Showing posts with label deepavali 2016. Show all posts
Showing posts with label deepavali 2016. Show all posts

Wednesday, 5 October 2016

Happy Diwali, Semua Aliran Sekolah Dapat Cuti Tambahan 3 Hari


Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan semua aliran sekolah sempena cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian tersebut, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.