Showing posts with label hishammuddin. Show all posts
Showing posts with label hishammuddin. Show all posts

Monday, 10 July 2017

Mengapa DAP takut sangat pemilihan semula, soal Hishammuddin

DAP tak perlu takut mengadakan pemilihan semula Jawantakuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekiranya tiada apa yang hendak disembunyikan, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Naib Presiden Umno itu berkata DAP perlu tunjukkan mereka telus mentadbir parti dengan mengadakan pemilihan semula CEC sepertimana yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
“Kalau tak ada benda yang nak disembunyi, buat seperti apa yang JPPM putuskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Berjaya Times Square hari ini.
“DAP kata mereka perjuangkan demokrasi. Kalau tiada benda yang tak kena apa yang dia takut sangat untuk membuat keputusan,” katanya.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012 iaitu yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 buah cawangan.
DAP selepas mesyuarat tergempar semalam mengumumkan mereka enggan mengadakan pemilihan semula tetapi bersedia bertemu JPPM untuk membincangkan perkara berbangkit.
Setiausaha Agung Lim Guan Eng tidak menolak tindakan JPPM bermotifkan politik serta mahu mensabotaj DAP dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Hishammuddin bagaimanapun mengingatkan DAP agar tidak menyalahkan masalah dalaman parti pada orang lain.
“Jangan halakan pandangan orang lain dan menuding jari pada orang lain. Ini masalah dalaman mereka. Jangan nak menuding jari pada Umno dan BN. Kita tidak ada kena mengena dengan dia,” katanya.

Monday, 17 April 2017

Isu Keselamatan, Pertahan Jadi Fokus Hishammudin Ke China


 Isu-isu keselamatan dan pertahanan antarabangsa akan menjadi fokus utama lawatan rasmi tiga hari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke China.
Jelas Hishammuddin, beliau akan bertemu rakan sejawatnya Jeneral Chang Wanquan di mana isu yang akan dibincangkan termasuk krisis Korea Utara, pertikaian Laut China Selatan, ancaman pengganas Daish dan keselamatan Laut Sulu.

Katanya, lawatan rasmi itu sekali gus menunjukkan kekuatan hubungan diplomasi ketenteraan di antara kementeriannya dengan China.

"Pada masa sama, saya hendak bincang dengan pucuk pimpinan China berhubung Korea Utara, Laut China Selatan, militan IS dan Daish, berkait kebimbangan kita di Laut Sulu, pentadbiran baharu di Amerika Syarikat (AS) di mana Presiden Xi Jinping pun baru balik dari AS.
"Jadi ini menunjukkan kekuatan hubungan diplomasi ketenteraan kita atau diplomasi Kementerian Pertahanan yang tidak banyak negara mempunyai hubungan sebegitu rupa."

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) sempena perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira, di sini, hari ini.

Beliau juga akan menyaksikan pemeteraian subkontrak pembinaan Kapal Littoral Mission (LMS) di antara syarikat Boustead dan China Shipbuilding & Offshore International Company (CSOC).

"Perkara-perkara yang kita umumkan semasa lawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China mesti ada tindakan susulan.

"(Subkontrak) Kapal Littoral Mission (LMS) mesti dimeteraikan. Saya harap bahawa saya dengan Jeneral Chang Wanquan akan menyaksikan pemeteraian perjanjian itu," katanya.

Kapal misi pesisir itu dijangka siap sepenuhnya dan sedia digunakan dalam tempoh 24 bulan selepas kontrak ditandatangani.

Wednesday, 12 April 2017

Hishammuddin dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai menteri pertahanan.
“Pelantikan ini membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai menteri pertahanan,” katanya.