Showing posts with label google malaysia. Show all posts
Showing posts with label google malaysia. Show all posts

Saturday, 17 September 2016

Google Malaysia Dan MNS Berharap Dapat Merakamkan Gambar Dasar Laut Di Malaysia


Google Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan Street View untuk Gunung Tahan, sekaligus menambah satu lagi koleksi menarik Malaysia pada peta maya mereka.

Dengan pengenalannya, ia sekaligus membuatkan Google di Malaysia telah meliputi Street View di jalan raya utama, persisiran pantai Semenanjung, di pelbagai pulau-pulau utama, kawasan bersejarah, dan juga gunung. Bercakap mengenai apa yang seterusnya, Google Malaysia dan MNS berharap agar dapat merakamkan gambar dasar laut di Malaysia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi manakah lokasi yang akan terpilih, ataupun bilakah mereka akan memulakannya. Memandangkan pasukan Street View agak bergiat aktif dalam merakamkan gambar sekitar Malaysia, maka tidak mustahil untuk kita melihatnya dalam setahun dua akan datang.

Bagi anda, apakah lokasi yang sesuai sekiranya Google ingin memulakan rakaman gambar dasar laut di Malaysia kelak?