Showing posts with label datuk huan cheng guan. Show all posts
Showing posts with label datuk huan cheng guan. Show all posts

Tuesday, 13 March 2018

Apa Guan Eng buat di rumah ahli perniagaan itu? - Datuk Huan Cheng Guan

PULAU PINANG 12 Mac – Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan sebenar beliau berada di rumah seorang ahli perniagaan yang dikaitkan de­ngan kes rasuah membabitkan projek terowong dasar laut.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, kelibat Guan Eng dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu di lokasi yang disifatkan peribadi dan bukannya di majlis rasmi adalah sesuatu yang membimbangkan


Menurut beliau, foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu juga menunjukkan mereka mengenali antara satu sama lain, sekali gus mempersoalkan perkara yang dibincangkan kedua-dua mereka dalam pertemuan tersebut.

“Ini menimbulkan persoalan apa kepentingan ahli perniagaan berkenaan di Pulau Pinang dan adakah beliau mempunyai apa-apa urusan perniagaan di negeri ini?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, sekeping foto Guan Eng bersama ahli perniagaan itu yang dilihat dalam keadaan mesra dan dipercayai di rumah ahli perniagaan berkenaan tular dalam laman sosial sekali gus mencetuskan persoalan ber­ke­naan hubungan sebenar antara kedua-dua mereka.

Ahli perniagaan itu sebelum ini direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa menerima wang berjumlah RM19 juta daripada pemaju projek terowong dasar laut bagi menutup siasatan kes tersebut.

Cheng Guan menambah, Gu­an Eng tidak lagi boleh bersembunyi dan sebagai pe­mimpin utama kerajaan negeri, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada penduduk negeri ini.

Sementara itu, Guan Eng da­lam satu kenyataan semalamberkata, sebagai pemimpin ma­syarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan ber­kenaan.

Utusan

Sunday, 15 January 2017

GST : Mahathir Serlahkan Dirinya Lidah Bercabang

Jika ada sesiapa yang masih ingat, antara perkara yan begitu hebat diserang oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan hari ini adalah isu yang membabitkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Beliau mendakwa, GST telah meningkatkan harga barangan di pasaran tempatan dan berterusan memanipulasikan keadaan.

Mengulas tentang perkara ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika Mahathir memperjuangkan SST, cukai berkenaan dikenakan pada kadar 10 peratus untuk cukai barangan dan 5 peratus pada cukai perkhidmatan. Jadi jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan adalah pada kadar 15 peratus. Manakala cas cukai GST pula adalah padar 6 peratus flat.

Justeru, beliau mempersoalkan, adakah SST jauh lebih rendah berbanding GST? Jawapannya, sudah tentu tidak.

Beliau berkata, satu perkara yang Mahathir cuba sembunyikan adalah, melalui cukai SST, terlalu banyak peniaga dan peruncit, culas membayar semula cukai yang dikenakan kepada pihak kerajaan. Jika ada yang membayarnya sekalipun, jumlahnya tidak setara dengan jumlah yang dikenakan kepada pengguna. Di sinilah boleh disimpulkan bahawa kerajaan sewaktu pentadbirannya mengalami kerugian tanpa sedar!

Namun melalui cukai GST, ianya disifatkan lebih telus di mana peluang buat peniaga untuk mengelak dari membayar cas cukai berkenaan kepada kerajaan, adalah amat tipis. Kita boleh melihat sendiri bagaimana ada diantara peniaga yang didakwa di mahkamah akibat culas membayar hasil cukai berkenaan kepada kerajaan dan menaikkan harga sesuka hati mereka.

Datuk Huan juga berasakan Mahathir menggunakan alasan yang karut apabila mendakwa harga barangan hari ini selepas cas GST dilaksanakan, meningkat dengan mendadak. Bagi beliau, ia jelas satu dakwaan cukup karut dan hanya direka-reka oleh Mahathir untuk mendapatkan sokongan kepada beliau.

Ini kerana, sejak merdeka lagi kerajaan langsung tidak menjalankan apa jua jenis perniagaan pembekalan barangan makanan dan asas kepada rakyat. Justeru, beliau hairan, kenapa kerajaan yang dipersalahkan apabila berlaku kenaikan harga barang sedangkan pembekal, peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan mereka?




Sunday, 18 December 2016

DAP angkuh, tidak peduli suara akar umbi


KUALA LUMPUR  – Kepemimpinan DAP ternyata bersikap angkuh tanpa mempedulikan suara dan pandangan akar umbi dalam membuat keputusan membabitkan dasar dan hala tuju parti itu.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (gambar) berkata, perkara itu terbukti apabila dua ahli bertindak keluar parti iaitu Shamsher Singh Thind dan Roger Teoh selepas kedua-duanya membuat kritikan kepada parti, namun suara mereka langsung tidak dipedulikan.
Justeru katanya, keadaan lebih buruk akan berlaku dan dijangkakan lebih ramai bakal mengikut jejak langkah kedua-dua bekas ahli itu sekiranya DAP berterusan bersikap bongkak tanpa mengambil kira pandangan majoriti ahli lain yang menunjangi parti berkenaan.
“DAP kini sebuah parti yang cukup angkuh langsung tidak mahu mendengar pandangan akar umbi. Saya percaya lebih ramai ahli DAP akan meninggalkan parti tersebut.
“Ternyata prinsip yang diamalkan mereka menerusi slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) tidak lagi boleh diguna pakai dan hanya dilaungkan demi mengaburi mata rakyat,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, DAP menerima peletakan jawatan Roger selepas beliau membuat permohonan itu kurang daripada tempoh 24 jam. Roger sebelum itu dikatakan telah mengkritik berhubung Penang Transport Master Plan (PTMP) selepas kecewa dengan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
-Utusan-