Showing posts with label gerakan pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label gerakan pulau pinang. Show all posts

Thursday, 25 January 2018

Kerajaan DAP Pulau Pinang Digesa Perjelas Kos Projek Terowong Dasar Laut, Kenapa Berbeza RM236 juta? - Teng Chang Yeow

PULAU PINANG 24 Jan. - Gerakan negeri mempersoalkan tentang perbezaan sebanyak RM236 juta bagi menjalankan kos kajian keboleh­laksanaan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, terdapat perbezaan antara kos yang dinyatakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang berbanding yang dimaklumkan oleh China Railway Construction Corporation International (CRCC).

Menurut beliau, seminggu se­lepas majlis menandatangani perjanjian, CRCC menerusi laman webnya pada 12 Oktober 2013 mengumumkan telah menandatangani kontrak dengan Konsortium Zenith BUCG bagi mereka bentuk tiga lebuh raya dan te­rowong dasar laut dengan nilai kontrak sebanyak AS$22 juta.



“Pada 14 Oktober tahun sama, Suruhanjaya Penyeliaan Aset dan kerajaan China melaporkan bahawa CRCC yang merupakan aset kerajaan negara itu telah menandatangani kontrak kajian kebolehlaksanaan berkenaan dengan nilai sama.

“Ketika itu, nilai tukaran mata wang ialah RM3.15 bagi AS$1 dan kontrak seharusnya pada nilai RM69.3 juta berdasarkan tukaran mata wang,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Chang Yeow memberitahu, kekeliruan mula timbul apabila laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 19 Oktober lalu dan jawapan kerajaan negeri pada 19 Mei lalu menyatakan kos kajian adalah sebanyak RM305 juta.

“Berdasarkan jumlah berkenaan, kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan bahawa dua bidang tanah bernilai RM208 juta telah diberi sebagai pembayaran untuk menyiapkan kajian tiga lebuh raya. Ini menimbulkan persoalan mengapa terdapat perbezaan sebanyak RM236 juta,” katanya.



Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bersikap telus dan bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri ini berhubung perbezaan kos kajian tersebut.

“Pertukaran tanah atas apa jua takrifan yang ingin dimaksudkan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih merupakan pembayaran yang dibuat dengan menggunakan aset yang dimiliki rakyat negeri ini,” ujarnya. UTUSAN

Friday, 21 April 2017

Gerakan: Kami boleh bantu Zairil, Dyana buat laporan polis

Gerakan hari ini menasihatkan Ahli Parlimen Bukit Bendara, Zairil Khir Johari dan ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis berhubung gambar palsu dikaitkan dengan mereka berdua yang tersebar baru-baru ini.

Ketua Biro Publisiti Gerakan Pulau Pinang, Ooi Zhi Yi berkata, jika mereka berdua tidak mahu membuat laporan, Gerakan akan melakukannya bagi pihak mereka secara sukarela bagi menghapuskan politik kotor itu.

“Zairil ialah ahli Parlimen dan seorang lagi ialah graduan undang-undang. Mereka perlu memastikan undang-undang dipatuhi dan tindakan diambil mengikut undang-undang.

“Oleh itu, saya menggesa Zairil dan Dyana membuat laporan polis. Tak kira siapa penyebarnya, Gerakan mengutuk politik kotor itu. Saya percaya budaya politik itu tidak perlu digalakkan dalam masyarakat kita,” kata Ooi pada sidang media hari ini.

Satu siri gambar yang menggambarkan seorang lelaki dan wanita menyerupai Zairil dan Dyana bercium ketika menikmati makanan dan wain menjadi viral baru-baru ini.
Zairil mendakwa itu adalah gambar palsu, manakala Dyana pula sedih dengan “serangan ke-3” terhadapnya dengan gambar berkenaan.

Ooi yang juga ketua Pemuda Gerakan Bukit Bendera berkata, jika gambar itu sememangnya 2 personaliti DAP terbabit, mereka perlu memberi penjelasan bagi “menutup mulut semua orang”.
“Jangan heret isu itu dan terus menyalahkan kes itu sebagai bermotifkan politik. Jadilah seorang lelaki,” katanya.