Showing posts with label grab. Show all posts
Showing posts with label grab. Show all posts

Friday, 10 May 2019

#ehailing tak perlu tukar kategori kenderaan persendirian


Pemandu e-hailing diberikan kelonggaran untuk tidak menukar kategori kenderaan persendirian kepada AH (e-hailing persendirian), kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Menurutnya, syarat itu diputuskan selepas perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini selepas menerima rungutan daripada pemandu e-hailing, khususnya pemandu Grab.

Sebelum ini, pemandu e-hailing perlu menukar kod kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu e-hailing.