Showing posts with label jahara hamid. Show all posts
Showing posts with label jahara hamid. Show all posts

Thursday, 11 January 2018

Ketua pembangkang Pulau Pinang bakal lepaskan kerusi

BUTTERWORTH: Ketua pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid tidak akan mempertahankan kerusi DUN Telok Ayer Tawar pada pilihan raya umum akan datang bagi memberi laluan kepada ahli generasi baru untuk bertanding di situ.

Jahara, yang mempertahankan kerusi itu selama 24 tahun berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman.

Langkah ahli politik berusia 67 tahun itu bukanlah mengejutkan kerana beliau pernah memaklumkan hasratnya di Dewan Undangan Negeri, kerana mahu menumpukan perhatian pada cucunya.

Tetapi pengumuman hari ini kelihatan rasmi memandangkan beliau menulis surat kepada ketua partinya.

“Saya bersedia meninggalkan karier politik kerana saya fikir kita harus berikan peluang kepada mereka yang lebih layak, terutamanya mereka yang muda dan bertenaga.


“Saya akan masih membantu di belakang tabir, memainkan peranan penasihat kepada calon masa depan,” kata Jahara kepada pemberita pada program Cabinet Away Day 2.0 di Permatang Binjai, Tasek Gelugor hari ini.

Jahara berterima kasih kepada Umno dan Barisan Nasional yang menyediakan banyak peluang kepadanya untuk membangunkan Telok Ayer Tawar seperti yang dilihat hari ini.

Katanya, kawasannya menyaksikan perubahan sejak 8 hingga 9 tahun lalu hasil usaha kerajaan persekutuan BN.

“Saat paling bermakna buat saya adalah ketika saya membantu usahawan muda membina ruangan perniagaan untuk 200 gerai di sini, membantu pekebun kecil menjual barangan mereka secara sah,” katanya.

Sementara itu, Jahara sedar akan ura-ura PPBM berhasrat untuk bertanding di kerusi Telok Ayer Tawar pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, para pengundinya tahu kerajaan Pulau Pinang bawah DAP berjanji “bulan dan bintang” tetapi gagal memenuhinya.

“Saya percaya PPBM akan berbuat perkara sama. Janji bulan dan bintang untuk meraih undian rakyat.

“Tetapi pengundi bijak dan matang sekarang, mereka akan tahu calon mana yang ikhlas berkhidmat untuk mereka.”

Monday, 23 October 2017

BN Pulau Pinang kemuka usul henti projek lereng bukit


PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan negeri Pulau Pinang menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit bagi memastikan kejadian tanah runtuh di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam, tidak berulang.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata, BN telah menghantar usul ke Dewan Undangan Negeri berkaitan perkara terbabit pada minggu lalu.
Menurut Jahara, isu pembangunan tidak terkawal di kawasan lereng bukit sudah lama dibangkitkan pelbagai pihak namun tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Kerajaan negeri hidup dalam sindrom penafian dan pekak terhadap masalah rakyat,” kata beliau dipetik Utusan Online.
Jahara berkata, beliau berharap usul berkenaan akan diterima malah wakil rakyat DAP dan PKR juga perlu menyokong kerana merupakan isu rakyat.
Dalam pada itu, gabungan pertubuhan masyarakat Penang Forum yang dipetik Bernama berkata, kemungkinan berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah telah dikemukakan sebanyak 2 kali kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sejak awal tahun ini.Wakil mereka, Dr Lim Mah Hui berkata, kali pertama perkara itu dibangkitkan oleh Penang Hill Watch (PHW) ialah pada Januari dan kali ke-2 pada Mei, memohon agar projek tersebut dihentikan kerana khuatir boleh berlaku runtuhan tanah.
“Gambar-gambar kawasan pembinaan dan pemotongan bukit di tapak ini dikemukakan kepada kerajaan negeri yang menjawab ‘kerja-kerja tanah di situ sedang dipantau’.
“Laporan kali ke-2 kami kemukakan berserta hasil siasatan susulan dan kali ini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri,” katanya.
Kedua-dua laporan tersebut dikemukakan kepada Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow.
Penang Forum memulakan PHW, 1 inisiatif komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai pemotongan bukit yang diperoleh daripada masyarakat kepada kerajaan negeri.
Dalam kejadian 8.57 pagi semalam, 7 pekerja binaan terbunuh manakala 4 lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek perumahan mampu milik 50 tingkat.
Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dan polis percaya mangsa tertimbus sehingga sedalam 10 meter.
Mah Hui berkata 2 tahun lepas, Penang Forum menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP itu menyemak semula serta menghentikan projek pembangunan di lereng bukit namun tidak dipedulikan.
“Natijahnya yang begitu memeritkan dapat dilihat hari ini dengan kemungkinan 11 nyawa terkorban dalam runtuhan tanah di projek lereng bukit di Tanjung Bungah,” katanya.







Monday, 16 May 2016

Guan Eng putar belit isu roboh Tokong


CM Lim Guan Eng sengaja putarbelitkan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, YB Dato Jahara Binti Hamid berkenaan binaan shrine di Taman awam berhampiran Lebuh Armenia.Selama berpuluh tahun kita hidup berbilang agama dan bangsa, tiada masalah kita sama saling tolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

CM Lim Guan Eng mati isu kerana cuba membangkitkan isu agama yang merupaka senjata mereka unutk untuk timbulkan kemarahan rakyat dengan bila memfitnah Dato Jahara Binti Hamid kononnya beliau menyuruh robohk Tok Pekong di tepi Taman Armenian. Tiada dalam hansard DUN yang perkataan roboh itu. Apa yang Dato Jahara timbulkan ialah konsep rekabentuk taman awam tidak sesuai diletakkan sebarang bentuk. Itu saja.


PenangKini berpendapat CM Lim Guan Eng dengan pantas ambil peluang gunakan isu kecil ini nak semarakkan isu perkauman dan kemarahan kaum Cina terhadap UMNO.

Mungkin ini cubaan beliau untuk cover isu skandal Taman Manggis dan tuduhan rasuah beli banglo murah yang telah menghakis kepercayaan orang Cina Penang terhadap beliau sebelum ini.

diharapkan agar rakyar Pulau Pinang tidak termakan hasutan Guan Eng yang cuba menyemarakan api perkauman dan agama untuk cuba menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat.