Showing posts with label hannah yeoh. Show all posts
Showing posts with label hannah yeoh. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

Mengapa Perlu Takut jika tidak Bersalah ? - Kamarul Yusoff


Saya dimaklumkan mengenai kewujudan satu petisyen yang digerakkan oleh CitizenGO yang beribu pejabat di Madrid dan yang mempunyai ahli di 15 kota di tiga benua. Mengikut kandungan petisyen bertajuk “Stop Legal Harassment of Christian Speaker of Malaysian State Assembly - Hannah Yeoh” ini, Hannah Yeoh sedang diganggu secara perundangan (is being legally harassed) oleh saya.
Kata petisyen ini, buku Hannah Yeoh hanya melaporkan pengalaman-pengalaman beliau dalam konteks kepercayaan beliau (simply reports on her experiences in the context of her faith) dan ini didakwa bukan satu kesalahan jenayah di Malaysia (In Malaysia, that is certainly not a criminal offence), apatah lagi beliau didakwa tidak mempromosikan buku ini kepada orang-orang Islam (Moreover, she did not promote the book to Muslims).
Tambah petisyen ini lagi, sekarang terdapat kemungkinan satu mahkamah Malaysia akan melayan laporan polis saya ini (now it seems as though the same type of religiously-motivated illiberality (as in the case of Jakarta's former governor, Ahok) may be entertained by a Malaysian court).
Oleh itu, petisyen ini merayu kepada KDYMM Sultan Selangor, YAB Menteri Besar Selangor, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat supaya campur tangan bagi pihak Hannah Yeoh (to intervene in Ms Yeoh's defence) demi memastikan agar laporan polis saya tidak dilayan oleh mahkamah-mahkamah Malaysia (this complaint not be entertained by the Malaysian courts).
Sehingga sekarang, petisyen yang dilancarkan pada 27 Mei ini telah mencatat lebih daripada 22,000 tandatangan.


Pemerhatian saya ke atas petisyen ini adalah:


Pertama, petisyen ini sangat terdedah kepada manipulasi mana-mana pihak kerana terlalu mudah untuk sesiapa sahaja di dalam dunia ini menandatangani petisyen ini. Maklumat yang perlu diberikan hanyalah nama pertama, nama akhir, alamat email, nama negara dan kod zip sahaja.
Kedua, petisyen yang digerakkan oleh CitizenGO yang beribu pejabat di Madrid ini merupakan satu bentuk campur tangan dari pihak luar ke atas urusan dalaman Malaysia dan, jika petisyen ini bermula dari rakyat Malaysia, ia merupakan satu bentuk jemputan kepada pihak luar supaya campur tangan ke atas urusan dalaman Malaysia sekali gus merupakan satu usaha memburuk-burukkan nama Malaysia. Kenapa perlu dibuat rayuan, bukan setakat kepada KDYMM Sultan Selangor dan YAB Menteri Besar Selangor, tetapi juga kepada pihak-pihak luar, iaitu Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, supaya campur tangan bagi pihak Hannah Yeoh (to intervene in Ms Yeoh's defence) demi memastikan agar laporan polis saya tidak dilayan oleh mahkamah-mahkamah Malaysia (this complaint not be entertained by the Malaysian courts)? Oleh itu, sangat wajar bagi Hannah Yeoh sendiri menjelaskan sama ada beliau atau mana-mana penyokong beliau, sama ada di dalam atau di luar DAP, turut terlibat di dalam petisyen ini.
Ketiga, kandungan petisyen ini yang mendakwa Hannah Yeoh sedang diganggu secara perundangan (is being legally harassed) oleh saya adalah tidak betul. Laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh bukanlah satu bentuk gangguan tetapi laporan biasa yang melibatkan beberapa persoalan perundangan yang akan ditentukan secara objektif dan profesional oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia dan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia. Sebaliknya, Hannah Yeoh-lah yang mengganggu saya secara perundangan dengan membuat tuduhan kononnya komentar Facebook saya pada 10 Mei mengandungi “satu tuduhan yang tidak benar” (iaitu bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian) dan bahawa komentar Facebook saya ini kononnya menimbulkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri beliau dan ahli-ahli DAP. Sedangkan hakikat sebenarnya komentar Facebook saya diasaskan kepada petikan-petikan tertentu daripada buku beliau sendiri yang tidak mampu beliau nafikan dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa risiko terhadap keselamatan diri beliau dan ahli-ahli DAP.
Keempat, kandungan petisyen ini yang mendakwa sekarang terdapat kemungkinan satu mahkamah Malaysia akan melayan laporan polis saya ini (now it seems as though the same type of religiously-motivated illiberality (as in the case of Jakarta's former governor, Ahok) may be entertained by a Malaysian court) adalah satu dakwaan yang sangat keterlaluan dan menggambarkan ketakutan berlebihan pihak yang memulakan inisiatif membuat petisyen ini terhadap kemungkinan Hannah Yeoh akan dihadapkan ke mahkamah. Bagaimana mungkin kesimpulan bahawa Hannah Yeoh mungkin akan dihadapkan ke mahkamah boleh dibuat tatkala siasatan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia belum selesai, dan tatkala Hannah Yeoh sendiri memaklumkan beliau belum dipanggil untuk memberikan keterangan? Soalan saya mudah sahaja: Jika anda tidak melakukan kesalahan, mengapa anda perlu merasa takut?

Tuesday, 30 May 2017

Bila Sasterawan Negara merangkap hamba DAP, Datuk Samad Said, dikerah membela Hannah Yeoh


Ramai yang mengetahui bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat oleh Hannah Yeoh terhadap saya pada 15 Mei dan laporan polis yang dibuat oleh saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei.

Asas laporan polis Hannah Yeoh adalah bahawa “isi kandungan kenyataan Facebook (saya pada 10 Mei bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP”) yang menyatakan bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian, merupakan satu tuduhan yang tidak benar.”


Asas laporan polis saya pula adalah bahawa buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah” yang dijual di rak terbuka gedung buku merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian kerana buku ini mengandungi catatan mengenai kelebihan dan kehebatan ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Laporan polis saya juga memberikan bukti ke atas kenyataan Facebook saya bahawa “tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama”. Antara bukti yang saya berikan ialah pengakuan Hannah Yeoh sendiri bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; seruan beliau agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta pengakuan beliau bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.


Di saat pihak polis sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis Hannah Yeoh dan laporan polis saya ini, di mana saya telah diambil keterangan oleh pihak polis pada 22 Mei, DAP sendiri nampaknya terus-terusan menyindir, mencabar dan membuat provokasi ke atas laporan polis saya dan siasatan pihak polis ke atasnya.

Menjelang saat umat Islam di Malaysia mahu berbuka puasa pada hari pertama mereka berpuasa, iaitu 27 Mei, DAP menganjurkan “Bicara Buku Becoming Hannah” oleh Sasterawan Negara, Datuk Samad Said, di Galeri Sejarah KKB, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, didapati “Bicara Buku Becoming Hannah” ini dihadiri oleh sebahagian umat Islam yang turut membeli buku itu dari Hannah Yeoh yang kelihatan turut menurunkan tandatangan ke atas buku yang dibeli itu.

Seperti diketahui, penyertaan Datuk Samad Said ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, di Gua Musang pada 13 Jun 2015. Mengikut Lim Kit Siang, Datuk Samad Said boleh dianggap sebagai wira yang akan membawa perubahan kepada negara sambil mengumumkan beliau sebagai Wira Ubah kepada DAP.

Sehari selepas penyertaan beliau ke dalam DAP, portal berita The Malaysian Insider terus sahaja mengeluarkan kenyataan Datuk Samad Said bahawa “saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin” dan “terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti”. Bukan sekali, tetapi dua kali, Datuk Samad Said menyebut mengenai kesediaan beliau untuk menjadi hamba kepada DAP.

Walaupun sebelum ini kelibat Datuk Samad Said sering kelihatan di dalam aktiviti-aktiviti DAP, khususnya yang memerlukan DAP “membuat kontak dengan masyarakat Melayu”, penglibatan beliau di dalam “Bicara Buku Becoming Hannah”, bersama-sama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sendiri yang kemudiannya menemani Datuk Samad Said berbuka puasa di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei, paling memahamkan saya mengenai keseriusan hasrat beliau untuk menjadi hamba kepada DAP ini.
Bagaimanapun, tindakan DAP memperkudakan Datuk Samad Said untuk mempertahankan Hannah Yeoh ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan negatif ke atas dakwaan saya, malah memperkukuhkannya pula.

Jika dilihat kepada tiga kenyataan Datuk Samad Said yang termuat di dalam Facebook beliau dan yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insight, maka terbukti bahawa beliau sendiri tidak mampu untuk menafikan kebenaran dakwaan saya terhadap kandungan buku Hannah Yeoh ini. Apa yang sebaliknya beliau mampu buat hanyalah mempersoalkan tindakan saya menumpukan perhatian hanya kepada bahagian yang saya mahu sahaja.

Lebih jauh lagi, saya sendiri tidak pernah menggelarkan Hannah Yeoh sebagai “mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal”, tetapi Datuk Samad Said mengesahkannya!
Lalu timbul pertanyaan, apakah sokongan Datuk Samad Said kepada Hannah Yeoh ini adalah sokongan yang akan membawa rebah kepada DAP dan Hannah Yeoh?

PETIKAN TULISAN DATUK SAMAD SAID





“Yang disorot hanya bahagian terkhusus kerana kebetulan Hannah seorang mubaligh Kristian yang sangat padu dan cekal dan kini dalam dunia siasah tanah air.”

“Yang dinampak—atau diserang—tampaknya sengaja tertumpu kepada pergerakan agamanya untuk sesuai mendakwa DAP mempunyai hasrat, kononnya, berazam menafirkan Melayu.”
“Pendeknya, yang dinampak atau sengaja ingin dinampakkan, ialah hajat siasah Hannah Yeoh, lebih-lebih lagi DAP, untuk mengembangkan agama Kristian.”


Sumber : Kamarul Yusoff