Showing posts with label dlam negeri. Show all posts
Showing posts with label dlam negeri. Show all posts

Wednesday, 8 November 2017

Penghuni kondo bantah pembangunan lereng bukit Tanjung Bungah


Sekumpulan penghuni Kondominium Miami Green Resort, Tanjung Bungah, berkumpul di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini, mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan projek pembangunan lereng bukit berhampiran kejiranan mereka.

Wakil penduduk, Leslie Leng, 41, berkata mereka khuatir runtuhan tanah atau kejadian tidak diingini seperti berlaku pada 21 Oktober lalu berulang.

Leng berkata, mereka difahamkan ada projek perumahan mampu milik berhampiran kondominium mereka dijangka mula dibina dalam tempoh dua bulan lagi.

"Mulanya, kami tidak membantah projek itu kerana sudah mendapat kelulusan kerajaan negeri. Bagaimanapun, susulan banyak kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, kami mula berasa bimbang.

"Tambahan pula, keadaan cuaca tidak menentu sudah tentu merunsingkan kami terutama ketika hujan lebat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Leslie berkata, lebih membimbangkan apabila jarak di antara kondominium mereka dan bakal tapak perumahan mampu milik itu hanya kira-kira 70 meter sahaja.

"Bahaya yang menanti bukan sahaja ketika projek dijalankan, malah selepas projek berkenaan disiapkan dan sudah diduduki, nyawa kami ibarat telur di hujung tanduk.

"Tambahan, jarak antara kondominium dan tapak projek terbabit yang dekat boleh merosakkan dan menumbangkan struktur kediaman," katanya.

Kondominium Miami Green Resort terdiri daripada lima blok setinggi 28 tingkat yang mempunyai 550 unit rumah setiap satu blok.

Wednesday, 1 November 2017

4 tahun dipinggirkan DAP - Yee Chew


GEORGETOWN: "Saya tidak pernah diberi ruang untuk bersuara dalam kerajaan negeri dan parti. Jadi saya harus undur diri," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Yee Cheu berkata, beliau mula dipinggirkan parti dan kerajaan negeri pada 2013 apabila membangkitkan isu pembangunan di lereng bukit, Pelan Struktur Pulau Pinang dan beberapa perkara lain.

"Semua orang tahu saya tidak sebulu dengan kepemimpinan parti dan kerajaan negeri, ia bukan lagi rahsia.

"Saya sudah lama mahu undur diri dan tragedi tanah runtuh adalah insiden paling memberi kesan terhadap diri saya," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Tanjung Bungah di sini, hari ini.

Beliau merujuk tragedi runtuhan tanah yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu.

Ahad lalu, Yee Cheu mengesahkan akan keluar DAP sebaik Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau antara ADUN DAP paling lantang menyuarakan isu membabitkan pembangunan di lereng bukit dan berkaitan alam sekitar.

Yee Cheu juga bertanggungjawab mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal. - BHOnline

Tuesday, 31 October 2017

Kerajaan masih subsidi harga minyak

Peserta dialog pasca belanjawan negara hari ini diberitahu kerajaan masih mensubsidikan harga minyak walaupun ia sepatutnya dimansuhkan pada 2014.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar berkata subsidi itu secara khusus disimpan untuk tempoh apabila harga minyak meningkat semasa penyesuaian harga mingguan.
“Walaupun kita sudah melaksanakan mekanisme penetapan harga, kerajaan mash mensubsidikan harga minyak. Kita tidak mahu rakyat terlalu terbeban. Ada tempoh apabila harga minyak naik, jadi kita subsidikan sedikit. Beberapa ratus juta ringgit sebulan.

“Saya tidak tahu adakah kita akan terus melakukan perkara itu, tetapi buat masa ini kita mensubsidikan harga minyak, walaupun tidak banyak.

“Sebelum rancangan rasionalisasi subsidi (pada 2014), kita membelanjakan RM22 bilion (setahun),” katanya menjawab soalan di dialog yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti hari ini.
Selain Irwan, ahli panel lain ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Axcelasia Taxand Sdn Bhd, Veeringderjeet Singh; bekas penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi PBB, Jomo Kwame Sundaram; Pengurus Besar Ekonomi dan Pasaran Modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nurhisham Hussein; dan felo penyelidik kanan Institut Pengajian China di Universiti Malaysia, Cheong Kee Cheok.

Mekanisme harga minyak mingguan mula dilaksanakan pada 29 Mac tahun ini. Harga petrol dan diesel ditetapkan melalui sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi minyak dalam usaha menaikkan ekonomi negara, dan menjimatkan AS$6 bilion setahun.
Sementara itu, Irwan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa akan mengetuai pasukan petugas untuk menyelia pelaksanaan semua langkah belanjawan.

Perdana menteri mengumumkan perkara tu pagi tadi.
Irwan, yang akan menjadi timbalan Ali, berkata pasukan itu juga akan memastikan semua badan kerajaan melaksanakan program yang dan projek yang dinyatakan dalam belanjawan negara mengikut jadual.

“Kita bukan sahaja melihat dari perspektif jadual perlaksanaan, tetapi juga kecekapan kos juga bagi memastikan rakyat mendapat lebih banyak manfaat,” tambahnya.

Wednesday, 25 October 2017

Bajet 2018 atasi masalah akibat legasi lama

Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan jaminan intipati Bajet 2018 mengan­dungi inisiatif baharu bagi mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah, bersifat adil kepada semua tanpa ada sesiapa akan ketinggalan.

Perdana Menteri menegaskan, bajet itu dipacu oleh matlamat beliau sendiri untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara.


Beliau menjelaskan, ketika beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang dihadapi negara adalah amat besar dan sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an akibat dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan negara kepada perdagangan antarabangsa.

“Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.

“Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.

“Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi me­nyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam,” katanya menerusi blog beliau, najibrazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan, melalui tindakan pakej rangsa­ngan ekonomi itu, rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada ke­sengsaraan melalui kemelesetan teruk, se­pertimana yang berlaku pada 1997 apabila Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan serta perniagaan bankrap menyebabkan ramai menderita.

Ujar beliau, atas tindakan pantas yang diambil kerajaan, rakyat secara amnya terlindung daripada mengalami kesan kemelesetan global pada 2008-2009, tidak seperti tahun 1997 yang telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini.

“Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10 peratus dalam nisbah hutang - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita ke paras melebihi 50 peratus, namun langkah-langkah ini berjaya dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, adalah menjadi wawasan beliau dan satu perjuangan lebih besar daripada dirinya sendiri demi membawa negara ini ke fasa seterusnya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi de­ngan me­ngutamakan taraf hidup rakyat dan negara telah pun berjaya membuktikan mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan apabila ia telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa berikutan pengurusan baik makroekonomi kerajaan dan pembaharuan struktur.

“Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular, tetapi adalah perlu dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global.

“Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.

“Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baharu, jauh daripada cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat,” katanya.


Wednesday, 13 September 2017

Siasatan SPRM ke atas Isa, FGV hampir siap

Siasatan ke atas bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) hampir siap, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, masih ada “sedikit lagi” maklumat diperlukan agensi itu, sebelum mereka menghantar kertas siasatan dan syor kepada Jabatan Peguam Negara akhir bulan ini.
Isa merupakan pengerusi Felda dari Januari 2011 hingga Januari lalu, semasa anak syarikat milik penuh Felda itu membeli 2 hotel berkenaan.
Beliau meletak jawatan sebagai pengerusi Felda selepas tempoh perkhidmatannya tamat, tetapi kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sehingga peletakan jawatannya pada 19 Jun lalu.
“Saya diberitahu tentang status siasatan oleh orang saya hari ini. Saya hanya boleh kata kami hampir selesai dengan kertas siasatan,” kata Dzulkifli kepada pemberita.
Mengenai siasatan berasingan ke atas FGV, Dzulkifli bagaimanapun enggan menjawab soalan sama ada SPRM sudah membersihkan Ketua Pegawai Eksekutif FGV yang digantung tugas, Datuk Zakaria Arshad daripada semua tuduhan.
Pada 6 Jun lalu, Zakaria dan 3 lagi pegawai syarikat itu digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman berhubung hutang tertunggak Safitex Trading – syarikat Afghanistan yang berpangkalan di Dubai, kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
FGV disiasat ekoran dakwaan dibuat Zakaria selepas penggantungannya. Beliau menggesa SPRM menyiasat tawaran syarikat itu, terutama melibatkan Jabatan Pemerolehannya.

Kepimpinan FGV turut didakwa terbabit dalam salah laku dan salah guna kuasa.
Zakaria menemui SPRM pada 7 Jun lalu dan keesokannya, agensi itu menyerbu pejabat FGV di Menara Felda, Kuala Lumpu serta merampas banyak dokumen.
Bulan lalu, Isa direman 5 hari mulai 15 Ogos atas siasatan berhubung pembelian hotel.
Beliau dan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dipanggil memberi keterangan kepada SPRM pada 21 Jun lalu, tetapi tiada butiran didedahkan mengenai keterangan mereka.
Selain Isa, SPRM turut menyoal siasat bekas pembantunya, Zahid Md Arip dan bekas ketua pegawai eksekutif FIC, Zaid Abdul Jalil.
Siasatan SPRM mendedahkan FIC didakwa membeli Hotel Grand Plaza Kensington di London pada harga lebih tinggi daripada pasaran menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian berjuta ringgit.
Hotel itu dilengkapi 62 bilik dan terletak di Lexham Gardens di kawasan eksklusif Kensington dan Chelsea.
Hotel & Suites Merdeka Palace di Kuching yang bertaraf 4 bintang juga dipercayai dibeli pada harga lebih tinggi.
Isa dilantik sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejurus peletakan jawatannya daripada FGV.

Tuesday, 12 September 2017

PM sedih Sultan Kedah mangkat, punyai hubungan akrab

erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merafak sembah takziah serta menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Najib berkata beliau dan Sultan Abdul Halim mempunyai hubungan yang akrab sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi selama ini.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya berasa sedih dan dukacita menerima berita kemangkatan Tuanku Sultan Kedah sebentar tadi.
“Patik secara peribadi dan bagi pihak Kerajaan Persekutuan dengan penuh kesedihan merafak sembah takziah kepada kerabat diraja negeri Kedah.
“Semoga roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata Najib dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Perdana Menteri berkata Sultan Abdul Halim adalah seorang raja pemerintah yang disanjung tinggi sepanjang tempoh menyandang jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh 2 penggal, dan juga sebagai pemerintah Kedah.
Najib turut menyifatkan Sultan Abdul Halim sebagai peramah, mesra, berhemah tinggi dan amat disayangi rakyat.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut merafak sembah takziah kepada seluruh keluarga, kerabat diraja dan rakyat Kedah.
“Salam takziah buat seluruh keluarga, kerabat Almarhum Tuanku & seluruh rakyat Kedah. Semoga dicucuri Rahmat Allah SWT. Al Fatihah,” katanya dalam catatan Twitter.
Kerajaan Kedah mengumumkan Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang tadi.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam catatan di Twitter beliau turut merafak sembah takziah atas kemangkatan Sultan Abdul Halim.
“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Salleh.

Monday, 28 August 2017

Malaysiakini Kebal, Siapa Pemiliknya?- Mua'amar Ghadafi


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Majlis Belia Malaysia (MBM) mempersoalkan pemilik atau tulang belakang di sebalik portal propembangkang ,Malaysiakini yang dilihat begitu kebal walaupun banyak bantahan serta amaran diberikan oleh piha berkuasa.

Presidennya, Mua'amar Ghadafi Jamaludin berkata, sebagai sebuah portal berita , Malaysiakini didesak supaya bertanggungjawab dan sensetif terhadap apa juga komen yang dibuat naik netizen bagi mengelakkan daripada berlakunya pekara yang tidak diingini seperti pertelingkahan sesama mereka

"akibat telalu kebal dengan undang-undang, kami mahu bertanya siapakah sebenarnya pemilik Malaysiakini? Perlu didedahkan mereka ini kerana tindakan pihak berkuasa bagaikan tidak ditakuti oleh portal berkenaan.

"Selain itu, kami mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) megambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan yang secara berterusan menggangu keharmonian negara ini,"katanya ketika dihubungui Utusan Malaysia hari ini.



Tuesday, 22 August 2017

Buku G25, kisah puteri Nabi antara 18 diwartakan haram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan perintah larangan terhadap 18 penerbitan, termasuk buku terbitan G25, sebuah penerbitan dituduh mempunyai unsur syiah dan sebuah lagi judul dituduh memutar belit sejarah penyebaran Islam di Kedah.
Menurut kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim, 18 judul itu mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam, serta menggemparkan fikiran orang ramai.
Larangan itu dibuat di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
Buku terbitan G25 yang diharamkan ialah “Breaking The Silence: Voices of Moderation, Islam in a Constitutional Democracy” terbitan kumpulan bekas penjawat awam tinggi Melayu, yang dituduh mempromosi Islam “liberal”.

Buku tersebut turut mengandui prakata ditulis bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Penerbitan lain yang diwartakan pengharaman ialah buku mengenai puteri Nabi Muhammad, “Fatimah Az-Zahara Wanita Solehah Sinaran Zaman”, kerana didakwa mempunyai unsur aliran Syiah.
Ia juga mengharamkan “Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya”, kerana didakwa “mengelirukan” pembaca mengenai sejarah Kedah.
Turut diharamkan “Kisah Para Nabi”, “Kasyaf Al-Haq (Mengenal Allah)”, “Kisah-kisah Ghaib Dalam Hadis Sahih”, “Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam”, “At-Thariq Ilallah Thariqat Al-Hassaniyyah”, “Berdialog Dengan Jin Islam”, “Piramid: Rahsia Purba Yang Dapat Anda Manfaatkan”, “Menyingkap Misteri Pulau Besar”, “Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Di Dalam Buku ini Terjawab Berbagai Persoalan Bid’ah) Jilid 1”, “Aina Allah? Mana Allah” dan “Menanti Buah Hati dan Hadiah Untuk Yang Dinanti”.
Beberapa judul juga diharamkan kerana mengandungi unsur lucah.

Friday, 18 August 2017

Nasi Kandar, BR1M, PR1MA : Dato Seri Najib Terus Kerja Untuk Rakyat Malaysia



Minggu ini, pembangkang bergelut memainkan persepsi kononnya selipar dan kerusi dibaling pada Mahathir. Isu yang sengaja dicipta untuk mengalihkan ingatan rakyat pada RCI Scandal Forex yang akan mulakan siasatan 3 hari lagi. Pada Isnin, minggu depan.

Biarpun video dan bukti jelas sudah disebar bahawa tuduhan itu hanya propaganda sahaja, namun pihak pembangkang berhempas pulas mainkan isu itu agar rakyat simpati pada Mahathir dan marahkan Dato Seri Najib

Lihatlah bagaimana tenangnya Dato Seri Najib. Di sebalik semua tuduhan itu, semalam seramai 21, 380 orang duduk bersila makan nasi kandar bersamanya. Malah turut tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai rekod jumlah orang paling ramai makan duduk bersila di atas tikar sambil menikmati hidangan nasi kandar.

Ini  kehadiran ikhlas orang ramai dan penduduk dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang mahu menunjukkan sokongan mereka kepada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Niat jahat seramai 18 orang geng pembangkang yang mahu buat "flash mob" menyindir PM di stesen minyak berhadapan Politeknik Seberang Perai terus terbantut. Lebih baik makan "nasi kandaq" bersama PM dari melayan protes tepi jalan pembangkang itu.

Rakyat tolak, kerana pembangkang banyak sangat berpolemik dan tidak buat kerja. Berbeza denga kepimpinan BN di bawah Dato Seri Najib yang terus fokus membantu rakyat. 29 Ogos ini, BR1M akan dapat lagi bagi membantu rakyat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Seramai 6,320,769 orang menerima manfaat melibatkan peruntukan RM5.41 billion. Sejumlah RM1,200 diagihkan kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan RM900 kepada 291,918 orang penerima isi rumah berpendapatan antara RM4,000 ke bawah dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 kepada penerima bujang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Semua rakyat merasa, terus masuk ke dalam poket mereka bantuan BR1M ini. Bukan itu sahaja, baru baru ini bantuan rumah untuk rakyat juga diumumkan Dato Seri Najib bagi
golongan yang berpendapatan sederhana.

Di Pulau Pinang sahaja, bermula hujung tahun lepas, kerajaan BN komited untuk membina 10,000 unit rumah di bawah PR1MA di negeri itu. Lim Guan Eng hanya pandai beli banglo Pinhorn sahaja, rumah murah untuk rakyat dia tidak pandai bina.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, PR1MA akan membina 1,124 unit di Bukit Gelugor, 1,520 unit di Batu Ferringhi; 9,564 unit di Sungai Pinang, Balik Pulau; 3,944 unit di Teluk Kumbar; 1,017 unit di Permatang Pauh dan 2,387 unit di Tasek Gelugor.

Di seluruh negara, sejumlah RM3.9 billion peruntukan telah diluluskan untuk rumah PR1MA. 500,000 unit rumah telah dibina secara berperingkat, 17,000 unit dijangka sipa pada 2017 dan 35,000 unit lagi dijangka siap pada 2018.

Selain itu semalam di Pulau Pinang, Dato Seri Najib juga melancarkan Blueprint 2.0 untuk Wilayah Ekonomi Utara yang bakal memberi manfaat kepada 4 juta orang di utara.

Semua orang boleh lihat sendiri bagaimna muka Guan Eng semalam yang turut hadir pada program tersebut. Muka yang sama semasa ditangkap SPRM. Tidak puas hati barangkali.

Minggu ini, Dato Seri Najib melakukan banyak sekali kerja untuk rakyat. BR1M, PR1MA dan Blueprint NCER tatkala pembangkang menuduhnya yang bukan bukan. PAS nampaknya lebih matang bila sanggup turun bersama sama makan nasi kandar Nashmir bersama PM.

Lepas Dato Seri Najib "mai ke Penang", Mahathir pula datang malam ini hendak hasut rakyat di Pulau Pinang. Katanya bawa sampai 100 orang "bodyguard", kerana takut selipar dan kerusi terbang.

"Tak dak sapa nak baling aiih" kata seorang pakcik di Politeknik semalam. "Dia saja ja nak buat pasai, akai jenuh Mahathir ni" ulas pakcik itu lagi.

Rakyat kena bersama sama bantu PM. Semalam, Laporan Moody's unjur KDNK Malaysia pada kadar 4.3% - 4.8% dan penarafan Fitch Rating pula adalah "A-". Ini satu petunjuk baik pada ekonomi negara. Bukanlah bankrup atau muflis seperti yang dikata pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB544, Jumaat
18 Ogos 2017

Thursday, 13 July 2017

Laporan MENARA tepat! Dr. Maszlee memang memperkecilkan Nabi-nabi


Pada 11 Julai, portal berita Menara telah menyiarkan satu laporan mengenai kenyataan Dr Maszlee Malik dalam satu forum bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies’ yang diadakan di Menara Wesley, Kuala Lumpur, pada 8 Julai lalu.

Laporan bertajuk “Kalau Nabi Hidup Lagi, Mereka Akan Letak Jawatan-Maszlee Malik” ini adalah berbunyi:

Zaman ini penuh dengan kegilaan, jika para Nabi masih hidup tentunya mereka akan ‘letak jawatan’ kata seorang pensyarah pada satu majlis yang diadakan di sebuah gereja Methodist di ibu negara pada Sabtu lepas.

Kenyataan itu dibuat oleh Dr Maszlee Malik salah seorang pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang hadir sebagai responden kepada pembentangan pada forum yang bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies in Malaysia’. 

“I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions.” 

Dr Maszlee Malik yang juga merupakan aktivis IKRAM dan Felo Kanan IDEAS, menyatakan perkara demikian bagi merujuk kepayahan yang dihadapi pada zaman sekarang, sehinggakan para nabi dan wali tidak sanggup untuk terus memegang jawatan mereka, dan meletakkan jawatan.

Katanya lagi norma-norma kini seolah-olah memaksa kita untuk bersetuju dengan pandangan yang kita anggap salah, kerana jika tidak, kita pula akan dipandang serong dan dipersalahkan.
Pada 12 Julai pula, Dr Maszlee telah menyiarkan satu kenyataan di dalam Facebook beliau bagi mengulas laporan portal berita Menara ini.
Kenyataan bertajuk “Pencerahan” ini adalah berbunyi:

Menara.my merupakan sebual portal fitnah yang tidak takut untuk memfitnah dan tidak berani mengamalkan tabayyun.

Mereka mengambil sekerat perkataan dan tidak melaporkan keseluruhan isi kandungan ceramah untuk tujuan character assassination.

Mereka juga TIDAK PERNAH menghubungi saya untuk penjelasan sepertimana kebiasaan media-media yang bermaruah dan berintegriti lain.

Jika dilihat saya katakan "Prophets and Saints would give up their professions" dan bukannya "their Prophethood (kenabian) atau Sainthood (kewalian)"...

Kenabian merupakan pilihan Tuhan dan bukannya pekerjaan...
Nabi-Nabi mempunyai professions (pekerjaan) seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi. Itu yang saya maksudkan...

Ia merupakan pilihan mereka...
Nada berseloroh itu juga bukannya tema ceramah saya.

Selaras dengan seruan Dr Maszlee mengenai pengamalan tabayyun ini, saya telah menolak permintaan sebuah portal berita lain untuk mengulas isu ini sehingga selepas saya mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee dalam forum ini.

Hari ini saya berpeluang mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee, selain ucapan para panelis lain, dalam forum ini berdasarkan kepada satu rakaman yang dibuat oleh seorang kenalan yang berkesempatan untuk menghadiri forum ini.

Setelah mendengar sendiri keseluruhan ucapan Dr Maszlee ini, saya dapati bahawa laporan portal berita Menara ini memang tepat manakala kenyataan Dr Maszlee di dalam Facebook beliau bagi mengulas laporan ini pula adalah sangat lemah.

Di sebalik laporan portal berita The Malaysian Insight, dan portal berita Free Malaysia Today, bahawa forum ini diadakan di Menara Wesley, Dr Maszlee di dalam ucapan beliau mengakui forum ini diadakan di sebuah Gereja Methodist.

Ucap Dr Maszlee di dalam forum ini: “I did not realise that this program today is going to be held in a Methodist Church.” (Terjemahan: “Saya tidak sedar bahawa program hari ini akan diadakan di sebuah Gereja Methodist.”)

Petikan ucapan Dr Maszlee yang dilaporkan oleh portal berita Menara berbunyi “I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions” juga adalah tepat.

Petikan ucapan penuh Dr Maszlee yang menyentuh isu ini, yang transkripsinya saya buat sendiri tadi, adalah berbunyi:

“What I am concerned more is the second section of my speech. Number one is, you know, we have to admit that we are living in a crazy world. Not only in Malaysia. If you say that, “oh, in Malaysia we have fake news and whatever”, no, it is not only Malaysia. US is worse. Europe is terribly worse. And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that. Overgeneralisations, sweeping statements, perceptions, misconceptions, prejudgments, these all norms that we are living nowadays. Very unfortunate. People could easily pick up something from the net, from the internet, from the news and overgeneralising everything.”

Dapat difahami daripada ayat yang digunakan oleh Dr Maszlee berbunyi “And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that” ini bahawa rujukan kepada perletakan jawatan Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) ini adalah merujuk kepada perletakan jawatan mereka sebagai Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints).

Tiada terdapat pada sebarang tempat di dalam keseluruhan ucapan Dr Maszlee ini sebarang kenyataan lain yang boleh membawa maksud bahawa professions Nabi-Nabi (the Prophets) dan Wali-Wali (the Saints) yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pekerjaan seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi.

Tiada terdapat sebarang petunjuk bahawa Dr Maszlee berseloroh sewaktu mengucapkan ayat berbunyi “And we are living in a century that I believe, I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now they would give up their professions, because it is not easy, because we thrive in a world that forces you to believe in things that you think is not right, but if you don’t believe with that, if you don’t go with them, then you are wrong, and people will judge you with that” ini.

Bahawa Dr Maszlee menyebut sebanyak dua kali istilah “I believe” (saya percaya) sewaktu mengucapkan ayat tersebut jelas menunjukkan beliau tidak berseloroh kerana sangat tidak mungkin untuk seseorang berseloroh mengenai kepercayaan beliau.

Saturday, 13 May 2017

DAP Membahayakan Sekolah Cina


‘Superman’ Hew adalah Bin Laden versi cina. Dan Hew diwar-warkan sebagai wira seperti Bin Laden. Terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia seperti Hew, semua produk sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina. Dan sistem pendidikan Cina menerbitkan baka kebencian dan perkauman dan ianya adalah ‘sarang ular’ di mana DAP mendapat sokongan yang kebetulan mengapa 90% daripada pengundi Cina menyokong DAP.
Untuk membiak pelampau anda perlu bermula dari sekolah rendah. Anda perlu untuk ‘menangkap’ mereka ketika mereka muda, sebelum mereka mencapai usia yang mudah terpengaruh. Dari sana anda membentuk mereka ke dalam bentuk dan bentuk yang anda mahu mereka jadi. Sebagaimana yang mereka katakan, tiada pelajar yang tidak baik.Yang ada hanya guru yang jahat. Jadi apa yang kanak-kanak ini menjadi bergantung kepada bagaimana guru-guru mereka membentuk dan doktrinkan mereka. Seperti kata pepatah: buah-buahan dari pokok beracun adalah beracun.
Ini adalah apa yang mereka lakukan kepada anak-anak pelarian Afghan pada tahun 1979 apabila Rusia pertama kali menyerang Afghanistan. Malah, kebanyakan kanak-kanak pelarian ini dilahirkan di Pakistan dan tidak di Afghanistan. Tetapi mereka telah mendapat pendidikan di pondok sekolah atau madrasah di Pakistan serta mengikut acuan yang dimahukan, mereka yang hari ini kita panggil Taliban.
Dan inilah hasilnya Cina Malaysia yang merupakan produk dari sekolah-sekolah Cina dan pendidikan Cina: Chinese Taliban. Cina Taliban ini adalah sombong, kurang ajar, biadab, suka bertengkar, bermusuhan, tiada integriti dan maruah dan kekurangan nilai-nilai dan prinsip-prinsip moral.
Dan ini pada dasarnya boleh disimpulkan sebagai akibat ancaman DAP untuk sekolah-sekolah Cina.
Usaha kerajaan untuk reformasi sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina bertemu dengan kesukaran kerana DAP diperlukan untuk mempertahankan agenda politik kebencian dan perkauman mereka
Rakyat Malaysia yang sudah cukup berumur mungkin boleh ingat apa yang berlaku betul-betul 30 tahun yang lalu pada tahun 1987. Pada tahun 1987, kerajaan cuba untuk reformasi sekolah Cina dengan melantik lebih ramai guru ‘moden’ atau bukan berpendidikan Cina untuk mengetuai sekolah Cina. Mereka, Cina begitu cepat memberontak. Mereka tidak mahu ‘pisang’ untuk mengetuai sekolah Cina. Mereka mahu pendidik berpendidikan Cina tegar, ramai yang tidak dapat bercakap bahasa Inggeris dan / atau Bahasa Malaysia.
Rusuhan hampir tercetus kerana ini dan kerajaan terpaksa kumpulkan lebih daripada 100 orang, kebanyakan mereka DAP dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, untuk mengelakkan Mei 13 Versi 2.0 daripada meletup. Selepas itu kerajaan meninggalkan sekolah Cina bersendirian dan tidak cuba untuk campur tangan dan itulah masanya DAP melangkah masuk dan mengambil alih.
DAP tahu bahawa jika sekarang mereka boleh mengawal sekolah-sekolah Cina dan pendidikan Cina, katakan satu generasi kemudian, produk daripada sekolah-sekolah Cina akan dibentuk ke dalam bentuk dan apa juga rupa yang DAP mahukan. Satu generasi ialah 25 tahun dan DAP mula penyusupan mereka sekolah Cina 30 tahun lalu. Dan kini generasi tersebut telah berjaya diwujudkan.
Sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina adalah tempat pembiakan bagi kebencian dan perkauman
Dan perubahan ini menjadi sangat jelas dan sangat terkenal sejak tahun 2007. Pada tahun 2008, mereka didoktrinkan lebih 20 tahun atau lebih cukup umur mengundi dan kemarahan mereka telah ditunjukkan pada pilihan raya umum 2008, apa yang kini dikenali sebagai ‘Tsunami Cina’. pelaburan 30 tahun DAP di sekolah-sekolah Cina dan pendidikan Cina berhasil. Kini terdapat kolam besar anti-Melayu, anti-Umno, pengundi anti-Barisan Nasional dan anti-Islam yang seperti melampaunya Taliban yang Pakistan bentuk dan dihantar pulang ke Afghanistan untuk melawan Russia.
Masalah yang Malaysia hadapi kini adalah sama dengan masalah Afghanistan berhadapan dengan Taliban. Anda tidak menghalang doktrinasi seluruh generasi kanak-kanak membenci kerajaan dan tidak menanggung akibatnya. Semua tindakan menghasilkan kesan dan akibat kebencian politik dan perkauman pendidikan DAP mengakibatkan Malaysia ke ambang perang saudara, sama seperti apa yang berlaku di Afghanistan.
Jika kerajaan berjaya melakukan pembaharuan kepada sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina pada tahun 1987 maka mungkin apa yang kita lihat hari ini tidak pernah berlaku. Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan rusuhan kaum, kerajaan ‘undurkan diri’. Dan, apabila kerajaan berundur, DAP melangkah masuk dan memperkenalkan jenama ‘pembaharuan’ mereka sendiri.
Krisis 1987 krisis sekolah Cina dan penyusupan DAP ke sekolah Cina membuahkan hasil 20 tahun kemudian apabila Malaysia mengalami ‘Tsunami Cina’
‘Transformasi’ sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina acuan DAP adalah untuk membentuk pemikiran kaum yang sama. DAP kemudian menonjolkan dirinya sebagai platform untuk hak-hak Cina dan keadilan untuk Cina dan parti yang melawan terhadap penganiayaan Cina. Tanggapan yang mereka beri adalah bahawa Cina di Malaysia mengalami nasib yang sama seperti orang-orang Yahudi pada zaman Nazi Jerman.
Mereka bermain dengan minda Cina dan sentiasa mengingatkan orang Cina bahawa 90% daripada cukai pendapatan peribadi dibayar oleh Cina. Dan wang ini digunakan untuk membina masjid dan memberi sumbangan kepada Melayu dan Bumiputera. Orang cina bekerja sangat keras dan membayar semua cukai tetapi orang Melayu dan Bumiputera diberikan nikmati ‘segalanya’ percuma dan tidak membayar apa-apa. Dan sekarang kita mempunyai GST, yang merupakan cukai penggunaan. Jadi Cina akhirnya membayar lebih kerana orang Cina mempunyai lebih banyak wang dan mampu berbelanja lebih daripada orang Melayu.
Orang Cina telah diajar bahawa ini adalah tentang ‘kita dengan mereka. Ia adalah Cina dengan bukan Cina. Cina Malaysia mengalami nasib yang sama seperti orang-orang Yahudi era Nazi Jerman. Jadi orang Cina perlu bersatu dan melawan balik sebelum mereka dihapuskan seperti Yahudi di era Nazi Jerman.
Ia adalah secara kasanya peristiwa ‘keterlaluan’. Malah DEB, yang orang Cina mengatakan adalah diskriminasi terhadap orang Cina, kekayaan Cina telah meningkat daripada 30% kepada 70% manakala kekayaan Melayu meningkat daripada hanya 1% hingga 3%. Dan Cina dengan bangganya mengisytiharkan bahawa mereka membayar 90% cukai pendapatan peribadi manakala orang Melayu membayar sangat sedikit. Bagaimana Cina boleh membayar 90% daripada cukai pendapatan jika mereka kehilangan asas ekonomi seperti yang mereka dakwa?
Walaupun statistik ini tidak dapat dinafikan, orang Cina masih percaya mereka menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan di tangan apa yang mereka panggil ‘Kerajaan Melayu’. Mereka tidak dapat memahami yang sebaliknya adalah kebenaran. Dan ini adalah kerana dari usia lima tahun mereka didoktrinkan di sekolah-sekolah Cina oleh sistem pendidikan Cina mempercayai ini. Mereka adalah hasil daripada sistem pendidikan yang bermotifkan politik, yang menggunakan kebencian dan perkauman sebagai doktrinnya.
Orang-orang seperti Bin Laden tidak dilahirkan, mereka ‘dibentuk’
Rosak, DAP gemar berkata, bermula dari kepala. Dan ini adalah tepat di mana rosaknya sebuah sekolah Cina dan pendidikan Cina bermula dari, kepala. Banyak ketua-ketua sekolah-sekolah Cina tidak dapat bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betul atau Bahasa Inggeris. Kepada mereka hanya bahasa Cina yang penting manakala Bahasa Malaysia adalah bahasa primitif yang tidak pun mempunyai kata-kata sendiri dan hampir semua perkataan Bahasa Malaysia, kecuali mungkin sepuluh perkataan atau lebih, yang dipinjam dari bahasa lain.
Cina juga diajar bahawa jika mereka tidak datang ke Tanah Melayu pada pertengahan 1800-an maka negara ini akan sama sekali belum dibangunkan dan orang Melayu akan tetap tinggal di pokok. Malaysia adalah apa yang ada hari ini kerana orang Cina dan pekan serta bandar-bandar tidak akan wujud jika tidak kerana orang Cina. Orang Melayu berhutang banyak kepada Cina tetapi orang Melayu sudah lupa bahawa Cina yang berjaya membawa mereka untuk turun dari pokok-pokok dan tinggal di rumah-rumah yang lebih baik.
Bagaimana pun orang Cina percaya semua ini terutamanya kerana ini adalah apa yang mereka belajar di sekolah-sekolah Cina mereka. Orang Cina diajar sejarah versi mereka, yang kebanyakannya propaganda dan satu bentuk putarbelit sejarah bertujuan untuk membiak kebencian. Ia adalah untuk mengajar Cina bahawa merekalah yang bangunkan Malaya dan tanpa mereka tidak akan ada Malaysia. Dan orang Melayu yang mencuri segala-galanya dari apa yang dibangunkan oleh orang Cina kerana orang Melayu terlalu bodoh dan terlalu malas untuk berjaya melainkan mereka mengambil jalan untuk mencuri apa yang dimiliki kepada orang lain.
Hasilnya adalah ia telah mewujudkan masyarakat rasuah yang tidak memahami perkara-perkara seperti nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Mereka boleh meludah satu hari dan keesokan harinya menjilat kembali ludah mereka sendiri. Telah berdekad mereka lakukan secara terbuka. Selepas meludah Tengku Razaleigh Hamzah mereka menjilat kembali pada tahun 1990. Selepas meludah Anwar Ibrahim mereka menjilat kembali pada tahun 1999. Selepas meludah Mahathir mereka menjilat kembali pada tahun 2015. Selepas meludah PAS pada tahun 1990 mereka menjilat kembali PAS pada tahun 1999. Selepas meludah PAS pada tahun 2001 mereka menjilat kembali PAS pada tahun 2008. Selepas meludah PAS pada 2015 mereka masih membenarkan PAS untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas sebab tertentu meninggalkan Umno dan kemudian berpaling menentang parti lamanya, mereka akan menjilat kembali Najib selepas meludah kepadanya selama ini.
‘Superman’ Hew adalah versi Cina Bin Laden: mentah, kasar, sombong, kurang ajar, tidak bermoral, tanpa maruah dan integriti, bercanggah, dan bersifat perkauman tegar
Tidak ada demonstrasi lebih ketara daripada masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Dan Lim Kit Siang tahu tentang perkara ini. Dia tahu bahawa orang Cina sejak beberapa generasi yang lalu telah dibentuk dengan cara ini maka DAP boleh mengeksploitasi ‘New Chinese’ atau Cina Baru (ingat ‘Melayu Baru’ Mahathir atau Melayu yang tidak takut menjadi kurang ajar?) .
Kit Siang memahami sistem nilai Cina dan cara Cina berfikir dan dia tahu dia boleh melepaskan diri dalam banyak perkara kerana itu. Sebagai contoh, beliau duduk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan melakukan perjanjian dengan lelaki tua itu. Orang Melayu melihat ini sebagai sangat pelik memandangkan apa yang Kit Siang pernah katakan tentang Mahathir selama 35 tahun. Kepada orang Cina, bagaimanapun, ini adalah satu langkah yang bijak.
‘Superman’ Hew Kuan Yau kemudian memberitahu orang Cina bahawa Kit Siang mempergunakan Mahathir. DAP mesti mengunakan orang Melayu untuk skru orang Melayu, laung Hew. Kepada orang Melayu, ini menunjukkan bahawa orang Cina tidak mempunyai nilai-nilai moral, integriti, maruah dan prinsip-prinsip. Kepada orang Cina, Kit Siang adalah seorang yang pintar manakala Hew adalah seorang wira Cina yang mereka mesti junjung dibahu dan diarak melalui bandar-bandar dan kampung-kampung Cina.
Ia adalah set nilai diri yang sangat berbeza. Dan Cina tidak melihat nilai diri mereka sebagai kekurangan nilai-nilai moral. Bagi mereka, ini adalah ‘nilai-nilai Cina’, tidak ada kekurangan. Dan ini adalah kerana ia adalah apa yang sekolah-sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina telah mengajar mereka. Oleh itu pariah seperti Superman Hew akan dianggap sebagai wira oleh orang Cina. Tetapi dunia tidak faham mengapa orang-orang seperti Bin Laden dianggap sebagai wira dan bukannya pariah kepada sesetengah pihak. Ia adalah kerana sistem pendidikan yang mengajar orang-orang ini untuk berfikir seperti itu. Superman Hew adalah versi Cina Bin Laden memandangkan sekolah-sekolah Cina dan sistem pendidikan Cina menggunakan kebencian yang sama dan perkauman sebagai doktrinnya.

Sunday, 19 March 2017

100 000 dijangka kunjungi LIMA 2017


Langkawi: Seramai lebih 100,000 rakyat tempatan dan pelancong asing dijangka mengunjungi pulau ini sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 mulai 21 hingga 25 Mac ini

Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat berkata, berdasarkan trend kemasukan pelancong LIMA sebelum ini, 70,000 orang akan bertumpu di tapak pameran aeroangkasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) manakala 30,000 orang lagi di tapak pameran maritim di Tanjung Malai

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk kira-kira 2,000 petugas LIMA dan 110,000 penduduk tempatan sedia ada

"Sebagai persediaan menghadapi peningkatan pelancong domestik, pengusaha feri diminta menambah kekerapan perjalanan feri, selain LTAL wajar beroperasi 24 jam bagi kemudahan delegasi luar negara

"Kita wajar menyediakan kemudahan itu memandangkan pengunjung LIMA dalam kategori berbeza iaitu bermula dengan petugas, pempamer dan media, diikuti anggota pasukan keselamatan dan pemimpin ternama dari seluruh dunia," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi