Showing posts with label dyana sofya. Show all posts
Showing posts with label dyana sofya. Show all posts

Wednesday, 31 May 2017

Apa Cerita Isu Foto Zairil – Dayana? Sampai Bila Dap Mahu Sorok?

 Sudah sampai masanya Dap membakulsampahkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang sentiasa dicanangkan parti itu apabila ternyata ia hanyalah wayang semata-mata kerana banyak tidak dipraktikkan apabila sesuatu isu melanda pentadbiran dan pemimpin mereka, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim.
Jelas beliau dari isu rasuah Ketua Menteri, rumah kos rendah, gadai tanah dan pelbagai lagi termasuk isu yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari semuanya seperti cuba disembunyikan .
Tambah beliau lagi sehingga kini Dap masih terus mengunci mulut dan tidak membentangkan hasil siasatan mereka terhadap isu gambar intim dan mesra yang didakwa mirip Zairil bersama Dayana Sofea.
“Seharusnya Dap mendedahkan hasil siasatan mereka itu ataupun Zairil telah ‘diarah’ untuk berdiam diri sama seperti taktik Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan Lim Guan Eng yang akan terus membisu sekiranya terpalit sebarang isu.
“Rakyat sehingga kini masih tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh Dap terhadap Zairil kerana sekiranya perkara sebegini menimpa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), sudah pasti pembangkang akan ‘menyalak’ mendesak tindakan tegas diambil kononnya ia membabitkan maruah,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru tegasnya Pemuda Pulau Pinang mendesak Dap negeri itu untuk mendedahkan hasil siasatan terhadap Zairil.
Untuk rekod, Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah mengarahkan agar Zairil “memberi penjelasan” dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media namun sehingga kini isu tersebut terus sunyi.
Zairil sekali lagi menjadi tumpuan selepas beberapa gambar intim dan mesra yang didakwa mirip beliau serta bekas calon Dap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di internet.
Empat keping gambar itu menunjukkan perlakuan mesra dan intim kedua-dua pasangan berkenaan termasuk berpegangan tangan dan bercium.
Ini merupakan kali ketiga gambar dan video pasangan yang didakwa mirip kedua-dua pemimpin Melayu Dap berkenaan tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, Zairil telah menafikan beliau merupakan indvidu di dalam gambar itu dan mendakwa penyebaran gambar tersebut adalah percubaan menyerang peribadinya. – MediaUMNO

Thursday, 20 April 2017

DAP minta Zairil urus sendiri isu gambar intim dengan Dyana Sofya



DAP dilihat menjarakkan dirinya dengan isu dihadapi Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang banyak diperkatakan ketika ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, hari ini berkata disebabkan isu itu adalah serangan peribadi terhadap Zairil, dia diminta menguruskannya sendiri buat masa ini.

"Memandangkan ini merupakan serangan terhadap peribadinya, Zairil meminta untuk menguruskan isu ini buat ketika ini," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Zairil sekali lagi mencuri tumpuan ekoran tularnya gambar didakwa dirinya sedang minum bersama bekas calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Zairil, 34, bagaimanapun menafikan lelaki dalam gambar itu adalah dirinya.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi. Ia (gambar itu) adalah palsu," kata Zairil yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Seperti kebanyakan isu media sosial banyak digunakan untuk menyebarkan gambar atau rakaman video mengenai seseorang.


Sebelum ini gambar Dyana Sofya sedang merokok juga menjadi tular dan mengundang pelbagai komen orang ramai.

Menurut Chow, Zairil sudah memberi penjelasan kepadanya dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, petang kelmarin.


Katanya, penjelasan hari ini dibuat bagi memberi maklumat kepada orang ramai yang mengikuti isu berkenaan. MALAYSIAKINI

Tuesday, 18 April 2017

Penjelasan Dyana Sofya Isu gambar Intim dengan Zairil Khir Johari


“Ini serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya,” demikian respons bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.


Beliau ditanya mengenai gambar mesra bersama seorang lelaki mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tular di media sosial.


“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.


“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” katanya menerusi aplikasi WhatApps, sebentar tadi.


Terdahulu tersebar empat keping gambar mesra seorang wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam menyerupai Dyana dan seorang lelaki yang sedang minum bersama dua individu lain di sebuah restoran.