Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Thursday, 15 March 2018

Bank Negara Malaysia bidas kenyataan bodoh Lim Kit Siang

KENYATAAN AKHBAR

PETISYEN KEPADA PARLIMEN SWITZERLAND UNTUK PEMULANGAN CHF104 JUTA YANG DIKAITKAN KEPADA 1MDB

Berikutan laporan surat pemimpin pembangkang, YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan YB Lim Kit Siang yang dihantar kepada Ahli Parlimen Switzerland untuk melobi untuk memulangkan wang berjumlah 104 juta Swiss Franc (CHF) yang dipegang oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland ("FINMA") yang didakwa berkaitan dengan 1MDB, Kementerian Kewangan (“MOF") ingin menjelaskan perkara berikut: -

1. MOF menyangkal tuduhan yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang, dalam suratnya yang dialamatkan kepada 154 Ahli Parlimen Switzerland, di mana beliau mendakwa aset 1MDB telah disalahgunakan. 1MDB telah memaklumkan kepada MOF dalam satu siri pertanyaan yang dibuat oleh MOF bahawa sebarang tuduhan terhadap asetnya yang dicuri atau disalahgunakan sama ada di dalam atau di luar negara adalah tidak benar sama sekali dan bermotivasikan politik.


2. Berdasarkan pengetahuan MOF, FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland berikutan aduan bahawa bank-bank ini telah melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Switzerland dan mengaut untung secara haram dari beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi ke dalam hubungan perniagaan dan transaksi, yang disifatkan sebagai menjadi kesalahan serius di bawah undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland.

3. Kami diberitahu bahawa CHF104 juta itu sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang kewangan dan perbankan Switzerland dan oleh itu, CHF104 juta itu bukan wang milik Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi atau syarikat berkaitannya.

4. Kami juga telah diberitahu bahawa pengenaan denda itu telah dipertikaikan oleh pelbagai bank Switzerland dan mereka kini sedang merayu kepada Mahkamah Switzerland supaya bank-bank itu dilepaskan daripada sebarang kesalahan.

5. Memandangkan pelbagai pemeriksaan dan audit yang dijalankan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan di Malaysia termasuk PAC, SPRM, Polis Diraja Malaysia, AG dan agensi berkaitan lain tidak menunjukkan atau mengesan sebarang dana yang hilang dari 1MDB, Kementerian mendapati sukar untuk mengambil sebarang kedudukan untuk membuat tuntutan daripada Kerajaan Switzerland kerana wang itu bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh YB Dr. Wan Azizah dan YB Lim Kit Siang dalam surat mereka kepada Ahli Parlimen Switzerland.


KEMENTERIAN KEWANGAN, MALAYSIA

SUMBER

Tuesday, 13 February 2018

Politik Mesin Padi DAP Dihalau & Ditolak Oleh Rakyat



Umpama mesin padi, bila menuai sahaja barulah nampak muka. Kalau bukan musim menuai batang hidung langsung tidak nampak.

Samalah seperti parti DAP, masa hendak dekat pilihanraya barulah nampak muka. Padahal lima tahun sebelum itu menjadi "orang hilang" di kawasan.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang telah dihalau oleh kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru ketika beliau mahu memberikan ceramah bagi menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan itu, pemimpin pembangkang apa lagi, mulalah menyalahkan UMNO kononnya ia adalah perbuatan ahli parti berkenaan.

Antara yang lantang menuduh UMNO bertanggungjawab ialah presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ahli Parlimen Pagoh. Kemenangan beliau di Pagoh dulu pun adalah atas tiket UMNO.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada insiden halau itu ialah rakyat sebenarnya menolak parti DAP yang umpama mesin padi. Mesin padi hanya berfungsi pada masa tertentu sahaja, jika tidak ia hanya disimpan di dalam bangsal sahaja.

Dalam kes ini, jika ada pemimpin DAP yang turun ke kawasan anda, itu tandanya pilihan raya sudah semakin dekat.

Jika tidak jangankan muka, bayangnya pun tak nampak. Itulah sebabnya penduduk menolak Kit Siang. DAP menyangka mereka diterima oleh penduduk di Johor dan mula berangan bahawa negeri itu akan jatuh ke tangan DAP pada PRU nanti.

Namun melihat bagaimana Kit Siang dihalau, nampaknya niat untuk merampas Johor hanya tinggal angan-angan mat jenin sahajalah. Jika DAP dan Pakatan Harapan (PH) begitu kuat di negeri itu, kenapa beliau dihalau?

Ikut logiknya jika PH berpengaruh di situ, kedatangan Kit Siang dan pemimpin PH yang lain di situ sudah disambut dengan karpet merah. Atau drama halau itu sengaja dirancang untuk raih simpati?

Berbagai andaian boleh terjadi. DAP sanggup buat berbagai drama dan kung fu untuk tipu rakyat. Lihatlah bagaimana drama Guan Eng di Pulau Pinang.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kit Siang dihalau di Johor. Pada 2015, beliau pernah dihalau di Masai. Ketika itu Kit Siang bersama dengan seorang lagi pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong. Mereka dihalau selepas ceramah yang antara lain mendakwa orang UMNO cuba menumbangkan Najib.

Pada 2013, Kit Siang pernah juga kena halau di Gelang Patah. Alasan sama, beliau dihalau oleh ahli UMNO juga.

Jadi apabila Kit Siang kena halau di Kampung Bakar Batu, maka ia bukan sesuatu yang pelik malah ia juga menunjukkan bahawa beliau tidak diterima di negeri itu. Ia satu petanda yang cukup jelas untuk menyatakan kepada Kit Siang bahawa beliau dan partinya telah ditolak rakyat.

Mungkin atas sebab itulah sudah lama khabar angin bertiup bahawa beliau akan bertukar kawasan pada PRU nanti. Pergilah ke mana pun, rakyat akan tolak politik mesin padi yang diamalkan pembangkang ini.

Ambil jawatan bukan hendak buat kerja tetapi hendak nama dan gaji sahaja. Lima tahun hilang, masa musim mengundi muncullah balik mereka. Inilah politik mesin padi pembangkang.


Tulisan :
Beruang Biru
BB779, Selasa
13 Februari 2018

Monday, 9 October 2017

Bukan Melayu Boleh jadi Perdana Menteri Malaysia - Lim Kit Siang

Setelah bertaichi dan berdolak dalih menafikan yang beliau tidak pernah menanam cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, hari ini Lim Kit Siang berkata Perdana Menteri boleh disandang oleh bukan Melayu.


Beliau juga berharap Malaysia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama ke arah itu.
"Saya harap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun (seperti Amerika Syarikat yang tertubuh pada 1776) sebelum orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku pada abad ke-21 ini. 
"Sama ada (ia akan terlaksana) pada abad ke-22 atau abad ke-23 bergantung sama ada politik identiti tidak lagi menjadi unsur penting dalam landskap politik Malaysia, seperti hari ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang.
Tidak menghairankan apabila dalam saat-saat rakyat mempersoalkan isu Lim Kit Siang dan jawatan Perdana Menteri, bapa Lim Guan Eng ini sengaja membangkitkan satu lagi polemik politik yang turut berbau perkauman.

Beliau dilihat sengaja ‘menguji pasaran’ dengan topik ini yang pastinya akan menjadi perbualan hangat dan bakal terpampang di dalam media massa.

Tetapi amat memalukan apabila Lim Kit Siang hanya memberi contoh kemenangan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat pada 2009 sebagai perbandingan tanpa mahu menerangkan bagaimana politik, komposisi kaum dan fakta keseluruhan negara Amerika yang sebenarnya sehinggakan Obama boleh menjadi Presiden.

Selanjutnya >> KLIK SINI<<

Bertanding di Pulau Pinang ? Kit Siang didesak nyata pendirian

GEORGETOWN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilabel sebagai pemimpin gagal apabila sering mengalihkan perhatian orang ramai terhadap sesuatu isu, berbanding memberi penjelasan yang wajar mengenainya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow, berkata kegagalan Kit Siang itu juga diterjemah melalui dolak-dalik beliau mengakui akan kembali bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau sebaliknya.

Katanya, Kit Siang juga lebih gemar mengambil pendekatan mudah dengan melabel dan merendahkan pihak lawan serta memberi jolokan tidak senonoh yang muncul sebagai satu-satunya kaedah untuk 'lari' daripada menjawab sebarang isu.

"Taktik memutar belit fakta dan isu dalam politik sudah tidak asing lagi dengan Kit Siang dan banyak paparan bukti yang boleh dilihat melalui rekod beliau selama 52 tahun ini, khususnya apabila DAP gagal membidas hujah pihak lawan.

"Tambahan, DAP kini sering dikejutkan dengan pelbagai skandal rasuah, ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, hingga sering dilihat mengambil tindakan undang-undang ke atas individu dan pengamal media yang mengkritik pentadbiran mereka.

"Malah, tindakan beliau menolak daripada menjawab persoalan saya (sama ada akan kembali bertanding di Pulau Pinang atau sebaliknya) sudah membuktikan beliau adalah seorang pengecut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Chang Yeow mencabar Kit Siang mengemukakan pendiriannya untuk kembali bertanding di Pulau Pinang pada PRU-14, selain menyatakan kesediaan menyaingi Ahli Parlimen Gelang Patah itu di kubu kuat DAP.

Chang Yeow mendakwa, kegagalan Kit Siang mengemukakan sebarang penjelasan berhubung hasrat bertanding semula di Pulau Pinang itu dipercayai kerana khuatir akan menimbulkan perpecahan dalam DAP.

"Justeru, satu-satunya cara Kit Siang untuk menguruskan masalah ini (perpecahan dalaman DAP) sebelum PRU-14 adalah dengan membuat kemasukan pada saat akhir dan secara mengejut," katanya.

Monday, 4 September 2017

‘Kit Siang buka aib sendiri, gesa Najib tolak jemputan Trump’

Irmohizam-Ibrahim-lim-kit-siangKUALA LUMPUR: Gesaan seorang pemimpin pembangkang agar Kabinet menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke White House adalah sesuatu yang sangat ganjil dan tidak wajar.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang seharusnya faham memenuhi jemputan seumpama itu adalah satu peranan besar bagi Malaysia dalam usaha menjalin hubungan diplomatik.
“Malah, ia merupakan lawatan rasmi danberupaya meningkatkan hubungan dua hala yang lebih komprehensif dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas tindakan Kit Siang menghantar surat terbuka kepada anggota Kabinet pada 28 Ogos lalu, menggesa mereka membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadualkan 12 September ini.
Irmohizam yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, tindakan Kit Siang itu membuka aib sendiri yang mereka gagal memahami konsep mentadbir negara dengan baik.
“Jika beginilah cara mereka berfikir dan bertindak, maka Malaysia tidak akan dipandang tinggi dan dihormati negara maju lain,” katanya.
Irmohizam berkata, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu menggagalkan lawatan tersebut kerana bimbang segala usaha mereka memburuk-burukkan kepimpinan Najib akan gagal, setelah pertemuan Trump dan Najib.

Friday, 25 August 2017

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU - 14? - Datuk huan Cheng Guan



1. Baru - baru ini kecoh di media sosial bahawa "Top Dog" DAP Lim Kit Siang sudah menukar alamat undi beliau dari Gelang Patah ke Parlimen 049 Tanjong. Ini dengan secara rasminya menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak akan bertanding di Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang.

2. Pertama sekali, saya berasa kasihan dan simpati kepada penduduk di Gelang Patah yang seakan tertipu dengan DAP dan Lim Kit Siang. Belum lagi habis tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Gelang Patah, Lim Kit Siang sudah "cabut lari" ke Pulau Pinang dan menukar alamat mengundi beliau ke sini.

3. Saya juga dimaklumkan melalui sumber dalaman DAP bahawa pada PRU - 14 yang akan datang. Lim Kit Siang akan bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di kerusi Parlimen di dua negeri yang berbeza. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat bagi seorang yang berumur 74 tahun sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh dan tidak berani menghalang kehendak serta kemahuan Lim Kit Siang untuk bertanding di dua kawasan berlainan kerana beliau adalah pemimpin Utama Pakatan Harapan. Selain dari itu , gabungan Anak Bapa ini bukan percaya sama pemimpin pemimpin DAP yang berada di Negeri Pulau Pinang.

4. Selain itu, bagaimana Lim Kit Siang mahu berkhidmat untuk rakyat ? Ini kerana beliau akan bertanding di DUN dalam Negeri Pulau Pinang dan satu kerusi Parlimen di Negeri Kedah. Sudah semestinya rakyat di kedua kawasan ini akan ditinggalkan olih Lim Kit Siang sepertimana berlaku sekarang dan  mengalami nasib yang sama dialami penduduk Gelang Patah sekarang.

5. Jika dilihat dari segi sejarah, ini bukan kali pertama Lim Kit Siang cabut lari dari kawasan yang beliau menjadi Ahli Parlimen. Sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Parlimen, iaitu sejak Tahun 1969, Lim Kit Siang sudah menjadi Ahli Parlimen di Tujuh (7) tempat yang berbeza! Ini berbeza dengan pemimpin Parti Lain yang konsisten berkhidmat di satu kawasan dan tidak "cabut" seperti apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

Senarai kawasan yang pernah Lim Kit Siang menjadi wakil rakyat adalah seperti berikut:

a. Bandar Melaka (1969–1974)
b. Kota Melaka (1974–1978)
c. Petaling Jaya, Selangor (1978–1982)
d. Kota Melaka (1982–1986)
e. Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999)
f. Ipoh Timur, Perak (2004–2013)
g. Gelang Patah, Johor (sejak 2013)
h. Pulau Pinang dan Kedah - PRU - 14?

6. Secara mudahnya, jika kita seorang pemimpin masyarakat yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat, sudah pastinya kita akan terus bertanding di satu kawasan sahaja kerana sikap tanggungjawab kita terhadap masyarakat di kawasan tersebut. Ini berbeza dengan Lim Kit Siang yang suka lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain.

7. Beliau akan lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain kerana rekod buruk beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat. Lihat sahaja banner atau poster - poster di Gelang Patah sekarang yang mempersoalkan mana hilangnya Lim Kit Siang sehingga tidak turun melihat kawasan dan membantu masyarakat setempat. Adakah Ahli Parlimen dan ADUN seperti ini yang rakyat Pulau Pinang dan Kedah mahu sebagai wakil rakyat mereka?

8. Saya berharap pada PRU - 14 yang akan datang, rakyat terutamanya di Negeri Pulau Pinang  tidak ditipu oleh Lim Kit Siang dan DAP selama 5 tahun sekali lagi.

Terima Kasih

Kenyataan Media
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

25 Ogos 2017

Monday, 24 July 2017

Anugerah Kerajaan Negeri atau Anugerah Yang Di-Pertua Negeri?


Seperti dimaklumi, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri kepada 1,481 penerima bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-79 TYT pada hari Sabtu, 22 Julai 2017 lalu. Antara 14 penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang merupakan ahli seumur hidup DAP.
Saya bagaimanapun agak terkejut mendengar rakaman ucapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, di Rumah Terbuka dan Jamuan Aidil Fitri DAP di Bala’s Banana Leaf Restaurant, Bangsar, pada hari yang sama, Sabtu, 22 Julai 2017, yang menyebut mengenai penganugerahan DGPN kepada Datuk A Samad Said kerana Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT.
Ucap Lim Kit Siang: “Thanks Dr Maszlee for all the, that he is appreciative of the Penang State Government’s conferment of Datuk Seri on our Sasterawan Laureate, Pak Samad”. (“Terima kasih kepada Dr Maszlee atas semua, bahawa beliau menghargai penganugerahan Datuk Seri oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sasterawan Negara kita, Pak Samad”).
Pelik kenapa Lim Kit Siang menyebut penganugerahan ini adalah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bukan oleh TYT, sedangkan setahu saya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanyalah sekadar berkuasa mencadangkan nama penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sahaja tetapi penganugerahannya pula adalah dibuat oleh dan atas perkenan TYT.
Apakah ucapan Lim Kit Siang ini sekadar satu “slip of the tongue” (terlepas cakap) atau apakah ia indikasi perjuangan sebenar DAP yang menyentuh soal kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri adalah perkara yang boleh dispekulasikan.
Apa yang jelas ialah tiada satu pun daripada semua 18 matlamat penubuhan DAP yang tertera di dalam perlembagaan DAP yang menyentuh mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu ini.

Friday, 21 July 2017

PAS: Tak guna Kit Siang petik Quran kalau tak sokong syariah

Orang seperti Lim Kit Siang tahu membaca al-Quran tetapi menentang ajarannya seperti menolak pelaksanaan hukuman dari kitab suci itu, kata Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Anak kepada presiden PAS itu mengingatkan Kit Siang melalui kenyataannya dilihat kerap membangkang mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hukuman tersebut.

“Ramai yang tahu membaca al-Quran tetap menentang ajaran al-Quran. Lim Kit Siang tidak pernah menyesal dan menarik semula kenyataan-kenyataannya yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” kata Khalil kepada FMT hari ini.

“Kit Siang membangkang perlaksanaan hukum-hukuman al-Quran di Kelantan dan di Malaysia secara umumnya,” tambahnya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan ketua ahli Parlimen DAP itu menyampaikan petikan ayat al-Quran kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap individu yang dikatakan bersalah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang dalam kenyataan kepada Apandi semalam memetik 2 ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru ke arah melawan kepalsuan, dan mengelak daripada melakukan kerosakan di muka bumi.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan pemimpin DAP itu sebagai dakwah yang terbaik.
“Bukan main saya terkejut buat kali pertama Lim Kit Siang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran untuk tunjuk kepada Apandi Ali yang mungkin tak pernah baca,” kata bekas perdana menteri itu. FMT

Thursday, 6 July 2017

Penasihat DAP tidak akan bersara

Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta untuk menghentikan sandiwara mengenai persaraannya kerana rakyat tidak akan tertipu dengan cubaan terdesak Ahli Parlimen Gelang Patah itu untuk meraih simpati.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, setiap kali Kit Siang gagal sebagai pemimpin dia akan mengumumkan bahawa dirinya bersedia untuk berkorban dengan bersara untuk menyelamatkan DAP.


“Masyarakat tidak akan tertipu kali ini kerana diktator tidak akan bersara malah Kit Siang yang akan membuat orang lain bersara.

“Kit Siang hanya membuat tawaran persaraan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalannya sendiri dan dia tidak pernah mempunyai niat untuk menyerahkan kepimpinan parti kepada Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Kit Siang dilaporkan berkata, dia akan memulakan jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan dirinya bersara.

Tengku Sariffuddin berkata, masalah serius yang perlu ditangani oleh Kit Siang ialah melibatkan jawatan Setiausaha Agung DAP, Penang Official 1 (Lim Guan Eng) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tiada siapa yang bercakap mengenai pembatalan pendaftaran DAP kecuali Kit Siang dan penyokongnya.

“Mungkin Kit Siang berharap pendaftaran DAP dibatalkan dan separuh perwakilan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang menentang dirinya serta dinasti keluarga Lim disingkirkan,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang dinasihatkan supaya berhenti daripada menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk semua masalah yang melanda DAP.

“Sudah tiba masanya Kit Siang betul-betul bersara daripada pemerintahan ala diktator yang diamalkannya selama setengah abad,” katanya.UTUSAN

Tuesday, 30 May 2017

Jawapan kepada Lim Kit Siang : Benar kamu bukan Kristian, tetapi DAP dikuasai oleh Kristian


Sungguh melucukan sekali melihat Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bergelut untuk memisahkan DAP dari agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh.
Dua kali, pada 18 Mei dan 27 Mei, Lim Kit Siang menekankan betapa beliau bukan seorang Kristian (“I am not a Christian”) seolah-olah Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang.

Walhal dunia, termasuk Dr Zulqarnain Lukman dari KANUN AMANAH, tahu bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP.
Ramai yang berspekulasi bahawa Setiausaha Agung DAP sejak 2004, Lim Guan Eng, adalah seorang Kristian, tetapi tidak ada yang benar-benar mampu memberikan bukti konkrit mengenainya.
Sebagai seorang pembaca tegar, saya berpeluang membaca pengakuan sensasi Lim Guan Eng mengenai bagaimana beliau memeluk agama Kristian sewaktu berada di dalam Penjara Kajang pada 1998.

Pengakuan Lim Guan Eng ini terdapat di dalam wawancara bertajuk “Lim Guan Eng: The Prison to Parliament Leader” di dalam buku “Heart to Heart with Asian Leaders: Exclusive Interviews on Crisis, Comebacks & Character”.

Di antara pengakuan Lim Guan Eng ini ialah:
1. “However, I had to take a leap of faith, which was not a forethought but an afterthought. That came when I converted to Christianity very late in my years, when I was searching for answers. I found them in the Bible.”

2. “I read the Bible cover to cover. Three times. I requested for the Bible when I was in prison in 1998... During my second imprisonment in Kajang Prison in 1998, being a family man, I had to worry about my wife and children. So it was much more painful. You realized suffering. Then I looked at the suffering that Christ endured... The suffering that he endured gave me strength. What was my suffering compared to His?”

3. “I kept telling my family to just look at the Bible, look at the characters in the Bible... That’s why you need to read the Bible... I kept telling myself that the people in the Bible suffered much more...”

Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Mengikut Lim Guan Eng, dengan kedua-dua pemimpin DAP yang beragama Kristian inilah beliau duduk untuk berbincang dan berstrategi.
Dedah Lim Guan Eng: “Right now, I rely on a younger group of people, like Tony (Pua Kiam Wee) and Anthony (Loke Siew Fook), to get things done. We sit down to talk and strategize.”

Lim Kit Siang juga berkata, tidak terdapat agenda Kristian di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP (“There is no such “Christian agenda” in the DAP or among any DAP MP or State Assembly representative.”)

Bagaimanapun, sehingga kini beliau atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Hannah Yeoh ini, iaitu bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu Hannah Yeoh.
Saya juga boleh berikan contoh agenda Kristian seorang Ahli Parlimen DAP yang juga Strategis Pilihan Raya DAP, iaitu Dr Ong Kian Ming.

Di dalam satu kenyataan Facebook beliau pada 4 Februari 2014, Dr Ong Kian Ming jelas menulis, “Di gereja saya di SIBKL, kami telah berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita” (“In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country”.)

Di dalam satu tulisan beliau pada 19 Mac 2014, Penyelidik Parlimen Dr Ong Kian Ming bernama Sharon W H Ling menyebut: “To hope for a better tomorrow is only human; perhaps, to commit to realizing that dream is something more. For some, it is a calling, a conviction. For my boss, a Christian, it is a higher power; for myself, a secularist, it is humanity.”

Bagaimana mungkin Dr Ong Kian Ming boleh memperjuangkan agenda sekular bila Penyelidik Parlimen beliau sendiri menyifatkan beliau bukan sekularis?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Subang Jaya pada 10 Januari 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Pulau Pinang pada 22 Mac 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri, dan bila pelancaran buku ini dan forum mengenainya dianjurkan oleh Wanita DAP Pulau Pinang?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila, terbaru, Lim Kit Siang sendiri yang mati-matian mempertahankannya, termasuk di dalam “Bicara Buku Becoming Hannah” di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei lalu?

Dan bagaimana mungkin Lim Kit Siang boleh mengatakan bahawa, sebab beliau bukan seorang Kristian, agenda Kristianisasi tidak terdapat di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sedangkan yang benar-benar berkuasa di dalam DAP adalah Lim Guan Eng yang beragama Kristian?

Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?

Silap mata apakah yang cuba kamu mainkan, wahai Lim Kit Siang?





SUMBER : Kamarul Yusoff

Wednesday, 3 May 2017

Siasatan Forex : Kit Siang Akan Berbohong Demi Mahathir



Kalau diikutkan harapan Ketua DAP, Lim Kit Siang ialah untuk membongkarkan semua perbuatan jahat  Mahathir dalam skandal mata wang asing (Forex) yang menyebabkan negara kerugian berbiliion ringgit pada sekitar tahun 90-an.

Pada tahun 1993, Kit Siang menyeru dan membuat saranan supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebanyak RM30 bilion dalam skandal berkenaan dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jumlah itu, kalau digunakan, ia adalah cukup untuk jumlah pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia, bayi dan kanak-kanak selama 8 tahun mengikut nilai pada tahun berkenaan. Boleh juga buat sekitar empat buah lapangan terbang yang setaraf dengan KLIA dan boleh buat lebuh raya setaraf dengan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sepatutnya, selepas 24 tahun menunggu, kini Kit Siang sepatutnya lega apabila kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat skandal itu diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sebelum ditubuhkan pasukan petugas, Kit Siang ada menawarkan dirinya sendiri untuk membantu siasatan perkara itu.

Dalam minggu ini, dia bakal dipanggil bertemu dengan Pasukan Petugas Khas dan akan memberikan keterangan berkenaan skandal itu berdasarkan apa maklumat yang Kit Siang tahu tentang skandal mata wang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kemarahan Kit Siang dulu bukan satu perasaan biasa-biasa, malah pemimpin veteran DAP itu sampai menerbitkan dua buah buku mengecam Mahathir.

Dalam buku itu, dia mengatakan bahawa kerugian akibat skandal Forex itu telah mewujudkan satu keadaan yang digelar beliau sebagai 'lubang' yang mungkin memusnahkan BNM sebagai sebuah bank pusat di Malaysia.

Pada ketika itu, Gabenor, Tan Sri Jaafar Hussein menafikan wujudnya lubang berkenaan.

Kini, sepatutnya Kit Siang sudah dalam posisi mudah kerana beliau hanya perlu memberikan semua maklumat kepada Pasukan Petugas Khas dedahkan semua kepincangan Mahathir.

Kit Siang mungkin U TURN, dengan hubungan akrab kedua-duanya sekarang, dia nampaknya akan cuba menutup kelemahan Mahathir.

Kalau dulu, pada setiap ceramah, Kit Siang akan  bercakap dengan suara lantang mengkritik Mahathir berkenaan skandal itu.

Dengan kedudukan Kit Siang di sisi Mahathir, berkemungkinan dia akan berbohong untuk menyelamatkan bekas Perdana Menteri itu ketika memberikan keterangan di hadapan pasukan penyiasat.

Elok benar kalau digunakan sistem poligraf untuk melihat adakah Kit Siang berbohong atau sebaliknya dalam setiap maklumat yang diberikan.

Ia didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang menyatakan bahawa Kit Siang tidak akan memberikan maklumat yang boleh mengaitkan Mahathir dalam skandal itu untuk menjaga kepentingan politiknya.

Pada beliau, tindakan memanggil Kit Siang hanya membuang masa sahaja.

Kit Siang pada saat ini amat memerlukan Mahathir kerana beliau percaya pengaruh Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri amat berguna untuk DAP menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti seterusnya hendak melobi sebagai Perdana Menteri kerana dia yakin DAP akan menang besar dalam kalangan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Sepatutnya, Kit Siang bawa buku tulisannya yang bertajuk "Skandal Kerugian Forex Bank Negara Sebanyak RM30 Bilion" dan letak di atas meja kemudian beri keterangan kepada pasukan penyiasat berdasarkan kandungan buku berkenaan seperti yang didakwa, dikritik dan ditentang oleh beliau ke atas Mahathir.

Dengan kepentingan politik dan janji masa depan yang lebih baik jika terus berkawan, sesiapa pun akan menipu demi selamatkan diri dan rakan baik supaya agenda peribadi dapat dicapai.

Kit Siang akan cakap benar atau berbohong mengenai Forex nanti? Sama sama kita lihat keterangannya nanti. Kecenderungan untuk Kit Siang bohong adalah amat tinggi demi cita cita politiknya ke Putrajaya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB408, Rabu
3 April 2017                      

Wednesday, 19 April 2017

Propaganda Basi Lim Kit Siang & DAP Tuduh Malaysia akan Bangkrap


  1. Baru-baru ini, pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang membuat beberapa siri kenyataan media yang lebih kerap, di mana ia lebih menjurus kepada rungutan kononnya dia menjadi mangsa serangan.
  2. Salah satu dakwaannya ialah pada Pilihanraya Umum akan datang bakal menjadi pilihanraya ‘paling kotor’ dalam sejarah. Ini bermakna pada setiap lima tahun, Kit Siang akan mengulangi dakwaan ini. Jika kita melihat semula dakwaannya ini bagi tempoh tiga dekad lalu, setiap pilihanraya dituduhnya sebagai paling kotor dalam sejarah.
  3. Tuduhan ini hanyalah salah satu propaganda lazim yang dilaungkan pembangkang untuk mencetuskan ‘ketidakadilan’ di kalangan pengundi.
  4. Satu lagi propaganda yang kerap digunakan Kit Siang bertahun lamanya ialah Malaysia akan menjadi negara yang gagal atau bankrap maka semua perlu mengundi mereka kononnya bagi ‘Menyelamatkan Malaysia.’
  5. Dia dan DAP sudah bercakap nada yang sama sejak tahun 60an lagi. Malah pada 1978, Kit Siang turut menulis sebuah buku berjudul ‘Bom Jangka di Malaysia’ di mana dia memberi amaran kononnya Malaysia akan bankrap dan menjadi negara gagal tidak lama lagi.
  6. Tahun depan adalah 2018 dan menjadi tahun ke-40 bagi tuduhan Kit Siang kononnya ‘bom jangka’ dikatakan akan meletus. Bukan sahaja Malaysia tidak bankrap malah kita dapati pemimpin DAP semakin kaya, termasuk anaknya yang menaiki kereta Mercedes S-Class dan tinggal di banglo seluas 10,500 kaki persegi bernilai jutaan ringgit di sebuah kawasan eksklusif di Pulau Pinang. Malaysia tidak perlu ‘diselamatkan’ dan berterusan membangun tetapi saya tertanya, siapakah pula akan menyelamatkan kita dari terus bosan dari mendengar propaganda basi DAP?
  7. Saya agak terhibur dengan dakwaan Kit Siang melalui kenyataan media berterusannya selama beberapa dekad ini mendakwa anaknya, Lim Guan Eng ‘telah merentasi sempadan budaya dan agama untuk mempertahankan kehormatan seorang remaja perempuan bawah umur Melayu yang didakwa dirogol hingga menyebabkan Guan Eng ‘mengorbankan’ dirinya dan merengkok dalam penjara.
  8. Ini adalah satu lagi propaganda palsu, dari berdozen-dozen dakwaan, yang digunakan oleh DAP untuk menjulang imej pemimpin mereka.
  9. Mungkin Kit Siang mudah lupa bahawa Guan Eng didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan mencetak dan mengedar cerita palsu dengan niat jahat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948, bukan kerana mempertahankan gadis Melayu.
  10. Pada awalnya, Guan Eng didapati bersalah dan diperintah membayar RM15,000 denda tetapi dia enggan. Dia kemudian membuat keputusan untuk memfailkan rayuannya sambil berulangkali mempersoalkan keputusan hakim di luar mahkamah. Ini turut menyebabkan dia diseret ke penjara ketika keputusan rayuannya dibacakan.
  11. Mungkin Kit Siang lupa orang yang didakwa merogol itu turut memfailkan saman terhadap DAP kerana memfitnah dan DAP turut mengaku di mahkamah bahawa semua tuduhan mereka tidak berasas?
  12. Mungkin Kit Siang juga lupa Time Magazine dan Asiaweek turut menarik balik artikel mereka dan mengeluarkan permohonan maaf terhadap individu yang didakwa merogol itu selepas mencetak apa yang didakwa DAP?
  13. Jika individu yang didakwa itu bukan ahli politik dari parti memerintah, tidak mungkin DAP akan bersusah payah kerana tentunya tidak banyak pulangan politik darinya.
  14. Jika Kit Siang mahu berterusan dengan propaganda palsunya, saya cabar Kit Siang untuk menamakan individu itu secara terbuka. Kegagalan Kit Siang untuk menamakan individu itu sudah tentu akan merosakkan kredibiliti kepada tuduhannya.
  15. Saya juga meminta Kit Siang untuk menamakan berapa ramai gadis Melayu atau untuk tujuan yang sama, gadis dari bangsa lain yang dipertahankan kehormatan mereka oleh Guan Eng sebelum dan selepas dia dimasukkan ke dalam penjara?
Oleh Lim Sian See / My Nation News

Tuesday, 11 April 2017

Kit Siang didesak terima cabaran debat

BUTTERWORTH - Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan hari ini mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menerima cabaran bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk berdebat.

"Saya minta Lim Kit Siang tidak lari... rakyat Malaysia harus dan perlu tahu


Lim Kit Siang memang seorang diktator dan tidak mempunyai demokrasi memimpin parti DAP selama 51 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada sidang media 4 April lepas, Tunku Abdul Aziz mencabar Lim untuk

berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu selepas penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan pengerusi Pakatan Harapan.

Tunku Abdul Aziz mendakwa strategi itu hanya sebagai muslihat untuk

memperdaya pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Asoghan mendakwa tidak wujud demokrasi dalam parti DAP dan Lim akan menyingkirkan sesiapa sahaja di dalam parti bagi menjaga kedudukan dinasti Lim dalam DAP.

"Saya antara mangsa kekejaman politik kuku besi Lim Kit Siang. Selain saya, masih ada yang dalam parti DAP Lim Kit Siang akan singkir," katanya. - Bernama

Monday, 13 March 2017

Lim Kit Siang: Diktator Paling Lama Yang Masih Bertahan Di Dunia


Kim Il-sung adalah pemimpin tertinggi Korea Utara selama 46 tahun. Robert Mugabe telah mendominasi politik Zimbabwe selama 37 tahun. Ferdinand Marcos digulingkan setelah 31 tahun. Suharto selama 30 tahun. Joseph Stalin memerintah Rusia selama 30 tahun. Saddam Hussein mengetuai Parti Ba’ath beliau selama 30 tahun. François Duvalier adalah pemimpin negara itu selama 14 tahun. Idi Amin masih berkuasa selama lapan tahun. Kit Siang enggan melepaskan selepas 51 tahun dan masih akan berada dalam parti untuk meraikan ulang tahun ke-60 mengetuai DAP
DAP: CERITA DISEBALIK TABIR
Tiga tahun selepas Merdeka dan tidak lama selepas Lim Guan Eng dilahirkan, Lim Kit Siang membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan membina kehidupan yang baru untuk dirinya sendiri di Singapura. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, bermula apabila Kit Siang menjadi C.V. Setiausaha politik Devan Nair – pengasas Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kemudiannya menjadi Presiden Ketiga Singapura.
Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura (dan sebaliknya) telah diminta untuk memilih antara kerakyatan Malaysia dan kewarganegaraan Singapura. Kit Siang memilih kewarganegaraan Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan tertentu yang dibuat ia perlu bagi Kit Siang untuk mengekalkan kerakyatan Malaysia kerana Kuan Yew memerlukan dia untuk kembali ke Malaysia untuk menjaga kepentingan pihak PAP.
Oleh kerana Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia, Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak lagi boleh beroperasi di Malaysia. Jadi Kuan Yew mengarahkan Devan Nair untuk menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai DAP sebagai proksi atau ‘lengan’ PAP di Malaysia. Dua bulan kemudian DAP telah dilancarkan dan tidak lama selepas itu Kuan Yew meminta Kit Siang untuk pulang ke Malaysia untuk menjaga parti.
Persamaan dalam warna Korea Utara dan DAP bukan secara kebetulan
Ini adalah apa yang Rocket tulis pada 25 Februari 2011:
Perkenalan awal Kit Siang dengan Neo bermula semasa di sekolah menengah ketika mereka belajar di sekolah malam bersama. Percintaan mereka berkembang, dan dari kekasih sekolah tinggi, tidak lama kemudian mereka berkahwin selepas tamat pengajian. Apabila anak sulung mereka dilahirkan, Kit Siang dan keluarganya berpindah ke Singapura, di mana kemudian mereka mempunyai dua orang anak perempuan.
Neo mengimbas semula Kit Siang pulang ke rumah selepas kerja keras hari tersebut, dia masih akan membantu menjaga anak-anak pada waktu malam. Keadaan berubah apabila beliau mengambil tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Lim membuat trek kedua, kali ini ke utara arah ke Kuala Lumpur.
“Saya tidak menyangka dia meninggalkan pekerjaan yang lumayan dan stabil sebagai editor akhbar. Saya bimbang bagaimana dia akan menyara. Tetapi saya tahu suami saya adalah seorang lelaki yang nekad, jadi saya tidak cuba untuk mengubah fikiran beliau. Saya memberikan sokongan kepadanya. ”
Maka bermulalah perjalanan politik Kit Siang. Ketika dia memulakan hidupnya dalam perjuangan politik, dia berdiri tidak berbelah bahagi di sisinya. Neo mengimbas kembali hari-hari awal mereka di Kuala Lumpur.
“Devan Nair menyewa sebuah banglo di Petaling Jaya untuk dijadikan ibu pejabat parti itu, mereka mengambil salah satu bilik sebagai tempat penginapan. Kit Siang sering keluar awal pagi untuk bekerja dan pulang lewat petang; Saya sering bimbangkan kesihatan beliau. ”
https://www.therocket.com.my/en/lim-kit-siangs-70th-birthday-mrs-lim-kit-siang/
Kit Siang bermain permainan yang sama dengan PAS sepertimana Kuan Yew bermain dengan Umno
Bukan kebetulan PAP (Parti Tindakan Rakyat) dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) kedua-duanya ‘acuan’ ​​selepas Republik Rakyat Demokratik Korea. PAP seperti mesra rakyat dan DAP macam demokrasi seperti Korea Utara. Dan kedua-dua PAP dan DAP memihak kepada sebuah republik daripada raja berperlembagaan – itulah sebabnya DAP telah mengarahkan para pemimpinnya agar tidak menerima anugerah dan gelaran dari Raja-Raja Melayu atau mematuhi kod pakaian yang betul apabila mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja. Jika pemimpin DAP terpaksa memakai apa-apa selain daripada pakaian penjajah barat mereka lebih suka tidak menemui Raja-Raja.
Kuan Yew adalah seorang peminat tegar Korea Utara dan Kim Il-sung, yang mengambil alih kuasa pada tahun 1948 dan tidak lama selepas itu melancarkan perang terhadap Korea Selatan. Kit Siang dan Kuan Yew sering bercakap tentang bagaimana diktator mulanya akan dibangkang dan dinasti politik akan mengalami penolakan tetapi selepas beberapa ketika mereka yang lahir di bawah rejim itu akhirnya menerima. Ini telah dibuktikan oleh negara-negara dijajah oleh kuasa-kuasa asing di mana mereka yang membesar di bawah kerajaan itu akhirnya menerimanya sebagai satu cara hidup normal.
Kuan Yew mempunyai pelan induk beliau untuk mewujudkan dinasti politik , yang mana Kit Siang sangat memahaminya, dan dari buku Kuan Yew, Kit Siang merancang dinasti politiknya sendiri. Kit Siang tahu s
bahawa Kuan Yew benar-benar tidak mahu Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Apa Kuan Yew mahu adalah untuk mewujudkan sebuah Republik Singapura bebas daripada feudal, penguasaan Melayu. Tetapi tidak mungkin British akan memberi kemerdekaan Singapura.
Rusuhan kaum Malaysia 1969, juga dikenali sebagai ’13 Mei’, telah direka selepas 1964 rusuhan kaum di Singapura, rusuhan kelima sejak 1950
Pada 2 April 1955, Singapura mengadakan pilihan raya pertama (Malaya, pada masa itu belum lagi Merdeka, mengadakan pilihan raya pertama tiga bulan kemudian pada 27 Julai 1955 di mana Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi). Pada pilihan raya April di Singapura, pihak Komunis memenangi kira-kira separuh 25 kerusi yang dipertandingkan manakala PAP hanya menang tiga kerusi.
Gambaran yang diberikan adalah pihak Komunis telah mengambil alih Singapura sedangkan sebenarnya Kuan Yew membuat perjanjian dengan pihak Komunis di mana mereka akan mengambil separuh kerusi bagi menakut-nakutkan British. Pendek kata, Kuan Yew memberikan Komunis kerusi-kerusi itu, kemudian memberitahu British melainkan jika Singapura diberi kemerdekaan maka dalam pilihan raya akan datang, Singapura akan jatuh kepada pihak Komunis.
British melihat ini sebagai kemungkinan yang benar tetapi mereka masih enggan memberi kemerdekaan kepada Singapura melainkan jika ia bersetuju untuk menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia supaya Singapura boleh dilindungi di bawah persekutuan yang lebih besar dan dengan itu mencegah ancaman pengambilalihan Komunis. Kuan Yew bersetuju dan pada pilihan raya umum 1963, lima hari selepas Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, PAP menang 37 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan. Pihak Komunis hanya menang 13 kerusi manakala parti Perikatan Singapura yang disokong UMNO  dihapuskan sama sekali.
Kuan Yew pintar. Beliau mula membuat perjanjian dengan pihak Komunis dan menggunakan mereka untuk menakutkan orang British. Beliau kemudian bersetuju dengan rancangan British agar Singapura menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia. Apabila Singapura keluar daripada pemerintahan British, Kuan Yew menimbulkan kemarahan Tunku Abdul Rahman dengan menuntut supaya dia diberikan jawatan Perdana Menteri Singapura dan bukan hanya Ketua Menteri Singapura (seperti di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak).
Tunku menjawab Malaysia hanya boleh mempunyai satu Perdana Menteri, bukan dua Perdana Menteri, dan Kuan Yew tahu perkara tersebut akan berlaku. Dan jika Kuan Yew mahu juga menjadi Perdana Menteri, kata Tunku, maka Singapura boleh meninggalkan Malaysia dan menjadi sebuah republik yang bebas dan Kuan Yew kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura.
Kit Siang adalah pakar propaganda dan memainkan permainan politik kotor seperti Kuan Yew lakukan
Ini adalah bertepatan dengan apa yang Kuan Yew mahu. Kuan Yew adalah Machiavelli tegar. Mula-mula dia permainkan British. Kemudian dia permainkan ‘rakan-rakan’ Komunis beliau. Kemudian dia permainkan Tunku Abdul Rahman. Dari sini Kit Siang mula mengetap gigi dan belajar seni politik Machiavelli dari “Grandmaster” mereka, Lee Kuan Yew, yang memerintah Singapura selama 52 tahun dan mewujudkan satu dinasti politik.
Ya, Kit Siang telah menjadi diktator DAP selama 51 tahun. Kuan Yew selama 52 tahun. Jadi Kit Siang perlu menunggu setahun lagi untuk mengalahkan Kuan Yew dan menuntut gelaran diktator yang paling lama yang masih bertahan di dunia. Dan Kit Siang berharap menjelang tahun depan, 52 tahun, dia akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia walaupun belum ada keputusan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.
Ramai memandang rendah Kit Siang dan memanggilnya Cina Apek. Itu akan menjadi satu kesilapan kasar kerana Kit Siang telah dibimbing oleh Kuan Yew sendiri. Apabila DAP pertama kali ditubuhkan dua bulan selepas Singapura berpisah daripada Malaysia, Kuan Yew dipilih Kit Siang sebagai anak didik beliau dan meminta beliau untuk kembali ke Malaysia untuk mengambil alih pengelolaan DAP. Kuan Yew melihat potensi dalam Kit Siang dan tahu bahawa dia akan mampu untuk melakukan tugas itu.
Persamaan DAP dan PAP dengan Republik Rakyat Demokratik Korea bukan kebetulan.  Malah cara yang sama bagaimana Kit Siang dan Kuan Yew melakukan perkara tertentu juga bukan kebetulan. Kuan Yew merupakan mahaguru politik Machiavelli, seperti Kit Siang. Kuan Yew mengunakan British, Cina, pihak Komunis, orang Melayu, Umno, Malaysia, dan apa sahaja yang dia boleh  capai untuk merealisasikan cita-cita politiknya dan mewujudkan dinasti politiknya. Kit Siang, dalam kes ini, jika anda mungkin tidak perasan, sedang melakukan perkara yang sama.
Politik DAP adalah politik kebencian à la Korea Utara: membenci Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional, orang Melayu, Islam, Sultan, syariah
Kit Siang akan mengeksploitasi apa sahaja dan segala-galanya dalam misi matlamat menghalalkan cara. Anda boleh lihat bagaimana Kit Siang boleh menukar musuh-musuhnya kepada kawan-kawannya satu hari dan kawan-kawannya kepada musuh-musuh-nya pada hari berikutnya, sama seperti apa Kuan Yew lakukan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Britain dan kemudian untuk menjadikan Singapura sebuah republik. Jika anda tahu sejarah Singapura dan Kuan Yew anda akan dapat melihat sejauh mana kaitan iaitu sejarah DAP dan Kit Siang. Dan ini adalah pasti bukan secara kebetulan tetapi melalui perancangan.
Kit Siang telah belajar dari Kuan Yew bagaimana untuk mendapat kuasa melalui pembohongan dan penipuan dan dengan bermain permainan persepsi. Langkah pertama anda perlu berbohong dengan mengatakan bahawa apa yang musuh anda kata adalah pembohongan dan berita palsu. Ini adalah seni berbohong dengan menuduh orang lain berbohong. Langkah seterusnya adalah eksploitasi politik di mana setiap perkara akan dieksploitasi. Dan ini adalah tepat bagaimana Singapura dan dinasti politik Lee wujud, “kitab” yang Kit Siang juga guna.
– Malaysia Today / PRU14.tv

Wednesday, 1 February 2017

Kit Siang Tiada Pendirian

JOHOR BAHRU – Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap, malah parti DAP juga dilihat kini semakin melupakan Pas setelah mempunyai sokongan kuat daripada banyak pihak.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara itu jelas apabila sebelum ini Kit Siang ada menyatakan hasrat untuk memujuk Pas supaya kembali menyokong dan berjuang bersama Pakatan Harapan.
“Tetapi, kini dia (Kit Siang) mahu mengemukakan saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduhnya anti-Islam. Ia menunjukkan bahawa kenyataan Penasihat DAP itu tidak konsisten serta sedang ‘kepanasan’.
“Memang benar DAP menentang Islam dan segalanya terbukti apabila parti itu tidak menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini serta pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (RUU 355).
“Malah, DAP juga sudah semakin melupakan Pas apabila memiliki sokongan daripada pelbagai pihak dan mereka (DAP) juga yang mulai bertindak menendang Pas semasa PRU yang berlangsung di Sarawak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mahfodz berkata, sekiranya Ahli Parlimen Gelang Patah itu mahu meneruskan tindakan samannya terhadap Presiden Pas, pihaknya bersedia mempertahankan.
“Sebelum ini, orang tuduh Pas makan dedak, kami juga turut ambil tindakan undang-undang serta failkannya ke mahkamah dan kes tersebut masih dalam proses, jadi jika dia (Kit Siang) mahu meneruskan hasratnya (saman) kita bersedia untuk mempertahankan,” katanya.
Menurutnya, Pas Johor akan tetap bersama dengan Pas Pusat untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan pihaknya masih selari pada agenda serta matlamat perjuangannya untuk mempertahankan agama Islam.
“Namun, Pas sentiasa mengalu-alukan perbincang dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda perjuangan sama,” katanya.-Sinar Harian

Thursday, 26 January 2017

Lim Kit Siang; Hipokrit Terbesar Antara Semua - Datuk Huan Cheng Guan



1. Hipokrit terbesar yang pernah ada berkaitan Skandal BMF adalah Lim Kit Siang.

2. Lim Kit Siang merupakan individu yang menentang pentadbiran Tun Mahathir ketika tahun 80-an di dalam dan di luar parlimen.

3. Lim Kit Siang telah meyakinkan pengundi PRK Seremban tahun 1983 untuk mengeluarkan 10 tuntutan mengenai penyiasatan Skandal BMF yang dia sendiri bacakan sewaktu sidang parlimen pada tahun tersebut.

4. Lim Kit Siang telah menuntut parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal BMF.

5. Lim Kit Siang juga telah menerbitkan buku mengenai BMF Skandal.

6. Tetapi pada hari ini, apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu.

7. Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai.

8. Dan inilah diri Lim Kit Siang yang sebenar; dia hanya berjuang demi kepentingan politik dirinya sendiri sahaja dan bukanlah demi rakyat.

9. Setiap isu yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang adalah manipulasi jahat bertujuan untuk mendapat sokongan dan populariti daripada rakyat semata-mata.

10. Lim Kit Siang adalah Bapa Hipokrasi Malaysia!



Huan Cheng Guan

Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Tuesday, 13 December 2016

Isu Rasuah, Lim Kit Siang sepatutnya ambil peduli Nasihat anak sendiri

BUKIT BENDERA, 13 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim menyelar tindakan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang kononnya mahu menjadi hero dalam kes rasuah apabila mengingatkan barisan kabinet yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai perdana menteri mengambil peduli amaran Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai gejala rasuah dan pecah amanah di negara ini.

Jelasnya, Kit Siang seperti terlupa yang anaknya Lim Guan Eng kini sedang berhadapan dengan kes rasuah dan sepatutnya dia menasihati anaknya itu agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Inilah yang dikatakan kuman di seberang laut boleh nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak… Kit Siang sepatutnya cermin diri sebelum menuding jari kepada pihak lain.

“Kit Siang patutnya sedar, Guan Eng sedang berhadapan dakwaan salah laku jenayah dalam pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran malah turut dikaitkan dalam salah guna kuasa penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin”,

Ini belum lagi ujar beliau kes kerajaan negeri pimpinan Dap yang terus tutup mulut dalam isu RM305 juta yang ‘dibuang’ begitu sahaja hanya semata-mata untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.

“Jadi sebelum mahu menuduh orang lain, silalah semak keluarga sendiri yang penuh dengan rasuah dan putar belit,” katanya

Tambah Rafizal, Kit Siang sebenarnya tidak layak langsung untuk bersuara isu berkaitan rasuah kerana dalam Dap sendiri banyak dikaitkan dengan skandal rasuah dan salah laku guna kuasa.

“Jika hendak bercakap berkaitan rasuah dan salah laku guna kuasa, Dap perlu terlebih dahulu menjelaskan isu salah kira undi dalam pemilihan CEC mereka dan Kit Siang juga harus mendesak anaknya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua menteri.

“Selagi dia tidak berani melakukan perkara ini, jadi lebih baik dia diam,” tegas Rafizal lagi.