Showing posts with label dalam negerti. Show all posts
Showing posts with label dalam negerti. Show all posts

Monday, 5 June 2017

Bekalan bahan mentah akan diimport jika tidak cukup menjelang Aidilfitri

BATU KAWAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengimport bekalan bahan mentah sekiranya berlaku kekurangan bagi menampung permintaan dan keperluan pada Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun setakat ini berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati bekalan bahan mentah di pasaran seperti daging lembu dan ayam serta sayur-sayuran masih mencukupi.

Mengulas mengenai kenaikan harga bahan mentah terutama ayam dan sayur-sayuran, Tajuddin berkata perkara itu berlaku berdasarkan faktor perniagaan seperti kos pengeluaran serta penambahan kos oleh pengusaha tani.

"Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang seperti dituduh beberapa pihak terutama pembangkang sebaliknya kenaikan itu adalah disebabkan faktor perniagaan yang menyebabkan penambahan kos," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang makanan kepada 200 ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini. - Bernama

kosmo

Thursday, 27 April 2017

Rafizi Perlu Jawab, Siapakah Penaja Utama Invoke?

Dalam arus politik perdana hari ini, kewujudan NGO bukan satu perkara yang pelik. Boleh dikatakan, NGO-NGO yang ada pada hari ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan hampir separuh daripadanya adalah NGO pro pembangkang. Salah satu NGO yang dilihat cukup aktif adalah Invoke Malaysia yang kononnya diasaskan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan berkenaan.
Kewujudan Invoke ini dilihat sebagai salah satu medium buat Rafizi mengadakan pungutan suara, reforendum dan kajian sikap rakyat Malaysia samada cenderung kepada Pakatan Harapan atau kepada kerajaan. Selain daripada Invoke, satu lagi NGO yang diasaskan oleh Rafizi adalah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).
Kedua-dua NGO ini dilihat cukup aktif menyerang kerajaan terutamanya NOW yang turut mengetengahkan seorang perintis muda di bawah jagaan Rafizi, Akmal Nasir. Apa yang ingin di tanyakan kepada Rafizi adalah, siapakah yang membayai dan menaja kewujudan NGO ini?
Umum sedia maklum bahawa penubuhan sesuatu NGO memerlukan modal yang agak besar. Selain daripada menetapkan hala tuju sesuatu NGO, pembiayaan untuk menggerakkan operasi sesuatu NGO juga memerlukan seseorang yangbenar-benar komited untuk membangunkan NGO berkenaan. Ini kerana, sesuatu NGO tidak boleh dan tidak mampu menjana kewangannya sendiri kerana sifat NGO itu sendiri sebagai Non Profit Organization.
Namun, dari pemantauan yang dibuat di laman web Invoke dan NOW mendapati, pergerakan mereka cukup tersusun dan seolah-olah mempunyai kedudukan kewangan yang cukup kukuh. Lihat sahaja bagaimana saban minggu, Invoke mampu untuk membuat kaji selidik sikap rakyat Malaysia di mana para pengkaji selidik berkenaan menerima bayaran gaji secara bulanan.
Jika dilihat dari apa yang diperolehi oleh Rafizi sebagai Ahli Parlimen, sukar untuk kita rumuskan bahawa Rafizi mampu membayar gaji sebilangan pekerja yang bekerja di bawah Invoke. Malah, Rafizi juga turut menanggung gaji bulanan dan sewa premisnya untuk menggerakkan pusaat operasi Parlimen Pandannya.
Andai yang demikian, sudah tentu timbul persoalan, siapakah yang berada di belakang Invoke? Bukan satu perkara yang menghairankan apabila Rafizi cukup kerap mendesak kerajaan mendedahkan itu dan begini dalam sesuatu isu. Dalam membicarakan hal Invoke, rasanya tidak salah buat Rafizi mendedahkan, siapakah yang berada di belakang kewujudan Invoke dan NOW.
Ini penting kerana pendedahan ini akan selari dengan kemahuan Rafizi yang mahu mewujudkan ketelusan dalam setiap aspek. Apalah guna jika Rafizi hanya tahu mendesak kerajaan melakukan ketelusan sekiranya dirinya sendiri berusaha menutup dan melindungi individu “berduit” dibelakang Invoke dan NOW. Barulah ianya dinamakan keadilan dan ketelusan. Persoalannya, beranikah Rafizi mendedahkannya? TVPRU14

Monday, 31 October 2016

Banjir kilat tiada kaitan dengan Empangan Air Itam

GEORGETOWN - Banjir kilat yang berlaku di lembah Paya Terubong, Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan Sungai Pinang semalam tidak mempunyai kaitan dengan Empangan Air Itam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa.

Jaseni berkata, PBAPP merekodkan taburan hujan kira-kira 135mm di empangan itu semalam.
"Terdapat limpahan air minimal sebanyak 12mm di empangan itu kira-kira 7.10 malam. Sebarang limpahan dari Empangan Air Itam akan hanya mengalir ke Sungai Air Itam.

"Sebagai makluman, limpahan 12mm itu tidak cukup untuk mengakibatkan banjir di beberapa tempat di George Town. Tambahan pula, banjir kilat itu berlaku sebelum 7.10 malam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengenai kejadian tanah runtuh di laluan selepas Kuil Kek Lok Si, Jaseni berkata, hujan lebat semalam mengakibatkan tanah runtuh di sebahagian jalan selepas Kuil Kek Lok Si, menghala ke Empangan Air Itam.
"Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun runtuhan itu mengakibatkan jalan itu tidak boleh dilalui kenderaan. Anggota daripada PBAPP dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membersihkan kesan daripada runtuhan," katanya.

Beliau menasihati pengunjung ke Empangan Air Itam supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan jalan berkenaan pada musim hujan sekarang. – Bernama