Showing posts with label dun pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label dun pulau pinang. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

UMNO Persoal Penggondolan Bukit Relau


GEORGE TOWN: Isu penggondolan Bukit Relau, khususnya berhubung kerja-kerja mitigasi yang sedang dijalankan terus mendapat perhatian wakil rakyat pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata keluasan bukit yang digondolkan kira-kira tiga tahun lepas adalah lebih kurang lapan hektar, namun kini beliau mendapati keluasan kawasan yang terjejas ekoran proses mitigasi mencecah sehingga 20 hektar.
“Kita dapat lihat kerja-kerja mitigasi di kawasan asal yang terjejas akibat penggondolan dulu, tetapi bagaimana dengan kawasan baharu seluas 50 ekar (20 hektar) ini yang diteroka untuk kerja-kerja mitigasi?

“Sedangkan struktur yang dibuat itu adalah binaan kekal dan saya boleh merumuskan kerja-kerja mitigasi yang sedang berlaku itu sebenarnya projek penggondolan kekal,” katanya ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Shariful Azhar berkata beliau juga difahamkan kos kerja-kerja mitigasi di puncak bukit berkenaan mencecah sehingga RM20 juta.

Menyentuh isu sama, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata difahamkan kos mitigasi Bukit Relau boleh mencecah sehingga RM50 juta dan mempersoalkan apakah terdapat elemen lain sehinggakan kosnya begitu besar.

Turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan isu penggondolan bukit itu ialah Nordin Ahmad (BN-Bayan Lepas) yang menggesa kerajaan negeri menjelaskan kes-kes penggondolan bukit yang baharu termasuk di Sungai Ara dan Bukit Bendera seperti dilaporkan media.
Kerajaan negeri sebelum ini pernah dikecam oleh pelbagai pihak ekoran isu penggondolan puncak Bukit Relau dengan tahap kemusnahannya dapat dilihat dari Jambatan Pulau Pinang dan syarikat pemaju bertanggungjawab terhadap bukit yang juga dikenali sebagai Bukit Botak itu telah didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Terdahulu, Shariful Azhar turut menyarankan kerajaan negeri supaya mengharamkan penggunaan logo ‘No Pork’ (Tiada Babi) di restoran negeri ini kerana ia boleh mengelirukan orang ramai khususnya pelancong asing yang beragama Islam.

Katanya penggunaan logo itu tidak membawa maksud bahawa restoran berkenaan menyediakan makanan yang betul-betul halal untuk pengunjung beragama Islam dan sama ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di restoran yang menggunakan logo ‘No Pork’.
“Atas sebab itu, saya berasakan adalah lebih baik logo Halal dan Tidak Halal sahaja digunakan bagi membezakan restoran-restoran di negeri ini untuk mengelak kekeliruan,” katanya.

-BERNAMA

Tuesday, 17 May 2016

Usul Had Jawatan Ketua Menteri : Wakil Rakyat DAP Bertikam lidah sesama sendiri


Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup mungkir janji Manifesto



Manakala kadar tol terowong mestilah bersamaan dengan kadar tol Jambatan Kedua kerana Kerajaan Negeri tidak mahu syarikat kendalian Jambatan Kedua menerima kesan negatif jika tiada tol dikenakan di terowong. Pihak Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn Bhd akan menanggung kerugian disebabkan kehilangan aliran trafik yang akan bertumpu ke laluan alternatif.

Jawapan rasmi kerajaan DAP Pinang Pinang mengapa syarikat swasta diberi konsesi tol 30 tahun dengan kadar yang sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang - walaupun kerajaan DAP membiayai kos penuh untuk membina terowong.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang baik hati sangat dan tak mahu syarikat konsesi tol yang lain alami kerugian."

Ikut logik DAP, maksudnya hospital kerajaan juga patut mengenakan bayaran yang sama dengan hospital swasta supaya hospital swasa tidak mengalami kerugian.

Faham?

Oleh kerana baik hati sangat terhadap syarikat konsesi tol jambatan, DAP sanggup mungkir janji manifesto tiada tol dan TERPAKSA untuk bagi konsesi tol 30 tahun terowong Pulau Pinang kepada syarikat swasta yang lain.

*BODOH PUNYA ALASAN TAHAP ZOMBIE.*

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1271312476232184

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1803241499894636&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater

Kredit - wakeup Malaya

ADUN PKR Bertelagah dengan ADUN DAP di Sidang DUN Pulau Pinang


Kelantangan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mempersoalkan rasional pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) menyebabkan suasana agak tegang semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Suasana bertambah panas apabila Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) tidak membenarkan Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mencelah semasa Cheah sedang berhujah dengan penuh emosi mengenai laporan berhubung projek itu yang masih belum dibentangkan dalam dewan.

Cheah berkata adalah penting untuk kerajaan negeri mengemukakan laporan lengkap mengenai projek berkenaan kepada umum atas prinsip kebebasan maklumat dan keadialan asasi kerana projek yang besar akan ada kesan baik dan buruk terhadap rakyat negeri ini.

"Pada peringkat ini laporan daripada rakan penyampaian projek belum didedahkan kepada umum. Mustahil bagi orang Pulau Pinang dan pihak berkepentingan untuk meneliti projek ini kerana maklumat ini adalah dasar untuk kita tahu apakah masa depan kita berkaitan pelan ini," katanya.

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) semasa mencelah hujah Cheah berkata beliau tidak pasti apakah laporan yang dimaksudkan Cheah kerana projek itu masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan dan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan disediakan.

"Maka tiada laporan untuk diberi kepada kepada sesiapa pun (buat masa ini)," kata Yap.

Cheah kemudiannya dengan nada keras menegaskan, semasa sidang dewan yang lepas (Nov 2015), beliau diberitahu bahawa laporan projek itu akan dibentang pada sesi dewan kali ini dan tidak berpuas hati kerana mendakwa projek tambakan laut telah dimulakan sebelum mengetahui laporan lengkap mengenainya.

Bagi menenangkan keadaan, Speaker Datuk Law Choo Kiang menjelaskan bahawa dewan tidak sempat menerima apa-apa laporan daripada Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan (PAC) berhubung perkara itu dan meminta semua ADUN tidak beremosi dan tidak mengganggu proses perbahasan.

Sebelum itu Dr. Norlela Ariffin (PKR-Penanti) turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri untuk menambak laut kerana ia bakal membawa implikasi besar antaranya terhadap lebih 1,000 nelayan yang akan kehilangan punca pendapatan.