Showing posts with label dalam negri. Show all posts
Showing posts with label dalam negri. Show all posts

Sunday, 14 May 2017

4 Batang Sungai yang Disebut Rasulullah


Image result for sungai nil

SUNGAI adalah aliran air besar dan panjang yang mengalir secara terus-menerus dari hulu (sumber) ke hilir (muara).

Di dunia ini banyak sekali sungai yang dapat kita jumpai. Tapi, tahukah anda? Bahawa ada 4 sungai yang mengalir langsung dari mata air syurga? Berikut penjelasannya.

Dunia mempunyai ribuan bahkan jutaan sungai yang membentang dan menjadi salah satu sumber kehidupan untuk wilayah yang dialirinya. Dari sekian banyak sungai itu, hanya empat sungai yang dipuji sedemikian tinggi oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau menyebut empat sungai ini sebagai sungai syurga. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Seihan, Jeihan, Nil, dan Eufrat, semuanya adalah sungai-sungai syurga. '' (HR Muslim).

Sebuah riwayat dari Ibnu Abbas Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT menurunkan sungai-sungai tersebut dari sumber mata air yang sama dengan yang berada di syurga, yakni di lapisan yang paling bawah. Sumber mata air ini dilindungi oleh sepasang sayap malaikat Jibril as. Ia menitipkannya pada gunung yang kemudian mengalirkannya ke bumi.

1. Sungai Nil
Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia yang membelah sembilan negara antaranya Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, dan Mesir dengan panjang sungai mencapai 6.650 km. Aliran airnya berasal dari pergunungan Kilimanjoro, Afrika Timur dan mengalir dari arah selatan ke utara dan bermuara di laut tengah.

Ada fenomena yang menjadi perhatian para saintis Arab tentang kadar air yang seolah sudah diatur. Pada musim sejuk, sungai ini justru surut, namun ketika musim panas tiba, maka debit airnya malah naik. Luapan air menggenangi kawasan di kiri kanan sungai, sehingga menjadi lembah yang subur selebar antara 15 hingga 50 kilometer. Sehingga meski musim panas, namun kawasan di wilayah sungai Nil tetap subur. Naiknya sungai Nil di musim panas kerana lebur salji di pergunungan Kilimanjoro.

2. Sungai Eufrat
Sungai Eufrat dalam beberapa hadis sering disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Sungai ini membentang sepanjang lebih kurang 2,781 km dan melewati tiga negara, yakni Turki, Syria, dan Iraq. Sungai ini besar bersama sungai Trigis dalam peradaban kuno besar di Mesopotamia. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa menjelang hari kiamat, sungai Eufrat akan mengering.

Ubay bin Ka'ab: "Hampir tiba masanya, sungai Euphrat surut menyingkapkan gunung emas. Jika orang-orang mendengar hal itu, mereka berjalan ke sana. Maka orang-orang yang ada di sana mengatakan, "Jika kita membiarkan orang-orang mengambilinya, mereka pasti akan mengambil seluruhnya," Beliau bersabda, "Maka, mereka bertempur di atasnya, sehingga setiap seratus orang terbunuh sembilan puluh sembilan." [HR. Muslim].

3. Sungai Seihan
Seihan merupakan sungai terbesar yang berada di Jordan (dahulu wilayah Syam). Air sungai mengalir dari bukit Anadolu di pergunungan Ante Toros. Sungai ini Melewati Adana, dan bermuara di Laut tengah, di timur laut Teluk Iskandarun. Dalam sumber Wikipedia, sungai ini merupakan Sungai terpanjang di Turki yang mengalir ke Laut Tengah. Di Adana, aliran Sungai Seihan dibendung menjadi sebuah dam yang berfungsi untuk pengairan, tenaga elektrik, dan pengendali banjir.

4. Sungai Jeihan
Jeihan adalah sungai di daerah Mushoishoh. Imam Al-Hazimi berkata: Seihan ada di daerah Mushoishoh, bukan lah sungai sihun (yang ada di Khurosan). (Syarah Shahih Muslim (17/176). Disebutkan oleh Penulis Nihayatul Gharib bahawasanya Seihan dan Jeihan adalah Dua Sungai yang terletak di daerah Al-Mushoisoh dan Tursus.

sumber islampos.com

Tuesday, 11 April 2017

Kit Siang didesak terima cabaran debat

BUTTERWORTH - Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan hari ini mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menerima cabaran bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk berdebat.

"Saya minta Lim Kit Siang tidak lari... rakyat Malaysia harus dan perlu tahu


Lim Kit Siang memang seorang diktator dan tidak mempunyai demokrasi memimpin parti DAP selama 51 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada sidang media 4 April lepas, Tunku Abdul Aziz mencabar Lim untuk

berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu selepas penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan pengerusi Pakatan Harapan.

Tunku Abdul Aziz mendakwa strategi itu hanya sebagai muslihat untuk

memperdaya pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Asoghan mendakwa tidak wujud demokrasi dalam parti DAP dan Lim akan menyingkirkan sesiapa sahaja di dalam parti bagi menjaga kedudukan dinasti Lim dalam DAP.

"Saya antara mangsa kekejaman politik kuku besi Lim Kit Siang. Selain saya, masih ada yang dalam parti DAP Lim Kit Siang akan singkir," katanya. - Bernama

Thursday, 16 February 2017

Mana Bahaya, UMNO atau DAP?



Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.

Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.

Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan UMNO. Kerana itu juga, UMNO mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.

Bagi PH, undi PAS adalah undi UMNO. Maka jangan undi PAS. Bagi UMNO, undi UMNO adalah undi PAS. Maka undilah UMNO. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah samada untuk UMNO BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.

Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.

UMNO tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk UMNO terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival UMNO. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik UMNO kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan UMNO adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong UMNO. PPBM menjaja PAS makan dedak UMNO. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.

PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

Walau baik mana sekali pun UMNO terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan UMNO. UMNO adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika UMNO ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika UMNO bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun UMNO pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.

Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.