Showing posts with label huan cheng guan. Show all posts
Showing posts with label huan cheng guan. Show all posts

Sunday, 6 May 2018

Penduduk Air Putih tercari-cari mana Guan Eng?

PULAU PINANG 6 Mei – Penduduk Air Putih iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Lim Guan Eng selama dua penggal sejak 2008 mendakwa sukar melihat kelibat Ketua Menteri berkenaan turun padang meninjau masalah mereka.

Malah, mereka turut mendakwa meskipun lebih seminggu kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun Guan Eng lebih banyak dilihat di negeri-negeri lain berbanding bertemu penduduk di sini.


Menurut calon Parti Cinta Malaysia (PCM) bagi kerusi DUN Air Putih, R. Manikandan, 40, perkara itu sering dibang-kitkan penduduk kepadanya ketika turun berkempen di kawasan tersebut yang berasa seolah-olah tidak di-pedulikan wakil rakyat sendiri.

Malah, jelasnya, beliau sendiri sebagai penduduk tempatan di kawasan itu dapat melihat bagaimana kawasan Air Putih tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Masalah banjir semakin buruk di sini, begitu juga dengan kesesakan lalu-lintas kerana tidak ada perancangan ba-haru di bawa kerajaan negeri sedangkan kawasan ini merupakan pintu masuk kepada lokasi pelancongan utama di negeri ini.

“Ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana penduduk langsung tidak mendapat kelebihan sedangkan wakil rakyat mereka selama dua penggal ialah Ketua Menteri sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Wednesday, 2 May 2018

PRU14: Penyertaan NGO di Pulau Pinang isyarat jelas penolakan DAP - Datuk Huan CHeng Guan

PULAU PINANG – Antara yang menarik perhatian sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah kemunculan beberapa parti baharu yang turut bertanding.

Pulau Pinang mungkin menjadi negeri dengan paling banyak parti bertanding di Semenanjung selepas sekurang-kurangnya enam parti yang bukan dominan meletakkan calon masing-masing.

Parti itu adalah Parti Bersama Malaysia (MU); Parti Cinta Malaysia (PCM); Parti Alternatif Rakyat (PAP); Parti Hadapan Penang (PFP); Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Selain PCM dan PAP yang menyertai Gagasan Sejahtera bersama Pas, parti-parti ini secara terbuka dan jelas menyatakan pendirian mereka adalah bebas dan tidak menyokong mana-mana parti dominan sama ada Barisan Nasional (BN); Pakatan Harapan atau Pas.

Apa yang menarik perhatian adalah parti-parti tidak dominan ini bertanding dengan jumlah kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang besar.

Parti PFP; MU dan PRM misalnya, meletakkan calon masing-masing di lebih 20 kerusi Parlimen dan DUN.

Dengan kos yang tinggi bagi setiap calon itu, penyertaan berkenaan menunjukkan penglibatan parti-parti kecil tersebut dalam PRU-14 kali ini bukan `main-main’ atau boleh diambil mudah parti lawan.

Sesuatu yang pasti juga, penyertaan parti-parti politik kecil itu menunjukkan tahap sokongan penduduk tempatan di negeri ini terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebahagian besar parti politik kecil itu sebelum ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai latar belakang yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan di negeri ini.

Terdapat daripada pemimpin mereka juga merupakan tokoh masyarakat Cina yang sangat dihormati dan disanjungi dalam pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina.

Umum mengetahui kemenangan besar pembangkang di negeri ini khususnya DAP pada PRU-12 dan PRU-13 adalah disebabkan sokongan kuat NGO dan kumpulan masyarakat Cina.

Maka, keputusan mereka bertanding di setiap kerusi yang turut ditandingi calon DAP di bawah logo PKR secara tidak langsung menunjukkan mereka tidak lagi bersama perjuangan DAP di negeri ini.

Perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana sejak 2008 iaitu selepas DAP berjaya merampas pentadbiran negeri Pulau Pinang, banyak pergeseran dilaporkan berlaku antara kerajaan negeri dengan NGO terbabit.

Antaranya dalam isu penjagaan alam sekitar selepas sehari demi sehari, NGO berkaitan melihat semakin banyak khazanah alam di negeri ini seperti bukit dan laut dirosakkan oleh polisi kerajaan negeri.

Malangnya, suara bantahan mereka yang bimbang dengan kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menarah bukit dan menambak laut langsung tidak didengari atau dipedulikan.

Begitu juga dengan salah faham yang didakwa wujud antara Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan kira-kira 40 persatuan masyarakat Cina dalam isu penganjuran majlis kebudayaan dan warisan Pulau Pinang sebelum ini.

Ekoran pergeseran yang semakin ketara itu, ada NGO dan pertubuhan masyarakat Cina itu beranggapan pembangkang khususnya DAP sebelum ini hanya mempergunakan mereka untuk mendapatkan kuasa.

Lebih malang, selepas 10 tahun mentadbir negeri ini, NGO dan pertubuhan masyarakat Cina terbabit seolah-olah dianggap seperti musuh.

Maka, tidak keterlaluan untuk dinilai penyertaan NGO-NGO terbabit pada PRU-14 menghantar isyarat jelas yang mana Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan lagi menjadi pilihan atau alternatif kepada rakyat di negeri ini. – theRakyat

Wednesday, 25 April 2018

Cheng Guan ‘sailang’ Guan Eng?


LANGKAH yang tepat andai kata terfikir oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk mempertaruhkan dirinya sebagai calon bebas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dengan keberanian beliau mendedahkan isu-isu salah laku dan salah guna kuasa di Pulau Pinang sehinggakan menerima ugutan bunuh awal tahun ini, sudah sewajar­nya Cheng Guan meneruskan hasratnya itu.

Nama Cheng Guan bukanlah asing dalam laporan media arus perdana, stesen televisyen dan portal propembangkang. Kelibatnya sering muncul di balai-balai polis mendedahkan penyelewengan.

Sebelum ini beliau membangkitkan skandal pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sehingga beberapa tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau jugalah orangnya yang menimbulkan isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan di Pulau Pinang sehingga pasukan itu diharamkan di negeri ini. Tidak dilupakan, beliau juga lantang membangkitkan isu pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga kes berkenaan didakwa di mahkamah.

Kalau sudah ke tahap itu yang ahli politik lain pun tidak capai piawaian berkenaan, apa nak dikatakan lagi - KPI atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Cheng Guan menjadi bukti dirinya layak bertanding.

Tetapi kali ini, akhbar ini dimaklumkan, Cheng Guan tidak mahu ‘biasa-biasa’ bertanding.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Lawan yang dipilih pun bukan sembarangan. Akhbar ini difahamkan, Guan Eng menjadi pilihan Cheng Guan untuk disekat di kerusi Parlimen Bagan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dalam persaingan PRU-14 ini. Cuma tunggu pengesahan rasmi daripada Cheng Guan sahaja, dijangka sidang akhbarnya hari ini.

Bagi Cheng Guan, keadaan di Pulau Pinang sekarang ini teruk. Contohnya dalam isu banjir dan perumahan. Ada banyak kondominium yang dibina tetapi hanya mampu dilihat sahaja dan bukannya mampu milik.

“Harganya sampai RM700,000 hingga RM1 juta. Orang biasa memang tidak mampu beli. Banyak kilang yang besar sudah pindah ke luar Pulau Pinang. Anak-anak negeri itu berhijrah ke Kuala Lumpur sebab di Pulau Pinang kurang kerja. Pendapatan purata bulanan bagi isi rumah penduduk Pulau Pinang juga di bawah kadar purata kebangsaan.

“Guan Eng pula ada kes rasuah dan asyik menyalahkan orang lain sahaja. Sepatutnya dia kena letak jawatan. Kalau orang lain yang terbabit dalam kes rasuah dia pandai pula suruh orang itu letak jawatan,” kata beliau.

Cheng Guan menarik perhatian di era Tun Dr. Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) yang menggerakkan pembinaan rumah kos rendah hanya berharga RM25,000 seunit sahaja.

“Masa itu saya dalam tentera dan gaji saya lebih kurang RM400 sahaja sebulan. Saya mampu beli rumah kos rendah kerana bayaran bulanannya hanya RM138 sebulan. Saya rasa zaman itu adalah yang paling baik kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Chong Eu,” kata beliau.

Cheng Guan sudah merasai ‘sepak terajang’ politik tanah air.

Bekas Naib Presiden Gerakan ini pernah memenangi kerusi Parlimen Batu Kawan dengan meraih 17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperoleh 6,552 undi. Nasib bagaimanapun tidak menyebelahinya apabila kecundang pada PRU-12, PRU-13 dan pilihan raya kecil di Bukit Gelugor - ketiga-tiganya pada calon DAP.Tidak ada salahnya untuk Cheng Guan mencuba kali ini.

Lihatlah bagaimana cubaan veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menewaskan Tan Sri Koh Tsu Koon pada 1995 gagal setelah kalah kepada Ketua Menteri ketiga itu di DUN Tanjong Bungah, walaupun dia menang di Parlimen Tanjong.

Tahun 1999, Kit Siang berpindah ke kawasan lain. Perpindahan itu membawa padah apabila beliau kecundang kepada Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye di Parlimen Bukit Bendera dan di DUN Kebun Bunga kepada Dr. Teng Hock Nan. Berikutan kekalahan pada November 1999 itu, Kit Siang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung tetapi dilantik sebagai pengerusi. Selepas kecewa di Pulau Pinang, Kit Siang membawa diri ke luar Pulau Pinang, destinasinya ke Perak pada 2004 dan memilih Ipoh Timur sebagai pangkalan baharu sehinggalah pada PRU-2008.

Kit Siang melilau sana sini, sampailah dia di Gelang Patah, Johor. Cuma Cheng Guan, tolonglah anda kekal (bertanding) di Pulau Pinang.

SUMBER 

Wednesday, 4 April 2018

BN will win GE14 as opposition lack unity, credible candidates - Datuk Huan Cheng Guan



GEORGE TOWN: It is a foregone conclusion that Barisan Nasional (BN) will win the 14th General Election given that the opposition do not have any worthy candidates who can lead the government.

Centre for Political Awareness Malaysia president Datuk Huan Cheng Guan said the opposition parties, no matter how hard they try, remain divided, lack strong grassroots support, character, motivation, maturity and leadership to govern effectively with unity, pragmatism and fairness.

“None in the opposition fit the bill as the current leaders in the various parties play to the gallery and are guided by personal interests.

“If they cannot see eye to eye on basic issues, do you think they have the clout to govern Malaysia?

“Besides, many have a lot of personal and political baggage that has undermined public trust in their words and actions,” he said today.

Huan said that to date, the opposition had been embroiled in battle of accusation and nitpicking, with little to show in its track record except for a string of scandals and broken promises.

He added that the opposition waxed lyrical about high ideals, but in practical terms, their masked idealism does not show practical moral and economic solutions, unlike what the consistent track record BN has achieved.

“Undeniably, despite brickbats and criticisms thrown his way, (Prime Minister) Datuk Seri Najib Razak’s apepal among his support base is solid.

“Do not forget BN emerged winner in the 12th and 13th general elections despite all the lies, spins and distorted facts spread by the opposition,” he added.

Huan stressed that with all the accomplishments across the board, Najib is in good stead to ride the tide of victory, holding his sterling track record to remind voters he promises and delivers, unlike the opposition wrought by infighting and broken promises.

“No other leader has the calibre, character or leadership qualities of Najib.

“For sure, our rakyat is rational enough not to rock the boat by voting the opposition based on emotive issues but will vote for growth and stability under BN.

“At the end of the day, it is the well-being of the rakyat which matters - not squabbles, mud slinging and gutter politics,” he noted.

BN, Huan pointed out, has consistently shown how it cares - not in fancy slogans or theatrical gimmicks like the opposition has done, but in meaningful and practical ways that help the rakyat fairly and effectively.


Wednesday, 28 February 2018

I have been vindicated. So has MACC - Datuk Huan Cheng Guan





Yesterday's news report that a person had received RM19 million cash in a failed attempt to stop the MACC investigations shows there is possible wrong-doing in this project.

Over the past 3 years, I have received unfair criticisms and brickbats from Pakatan supporters who accuse me of unfairly targeting the DAP Penang state government over the mega Penang Tunnel project.

I was even sued for defamation over this and also receive death threats .

These people were unhappy when I had made multiple MACC reports over this project.

Today, I can tell these people that I have been vindicated.

MACC is also vindicated as this also prove that their investigations into this project has merit and basis - and not a political persecution as claimed by DAP and the Penang Govt leadership.

My suspicions and my findings about this dubious project that involved at least RM6.34 billion of the Penang people's money are now proven to be not unfounded.

I call upon MACC to continue and speed up their investigations including at the highest level of the state government and political leaders to determine if there is abuse of power and corruption.

Let the truth be known.

Let the public know that those who cry corruption often are also those who are most likely to be guilty of corruption themselves.

Thank you to SPRM  for carrying out your duties without fear and favour.

Lastly i would also like to thanks the media and public for all the support during the difficult period.

Huan Cheng Guan
Deputy President
Parti Cinta Malaysia

28 Feb 2108

Friday, 23 February 2018

Presiden TI-M perlu adil memberi ulasan - Datuk Huan Cheng Guan



GEORGETOWN: Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, digesa memberi ulasan lebih adil berhubung punca kemerosotan Malaysia dalam indeks rasuah global, dengan turut mengaitkan skandal didakwa dilakukan pemimpin pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata Akhbar tidak seharusnya memberi ulasan yang hanya menjurus kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB); penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan FELDA sebagai punca kemerosotan indeks terbabit.


Katanya, Akhbar juga dinasihat supaya menjalankan kajian menyeluruh kerana kemerosotan indeks itu turut berpunca daripada salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

"Contoh paling ketara apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Ini berikutan skandal banglonya yang turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa, selain Guan Eng juga enggan meletak jawatannya sebagai Ketua Menteri, walaupun sudah didakwa di mahkamah.

"Pastinya persepsi rakyat dan warga asing terhadap negara akan merosot apabila melihat Ketua Menteri juga menyalahgunakan kuasa. Mengapa kes ini tidak diambil kira sebagai antara punca kemorosotan indeks berkenaan?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan indeks rasuah dikeluarkan Transparency International, Khamis lalu, mencatatkan prestasi Malaysia menurun sebanyak tujuh tangga dengan skor 47 daripada 100 bagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dan berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara.

Cheng Guan berkata, Akhbar juga perlu mengambil kira kes 'Banglo Disneyland' milik pemimpin muda PKR yang didakwa mempunyai kekayaan luar biasa, sekali gus memberi kesan negatif kepada negara.

"PKR ialah parti yang menerajui kerajaan Selangor. Ia sekali gus turut mewujudkan persepsi bahawa terdapat salah guna kuasa dan rasuah antara kerajaan negeri dan pemimpin PKR.

"Seterusnya, kes paling besar membabitkan pemimpin pakatan pembangkang, iaitu skandal urus niaga mata wang asing (forex) yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) 'hilang' RM32 billion.

"Malah, Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan bagi menyiasat kes yang turut mendapat perhatian dunia ini, dengan pemimpin pakatan harapan bertanggungjawab ke atas kehilangan wang ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, skandal membabitkan projek mega di Pulau Pinang yang belum bermula dan laporan Kajian Kebolehlaksanaannya masih gagal disiapkan, selain tanah milik rakyat di negeri itu sudah diberi kepada pemaju juga perlu diambil kira.

Cheng Guan menegaskan, syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek itu sudah bertukar tangan, selain syarikat gergasi dari China juga terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan terbabit dalam pelaksanaannya.

"Seterusnya, kekayaan luar biasa beberapa pemimpin pakatan pembangkang juga membangkitkan persoalan dari mana mereka mendapat wang begitu banyak. Ada antara mereka yang berceramah ke seluruh negara menggunakan jet peribadi dan kereta mewah.

"Pemimpin pakatan pembangkang gagal memberi jawapan mengenainya, sekali gus memberi persepsi bahawa wujud dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan mereka. Ia antara lain turut menjejaskan indeks terbabit.

"Ini belum mengambil kira skandal membabitkan bekas Menteri Persekutuan berasal dari Sabah. Justeru, saya berharap TI-M akan berlaku jujur dan adil serta berhenti menjadi agen pakatan pembangkang," katanya.

Selain itu, katanya, kenyataan Akhbar mendakwa kegagalan SPRM membanteras rasuah sebagai antara punca kemorosotan indeks terbabit disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. BH

Wednesday, 17 January 2018

Tindakan Shafie Apdal hina anggota RELA biadap dan kurang ajar - Datuk Huan Cheng Guan


1. Saya merujuk kepada satu klip video dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang telah mempersoalkan kredibiliti, keupayaan, serta peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

2. Memetik kata - kata Shafie Apdal:

"RELA bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar bagaimana pakai bom, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik". Katanya sambil mempertawakan RELA."

3. Secara peribadi, kenyataan Shafie Apdal yang dilakukan di khalayak umum merupakan satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Ini kerana beliau langsung tidak menghormati pengorbanan dan usaha yang diambil rela dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat di Esszone.

4. Lebih mengejutkan, kenyataan beliau bahawa RELA konon-nya tidak tahu menggunakan senjata api juga adalah tidak tepat dan merupakan satu fitnah yang jahat. Anggota RELA yang ditugaskan di Esszone telah melalui kursus asas RELA dan kursus khas penugasan Esszone yang dikendalikan oleh pihak PDRM, ATM dan ESSCOM.

5. Ini secara langsung telah meningkatkan keupayaan anggota RELA sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada diceroboh oleh anasir luar. Akhir sekali, saya ingin menggesa Shafie Apdal untuk memohon maaf kepada hampir 3.5 juta orang anggota RELA kerana tindakan kurang ajar dan biadap beliau dalam menghina mereka walhal mereka mengorbankan masa dan tenaga dalam mempertahankan tanahair yang tercita ini.

Datuk Huan Cheng Guan.
Timbalan Komisioner Rela Kehormat.

Thursday, 11 January 2018

Tindakan pantas siasat skandal dihargai – Datuk Huan Cheng Guan

PULAU PINANG 10 Jan. – Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melahirkan penghargaan terhadap komitmen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal projek terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang.


Menurut beliau, tindakan yang diambil pihak SPRM membuktikan pihak berkuasa berkenaan tidak berkrompromi dalam mana-mana isu yang dikhuatiri melibatkan elemen pecah ama­nah dan salah guna kuasa.


Tambahnya, tindakan pantas itu juga memperlihat SPRM ya­kin dengan laporan yang dibuat pihaknya sebelum ini termasuk kredibiliti bukti yang diserahkan, sekali gus memerlukan siasatan terperinci dilakukan.

“Pada saya serbuan pantas yang dilakukan SPRM ini juga berkemungkinan mengelakkan sebarang bukti yang ada dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya di sini hari ini.

SPRM hari ini memperoleh perintah tahanan reman ke atas dua eksekutif kanan syarikat pemaju bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung kontroversi projek terowong dasar laut bernilai lebih RM6 bi­lion tersebut.

Sebelum ini, PCM membuat dua laporan di SPRM Putrajaya masing-masing 17 Julai tahun lalu dan 5 Januari lalu supaya siasatan dapat dijalankan berhubung kemungkinan wujud ele­men salah guna kuasa dan rasuah dalam projek tersebut.

Sementara itu Cheng Guan berkata, usahanya membuat laporan terhadap SPRM berhubung projek kontroversi ter­sebut semata-mata untuk mendapatkan keadilan kepada penduduk negeri ini.

Ujarnya, projek terowong dasar laut itu merupakan rancangan yang sia-sia memandang­kan negeri ini sudah mempunyai dua jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dengan kawasan pulau.

Malah tambah beliau, sehingga ke hari ini juga laporan keboleh­laksanaan projek itu yang sepatutnya sudah siap masih tidak kelihatan walaupun be­ratus-ratus juta te­lah dibayar kepada pihak kontraktor.

“Sebab itu saya berharap SPRM menyiasat skandal ini sehingga ke lubang cacing dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakan kuasa dan mencuri wang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka,” katanya.

UTUSAN


Monday, 18 December 2017

Mengapa DAP Mengetuai Kerajaan Pulau Pinang Menindas Majlis Rakyat Cina Pulau Pinang (PCCC)? - Datuk Huan Cheng Guan


1. Saya merujuk kepada kenyataan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Majlis Rakyat Cina Pulau Pinang (PCCC) bahawa dengan 'hati berat' dewan telah memutuskan untuk membatalkan Sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baru Cina yang dirancang untuk diadakan di Pulau Pinang tahun depan.

2. Apa yang lebih mengejutkan adalah pengakuan oleh Pengerusi PCCC Anthony Chang yang mengatakan bahawa keputusan untuk mengadakan acara tahunan itu adalah kerana kurangnya kerjasama dan sokongan daripada kerajaan Pulau Pinang. Pengakuan oleh Anthony Chang dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah meninggalkan PCCC dan ahli-ahlinya selepas persatuan klan cuba untuk mendapatkan kembali RM74,000 bahawa negeri itu berhutang kepada mereka dan mendakwa premis 50, Love Lane.

3. Ia sangat tidak bertanggungjawab terhadap DAP yang mengetuai kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menyokong PCCC semata-mata kerana PCCC telah mengakui apa yang berhutang kepada mereka. Duluan ini menindas PCCC dan komuniti Cina secara besar-besaran tidak bertanggungjawab dan hanya menunjukkan betapa tidak profesional adalah DAP yang mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang.

4. Sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baru Cina oleh PCCC tidak akan bercampur dengan politik seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri DAP sekarang. Tidak pernah dalam sejarah Pulau Pinang bahawa PCCC terpaksa membatalkan perayaan mereka sejak tahun 1999 tetapi kali ini, DAP memimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah melampaui cubaan mereka untuk menindas PCCC.


5. Adalah baik untuk mengetahui bahawa walaupun Kerajaan Persekutuan telah ditolak oleh rakyat Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum yang lalu, Kerajaan Persekutuan menyokong PCCC termasuk menawarkan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut. Tidak ada dendam atau darah buruk di antara Kerajaan Pusat dan kaum Cina di Pulau Pinang. Jadi mengapa DAP begitu marah dengan kaum Cina?

6. Saya memanggil semua orang Cina Pulau Pinang untuk berdiri dan bercakap terhadap rejim yang menindas Lim Guan Eng dan pemimpin DAP dalam kerajaan negeri. Adakah masa untuk Lim Guan Eng kembali ke Melaka dan berhenti menindas kaum Cina di Pulau Pinang. Klan Cina adalah penyokong utama DAP dalam GE yang terakhir tetapi nampaknya sokongan ini tidak dihargai dan sekarang DAP akan terus berkepala dengan kaum Cina. Masa telah tiba untuk menghentikan semua omong kosong ini oleh DAP yang mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang.

Datuk Huan Cheng Guan 
Timbalan Presiden 
Parti Cinta Malaysia 

Saturday, 2 December 2017

Dap ‘Berjaya’ Jadikan Pulau Pinang Sebuah Negeri Yang Gagal – Datuk Huan Cheng Guan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Datuk Huan Cheng Guan, menyifatkan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang gagal di bawah pentadbiran kerajaan Dap memandangkan terlalu banyak isu dan skandal yang melingkari pentadbiran kerajaan itu hari ini.

Beliau menegaskan perkara ini ekoran isu-isu pembangunan yang tidak terancang, penyelenggaraan yang tidak efektif dan beberapa dasar kerajaan negeri yang dilihat lebih bias kepada satu-satu pihak sahaja dengan menidakkan hak pihak yang lain.

“Salah satu contohnya seperti isu terowong yang telah dibayar jutaan ringgit kepada sebuah konsultan, namun rakyat tidak tahu apa perkembangannya sehingga ke hari ini. Ini semua adalah duit rakyat dan rakyat mahu tahu apa hasil daripada perbelanjaan tersebut.

“Isu yang paling penting ialah isu tanah-tanah di Pulau Pinang yang dijual kepada syarikat-syarikat pemaju atau kroni. Sepatutnya tanah-tanah tersebut  kerajaan negeri boleh gunakan untuk bina rumah kos sederhana atau rendah untuk rakyat. Ini kerana, pembinaan rumah kos sederhana dan murah adalah tanggungjawab kerajaan. Tak kira kerajaan BN atau pakatan harapan.

“Jadi mengapa tanah-tanah itu dijual begitu sahaja? Ini kerana kerajaan negeri mahu buat keuntungan yang cepat hasil daripada penjualan tanah tersebut. Sama seperti mana berlakunya di sebuah lagi negeri di bawah pentadbiran pakatan harapan iaitu Selangor. Pakatan harapan hanya tahu menjual tanah dan aset negeri untuk mendapatkan hasil yang cepat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual ekslusif bersama UMNO Online di Ibu Pejabat UMNO.

Jelasnya, kerajaan Dap juga didapati gagal menunaikan janji-janji dan manifesto mereka sepertimana janji-janji mereka kepada rakyat pada pilihan raya umum yang lepas.

“Antara janji-janji Dap jika mentadbir Pulau Pinang, mereka akan memberikan parkir percuma kepada rakyat, tetapi hari ini apa sudah jadi? Mereka bukan sahaja tidak mengotakan janji mereka itu, malah harga parkir di Pulau Pinang semakin meningkat tinggi. Begitu juga dengan harga sewa tapak perniagaan yang dinaikkan hampir 200 peratus oleh kerajaan Dap.

“Begitu juga dengan tarif air, sepanjang 10 tahun kerajaan Dap memerintah Pulau Pinang, tarif air sudah dinaikan sebanyak tiga kali. Saya difahamkan, kerajaan negeri juga berhasrat untuk menaikkan lagi tarif air pada tahun depan.

“Sedangkan semenjak pemerintahan Dap di Pulau Pinang, negeri ini selalu banjir. Baru-baru ini banjir jadi semakin buruk. Ini bermakna air di Pulau Pinang sebenarnya sudah terlebih cukup. Mengapa kerajaan negeri mahu naikkan lagi tarif air di negeri ini,” sindir beliau.

Tegas Huan, ada banyak lagi kelemahan dan kegagalan kerajaan negeri yang jelas memperlihatkan kegagalan Dap dalam mentadbir negeri ini sehingga Pulau Pinang di anggap sebagai sebuah negeri yang gagal di bawah pentadbiran Dap.

“Banjir besar di Pulau Pinang baru-baru ini, sudah cukup untuk memperlihatkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai ‘plan kecemasan bencana’ sehingga Ketua Menteri terpaksa menangis untuk meminta bantuan kerajaan pusat. Ini memperlihatkan kerajaan negeri yang amat tidak peka terhadap keselamatan dan nasib rakyat sekiranya berlaku sebarang bencana.

“Malah mereka sebenarnyalah yang mendatangkan bencana kepada rakyat di Pulau Pinang apabila membenarkan lereng dan bukit-bukau di Pulau Pinang ditarah sewenang-wenang untuk membina rumah mewah, sehingga menyebabkan ramai yang kehilangan nyawa akibat tanah runtuh seperti yang berlaku baru-baru ini,” akhirinya.-MediaUMNO

Thursday, 9 November 2017

#BanjirPulauPinang Peringatan Najib Tepat pada masa - Datuk Huan Cheng Guan



PULAU PINANG 8 Nov. – Pelbagai pihak hari ini menyifatkan peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Kerajaan DAP Pulau Pinang meneliti projek lereng bukit bagi mengelak sebarang bencana sebagai tepat pada masanya.

Malah, mereka turut menyifatkan peringatan itu kelegaaan besar buat penduduk negeri ini khususnya yang tinggal berdekatan kawasan bukit yang semakin bimbang dengan keselamatan mereka ekoran diancam risiko tanah runtuh serta banjir kilat.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, bencana lebih besar ekoran penerokaan bukit tanpa kawalan bukan sesuatu yang mustahil boleh berlaku di negeri ini pada masa hadapan.

Ini kerana, katanya, perkara itu disaksikan sendiri beliau ketika membuat tinjauan di beberapa lokasi penerokaan bukit bagi tujuan pembangunan di negeri ini minggu lalu yang disifatkan sebagai sangat serius.

Malah, beliau melahirkan rasa hairan bagaimana sebahagian projek di kawasan lereng bukit yang dilihat sangat berisiko untuk runtuh diberi kelulusan pembangunan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Saya sangat terkejut kerana ketika meninjau beberapa kawasan bukit yang diteroka di ne­geri ini baru-baru ini, kesan kemusnahan yang dapat dilihat sangat besar dan teruk.

“Saya juga tertanya-tanya adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melihat kesan kemusnahan bukit ini atau mereka tidak kisah kerana lebih memen­tingkan pemaju?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Cheng Guan turut mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi perhatian kepada suara kebimbangan rakyat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak henti-henti membangkitkan mengenai ancaman pembangunan di lereng bukit.

Menurut beliau, apa yang dibangkitkan penduduk dan NGO itu adalah suara kepayahan dan keperitan mereka terutama selepas berpuluh-puluh kali diancam banjir kilat yang merosakkan harta-benda sehingga menyukarkan hidup mereka.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi boleh terus hidup dalam penafian dan perlu me­ngakui pencerobohan bukit bagi memberi lalu kepada projek pembangunan turut menyebabkan kejadian banjir di pulau khusus­nya semakin buruk,” katanya.UTUSAN

Friday, 20 October 2017

Ubah Suai Gambar PM & isteri tindakan tidak boleh dimaafkan - Datuk Huan Cheng Guan


Tindakan Individu yang menyebarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diubah menjadi penganut Hindu adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan 

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pekara yang berlaku tidak boleh dimaafkan kerana individu berkenaan menunjukkan perasaan tidak menghormati kemuliaan agama serta perayaan Deepavali yang sedang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di negara ini.

"Lebih-lebih lagi ia mencemar imej Perdana Menteri dan isteri apabila menggunakan gambar seorang Hindu dan diubah suai seakan mempersendakan  agama pemimpin negara serta perayaan yang disambut ketika ini. Pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu mencari siapa dalang yang terlibat dalam pengubahsuai gambar tersebut serta mereka yang menyebarkan ke muka pengadilan sebagai salah satu cara memberi pengajaran kepada orang lain". 

Semalam, terdapat satu gambar yang telah diubahsuai menggunakan gambar Perdana Menteri dan Isteri seakan-akan penganut Hindu tular dimedia sosial Facebook & Whatapps dapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia

Sementara itu, Presiden Parti Generasi Baharu, Datuk G.Kumar Aaamaan berkata, tindakan yang dilakukan oleh individu berkenaan adalah amat memalukan penganut agama Hindu malah mencemarkan nama baik negara.menurutnya pekara itu harus diambil tindakan sewajarnya oleh phak PDRM dan MCMC agar pekara seperti ini tidak diulangi pada masa hadapan kerana khuatir akan menyingung penganut hindu di negara ini.

"saya berasa kesal kerana ada sesetengah pihak sanggup memalukan Perdana Menteri dan Isteri beliau di laman Facebook serta membabitkan agama lain yang mempunyai ramai penganut di negara ini" katanya.



Thursday, 5 October 2017

KDN digesa siasat dana Malaysiakini - Datuk Huan Cheng Guan

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti secara terperinci sumber dana yang membiayai portal berita propembangkang, Malaysiakini.


HUAN CHENG GUAN
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, tindakan itu amat penting bagi mengetahui individu sebenar di sebalik portal itu yang dilihat sering menyiarkan berita-berita berbaur fitnah dan provokasi.


“Saya sudah banyak kali me­nyuarakan isu Malaysiakini namun nampaknya ia kebal dan tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menyiasat portal tersebut. Jika dilihat, portal itu seolah-olah bebas memuatkan apa jua berita dengan sesuka hati terutamanya kandungan anti kerajaan tanpa ada sebarang kawalan.

“Justeru, saya menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat latar belakang portal itu termasuk semua ahli lembaga syarikat itu, sumber pembiayaan dana dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata­nya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas bersama PKR, Ng Lum Yong berkata, portal itu perlu mendedahkan latar belakang penyumbang dana syarikat itu yang selama ini dikaitkan dengan ‘hidup atas sumbangan asing’.

Kata beliau, Malaysiakini bertanggungjawab kepada rakyat negara ini untuk mendedahkan siapa penyumbang dana dan apakah matlamat portal tersebut ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Cheng Guan turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib terhadap Malaysia­kini sedangkan portal itu dari awal me­nyiarkan berita bersifat fitnah dan hasutan.

“Kita ketahui portal itu dibiayai oleh pihak asing namun mengapa kerajaan mem­biarkan portal sedemikian untuk beroperasi di negara ini sedangkan ia boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.

“Malah, kebanyakan beritanya juga tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Ini boleh mengundang pemikiran dan minda masyarakat terpesong daripada fakta sebenar,” katanya.

Jelasnya, sebagai media, Malaysiakini bukan sahaja berpe­ranan sebagai penyebar maklumat tetapi juga perlu menjadi pendi­dik kepada masyarakat.


Wednesday, 13 September 2017

Perdana Menteri di Amerika Syarikat berjumpa Presiden Trump, pembangkang pula yang seperti "cacing kepanasan" - Datuk Huan Cheng Guan





1. Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat unutk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House. Walaupun pertemuan antara Perdana Menteri dan Presiden Donald J. Trump ini disambut baik oleh rakyat Malaysia, namun terdapat segelintir pihak yang nampaknya sakit hati dengan jemputan yang diberi oleh kerajaan Amerika Syarikat dan President Donald J. Trump kepada Perdana Menteri.

2. Seperti biasa, sebelum Perdana Menteri berlepas ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan Presiden Donald J. Trump, pihak pembangkang sudah mula menabur fitnah dan berbohong kepada rakyat di negara ini. Umum ketahui bahawa Top Dog Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa konon nya Perdana Menteri berpontensi untuk ditangkap di luar negara kerana berdepan beberapa siasatan penggubahan wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB,

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/312920

3. Ini akhirnya terbukti merupakan satu pembohongan yang besar dan berniat jahat untuk merosakkan reputasi Perdana Menteri dan juga kerajaan Malaysia. Apa yang kita lihat sekarang adalah pertama sekali Perdana Menteri dan delegasi kerajaan telah selamat tiba di Washington D.C, Amerika Syarikat. Perdana Menteri juga telah diberikan beberapa keistimewaan oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya iringan polis (police escort), kawalan dari pasukan sekuriti elit Amerika Syarikat (Secret Service) dan juga kegunaan lapangan terbang tentera Andrews Joint Air Force Base.

4. Ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang konon nya bahawa Perdana Menteri akan ditangkap, "tidak berani" untuk ke Amerika Syarikat dan sebagainya hanya merupakan satu pembohongan dan fitnah jahat. Apa yang jelas adalah kerajaan Amerika Syarikat sangat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sehingga menjemput beliau ke White House untuk bertemu Presiden Donald J. Trump.

5. Bukan itu sahaja, malah Presiden Donald J Trump sendiri menyambut ketibaan Perdana Menteri di West Wing Lobby, White House. Ini menunjukkan hubungan akrab antara kedua pemimpin ini dan juga status Malaysia sebagai antara sebuah negara yang penting bagi Amerika Syarikat. Segala dakyah dan propaganda pembangkang bahawa Malaysia kini konon nya menjadi sebuah negara "kleptokrasi" dan " a failed state" sudah boleh dibakul sampahkan.

6. Konklusinya, Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak kini menjadi sebuah rakan akrab bagi negara kuasa  besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Disamping ekonomi yang maju dengan kadar pertumbuhan yang amat memberangsangkan, Malaysia juga diberi kepercayaan untuk memainkan peranan dalam isu keselamatan dan keamanan sejagat seperti dalam isu Islamic State (ISIS), masalah Rohingya di Myammar dan pelbagai isu lain yang memerlukan penglibatan negara. Ini merupakan satu pengesahan dan pengiktirafan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri oleh kerajaan Amerika Syarikat.

7. Persoalanya, kenapa pembangkang dan pemimpin mereka masih terus mengkritik kerajaan dan seperti cacing kepanasan bila Perdana Menteri dijemput ke Amerika Syarikat oleh Presiden Donald J. Trump?

8. Jawapan nya mudah. Pembangkang cemburu dengan segala kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan hasil usaha Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara. Selain itu, kejayaan kerajaan membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang terhadap kerajaan hanya merupakan satu fitnah dan bertujuan untuk memberikan persepsi yang buruk tentang kerajaan kepada rakyat demi kelangsungan politik pembangkang.

Terima Kasih

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Friday, 25 August 2017

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU - 14? - Datuk huan Cheng Guan



1. Baru - baru ini kecoh di media sosial bahawa "Top Dog" DAP Lim Kit Siang sudah menukar alamat undi beliau dari Gelang Patah ke Parlimen 049 Tanjong. Ini dengan secara rasminya menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak akan bertanding di Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang.

2. Pertama sekali, saya berasa kasihan dan simpati kepada penduduk di Gelang Patah yang seakan tertipu dengan DAP dan Lim Kit Siang. Belum lagi habis tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Gelang Patah, Lim Kit Siang sudah "cabut lari" ke Pulau Pinang dan menukar alamat mengundi beliau ke sini.

3. Saya juga dimaklumkan melalui sumber dalaman DAP bahawa pada PRU - 14 yang akan datang. Lim Kit Siang akan bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di kerusi Parlimen di dua negeri yang berbeza. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat bagi seorang yang berumur 74 tahun sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh dan tidak berani menghalang kehendak serta kemahuan Lim Kit Siang untuk bertanding di dua kawasan berlainan kerana beliau adalah pemimpin Utama Pakatan Harapan. Selain dari itu , gabungan Anak Bapa ini bukan percaya sama pemimpin pemimpin DAP yang berada di Negeri Pulau Pinang.

4. Selain itu, bagaimana Lim Kit Siang mahu berkhidmat untuk rakyat ? Ini kerana beliau akan bertanding di DUN dalam Negeri Pulau Pinang dan satu kerusi Parlimen di Negeri Kedah. Sudah semestinya rakyat di kedua kawasan ini akan ditinggalkan olih Lim Kit Siang sepertimana berlaku sekarang dan  mengalami nasib yang sama dialami penduduk Gelang Patah sekarang.

5. Jika dilihat dari segi sejarah, ini bukan kali pertama Lim Kit Siang cabut lari dari kawasan yang beliau menjadi Ahli Parlimen. Sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Parlimen, iaitu sejak Tahun 1969, Lim Kit Siang sudah menjadi Ahli Parlimen di Tujuh (7) tempat yang berbeza! Ini berbeza dengan pemimpin Parti Lain yang konsisten berkhidmat di satu kawasan dan tidak "cabut" seperti apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

Senarai kawasan yang pernah Lim Kit Siang menjadi wakil rakyat adalah seperti berikut:

a. Bandar Melaka (1969–1974)
b. Kota Melaka (1974–1978)
c. Petaling Jaya, Selangor (1978–1982)
d. Kota Melaka (1982–1986)
e. Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999)
f. Ipoh Timur, Perak (2004–2013)
g. Gelang Patah, Johor (sejak 2013)
h. Pulau Pinang dan Kedah - PRU - 14?

6. Secara mudahnya, jika kita seorang pemimpin masyarakat yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat, sudah pastinya kita akan terus bertanding di satu kawasan sahaja kerana sikap tanggungjawab kita terhadap masyarakat di kawasan tersebut. Ini berbeza dengan Lim Kit Siang yang suka lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain.

7. Beliau akan lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain kerana rekod buruk beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat. Lihat sahaja banner atau poster - poster di Gelang Patah sekarang yang mempersoalkan mana hilangnya Lim Kit Siang sehingga tidak turun melihat kawasan dan membantu masyarakat setempat. Adakah Ahli Parlimen dan ADUN seperti ini yang rakyat Pulau Pinang dan Kedah mahu sebagai wakil rakyat mereka?

8. Saya berharap pada PRU - 14 yang akan datang, rakyat terutamanya di Negeri Pulau Pinang  tidak ditipu oleh Lim Kit Siang dan DAP selama 5 tahun sekali lagi.

Terima Kasih

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

25 Ogos 2017

Tuesday, 8 August 2017

Lim Guan Eng patut jadi anak jantan, lawan kes rasuah di Mahkamah - Datuk Huan Cheng Guan



Semalam Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.
Keputusan itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sudah semestinya disambut baik oleh pemimpin serta penyokong pembangkang. Seperti biasa apabila satu - satu keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, pihak pembangkang akan memuji sistem kehakiman negara. Namun jika mereka kalah sesuatu kes, kerajaan dan sistem kehakiman pula yang dipersalahkan.
Kembali kepada kes Lim Guan Eng, pada Disember tahun lalu, beliau dan ahli perniagaan Phang Li Khoon telah didakwa di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah.
Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Selain itu, Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Persoalanya sekarang, jika Lim Guan Eng tidak bersalah, mengapa beliau secara konsisten cuba menangguhkan kes beliau yang kini sudah masuk tempoh hampir satu tahun?
Secara lazimnya, jika Lim Guan Eng yakin beliau tidak bersalah dan melakukan sebarang salah guna kuasa dan rasuah,beliau sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan kes beliau supaya nama beliau dapat dibersihkan dan membuktikan pertuduhan ini hanya merupakan satu taktik kerajaan BN menyerang DAP. Tetapi mengapa Lim Guan Eng tidak mahu mendesak mahkamah mempercepatkan sebutan kes beliau?

Seperti pepatah Melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah
Terima Kasih

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

Monday, 7 August 2017

Guan Eng, jawablah...

Isu perumahan dikatakan membelenggu pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, benarkah?

CHENG GUAN: DAP perlu jelaskan berapakah jumlah wang yang telah disalurkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) untuk pembinaan perumahan mampu milik. Ini dari hasil penjualan tanah tambakan laut Bayan Mutiara yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan negeri sehingga 2016.

PDC difahamkan telah menerima suntikan kewangan RM500 juta daripada kerajaan negeri tetapi peliknya masih memerlukan pinjaman RM609 juta daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan projeknya.

Mengapa isu ini dibangkitkan?

Batu Kawan adalah kawasan di daerah Seberang Perai Selatan dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini memiliki tanah yang cukup dan boleh dibuat pembangunan di situ. Tetapi kenapa kerajaan DAP sejak 2012 lebih berminat dan memilih untuk menjual sebahagian besar tanah Batu Kawan kepada pemaju-pemaju swasta dan tidak diberikan kepada PDC untuk membangunkannya?

Ini seolah-olah menafikan peluang PDC untuk membangunkan tanah-tanah berkenaan, sekali gus menafikan peluang PDC untuk membuat keuntungan sehingga menyebabkan kerajaan perlu memberikan suntikan modal tambahan dalam bentuk pinjaman kepada PDC untuk 2017.

Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng tak ambil kisahkah?

Pada 2012, Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telah pun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan negeri memberi pinjaman kepada PDC namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang.

Berjalan elokkah tadbir urus kerajaan negeri?

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang sepatutnya berada dalam keadaan defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah oleh kerajaan negeri itu. Ini kerana lebihan bajet terkumpul sebanyak RM574 juta kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP datang dari hasil penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perbelanjaan operasi kerajaan negeri meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 2008 hingga 2015. Peningkatan besar ini dijangka terus naik berikutan perbelanjaan operasi di bawah Bajet Pulau Pinang 2017 diunjurkan lima kali ganda daripada angka pada 2008.

DAP sering uar-uarkan dapat kurangkan hutang kerajaan negeri sehingga 95 peratus oleh kerana prinsip Cekap Telus dan Amanah (CAT) yang dipraktikkan, betulkah?

Apa yang saya difahamkan berlaku ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih hutang semasa kerajaan negeri berjumlah RM655 juta dan mengubahnya kepada bayaran tahunan sebanyak RM14.56 juta di mana kerajaan Pulau Pinang membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun pada jumlah keseluruhan yang sama.

Untuk itu, daripada satu hutang, ia ditukar kepada pemajakan. Sebagai pulangannya, Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan aset air dan tanah kepada Kerajaan Persekutuan.


Kredit : UTUSAN