Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, 29 March 2017

Pengerusi JKKK Miliki Sijil, Diploma

Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada ketua kampung selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Bera di Dewan Majlis Daerah Bera, Pahang.

Projek Lembah Chuping Bakal Ubah Landskap Ekonomi Perlis, Kata Menteri Besar


Saturday, 11 March 2017

ECRL Bukan Projek Jual Negara Kepada Pihak Asing

KENYATAAN MEDIA GPMS NEGERI PULAU PINANG BERKAITAN ISU MENGHAPUSKAN MATRIKULASI YANG DIBANGKITKAN OLEH YB SITI MARIAH MAHMUD SEMASA SIDANG PARLIMEN

 1) GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa kesal, kecewa dan sedih dengan kenyataan yang dibangkitkan ketika sidang parlimen oleh wakil rakyat Kota Raja, YB Dr. Siti Mariah Mahmud yang mahukan matrikulasi dihapuskan.

2) Pertamanya kita ingin tahu apakah asas kepada dakwaan beliau? Adakah berdasarkan persepsi semata-mata atau ia adalah berdasarkan kaji selidik dan fakta yang kukuh? Namun berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh beliau ketika sidang parlimen, tidak ada sebarang statistik atau fakta  kukuh yang dikemukakan.

3) Sebagai wakil rakyat dan bekas pensyarah, adalah amat tidak bertanggungjawab dan sangat menjengkelkan sekiranya dakwaan atau kenyataan tersebut dibuat di dalam parlimen berdasarkan persepsi semata-mata.    

4) GPMS Negeri Pulau Pinang juga melihat kenyataan beliau ini seolah-olah mahu menafikan hak pelajar bumiputera dalam memasuki universiti melalui program matrikulasi. Kami juga berpandangan,  kenyataan beliau juga membuka ruang kepada golongan bukan bumiputera untuk memandang negatif terhadap program matrikulasi dan yang lebih merbahaya ia adalah langkah permulaan kepada penafian hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

5) GPMS Negeri Pulau Pinang ingin menasihati YB Dr Siti Mariah supaya menumpukan usaha membantu pelajar-pelajar Melayu dan bukannya bersekongkol dengan musuh-musuh Melayu dan menjadi jurucakap mereka dalam menghancurkan masa depan anak bangsa sendiri.    

6) Kita mendoakan semoga YB Dr. Siti Mariah Mahmud diberikan taufik & hidayah Allah dan kembali ke pangkal jalan. Kita juga ingin menasihati beliau supaya jangan mempolitikkan isu pendidikan terutamanya membabitkan bangsa Melayu yang akhirnya akan merugikan bangsa kita sendiri. Janganlah kita menjadi petualang atau pengkhianat bangsa sendiri memata-mata mahu memenangi hati bangsa lain.

Sekian, terima kasih.    
                         
AZDY MOHD ARSHAD                                                       KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI PULAU PINANG

Thursday, 9 March 2017

Harapan pudar, mungkin pembangkang patut diajar

Tepat sembilan tahun lalu, Malaysia mencatatkan peratusan keluar undi yang terbesar dalam sejarah pilihan raya dengan 8,161,039 juta daripada 10,.922,139 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Saturday, 25 February 2017

Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib

PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokrasi perlu diperangi habis-habisan.

Beliau berkata ancaman baharu secara serangan minda dan hati menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah amat bahaya kerana ia dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk bangkit mempertahankan negara daripada serangan anasir berkenaan yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini.

"Mempertahankan negara kita bukan hanya bererti negara diserang dari luar dengan kehadiran bala tentera, tetapi serangan yang lebih berbahaya lagi ialah serangan kepada minda kita dan hati kita.

"Apabila minda kita dan hati kita diserang dengan berita, dakyah dan maklumat palsu serta fitnah atau 'fake news' (berita palsu) yang keluar melalui media sosial atau pemimpin tertentu dengan tujuan jatuhkan sebuah kerajaan, maka inilah ancaman paling bahaya. Maka, kita akan perang habis-habisan," tegas beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Karuak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.

Perdana menteri berkata berikutan penyebaran dakyah palsu, banyak langkah dan tindakan kerajaan untuk kebaikan rakyat telah disalahertikan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

"Sebagai sebuah kerajaan, kita dah buat macam-macam...tetapi apabila ada berita palsu yang cuba selewengkan sesuatu perkara, benda baik pun jadi tidak baik dan kontroversi, umpamanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Beliau berkata ketika kerajaan mencari rakan strategik untuk Proton Holdings Berhad, tindakan itu turut disalahertikan sebagai menjual syarikat berkenaan kepada China sedangkan ia sebenarnya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi menyelamatkan 'periuk nasi' para pekerjanya.

Sementara itu, Najib berkata rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, kaum atau agama wajib mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang dikecapi negara.

"Asas kita adalah sama iaitu Malaysia adalah negara sama untuk rakyat biasa, pemimpin tertinggi atau raja... cuba bayangkan kalau kita tidak ada negara seperti etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar tanpa kerakyatan.

"Lihat sahaja di televisyen, saban malam, saban hari bagaimana hidup mereka...bagaikan nyawa di hujung tanduk apabila tidak mempunyai kerakyatan, mereka terpaksa terima apa jua tindakan zalim, dirogol dan dibakar hidup-hidup.

"Jadi, apabila kita diberikan kerakyatan maka itulah nilai yang paling berharga. Sebagai rakyat, kita wajib mempertahankannya sebab inilah negara kita, inilah tempat lahir, tumpah darah dan akan disemadikan suatu hari nanti," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dengan johan disandang oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor.

Tempat kedua dimenangi Komuniti 1Malaysia Felda Keratong 3, Pahang manakala Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Setiap pemenang menerima geran bernilai di antara RM4,000 hingga RM10,000. -- BERNAMA

Friday, 24 February 2017

DAP Marah Najib Punyai Hubungan Baik Dengan China, Kini Mereka Sendiri Berbaik Dengan China

Seperti pepatah Melayu yang berbunyi 'sudah arang-arang, hendak minyak pula', yang bermaksud sudah dicemarkan nama seseorang, kini hendak bermanis-manis pula kepada orang itu, begitulah yang boleh digambarkan sikap pemimpin DAP.

Dulu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik dengan China, pemimpin DAP dengan lantang menuduh Najib kononnya mahu menjual negara.

Hakikatnya, lawatan rasmi Najib ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, telah membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

Inilah agaknya yang membuatkan mereka tertekan kerana Najib berjaya menandatangani pelaburan yang terbesar itu serta mendapat kepercayaan daripada China. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan tersebut.

Kini, tidak sampai lima bulan selepas mengecam dan menuduh Najib mahu jual negara, tular pula sekeping gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin  utama DAP yang diketuai Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bertemu dengan Duta Besar China ke Malaysia Dr. Huang Huikang.

Pertemuan itu dipercayai diadakan di kedutaan.

Gambar itu sekali gus membuktikan bahawa pembangkang bukan sahaja mencemburui Najib yang berjaya menjalinkan kerjasama dengan China, malah ia juga menunjukkan pembangkang juga mengakui akan pentingnya kerjasama dengan negara China, yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, selepas Amerika Syarikat.

Itulah sebabnya kenapa DAP mengadakan pertemuan dengan Duta China ke Malaysia kerana mereka tahu bahawa China amat berharga terutama dalam usaha menarik pelaburan asing ke negara ini.

Disebabkan faktor berkenaan, maka Guan Eng dan sekutunya yang sebelum ini beria-ia mengecam Najib tiada pilihan selain terpaksa juga mengakui hakikat kepentingan China.

Jika sebelum ini Najib dituduh cuba menjual negara kepada China kerana berbaik-baik dengan republik itu, begitu juga Guan Eng. Kita juga boleh menuduhnya cuba untuk menjual DAP kepada China.

Tulisan :
Beruang Biru
BB300, Jumaat
24 Februari 2017

Sunday, 19 February 2017

SEMAK STATUS BR1M 2017

Untuk semak status BR1M anda, sila layari website tertera. Guna henpon pun bulih saja. Terima kasih kerajaan Malaysia.
----------------------------------------------------------------------
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016
----------------------------------------------------------------------
Siapa yang LULUS, dalam masa terdekat ni wang akan dikreditkan ke akaun masing-masing yaa. Yang DALAM PROSES, harap bersabar InsyaAllah akan dapat juga.

Sila like dan SHARE untuk makluman rakan dan saudara anda..

Sunday, 1 January 2017

Cara Pengiraan Harga Petrol

Cara Pengiraan Harga Petrol

Sebelum ini saya ada menulis cara pengiraan harga petrol dalam Bahasa Inggeris di sini.

Di atas permintaan ramai, saya akan menulis pengiraan harga petrol mengikut mekanisma apungan terkawal yang ditetapkan kerajaan dalam Bahasa Melayu supaya lebih ramai dapat mengetahui dan memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol setiap bulan.

Selepas kejatuhan minyak mendadak pada pertengahan 2014 dari sekitar $110 setiap tong kepada $40 setong, kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi memberi subsidi ke atas jualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak.

Sebelum itu kerajaan menetapkan harga jualan runcit petrol dan diesel di pam-pam minyak pada harga tetap dan tidak berubah mengikut harga minyak antarabangsa.

Selepas November 2014 kerajaan menetapkan bahawa harga runcit petrol dan diesel akan berubah setiap bulan mengikut harga pasaran minyak antarabangsa sebelumnya. 

Bererti harga petrol dan diesel akan berubah setiap akhir bulan; jika harga minyak antarabangsa naik pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan naik juga dan jika harga minyak antarabangsa turun pada bulan sebelumnya, harga runcit petrol dan diesel akan turun.

Saya akan menerangkan bagaimana harga RON95 ditetapkan setiap bulan kerana saya percaya bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan RON95  dan saya juga percaya bahawa sesiapa sahaja yang mampu mengisi tangki kenderaan mereka dengan RON97 tidak risau tentang perubahan harga petrol setiap bulan.

Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan menggunakan mekanisme yang dipanggil Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan oleh kerajaan sejak 1983:
Mekanisme Penetapan Harga Runcit Petrol dan Diesel di Malaysia

Ada 6 komponen dibawah APM yang perlu dikira sebelum kerajaan menetapkan harga RON95 bagi sesuatu bulan iaitu kos produk, kadar tukaran matawang asing Ringgit - US Dollar, alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan margin pengusaha stesen minyak.

Kos Produk adalah harga minyak yang telah diproses daripada minyak mentah iaitu produk petroleum seperti petrol yang diisi di dalam tangki minyak kenderaan anda. Di Malaysia (dan kebanyakan negara Asia lain) kita menggunakan penanda aras dari Singapore yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS) untuk mengira harga RON95 setiap bulan. Data MOPS diterbitkan setiap hari oleh syarikat pengeluar data McGraw Hill dan hanya boleh diakses oleh sesiapa yang melanggan sahaja.

Tukaran matawang asing adalah kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan US Dollar (USD/MYR) untuk menukar harga MOPS dalam USD kepada Ringgit. Saya tidak pasti kerajaan menggunakan kadar tukaran yang mana satu tetapi saya menggunakan kadar tukaran yang tercatat di dalam laman web Bank Negara Malaysia setiap hari.

Alpha adalah perbezaan di antara harga MOPS yang diterbitkan dan harga sebenar produk RON95 yang dibeli syarikat minyak yang ditetapkan pada kadar 5 sen setiap liter.

Kos Operasi termasuk kos pengangkutan dan pemasaran syarikat minyak yang ditetapkan pada 9.54 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Syarikat Minyak ditetapkan pada 5 sen setiap liter.

Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak dijamin dan ditetapkan pada 12.19 sen setiap liter.

Kos produk dan kadar tukaran USD-MYR adalah kos berubah-ubah yang berubah setiap hari mengikut pasaran manakala alpha, kos operasi, margin syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak adalah kos tetap yang ditetapkan kerajaan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Harga MOPS95 pada 31 Oktober 2016 = $62.028 setiap tong dan kadar tukaran USD-MYR = 4.1960.

Pertama kita perlu menukar harga MOPS95 daripada USD/tong kepada Ringgit/liter; 1 tong minyak = 158.99 liter.

MOPS95 setiap liter = 62.028/158.99 = $0.39

Kemudian kita menukar MOPS95 seliter dalam USD kepada Ringgit Malaysia = 0.39 * 4.1960 = RM1.64 (dibundarkan).

Akhirnya kita tambahkan kos tetap 32 sen yang ditetapkan kerajaan untuk mendapatkan harga akhir RON95 pada 31 Oktober 2016:

RON95 seliter =  RM1.64 + RM0.32 = RM1.96 

Harga RON95 seliter pada 31 Oktober 2016 adalah RM1.96 manakala harga runcit RON95 yang ditetapkan kerajaan bagi Oktober adalah RM1.80 bererti harga runcit yang kita bayar adalah lebih rendah daripada harga sebenar RON95 di dalam pasaran.

Bagi bulan November, kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM1.80 bagi bulan Oktober.

Bagaimana kerajaan membuat pengiraan dan menetapkan bahawa harga RON95 dinaikkan sebanyak 15 sen?

Di bawah mekanisme apungan terkawal, kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel SETIAP bulan mengikut purata harga bulan sebelumnya.

Harga RON95 setiap hari sepanjang bulan akan dikira dan dibahagikan kepada hari yang terdapat dalam bulan tersebut (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Oleh kerana data MOPS tidak diterbitkan untuk orang awam dan hanya tersedia untuk mereka yang melanggan sahaja, saya akan melampirkan harga MOPS95 (dapat dari keluarga) untuk tujuan menunjukkan bagaimana kerajaan mengira dan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun jika anda ingin memantau pergerakan MOPS95 anda boleh ke laman web Australian Institute of Petroleum yang menunjukkan carta pergerakan MOPS95 (tiada harga spesifik cuma pergerakan harga).

Di bawah adalah harga MOPS95 dan RON95 yang sudah pun dikira untuk anda semua bagi Ogos 2016:

Harga MOPS95 dan RON95, Ogos 2016

Seperti yang anda boleh lihat harga runcit RON95 ditetapkan pada RM1.75 seliter dan pada hujung bulan Ogos purata harga RON95 adalah RM1.69 seliter.

Pada 31 Ogos 2016 kerajaan menetapkan hargaRON95 bagi bulan September pada RM1.70 iaitu turun 5 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 bulan Ogos iaitu RM1.69 seliter. 

Mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang September 2016 dan mengapa kerajaan meningkat harga RON95 sebanyak 10 sen pada 30 September 2016:

Harga MOPS95 dan RON95, September 2016

Purata harga RON95 bagi bulan September 2016 adalah RM1.82 seliter jika dibandingkan dengan harga runcit RM1.70 liter yang ditetapkan kerajaan pada 31 Ogos 2016.

Pada 30 September 2016 kerajaan menetapkan harga RON95 pada RM1.80 seliter naik sejumlah 10 sen seliter bersesuaian dengan purata harga RON95 September iaitu RM1.82 seliter.

Akhir sekali mari kita lihat harga MOPS95 dan RON95 sepanjang bulan Oktober dan memahami kenapa kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen seliter beberapa hari yang lepas:

Harga MOPS95 dan RON95, Oktober 2016

Purata harga RON95 bagi September 2016 adalah RM1.98/liter berbanding RM1.80 harga runcit yang ditetapkan kerajaan pada 30 September 2016.

Sekali lagi bersesuaian dengan purata harga bulan sebelumnya (RM1.98) kerajaan menaikkan harga RON95 sebanyak 15 sen daripada RM1.80 bagi bulan ini (November).

Dengan pengiraan di atas saya harap semakin banyak yang membaca tulisan saya akan faham bagaimana kerajaan menetapkan harga minyak setiap bulan.

Jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pengeluar dan pengeksport minyak dan kerajaan harus memberi subsidi petrol dan diesel kepada rakyat Malaysia, mereka perlu mengetahui bahawa Malaysia hanyalah pengeskport bersih minyak mentah (eksport lebih daripada import) dan Malaysia adalah pengimport bersih produk petroleum yang telah diproses (import lebih daripada eksport).

Bermaksud penggunaan petrol, diesel, kerosene dan pelbagai produk petroleum di Malaysia adalah lebih daripada pengeluaran yang dibuat Malaysia:


Eksport dan Import Minyak Mentah dan Produk Petroleum: METS Online

Lagipun Malaysia hanyalah pengeluar petroleum ke-25 terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak 740 ribu tong setiap hari berbanding Saudi (11.9 juta tong sehari), UAE (3.4 juta tong sehari) dan Qatar (2 juta tong sehari).

Setiap bulan bila kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel pasti ada yang akan menggunakan carta minyak mentah WTI iaitu minyak mentah yang digunakan sebagai penanda aras harga minyak di Amerika Syarikat walaupun penggunaan carta WTI adalah tidak tepat.

Faktor penentuan harga minyak bergantung kepada kos berubah-ubah seperti harga kos produk MOPS dan juga kos tetap yang saya terangkan di atas.

Kita juga mesti ingat bahawa selain faktor harga minyak mentah, tukaran matawang asing juga menjadi faktor ke atas pengiraan harga minyak setiap bulan.

Walaubagaimanapun bulan lepas, harga minyak dinaikkan sebanyak 15 sen bukanlah kerana Ringgit yang jatuh tetapi kerana harga kos produk MOPS95 yang secara puratanya meningkat.

Di dalam Facebook saya ada menjawab tentangkenyataan YB Rafizi Ramli bahawa harga RON95 dinaikkan 15 sen kerana Ringgit yang jatuh.

Saya harap dengan tulisan saya sedikit sebanyak dapat membantu anda semua memahami bagaimana kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel setiap hujung bulan.

Setiap hujung bulan boleh lah kita bersedia dan tidak terkejut dengan kenaikan atau penurunan harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan.