Showing posts with label khairy kj. Show all posts
Showing posts with label khairy kj. Show all posts

Saturday, 12 October 2019

#Bajet2020 Tahun Ini BN Tak Keluarkan Belanjawan Alternatif - KJ





"Barisan Nasional (BN) pada tahun ini tidak akan mengeluarkan belanjawan alternatif, sebaliknya akan fokus dalam memberi respons (budget response) kepada belanjawan yang akan dibentangkan kerajaan."

Khairy Jamaluddin menerusi Facebooknya mengulas mengenai tindakan yang akan diambil BN ketika pembentangan belanjawan 2020 jam 4 petang nanti di Dewan Rakyat seperti dilaporkan Astro AWANI.

Kata, Ahli Parlimen Rembau itu, ia akan memberi fokus kepada kritikan membina serta penambahbaikan yang perlu dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Monday, 29 May 2017

Tun M Pernah cadangakan kerjasama Proton dengan syarikat luar negara



KUALA LUMPUR 28 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mempertimbangkan kerjasama Proton Holdings Berhad (Proton) dengan syarikat luar negara sekali gus membuktikan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menentang penglibatan asing terhadap pengeluar syarikat nasional itu.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah dibangkitkan Dr. Mahathir pada tahun 2014 apabila beliau secara terbuka dan meminta bantuan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) demi memulihkan semula Proton melalui satu artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review.

Khairy turut berkongsi menerusi laman sosial Twitternya berhubung satu lagi artikel berkaitan yang pernah disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2005 bertajuk “Mahathir: Volkswagen Boleh Beli Saham Proton”.


Dalam artikel berkenaan, Dr. Mahathir yang merupakan Penasihat Proton ketika itu berkata, Proton bersikap terbuka seandainya pengeluar automatif terkemuka Jerman, Volkswagen mahu membeli kepentingan dalam syarikat itu.

Artikel Nikkei pula menyebut Dr. Mahathir dan pemilik Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah ke negara China untuk mengadakan pertemuan dengan Geely bagi meminta bantuan menyelamatkan Proton.


“Nothing left to see. Move on (Tiada apa lagi nak diperkatakan. Bergeraklah ke hadapan),” tulis Khairy semalam sebagai reaksi berhubung kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang meluahkan rasa sedih terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton kepada Geely dengan berkata: “‘Anak’ saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya.”

Khairy menambah, DRB-Hicom masih pemegang saham terbesar dalam Proton berban­ding Geely mengikut jumlah pe­ratusan ekuiti tersebut.