Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Wednesday, 25 April 2018

Cheng Guan ‘sailang’ Guan Eng?


LANGKAH yang tepat andai kata terfikir oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk mempertaruhkan dirinya sebagai calon bebas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dengan keberanian beliau mendedahkan isu-isu salah laku dan salah guna kuasa di Pulau Pinang sehinggakan menerima ugutan bunuh awal tahun ini, sudah sewajar­nya Cheng Guan meneruskan hasratnya itu.

Nama Cheng Guan bukanlah asing dalam laporan media arus perdana, stesen televisyen dan portal propembangkang. Kelibatnya sering muncul di balai-balai polis mendedahkan penyelewengan.

Sebelum ini beliau membangkitkan skandal pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sehingga beberapa tangkapan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau jugalah orangnya yang menimbulkan isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan di Pulau Pinang sehingga pasukan itu diharamkan di negeri ini. Tidak dilupakan, beliau juga lantang membangkitkan isu pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga kes berkenaan didakwa di mahkamah.

Kalau sudah ke tahap itu yang ahli politik lain pun tidak capai piawaian berkenaan, apa nak dikatakan lagi - KPI atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Cheng Guan menjadi bukti dirinya layak bertanding.

Tetapi kali ini, akhbar ini dimaklumkan, Cheng Guan tidak mahu ‘biasa-biasa’ bertanding.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Lawan yang dipilih pun bukan sembarangan. Akhbar ini difahamkan, Guan Eng menjadi pilihan Cheng Guan untuk disekat di kerusi Parlimen Bagan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dalam persaingan PRU-14 ini. Cuma tunggu pengesahan rasmi daripada Cheng Guan sahaja, dijangka sidang akhbarnya hari ini.

Bagi Cheng Guan, keadaan di Pulau Pinang sekarang ini teruk. Contohnya dalam isu banjir dan perumahan. Ada banyak kondominium yang dibina tetapi hanya mampu dilihat sahaja dan bukannya mampu milik.

“Harganya sampai RM700,000 hingga RM1 juta. Orang biasa memang tidak mampu beli. Banyak kilang yang besar sudah pindah ke luar Pulau Pinang. Anak-anak negeri itu berhijrah ke Kuala Lumpur sebab di Pulau Pinang kurang kerja. Pendapatan purata bulanan bagi isi rumah penduduk Pulau Pinang juga di bawah kadar purata kebangsaan.

“Guan Eng pula ada kes rasuah dan asyik menyalahkan orang lain sahaja. Sepatutnya dia kena letak jawatan. Kalau orang lain yang terbabit dalam kes rasuah dia pandai pula suruh orang itu letak jawatan,” kata beliau.

Cheng Guan menarik perhatian di era Tun Dr. Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) yang menggerakkan pembinaan rumah kos rendah hanya berharga RM25,000 seunit sahaja.

“Masa itu saya dalam tentera dan gaji saya lebih kurang RM400 sahaja sebulan. Saya mampu beli rumah kos rendah kerana bayaran bulanannya hanya RM138 sebulan. Saya rasa zaman itu adalah yang paling baik kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Chong Eu,” kata beliau.

Cheng Guan sudah merasai ‘sepak terajang’ politik tanah air.

Bekas Naib Presiden Gerakan ini pernah memenangi kerusi Parlimen Batu Kawan dengan meraih 17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperoleh 6,552 undi. Nasib bagaimanapun tidak menyebelahinya apabila kecundang pada PRU-12, PRU-13 dan pilihan raya kecil di Bukit Gelugor - ketiga-tiganya pada calon DAP.Tidak ada salahnya untuk Cheng Guan mencuba kali ini.

Lihatlah bagaimana cubaan veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menewaskan Tan Sri Koh Tsu Koon pada 1995 gagal setelah kalah kepada Ketua Menteri ketiga itu di DUN Tanjong Bungah, walaupun dia menang di Parlimen Tanjong.

Tahun 1999, Kit Siang berpindah ke kawasan lain. Perpindahan itu membawa padah apabila beliau kecundang kepada Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye di Parlimen Bukit Bendera dan di DUN Kebun Bunga kepada Dr. Teng Hock Nan. Berikutan kekalahan pada November 1999 itu, Kit Siang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung tetapi dilantik sebagai pengerusi. Selepas kecewa di Pulau Pinang, Kit Siang membawa diri ke luar Pulau Pinang, destinasinya ke Perak pada 2004 dan memilih Ipoh Timur sebagai pangkalan baharu sehinggalah pada PRU-2008.

Kit Siang melilau sana sini, sampailah dia di Gelang Patah, Johor. Cuma Cheng Guan, tolonglah anda kekal (bertanding) di Pulau Pinang.

SUMBER 

Tuesday, 3 April 2018

Kertas siasatan Guan Eng siap

GEORGETOWN - Kertas siasatan berhubung kes Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyanyikan lagu anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di hadapan kanak-kanak di Jelutong, 17 Mac lalu telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang, petang tadi. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kes yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu diserahkan petang tadi untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang akan menyemak kertas siasatan itu bagi menentukan keputusan atau tindakan seterusnya yang perlu diambil sekiranya perlu.


“Kertas siasatan sudah siap dan polis telah menyerahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk membuat keputusan di samping mengeluarkan arahan seterusnya jika ada.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan,” katanya.

Kelmarin, polis merakamkan percakapan Guan Eng berhubung isu nyanyian lagu anti GST yang dinyanyikan di hadapan kanak-kanak ketika merasmikan sebuah pusat tuisyen percuma di Jelutong, dua minggu lalu.

Guan Eng yang ditemani peguamnya, RSN Rayer diambil keterangan oleh dua pegawai polis dari Bahagian Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pejabat Ketua Menteri, Komtar kira-kira jam 2.50 petang semalam.

Sunday, 25 March 2018

Bicara kes rasuah Guan Eng bermula esok

GEORGE TOWN: Perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, selama 23 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bermula esok, dijangka menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan terhadap Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah.

Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari mulai esok hingga akhir Mei. Tarikh perbicaraan yang ditetapkan adalah 26 Mac hingga 25 Mei.

Seramai 40 saksi akan dipanggil pihak pendakwaan, dengan sekurang-kurangnya lima saksi dipanggil dalam satu hari.

Sementara itu, semua jalan ke bangunan mahkamah akan dibuka seperti biasa esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata polis hanya akan membuat kawalan keselamatan di dalam mahkamah.

"Tiada sebarang penutupan jalan dilakukan sepanjang kes berlangsung, namun kita akan melakukan kawalan keselamatan di dalam mahkamah," katanya.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM4.27 juta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Guan Eng Lim diwakili peguam bela, Gobind Singh Deo, manakala Phang diwakili oleh peguam bela, Datuk S Sithambaram.

Perbicaraan itu pada mulanya ditetapkan untuk dijalankan pada 27 Mac, tahun lalu.

Bagaimanapun ia gagal dilaksanakan selepas peguam bela mencabar kesahihan Seksyen 62, Akta SPRM.

Pada 14 Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Guan Eng diwajibkan untuk menyerahkan kenyataan bela diri sebelum perbicaraan dijalankan berhubung pembelian sebidang tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Panel lima orang hakim diketuai Ketua Hakim Md Raus Sharif, membatalkan satu keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Ogos yang menyebut, Seksyen 62, Akta SPRM tidak mengikut perlembagaan.

Guan Eng dalam sidang akhbar pada 11 Januari lalu, membayangkan yang perbicaraan rasuah terhadapnya akan mempengaruhi pencalonannya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). BH

Sunday, 11 March 2018

Guan Eng digesa sahkan gambar dengan suspek SPRM

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan gambar tular yang mendakwa memaparkan beliau berdiri di sebelah ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

"Sekiranya gambar itu benar, Lim bertanggungjawab mengesahkan sama ada beliau mengenali (ahli perniagaan itu), kenapa beliau datang ke rumahnya, bila gambar itu diambil dan apa hubungan mereka," kata See-To dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Lim tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

See-To berkata ahli perniagaan yang dipaparkan dalam gambar itu ditahan oleh SPRM atas dakwaan menerima RM19 juta bagi membantu menangguhkan siasatan ke atas projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Gambar itu yang tular di laman sosial disertai keterangan yang mendakwa ia diambil di rumah ahli perniagaan berkenaan pada sekitar masa beliau didakwa menerima RM19 juta. tambah See-To.

"Jika anda (Lim) percaya gambar ini dimanipulasi atau diubah suai, buat laporan polis bahawa ada orang cuba fitnah," tambahnya.

Setakat ini. dua individu ditahan SPRM kerana disyaki menerima wang bagi menghentikan siasatan ke atas projek-mega Pulau Pinang berkenaan.

Tuesday, 16 January 2018

#TerowongDasarLautPulauPinang Syarikat Fesyen Dalam Konsortium Pembinaan Dipersoal


Kewujudan syarikat fesyen menjadi pemegang terbesar dalam konsortium membina terowong dasar laut dan tiga lebuh raya terus dipersoal.
Ia sekaligus menjadi kontroversi baharu yang terpalit bagi projek mega bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.

Baru-baru ini, syarikat fesyen tempatan, Voir Holdings Berhad didakwa membeli saham 13 peratus% dalam Konsortium Zenith Construction Sendirian Berhad yang diberikan tender projek berkenaan.
Langkah itu dipersoal pelbagai pihak, kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini menjamin kelangsungan projek itu, dengan penyertaan dua syarikat pembinaan gergasi dari China dalam Konsortium terbabit, pada tahun 2013.
Namun selepas lima tahun, pembabitan kedua-dua syarikat itu digugurkan, sebaliknya syarikat fesyen pula menjadi pemegang saham terbesar.
Langkah itu dipertahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menjelaskan Voir Holdings hanya pelabur, dan bukannya kontraktor projek.

Pengguguran syarikat lama dan penyertaan syarikat baharu yang tiada dalam perjanjian asal amat meragukan.

Justeru itu, beliau menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ruang untuk melakukan siasatan agar menjawab segala persoalan dan merungkai pertikaian yang dibangkitkan pelbagai pihak terhadap projek berkenaan.

Wednesday, 10 January 2018

Guan Eng Tak Puas Hati tangkapan SPRM berkenaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seolah-olah tidak berpuas hati dengan tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua individu berpangkat ‘Datuk’ berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP itu mempersoalkan mengapa tangkapan tersebut dilakukan pada ketika pilihan raya umum semakin hampir dan berharap tindakan diambil bukan disebabkan oleh penyokong Barisan Nasional (BN) berhubung isu tersebut.

“Kami harap ini bukan kerana kitaran pilihan raya dan ini bukan disebabkan serangan daripada kuasa pro-BN yang menentang kerajaan negeri,” beliau dipetik berkata dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Semalam, pegawai SPRM menyerbu pejabat beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta di Pulau Pinang yang terbabit dalam projek terowong itu, selain merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

Sebuah syarikat di Batu Maung, firma pembinaan di Menara Boustead, Kuala Lumpur, pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang dan tiga lagi agensi kerajaan berlainan di Komtar antara yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut.

Pada 5 Januari lalu, Parti Cinta Malaysia membuat laporan ke-2 dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek itu kepada SPRM di Putrajaya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.

Projek itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. – MalaysiaGazette

Mahkamah tetap 23 hari bicara kes rasuah Guan Eng, Phang

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari untuk mendengar kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh perbicaraan bermula 26 hingga 30 Mac, 9 hingga 12 April, 23 hingga 27 April, 7 hingga 10 Mei dan 21 hingga 25 Mei.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memaklumkan mahkamah pihak pendakwaan akan menyerahkan pertuduhan pindaan bagi Lim dan Phang, tetapi ia akan dilakukan pada hari lain kerana kedua-dua tertuduh tidak hadir di mahkamah hari ini.

Katanya, pindaan itu adalah kecil.

Beliau berkata, pihak pendakwaan akan memanggil sehingga 40 saksi di sepanjang perbicaraan.

Lim diwakili Gobind Singh Deo dan RSN Rayer, manakala Phang diwakili V Sithambaram serta Rueban Kumar.


Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, jauh lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta.

Sebelum perbicaraan bermula, pihak pendakwaan meminta Lim dan Phang memfailkan pernyataan pembelaan mereka, tetapi mereka mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pada Mac 2017, Hadhariah menolak permohonan Lim dan Phang untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM tidak berperlembagaan, tetapi Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu Ogos lalu.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini membenarkan rayuan SPRM dan memerintahkan Lim menyerahkan pernyataan pembelaannya kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan rasuahnya bermula.

Panel 5 hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Raus Sharif bagaimanapun berkata, Lim dan Phang yang didakwa bersubahat, tidak akan dihalang daripada mengemukakan dokumen tambahan selepas perbicaraan bermula.

Raus berkata, panel itu tidak bersetuju dengan Mahkamah Rayuan yang Seksyen 62 Akta SPRM yang memperuntukkan orang kena tuduh mengemukakan pernyataan pembelaan mereka sebelum perbicaraan bermula, bercanggah Perlembagaan.

Katanya, Seksyen 62 Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah, tidak bercanggah Perkara 5(1) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 5(1) menyatakan tiada seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang, manakala 8(1) pula mengenai kedudukan sama rata mengikut udang-undang.

Thursday, 30 November 2017

Laporan Audit Negara Buktikan Lim Guan Eng Banyak Songlap Duit

Laporan Audit Negara menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.
Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapati perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta sahaja atau hanya 67.6 peratus sahaja.
Baki lagi RM73.61 juta pergi ke mana? Songlap masuk tabung DAP kah?
Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.
Siapa kontraktor yang dipilih secara terus itu? Apakah kontraktor itu orang sama yang sama dapat projek di lereng bukit hingga runtuh habis tanah di Pulau Pinang?
Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek sahaja atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.
Lagi 24 projek itu jadi projek hantukah? Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sepenuhnya. Dua kes di mahkamah berkaitan rasuah pun Guan Eng masih belum selesaikan, datang pula misteri 24 projek hantu seperti yang disebut dalam Laporan Audit yang terbaru ini?
Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar berbanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP. Peruntukkan untuk pejabat Lim Guan Eng juga bertambah setiap tahun. Apa Guan Eng buat dengan semua duit ini?
Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.
Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan. “Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.
“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya. Duit Marathon pun Guan Eng hendak songlap. Sebelum ini kita pernah dengar kisah duit mangsa banjir pun DAP songlap. Umum hendak beri kepada 100,000 orang mangsa banjir seorang RM500 tetapi hanya beri kepada 7,000 orang sahaja. Mana lagi baki RM46.5 juta?
Duit yang dikutip untuk mangsa banjir masuk dalam tabung DAP pun dikebasnya. Kutip RM6.18 juta tetapi serah kepada mangsa banjir hanya RM5 juta sahaja. Baki lagi RM1.18 juta mereka songlap. Laporan Audit yang terbaru juga sahkan kerajaan DAP Pulau Pinang buat magik lagi. RM73.61 juta wang pembangunan entah ke mana, ada 24 projek hantu dan ada 40 projek misteri di pejabat Guan Eng.
Rakyat sudah tahu tembelang besar Guan Eng. Ada wakil rakyat DAP yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Guan Eng kerana malu. Ada wakil rakyat PKR bantah Guan Eng. Namun Guan Eng buat bodoh sahaja. Dia tetap anggap dia suci untuk lakukan apa sahaja, termasuklah menyeleweng duit rakyat dengan begitu rakus sekali atas tiket Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak biar DAP “rompak dan curi” duit sebegini?
Tulisan :
Beruang Biru

Wednesday, 27 September 2017

Banjir Pun Tidak Mampu Selesai, Ada Hati Hendak Bina LRT



Bukan main sombong lagi Guan Eng semalam. Berlagak tidak kena tempat. Patutlah orang panggil Guan Eng sebagai ‘tokong” DAP.  Ini kenyataan berlagak Guan Eng.

"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT” kata Guan Eng semalam dalam satu ceramah di Bayan Baru.

Hendak salahkan Perdana Menteri pula sebagai punca Guan Eng gagal buat LRT. Ini satu lagi hujah bodoh Guan Eng.

Yang perlu rakyat Pulau Pinang tukar adalah Guan Eng dan kerajaannya. Apa rakyat Pulau Pinang hendak tunggu sampai Pulau Pinang tenggelam baru hendak tukar Guan Eng? Hendak buat LRT apanya, masalah banjir pun Guan Eng terkial kial menyelesaikannya.

Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng sudah gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kerajaan DAP yang ditadbir oleh Guan Eng gagal kerana sudah menggadai tanah Pulau Pinang, gagal kerana banyak kilang sudah ditutup, gagal kerana terlibat dengan rasuah dan gagal atasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Beruang Biru sebelum ini sudah mengupas 10 kegagalan Guan Eng ini. Baca pautan berikut ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/10-dosa-dosa-guan-eng-yang-rakyat-pulau.html#.Wch-3sZx3IU

Ini bukti bahawa Guan Eng gagal, itu belum termasuk isu kilang haram yang membabitkan kematian tujuh orang penduduk di Sungai Lembu dan ribuan orang lagi mengalami masalah kesihatan.Juga gagal diselesaikan oleh Guan Eng.

Baru baru ini, Guan Eng mengaku terlupa salur RM22 juta untuk buat projek tebatan banjir.  Sebelum itu lagi, Guan Eng sudah dapat RM40 juta duit tebatan banjir di Bayan Baru dan RM150 juta yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat. Mana hilang semua duit itu? Banjir tetap juga berlaku.

Hendak tukar Datuk Seri Najib macam mana? Duit bantuan selesaikan banjir pun Guan Eng minta dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib. Pada 7 November 2016, di Dewan Rakyat, Guan Eng telah meminta bantuan daripada Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

“Kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta dan tentunya saya akan minta pegawai saya menghubungi kementerian untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) secepat mungkin” kata Guan Eng. Secepat mungkin?

Sesudah hampir setahun berlalu, banjir tetap juga berlaku. Guan Eng kata ada RM22 juta terlupa salur. Kerajaan BN Pusat sudah beri duit yang diminta Guan Eng. Bila dapat duit, mengapa banjir tetap juga berlaku? Ini salah Guan Eng sebenarnya, dia yang gagal sebenarnya hendak uruskan masalah banjir ini.

Menyelesaikan masalah banjir bukanlah perkara yang boleh dibuat main oleh Guan Eng dan DAP. Janji selesai banjir ini terkandung dalam manifesto DAP dan Guan Eng. Janji Guan Eng yang tidak boleh dipakai langsung.

Ini yang Guan Eng sebut pada 15 Disember 2013, “Kami berjanji. Kalau kami menang di Pahang dan kalau kami (DAP) menang di Putrajaya. Beri kami satu penggal dan banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan” . Kata kata Guan Eng ini disebut dalam ucapannya di Konvensyen DAP di Shah Alam.

Bila Kelantan banjir besar pada penghujung tahun 2014, bukan main lagi Guan Eng hina Kelantan dan tuduh kerajaan PAS sebagai rasuah kerana gagal atasi banjir.

“Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja” kata Guan Eng dalam Sin Chew Daily pada 27 Januari 2015.

Hari ini, siapa sebenarnya yang perasuah dan gagal atasi banjir setelah wang dari kerajaan pusat pun sudah disalur untuk projek atas banjir? Siapa yang masih ada kes rasuah di mahkamah? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Guan Eng sendiri.

Tahun 2016, bila banjir berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng kata salah kerajaan BN dan minta kerajaan BN yang salur pampasan. Tahun ini, Guan Eng sendiri sudah hilang akal hendak salahkan siapa lagi. Duit tebatan banjir sudah kerajaan BN beri, maka Guan Eng mula menyalahkan ribut sebagai punca banjir.

Banjir belum mampu hendak diselesai. Duit kos kajian terowong sampai RM305 juta. Sejumlah RM135 juta sudah pun diserah pada kontraktor untuk buat kajian terowong. Duit mangsa banjir beri RM400 sahaja, tetapi untuk kaji terowong masih belum siap siap sudah habis sampai berjuta juta.

Inilah cekapnya kerajaan DAP menggunakan duit. Kos kajian terowong lebih penting dari mangsa banjir. Itu pun ada angan angan hendak buat LRT, yang kosnya RM27 billion lebih mahal dari buat MRT yang hanya berkos RM21 billion untuk 51km dan ada 31 stesen.

Berbanding LRT yang Guan Eng hendak buat yang panjangnya hanya 15km dari Komtar ke Bayan Baru yang telan belanja RM6 billion lebih mahal dari buat MRT. Bagaimana boleh sebegitu mahal LRT yang Guan Eng hendak buat ini?

Berapa kos kajiannya? Adakah empat kali ganda mahal seperti kos kajian terowong? Datuk Seri Najib buat MRT lebih murah berbanding LRT yang dicadang Guan Eng.  MRT yang dibuat adalah lebih moden dan setaraf dengan kemudahan yang ada di luar negara.

Guan Eng perlu cermin muka sendiri. Usahlah cakap benda yang boleh menampakkan kebodohan diri sendiri. Eloklah Guan Eng tiru macam Mahathir, naik dulu MRT dan rasainya sendiri.

Barulah dapat beza antara LRT dan MRT. Banjir pun tidak mampu selesai, ada angan angan hendak buat LRT. Lagi sedih bila tengok Guan Eng sendiri tidak tahu beza mana satu lebih baik antara LRT dan MRT.


Tulisan:
Beruang Biru
BB589, Isnin
25 September 2017

Thursday, 7 September 2017

Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini sekali lagi tidak mahu mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Menurut Guan Eng, pihaknya juga tidak akan memberi sebarang ulasan mengenai kenyataan beliau yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh berhubung kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini sebagai ‘penahanan haram’.


“Buat masa ini saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja projek pembentungan di Relau di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh dan Boon Poh.

Semalam, SPRM dalam kenyataannya memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.

SPRM pada 25 Ogos lalu turut meminta Guan Eng yang juga Setiausaha DAP belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian. -UTUSAN ONLINE



Tuesday, 5 September 2017

SPRM Ambil Tindakan Undang-Undang Keatas Ketua Menteri Pulau Pinang

sprm.jpg

Pengurusan Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataan fitnahnya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai “penahanan haram oleh SPRM” walaupun telah diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.
Di dalam kenyataan media suruhanjaya berkenaan,SPRM akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.
Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM kata kenyataan media itu lagi. 
SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu.
Ogos lalu SPRM meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai “penahanan haram” adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM.

Phee Boon Poh Adalah Pembohong Besar Sebagaimana Lim Guan Eng Juga


Pentadbiran Lim Guan Eng seolah-olah memilih untuk memberitahu pembohongan di sebalik usaha ikhlas saya untuk menyebarkan kebenaran. Baru semalam, salah seorang EXCO Ketua Menteri memberitahu wartawan bahawa segala kekecohan tentang kilang haram di Kampung Sungai Lembu adalah akibat kegagalan Dr Norlela Ariffin untuk menunjukkan surat (di bawah) yang dikeluarkan kepadanya oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE ).
EXCO yang dipersoalkan itu adalah tidak lain tidak bukan Phee Boon Poh, yang pada 11 Ogos 2017, mencetuskan penemuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam peranannya menghalang pelaksanaan keadilan. Menurut sumber yang dipercayai, Phee Boon Poh mengeluarkan dua arahan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang menghalang pihak berkuasa tempatan dari merobohkan kilang haram tersebut.
Untuk rekod, pemilik kilang itu adalah seorang lelaki bernama Edmund Gan Eu Lee, yang mana hubungannya dengan Phee Boon Poh akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi. Cukuplah untuk mengatakan, kilang Edmund memproses habuk kayu untuk menghasilkan karbon diaktifkan bagi digunakan dalam sistem penulenan air dan penapisan. Tidak diketahui ramai orang, sebahagian besar – jika tidak semua – dari habuk kayu yang semua lori hantar ke kilang itu adalah produk buangan yang berasal dari perusahaan yang dimiliki oleh Edmund sendiri.
Bagaimanapun, pada 6 Mei 2015, Phee Boon Poh menghadiri mesyuarat dengan MPSP untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kilang itu. Semasa mesyuarat itu, beliau dimaklumkan mengenai keputusan oleh majlis untuk merobohkan kilang tersebut. Sekiranya kesahan (legality) kilang itu menjadi satu-satunya kebimbangan pihak berkuasa, beliau boleh dengan mudah mengusahakan sesuatu untuk melihat sama ada kilang itu telah disahkan.
lim guan eng phee boon poh lim kit siang Kilang Haram: Kerajaan DAP Pulau Pinang Mengaku Tangguh Tindakan
Tetapi beliau tidak.
Sebaliknya, pihak majlis telah terikat tangan berikutan lawatan DoE yang mendapati kilang itu membahayakan alam sekitar. Phee Boon Poh diberitahu bahawa DoE hanya akan berkompromi jika kilang itu menggunakan sistem pembakaran tertutup dengan keupayaan untuk mengelakkan asap beracun daripada mencemarkan udara. Tetapi ahli EXCO itu tahu bahawa sistem itu akan menyebabkan Edmund menanggung kos yang tinggi dan melibatkan pengubahsuaian yang sangat besar.
Akibatnya, Phee Boon Poh memutuskan bahawa kilang itu tidak perlu mematuhi cadangan DoE dan memberitahu Edmund untuk meneruskan kaedah pembakaran sedia ada. Untuk mengelakkan MPSP daripada merobohkan kilang itu, Phee Boon Poh memberitahu pihak majlis untuk tidak campur tangan dan menyimpan rahsia arahan itu dari semua orang di dewan undangan negeri.
Itu menjelaskan mengapa beliau berpura-pura tidak tahu mengenai surat DoE yang saya dedahkan kepada umum Selasa lepas. Beliau mahu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa jika beliau tahu tentang surat itu dari awal, beliau akan bertindak untuk penduduk kampung di Kampung Sungai Lembu dengan menutup kilang tersebut. Tetapi itu bukan satu-satunya sebab beliau berbohong.
Sebab yang lain ada berkaitan dengan soalan-soalan yang saya bangkitkan mengenai minit mesyuarat yang Lim Guan Eng dedahkan Selasa lepas. Sekarang, Phee Boon Poh tahu apa yang saya tahu, perkara 3.3 (i) (di bawah) adalah fabrikasi sepenuhnya dan tidak mencerminkan pendirian DoE terhadap kilang itu. Takut bahawa orang ramai akan mengetahui, beliau mencipta kisah dongeng, memberitahu semua orang bahawa beliau tidak menyedari surat DoE yang dihantar ke MPSP.
Untuk membuktikan kepada anda bahawa beliau berbohong, sila rujuk kepada jawapan yang diberikan beliau semasa sidang Dewan Undangan Negeri (di bawah) enam hari selepas DoE mendedahkan penemuannya kepada MPSP. Dalam jawapannya kepada Dr Norlela, beliau menyatakan bahawa “DOE melakukan kajian pada 9 dan 10 Mac 2015 dan mendapati …. bahawa premis (kilang haram) tidak mempunyai kemudahan khusus untuk mengawal pencemaran atmosfera daripada pembakaran habuk kayu.”
Sekarang, bacalah perkara di atas dan beritahu saya – adakah ia seperti jawapan daripada seseorang yang “tidak menyedari wujudnya surat daripada DoE”? Tidakkah ia menghairankan bahawa Phee Boon Poh meminta Dr Norlela untuk memberikan maklumat yang sama yang telah diberikannya kepada Dr Norlela dua tahun yang lalu?
Bukan sahaja beliau berbohong, jawapannya (di atas) jelas menunjukkan mengapa perkara bernombor 3.3 (i) dalam minit-minit mesyuarat tersebut adalah fabrikasi sepenuhnya. Dalam erti kata lain, DoE tidak pernah mengatakan bahawa kilang itu tidak mencemarkan alam sekitar. Tetapi tidakkah Lim Guan Eng memanfaatkan fabrikasi itu untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kilang itu tidak menimbulkan bahaya kesihatan kepada rakyat?
Perlu saya katakan lebih banyak?
Sumber: The Third Force

SPRM ambil tindakan terhadap Guan Eng

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim Guan Eng berikutan kenyataan fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkenaan penahanan exco kerajaan negeri beliau, Phee Boon Poh sebelum ini.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh pengurusan tertingginya setelah Guan Eng enggan memohon maaf atas kenyataan fitnah bahawa penahanan Boon Poh sebagai `penahanan haram oleh SPRM’ walaupun telah diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.


Berikutan itu, SPRM akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik tetapi tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM.

“SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu,” kata suruhanjaya itu. - UTUSAN ONLINE.


Kilang Haram,Sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang timbul kesangsian


Sikap membisu Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung desakan pelbagai pihak yang mahu mereka mendedahkan dokumen berkaitan kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini seolah-olah mencerminkan corak kepimpinan yang boleh disangsikan.

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, sehingga kini, kerajaan negeri belum mendedahkan surat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengarahkan kilang itu ditutup sedangkan mereka sebelum ini berani mengemukakan surat daripada jabatan sama mengatakan premis berkenaan bebas pencemaran.

Katanya, beliau mengesyaki kerajaan negeri menyembunyikan sesuatu berhubung operasi kilang itu walaupun beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin sejak beberapa tahun lalu.

“Hampir 180 orang kampung sudah menghantar petisyen bantahan kepada Pejabat Ketua Menteri pada 25 September tahun lalu.

“Surat itu disahkan diterima tetapi tiada sebarang tindakan lanjut. Adakah kerajaan negeri membelakangkan suara rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Koordinator Gerakan Padang Kota, H’ng Khoon Leng mendesak kerajaan negeri mengemukakan surat arahan penutupan kilang daripada JAS dan membuktikan dakwaan terdapat pekerja cedera selepas terjatuh dalam relau kilang terbabit.

Utusan

Tuesday, 29 August 2017

SPRM bincang tindakan terhadap Guan Eng minggu depan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuarat pada 4 September ini untuk membincangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, ini berikutan keengganan Lim memohon maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataannya terhadap agensi itu berhubung “penahanan haram” Exco negeri, Phee Boon Poh.

“Ini adalah satu fitnah kepada sebuah agensi kerajaan yang tiada apa-apa kepentingan dalam melaksanakan tugas kami. Kita memandang perkara ini secara serius kerana ini adalah hak kami,” katanya selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.
Jumaat lepas, SPRM memberi Lim 48 jam memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan dikeluarkannya yang berunsur fitnah.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, mesyuarat bersama barisan kepimpinan tertinggi SPRM itu akan meneliti semua aspek, sebelum mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sama ada sivil atau jenayah.

Terdahulu, Dzulkifli dalam ucapannya berkata, SPRM menyasarkan gejala rasuah dihapuskan dalam sektor perkhidmatan awam menjelang 2020.
“Menjelang 2020, kita perlu mencerminkan Malaysia sebuah negara maju, progresif dan berdaya saing yang mana risiko rasuah adalah rendah,” katanya.

Majlis ikrar itu diketuai Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh dan disaksikan Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Menteri, Datuk Henry Sum Agong serta Dzulkifli.

Friday, 9 June 2017

Lagi RM273 Juta Hak Tanah Dijual Secara Senyap Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang


Pada tahun 2011 Kerajaan DAP Pulau Pinang berkata bahawa mereka telah menjual 41.5 hektar tanah di Bayan Mutiara – di mana 27.3 hektar adalah tanah sedia ada dan 14.2 hektar akan ditambak. Harga jualan pada masa itu adalah RM1.07 bilion atau RM240 sekaki persegi.

Walau bagaimanapun, laporan baru-baru telah menunjukkan bahawa pembeli itu kini akan menebus guna 24.7 hektar (61 ekar) dan bukannya 14.2 hektar (35 ekar). Berdasarkan jualan tahun 2011 pada RM240 sekaki persegi, terdapat pertambahan 26 ekar yang bermakna ada jualan tambahan RM273 juta di atas RM1.07 bilion yang asal.
(Artikel ini juga mengesahkan bahawa mereka mempunyai 26 hektar tanah sedia ada di Bayan Mutiara – tidak termasuk 24.7 hektar yang akan ditebus guna. Ini mencadangkan bahawa kawasan penambakan telah meningkat).
Bolehkah Kerajaan DAP Pulau Pinang kini mengesahkan siapa yang secara senyap-senyap telah memberi kelulusan untuk menambak tanah hampir dua kali ganda saiz yang sepatutnya di Bayan Mutiaria daripada 14.2 hektar kepada 24.7 hektar? Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memaklumkan melalui mana-mana kenyataan tentang kenaikan ini kepada orang ramai?
Adakah peningkatan hak tebus guna tanah ini turut meningkatkan pembayaran kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada RM1.07 bilion kepada RM1.343 bilion – peningkatan sebanyak RM273 juta?
Wake Up Malaya

Tuesday, 6 June 2017

Pegang 16 Jawatan Bukti Lim Guan Eng Memang Seorang Yang Gila Kuasa



Inilah cara pemerintahan cara kuku besi dan "totalitarian". Pegang semua jawatan yang ada dan berkuasa membuat keputusan bagaikan seorang diktator. Sebab itulah tanah Penang tergadai habis.

PAS dan PKR makan kuah sahajalah di Penang. Semua jawatan DAP bolot. PKR sekadar jadi punahsihat sahaja. PAN pula jadi badut sahaja, bergaji belasan ribu di syarikat air.

Lim Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang pegang sebanyak 16 jawatan di Pulau Pinang melibatkan pentadbiran negeri, pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan politik. Ini sebenarnya contoh seorang pemimpin yang gila kuasa.

Hingga ke saat ini, Guan Eng ada 16 jawatan dengan 12 daripadanya adalah jawatan di syarikat GLC. Empat dalam politik iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dan Ahli Parlimen Bagan.

Selebihnya iaitu 12 jawatan lagi iaitu Pengerusi di  Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Bukit Bendera, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, PBA Holdings Bhd, Penang Global Tourism, BPO Premier Sdn Bhd, Premier Horizon Ventures Sdn Bhd, Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, George Town World Heritage Incorporated, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Invest-In Pulau Pinang.

Terbaru, Guan Eng yang masih terpalit dengan kes rasuah banglo dan tanah ini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Kalau ada jawatan Pengerusi IKEA Penang, pasti Guan Eng hendak juga jawatan itu nanti.

Parti Gerakan Pulau Pinang menempelak sikap tamak jawatan Guan Eng dan mempersoalkan adakah beliau boleh mengendalikan semua jawatan berkenaan dengan baik dan berkesan.

Walaupun, Guan Eng pegang sampai 16 jawatan. Bukan menyelesai masalah tetapi banyak lagi masalah yang berlaku.

Banyak penyelewengan tanah, 25 kampung Melayu hilang dari peta Pulau Pinang, nelayan susah hendak cari makan, bukit habis digondol dan gejala rasuah makin teruk di Pulau Pinang. Harta zakat dan bumiputra pun kena songlap di negeri yang diperintah oleh Guan Eng ini.

Tanah kena gadai dan dijual. Salah guna kuasa berlaku bila pegang banyak sangat jawatan. Bermaharajalela DAP di seluruh negeri Pulau Pinang. Sebagai contoh, Ketua Menteri sendiri didakwa di mahkamah kerana kes rasuah banglo. Tanah untuk rumah rakyat habis dijual di Taman Manggis.

Sepatutnya, apabila pegang banyak jawatan, 33 janji DAP dalam manifesto "Just Change" pada 2008 dapatlah ditunaikan kepada rakyat.
Tetapi sebaliknya, hampir semua janji DAP kepada pengundi di Pulau Pinang tidak ditunaikan pun. Tol Sungai Nyiur yang hanya 50 sen pun tidak juga dihapuskan.

51 buah projek yang dirancang gagal. Sebagai contoh, pembinaan projek terowong dasar laut yang menelan kerugian beratus juta dan kegagalan Guan Eng atasi masalah banjir di Penang. Bukit Bendera pun boleh banjir pada zaman DAP ini. Itu pun masih hendak tuding jari pada BN lagi.

Pegang sampai 16 jawatan tetapi bangunan KOMTAR sendiri pun tiada sijil Perakuan Siap & Pematuhan (CCC). Bagaimana ini boleh berlaku? Amat memalukan sama sekali. Isu projek Komtar libatkan kos sampai beratus juta  tetapi akhirnya tiada sijil CCC.

Pada 14 November 2014, Guan Eng umumkan Only World Group Holdings Berhad (OWG) akan melaksanaan projek pengubahsuaian dan penaiktarafan KOMTAR. Anak syarikat Kumpulan OWG, Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) melaksanakan kerja itu dengan kos RM40 juta.

Apa yang susahnya dapat sijil CCC? Atau Guan Eng juga ada lagi "jawatan tertentu" dalam syarikat yang melaksanakan kerja pengubahsuaian  Komtar ini dan juga syarikat syarikat yang beli tanah di Penang?

Rakyat Pulau Pinang kena terus desak Guan Eng. Jelaskan apa kepentingan Guan Eng dalam semua syarikat yang beli tanah, kaji kos terowong, ubah suai Komtar dan tambak laut di Pulau Pinang.

Ada kemungkinan Guan Eng ada lebih dari 16 jawatan jika dicampur dengan jawatan dalam syarikat syarikat.

Jalan paling baik adalah desak Guan Eng letak jawatan sahaja. Biar selesai dulu kes rasuah di mahkamah, barulah pentadbiran CAT dapat dilaksanakan.

Susah kalau dibiarkan Ketua Menteri yang masih terpalit isu rasuah mentadbir negeri. Lebih lebih lagi jika Ketua Menteri itu sendiri gila kuasa dan gila jawatan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB457, Selasa
6 Jun 2017