Showing posts with label invoke. Show all posts
Showing posts with label invoke. Show all posts

Wednesday, 28 March 2018

Gesa siasatan INVOKE Malaysia ceroboh data peribadi 17 juta rakyat




Pemuda UMNO hari ini membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pusat kaji selidik propembangkang, Invoke Malaysia yang didakwa telah menceroboh lebih 17 juta data peribadi rakyat negara ini.

Aduan itu dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia secara berasingan di sini.

Menurut Ibdillah, pihaknya berbuat demikian supaya satu siasatan dapat dijalankan segera terhadap pusat kaji selidik itu ekoran wujudnya elemen meragukan berkenaan kaedah digunakan dalam menghasilkan laporan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, Invoke Malaysia yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dipersoal sama ada mereka mendapatkan data peribadi secara sah atau mencuri kerana mereka dikatakan berjaya menghubungi lebih 17 juta rakyat Malaysia.

“Setelah diteliti, pusat kajian ini telah menggunakan data haram kerana diperoleh secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat dakwaan pencerobohan ini dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

































Monday, 23 January 2017

NGO Rafizi Rupanya Dalang Panggilan Telefon Kaji Selidik PRU14

BN ternyata tidak terlibat dengan tinjauan melalui telefon yang mencetuskan kegemparan di media sosial dalam akhir tiga minggu ini.
Sebaliknya, tinjauan yang ingin tahu siapakah pilihan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang, digerakkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melalui NGO Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI).
Tinjauan dari 25 Disember 2016 hingga 17 Januari tahun ini, mencetuskan kebimbangan sebahagian responden apabila mereka mendengar rakaman suara wanita yang bertanya sama ada BN patut dipersalahkan susulan peningkatan kos hidup.
Ini diikuti oleh soalan sama ada mereka akan mengundi BN, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS. Begitu juga dengan soalan berkaitan kaum, jantina dan umur mereka.
Terdapat responden menyangka mereka sedang diintip oleh BN dan mula menyebarkan mesej melalui media sosial dan WhatsApp dalam perbagai bahasa supaya orang ramai mematikan telefon atau berisiko dipadam daripada daftar pemilih.
Bagaimanapun, I-CPI tetap berjaya mendapatkan reaksi 104,340 daripada 8.36 juta nombor telefon yang dihubungi.