-faham ni, sebab itu sebelum ini kita beri sarana pada dia suruh daftar di Permata untuk bagi dia cerdik sikit tapi smapai hari ini dia tak daftar-daftar lagi.
“Saya nak tanya pada rakyat Malaysia di luar sana, apa salah Datin Seri Rosmah menubuhkan Permata kalau DAP atau bini Lim Guan Eng ada idea yang lebih baik untuk pendidikan kanak-kanak sila buat yang dok kacau program yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah ini pasal apa?” soalnya melalui klip video tersebut yang dimuatnaik di laman Facebooknya sebentar tadi.
Rizal turut menegaskan, Rosmah hanya menjadi penaung kepada Permata namun tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif serta tidak dibayar gaji walaupun satu sen.
“Saya nak bagi tahu, Datin Seri Rosmah tak dapat gaji pun tapi dia (Rosmah) fikir nak bagi program pendidikan awal ini untuk kanak-kanak khusus untuk anak di luar Bandar (jadi) yang DAP nak dengki ini pasal apa?
“Apakah DAP nak sabotaj kepentingan pendidikan awal kanak-kanak di luar bandar dan orang susah yang miskin bandar?” soalnya lagi.
Rizal turut berkata program Permata adalah bertujuan untuk kepentingan anak-anak Malaysia demi untuk masa depan negara yang lebih cemerlang.