Showing posts with label dlaam negeri. Show all posts
Showing posts with label dlaam negeri. Show all posts

Tuesday, 12 September 2017

Penduduk cabar Guan Eng jumpa masyarakat Tanjung Bungah


Projek Jalan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Teluk Bahang ke Tanjung Bungah yang dicadangkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya semakin menerima banyak tentangan dari penduduk setempat.
Mereka beranggapan, projek tersebut hanya akan merugikan penduduk di masa akan datang, dan juga berisiko memusnahkan alam sekitar di sepanjang kawasan Tanjung Bungah.
Oleh yang demikian, Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) telah bangkit menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya mengadakan sesi dialog dengan semua penduduk, untuk menjelaskan butiran penuh mengenai jalan dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.
Kerajaan Negeri juga digesa menjelaskan semua alternatif yang ada untuk jalan itu dan analisis kos manfaat untuk NCPR, supaya penduduk yang terjejas di kawasan itu menyedari sepenuhnya mengenai alasan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek itu.
Gesaan yang dibuat itu adalah selaras dengan ulasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri, Lim Hock Seng baru-baru ini yang memberikan maklum balas kepada kenyataan TBRA supaya NCPR dibatalkan.
Menurut laporan akhbar baru-baru ini, Lim berkata Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan semua alternatif kepada laluan jalan ke Teluk Bahang dan Batu Ferringhi sebelum membuat keputusan untuk meneruskan dengan NCPR.
Lim juga dilaporkan berkata fasa pertama NCPR dari Batu Ferringhi ke Tanjung Bungah, yang menurut beliau paling penting untuk disegerakan pembinaannya.
Beliau juga dilaporkan berkata terdapat cadangan untuk membina jejambat (viaduct) dari Lembah Permai (di Tanjung Bungah) ke Seri Tanjung Pinang.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah, Meenakshi Raman, pembinaan jejambat berkenaan tidak disebutkan di mana-mana dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk NCPR. Pembinaan jejambat itu juga didakwa mempunyai implikasi yang serius terhadap sosial dan alam sekitar, yang juga seharusnya dipertimbangkan dalam EIA.
“Menurut garis panduan bagi EIA, satu EIA yang sempurna untuk projek seharusnya mempunyai pertimbangan alternatif atau pilihan projek dengan sempurna, termasuk menyediakan asas bagi penghapusan pilihan yang dianggap sebagai tidak munasabah. Memandangkan ia tidak dilakukan, Jabatan Alam Sekitar (DOE) seharusnya tidak meluluskan EIA seperti sekarang, kata beliau.
Fasa pertama NCPR (Dari Batu Ferringhi ke Tanjung Bungah) akan melibatkan beribu penduduk yang akan terjejas yang tinggal di sepanjang koridor jajaran jalan termasuklah Taman Leader Condominium, Jalan Chee Seng 8, Taman Tanjung Bungah, Jalan Chee Seng, Surin Condominium, Coastal Tower, Desa Mar Vista Apartment, Beverly Hills, Shamrock Beach, Sri Sayang Service Apartment, Ferringhi Delima Condominium dan Kg. Batu Ferringhi.
Ramai daripada penduduk tidak menyedari implikasi projek jalan terhadap kualiti kehidupan mereka.
“Menjimatkan 14 minit masa perjalanan antara Tanjung Bungah dan Teluk Bahang pada kos RM1bilion untuk NCPR akan hilang sebaik sahaja lebih banyak permintaan lalu lintas dijana oleh jalan baharu dalam tahun-tahun akan datang. Kami juga tertanya-tanya kenapa NCPR perlukan laluan berkembar empat lorong? tambah beliau lagi.
Membina lebih banyak jalan bukan penyelesaian yang lestari, semakin banyak jalan dibina semakin membawa banyak kereta. Mencari pilihan pengangkutan yang benar-benar lestari yang menggerakkan manusia sebagai ganti kereta persendirian hanyalah satu jalan ke hadapan untuk benar-benar menjadikan Pulau Pinang lebih hijau.
Oleh itu adalah satu kewajipan dan sangat penting bagi Kerajaan Negeri untuk telus sepenuhnya terhadap keperluan bagi NCPR, implikasinya kepada penduduk yang terjejas oleh jalan itu dan apakah alternatif yang dipertimbangkan dan dianggap tidak boleh dilaksanakan. 

Sunday, 10 September 2017

Ketepikan Sentimen Politik Dahulukan Kesucian Islam, Tolak DAP PRU 14 - Iman Asyraff


1. Saya tak faham mengapa pimpinan DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik ketika sesi Live kuliah Dhuha TG Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pagi tadi.

2. Pemimpin DAP sudah sampai ke tahap begitu mahukan Islam di Malaysia di rendah dan di hinakan kedudukannya. Tidak bolehkah beliau menghormati kedudukan Agama Islam yang di iktiraf di sisi Perlembagaan Persekutuan?

3. Terlalu bodoh sangatkah Ronnie Liu ini sampaikan tidak dapat dibezakan ceramah politik dan kuliah agama? Jika inilah isyarat yang di tunjukkan DAP, maka tidak hairanlah DAP kekal sebagai sebuah parti yang rasis dan anti Islam.

4. Umat Islam perlu tolak DAP, parti yang bersekongkol dengannya dan Pakatan Harapan. Satu undi untuk Pakatan Harapan, satu undi untuk penghinaan demi penghinaan terhadap umat dan Agama Islam di Malaysia.

5. Ketepikan dahulu sentimen kepartian, dahulukan kesucian Agama Islam. Satukan tekad kita bersama untuk tolak DAP dan Pakatan Harapan!

Iman Asyraff
18 Zulhijjah 1438H

Wednesday, 30 August 2017

Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Dengan pelbagai penghinaan dan serangan bertubi-tubi terhadap permimpin Barisan Nasional untuk  melindungi diri mereka dari dilihat melakukan kesalahan, DAP kini dilihat lebih tidak bermaruah apabila terus menuding jari  dari kejadian yang  nyata telah berlaku disebabkan tindakan mereka.
Lim Guan Eng dan pemimpin cauvinis DAP mempunyai sikap buruk yang amat ketara apabila masih cuba lagi melindungi  perbuatan salah pemimpin mereka yang telah mendirikan kilang haram yang amat merbahayakan kesihatan  rakyat di Sungai Lembu..
Dahulu, mereka sendiri lantang menentang pembinaan kilang nadir bumi yang nyata telah melalui proses pemeriksaan yang ketat untuk memastikan bahawa tiada kesan yang merbahaya terhadap rakyat apabila ianya beroperasi.
DAP telah  mengambil keputusan untuk melakukan demontrasi , menyebarkan berita fitnah kepada rakyat berkaitan Operasi Lynas, menuduh kerajaan  membawa kecelakaan kepada rakyat,  kesan alam sekitar dan sebagainya. Ini lah cara DAP untuk mereka meyembunyikan kegiatan haram mereka.
Kilang nadir bumi Lynas , Walhal merekalah sebelum ini yang menyerang bertubi-tubi terhadap kerajaan dengan kata-kata pedas seperti hipokrit, tidak berakhlak dan macam-macam lagi seolah olah  kerajaan yang ada serkarang tidak memikirkan tentang keselamatan rakyat.
Jadi DAP sekarangtidak perlu untuk salahkan  kerajaan lagi,  dan nyata sekali bahawa DAP serta keseluruhan pemimpin mereka  tidak bermaruah disebabkan masih untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam isu kilang haram yang  dibina sejak tahun 2009 di Sungai lembu.
Sehubungan itu Timbalan Presiden MCA  Dato’ Wee Ka Siong menempelak tindakan DAP yang mana cuba menuding jari terhadap orang lain terutama Barisan Nasional dalam kewujudan kilang  karbon haram di Sungai lembu.
Menurut  Wee lagi, melalui maklumat komponen  Barisan Nasional iaitu Gerakan telahmendakwa bahawa  kewujudan kilang tersebut telah meyebabkan peningkatan penyakit kanser di kawasan Sungai  Lembu dimana 11 daripada 500 orang telah dikesan dengankira kira  23 kali ganda purata kebangsaan.
Image result for Kilang haram
Bukan itu sahaja, pencemaran udara , sungai juga berlaku sehingga menyebabkan kadar pertumbuhan kehijauan alam sekitar juga dilihat amat merosot. Tindakan tidak bertanggung jawab DAP ini  seharusnya  diambil tindakan mengikut perundangan yang sewajarnya.
Beliau juga menolak kenyataan exco Pulau Phee Boon Poh bahawa produk kilang itu tidak berbahaya, mengatakan ia adalah pembuatan penapis karbon yang menjadi kebimbangan. Perkara yang amat menghairankan kita ialah  kilang tersebut juga tiada lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai, Tiada kelulusan pelan rancangan, tiada pelan bangunan dan tiada lesen MPSP
Setelah Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kilang berkenaan yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 10 tahun lalu selepas kilang itu didakwa ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Susulan itu,  pemilik dan pengurus kilang serta EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Paling melucukan setelah pembongkaran dilakukan namun tiada tindakan tegas diambil, sebaliknya pemilik kilang ha­nya dikenakan denda RM250 oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Timbalan Presiden MCA turut menempelak DAP terhadap tindakan mereka satu ketika dahulu berkaitan dengan protes terhadap kilang  nadir bumi Lynas di Kuantan, Sekarang DAP dengan angkuhnya menuduh dan membiarkan kilang karbon haram yang amat merbahaya kroni mereka beroperasi tanpa pemeriksaan alam sekitar dan mengancam kesihatan penduduk.
DAP telah menguasai Pulau Pinang selama hampir sedekad, MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengingatkan parti  DAP agar tidak bersifat angkuh dan sombong dan telah terbukti bahawa kegiatan haram adalah amalan sikap DAP untuk mencari kekayaan tanpa memikirkan hak hak kesihatan  dan kerosakan yang mereka lakukan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta  kepimpinan mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya dan  mengambil tindakan sewajarnya. Guan Eng dilihat  cuba berbelit-belit isu  berhubung berbagai kemelut yang sedang mereka hadapi sekarang.
Ini lah bukti nya terlalu jelas bahawa DAP sebagai parti dan pemimpin kerajaan negeri amat  “hypocritical” (bersikap munafik) apabila membangkitkan emosi rakyat pada kilang Lynas tetapi bersikap lain pula pada kilang di kawasan yang mereka perintah.