Showing posts with label mahathir. Show all posts
Showing posts with label mahathir. Show all posts

Monday, 14 May 2018

Pelantikan Guan Eng belum dimuktamadkan - Dr M

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan belum dimuktamadkan sebelum angkat sumpah jawatan dilakukan.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga akan dapatkan laporan terlebih dahulu berkaitan kes mahkamah dihadapi Guan Eng sebelum sebarang keputusan pelantikannya sebagai Menteri Kabinet dimuktamadkan.

"Dia (Guan Eng) belum angkat sumpah lagi tapi hanya dinamakan (sebagai Menteri Kewangan.

"Pelantikan menteri mesti dilakukan mengikut undang-undang. Kita tunggu dahulu bagaimana," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan mengenai kedudukan dan status Guan Eng yang kini berdepan kes mahkamah iaitu isu banglo di Pulau Pinang.

Katanya, beliau kena pastikan mana-mana menteri yang dilantik kelak adalah layak.

Sebelum ini, tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dinamakan sebagai menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri; Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Friday, 30 March 2018

Ceramah dipenuhi tuduhan liar, pembohongan

Seperti biasa, ceramah politik oleh kepemimpinan kanan Pakatan Harapan diketuai DAP di Guar Chempedak dekat sini malam tadi, dipenuhi dengan pelbagai pembohongan dan cerita-cerita rekaan bagi meraih simpati rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Malah Pengerusi pakatan tersebut yang sepatutnya sudah cukup matang dalam berpolitik, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat tuduhan yang tidak masuk akal seolah-olah cuba menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini ada undi pos dan ini adalah peluang sekali lagi hendak tipu. Peti undi itu akan disorok dengan undi palsu supaya Najib menang.

“Sebab itu kita nak pengundi keluar mengundi beramai-ramai supaya apabila kami menang dengan banyak, dia tak boleh sumbat undi palsu,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menipu hadirin dengan mendakwa kerajaan Pusat sebagai melakukan pembohongan menerusi pemberian insentif sebanyak RM200 melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

“Kerajaan Pusat tiru kerajaan Pulau Pinang apabila beri bayi lahir sebanyak RM200. Bezanya kerajaan pemberian yang kerajaan Pusat beri itu hanya boleh diambil ketika bayi berkenaan berusia 21 tahun sedangkan kerajaan Pulau Pinang beri secara serta-merta.

“Kalau kena tunggu 21 tahun baru boleh ambil RM200, tak payahlah. Biar kami jadi kerajaan, RM200 itu kami bayar sekarang juga,” katanya.

Apa yang diperkatakan Guan Eng itu jelas satu pembohongan kerana unit insentif dan agihan pendapatan ADAM50 boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencapai usia 18 tahun dan bukannya 21 tahun.

Berbanding pemberian wang tunai yang akan habis pada bila-bila masa, pemberian unit amanah percuma menerusi ADAM50 sudah tentu lebih menarik kerana wang itu akan bertambah berdasarkan andaian kadar agihan pendapatan enam peratus setahun. - UTUSAN

Sunday, 25 March 2018

Dr. Mahathir, usia, nafsu dan realiti



Menonton rakaman video komen hartawan British berasal dari Sudan, Mo Ibrahim yang sinikal terhadap pemimpin berusia 90-an menjadi Presiden,  membuatkan Awang tersenyum.

“Apakah anda gila atau apa?” tanya beliau dalam satu forum sebagai merujuk kepada  pemimpin tertentu di benua Afrika.

Kata-katanya itu disambut gelak ketawa para hadirin. Mo menyifatkannya sebagai jenaka lalu berkata lagi. “Anda berhak untuk ketawa kerana seluruh dunia mentertawakan kita.” Ini kerana rakyat mana-mana negara mengharapkan pemimpin yang dipilih cergas, bertenaga  dan sihat.

Nasihat  Mo begitu relevan dalam konteks politik Malaysia. Pada Januari lepas, Dr. Mahathir Mohamad, 93, dipilih sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang PRU-14.

Bukan sahaja di benua Afrika, di Malaysia juga menyaksikan sentimen menolak  langkah Dr. Mahathir (yang telah bersara selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri ) mahu kembali berkuasa. Dengan kata lain beliau akan menjadi calon kitar semula jawatan Perdana Menteri yang tertua dalam sejarah dunia.


Awang lihat Pakatan Harapan telah memberi isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia seolah-olah berundur ke belakang  dan ketandusan pemimpin. Dr. Mahathir  sendiri terlupa penghinaan yang ditujukan kepada Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat pada 2013.

“Ini umur  82 tahun, nak berdiri pun tak boleh, masih nak bertanding lagi, sampai bila-bila. Apa jenis manusia. Suruh kita tukar (kerajaan), tukarlah diri engkau terlebih dahulu.” Rakaman video ucapannya itu kini tular kembali.

Ketika itu Dr. Mahathir telah bersara dan berusia 78 tahun. Kini pada usia lebih lanjut dan beberapa kali telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), beliau akan bertanding pada PRU-14.
Usia tidak menipu walau apa pun tafsiran.

Cuba bayangkan sekiranya Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun, bagaimana tahap kecergasan dan kesihatannya?

Hal tersebut menjadi bahan perbualan orang ramai termasuk melalui media sosial. Antara yang disentuh,  Dr. Mahathir hanya mampu bekerja selama empat jam sehari kerana mudah penat, selebihnya perlu berehat.

Selain itu, tidak mampu berdiri lama termasuk untuk berucap dan berjalan. Pertuturan pula tidak berapa jelas dan pendengaran makin merosot.

Risiko terkena serangan jantung dan angin ahmar amat tinggi. Masalah kesihatan Dr. Mahathir adalah kebimbangan utama keluarganya. Dalam kes sedemikian, beliau memerlukan pasukan perubatan lebih besar sepanjang masa seumpama klinik di kediamannya.

Lebih dikhuatiri, pada usia sebegitu, beliau berisiko alami nyanyuk sedangkan pemimpin negara  tidak boleh mudah lupa. Maka Dr. Mahathir perlu berlaku adil kepada  rakyat dan negaranya.

Demi rakyat dan negara, Malaysia berhak mendapat pemimpin yang cergas. Bebanan dan tekanan tugas sebagai Perdana Menteri begitu tinggi termasuk dalam urusan diplomatik dan melawat ke luar negara. Faktor usia dan kesihatan ternyata tidak memihak kepada Dr. Mahathir.

Mesejnya, nafsu dan realiti adalah dua perkara berbeza. Jika beliau mahu mengangkat dirinya sebagai   pemimpin harapan maka seperti kata Mo, harapan itu sudah tiada. Kelam yang menanti.

SUMBER 

Thursday, 8 March 2018

Mahathir ‘Kurang Yakin’ Manifesto Pakatan Harapan #PRU14

RAGU… Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau ‘kurang yakin’ dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan segala manifesto pilihan rayanya.
“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Katanya yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dengan kemampuan kewangan yang ada, tidak mungkin Pakatan Harapan boleh menampung janji-janji yang keterlaluan.

Oleh sebab itu Pakatan Harapan akan membuat janji setakat yang mampu ia tunaikan sahaja, kata pengerusi Pakatan Harapan itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau yang sudah berusia 92 tahun itu berkata manifesto Pakatan Harapan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahathir berkata, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana manifesto daripada pemimpin mereka yang melontarkan cadangan atas kapasiti peribadi.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat kenyataan tertentu, tetapi kita (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pakatan Harapan akan membuat rayuan kepada mahkamah Khamis ini berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang masih tidak memberi respons terhadap permohonan mereka untuk menjadi komponen parti pembangkang.

Dilapor, Pakatan Harapan telah menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lepas dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada pilihan raya raya umum ke-14 nanti. – BERNAMA

Thursday, 8 February 2018

Istana Kelantan Turut Tarik Pingat Mahathir

Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.

Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.

Sumber memberitahu Malaysiakini, Dr Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.

Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Dalam titah ucapannya baginda menjelaskan penganugerahan DK kepada Dr Mahathir itu dibuat sebagai menghargai peranan serta sumbangan beliau selama ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.

Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.


Friday, 15 December 2017

Pulang Pingat Bukan Adat Orang Melayu


KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  memulangkan pingat dan darjah kebesaran dianugerahkan Istana Selangor disifatkan tidak beradab.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu juga dilihat menghina institusi diraja.

“Anugerah itu bukan diminta tetapi dikurniakan Almarhum Sultan Selangor kepada beliau. Apabila dipulangkan ia seolah-olah memperlihatkan Mahathir menghina penghormatan yang diberikan.

“Alasan diberikan Mahathir tidak boleh diterima. Itu bukan adat orang Melayu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, semalam.

Mahathir sebelum ini memulangkan pingat dan darjah kebesaran termasuk Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) yang diterima kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003.

Mengikut jejak langkah Mahathir, adalah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali yang turut memulangkan dua darjah kebesaran iaitu Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor, yang diterima pada 1983 dan 1994.

Kelmarin, Pengerusi Pakatan Harapan itu, memaklumkan keputusan memulangkan pingat dan darjah kebesaran dianugerahkan Istana Selangor kerana beliau dianggap tidak layak lagi memilikinya.

Beliau berkata, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api kemarahannya, maka dengan sendirinya beliau tidak layak menyandang pingat diraja negeri itu.

Dalam perkembangan berasingan, menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14, adalah keputusan terkebelakang.

“Nama sahaja Pakatan Harapan tetapi pilih pemimpin zaman silam. Mereka patut tukar nama jadi Pakatan Zaman Silam, kerana ambil pemimpin yang sudah pencen.

“Kita menghormati rekod kejayaan Mahathir yang ketika itu di bawah BN. Apabila Pakatan Harapan terima Mahathir, maknanya mereka mengiktiraf rekod kejayaan Mahathir yang ketika itu memimpin Kerajaan BN,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan semakin keliru. Sekejap iktiraf kejayaan BN dengan mengambil bekas pemimpin BN. Tetapi pada masa sama mengkritik apa yang yang dilakukan kerajaan BN.


Sumber: Sinar Online

Tuesday, 17 October 2017

Mamak Kutty vs Lanun Bugis?



jom saksikan beza pandangan DAP & zombie2 pakatun berkaitan isu Mamak Kutty vs Lanun Bugis??

Wednesday, 27 September 2017

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi



Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata "tidak tahu". Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

"Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?"
tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana,
banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara "aircraft leasing".

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata "tidak tahu".

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapalterbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep "leasing".

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat "aircraft leasing".

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai "aset-light" dengan menggunakan konsep "aircraft leasing".

Tetapi kini, Mahathir dan orang orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba "tidak tahu"?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah "aircraft leasing" ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat "aircraft leasing" bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

"Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur" kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

"Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.


Tulisan :
Beruang Biru
BB590, Selasa
26 September 2017

Monday, 25 September 2017

Selepas Berdolak Dalik, Mahathir Akui Anwar Hanya Jadi PM Ke-8, Bukan Ke-7



Selepas beberapa kali asyik berdolak-dalik, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjadi Perdana Menteri ke-8.

Perkara tersebut diluahkan beliau ketika diwawancara eksklusif oleh Ketua Pengarang Malaysian Insight, Jahabar Sadiq yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi portal berita propembangkang itu hari ini.

Menerusi temuramah Insight Talk berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir mengakui Anwar tidak mungkin Perdana Menteri ke-7 sebagai mana dihasratkan oleh kepimpinan partinya, PKR selama ini.


“Ini bukan isu peribadi, ini pilihan rakyat. Antara sebab kami (PH) tidak menamakan beliau untuk menjadi perdana menteri ke-7 tetapi hanya ke-8 kerana Anwar kena tunggu selepas ‘habis’ yang ke-7 itu,” dalih Mahathir.

Jawapan Pengerusi PH itu nyata berbeza dengan sokongan terbuka Mahathir sebelum ini menyatakan Ketua Umum PH tersebut bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 jika blok pembangkang berkenaan ‘menawan’ Putrajaya.

Umum mengetahui ketika Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-12 di Shah Alam, Selangor pada 21 Mei, perwakilan parti itu sebulat suara mengangkat plakad seragam yang bertulis ‘Anwar PM Ke-7’ semasa akhir program tersebut.

Bagaimanapun, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berbuat demikian waima beliau turut menerima plakad berkenaan untuk diangkat bersama-sama kepimpinan PKR di atas pentas.

Malaysiakini Juga Tidak Yakin Dengan Kestabilan Pakatan Harapan & Terbitkan Artikel Ini
Dalam sesi bual bicara dengan tajuk ‘Selamatkan Malaysia: Sahabat Atau Musuh’ itu, Mahathir sebaliknya pula menegaskan, jika tiada Perdana Menteri ke-7, Anwar tidak mungkin akan menjadi penyandang yang ke-8.

Jawapan sinis beliau itu seolah-olah menggambarkan cita-cita Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 bakal menerima masalah sekiranya Perdana Menteri ke-7 tiba-tiba enggan ‘lepas’ jawatan dipegang.

‘Otai’ DAP, Lim Kit Siang yang turut menjadi tetamu dalam wawancara itu bahkan sependapat dengan Mahathir apabila mengakui Anwar hanya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 setelah yang ke-7 itu ‘beri’ laluan.

Marah Sungguh PKR Terhadap Lim Kit Siang Apabila Kata Anwar Tak Boleh Jadi PM Ke-7
“DAP konsisten dengan pendirian untuk akur dengan ketetapan PH dalam isu Perdana Menteri iaitu beliau (Anwar) bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas ke-7 berakhir sejajar keputusan pembangkang,” katanya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh mereka berdua dalam sesi temuramah itu serta penegasan mengenai nasib Anwar sebagai Perdana Menteri baharu dapat disaksikan pada minit ke-20 dan ke atas.

DAP Dakap Mahathir Untuk Ganti Kehilangan PAS – Penasihat SUARAM

DAP sengaja mendakap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM sebagai mengganti kehilangan PAS yang ditendang daripada Pakatan Rakyat, kata bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soong.

Dr Kua yang juga Penasihat SUARAM berkata Dr Mahathir merupakan musuh utama DAP sebelum ini, namun parti itu menukar pendirian menyokong bekas Perdana Menteri itu selepas tiada lagi sokongan Melayu-Islam daripada PAS.

PAS Akan Diketepikan Bila DAP Dapat Undi Melayu - Tunku Aziz
“DAP sekarang sanggup dan malah mampu untuk bekerjasama dengan orang yang telah bertanggungjawab untuk penswastaan hampir semua industri di Malaysia dan memusnahkan keabsahan apa sahaja bentuk demokrasi yang kita ada selama 22 tahun beliau memegang jawatan. Semua kerana kenyataan yang disebut perlu untuk “Menyelamatkan Malaysia”.

“Inilah perubahan politik ketara oleh DAP. Kesediaan mereka semasa bekerjasama dengan bekas pemimpin zalim dan autokratik Malaysia memerlukan analisa ekonomi politik yang lebih bertanggungjawab oleh kepimpinan DAP untuk menjustifikasikan bentuk penyamaran ini.

“Mereka juga berhutang dengan rakyat Malaysia analisa kelas penindasan di Malaysia hari ini dan bagaimana hubungannya dengan agenda baru mereka “Selamatkan Malaysia”.

“Kepimpinan DAP kini memperjudikan agenda Melayu baru mereka dan bekas pemimpin PAS “Harapan Baru” untuk mendapatkan sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pindaan Akta RUU 355, Bantahan & Penipuan DAP
Beliau berkata DAP menendang keluar PAS daripada PR bukan disebabkan tindakan Kerajaan PAS Kelantan meluluskan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 18 Mac 2015.

“Umumnya telah diberitahu bahawa ia adalah kerana komitmen PAS terhadap pindaan Rang undang-undang Syariah. Adakah ia benar? Adakah Nik Aziz bekas Menteri Besar Kelantan tidak meminda dan meluluskan rang undang-undang yang sama di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 90an? ”

Sebaliknya, Dr Kua menegaskan punca sebenar PAS dikeluarkan daripada PR kerana parti Islam itu khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang diusahakan PKR dan disokong DAP.

Langkah Kajang: Mustahil Pembangkang Akan Mohon Maaf Atas Gerakan Berasaskan Pembohongan
“Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan tersebut tahu bahawa persengketaan di antara DAP dan PAS bermula sebelum pindaan rang undang-undang syariah di Parlimen lagi. Akibat tindakan bodoh ‘Langkah Kajang’ pada 2014 kita menyaksikan bekas Menteri Besar Selangor yang secara terbuka dihina oleh pemimpin-pemimpin DAP sebagai tidak berkemampuan dan mengamalkan rasuah, faktor yang diangkat sebagai sebab utama perlucutan jawatannya sebagai Menteri Besar.

“Adakah Presiden PAS telah diberi penjelasan tentang langkah politik yang tidak bertanggungjawab ini? Langkah Kajang sebenarnya menunjukkan penghinaan bukan sahaja terhadap pengundi-pengundi di Kajang tetapi juga tidak bertanggungjawab terhadap kepimpinan PAS yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

“Apa yang rakyat Malaysia saksikan semasa kontroversi Menteri Besar Selangor ini adalah penghinaan yang ditunjukkan terhadap Presiden PAS bukan sahaja dalam tidak diberi penjelasan sejak dari mula tentang salah laku bekas Menteri Besar dan akibat daripada “Langkah Kajang” tetapi juga diperangkap oleh “Rottweilers” DAP.



“Maka jelas terdapat rasa kurang hormat di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang membenarkan pemimpin-pemimpin kecil parti berlaku kurang ajar di khalayak umum terhadap Presiden sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Tidak lama kemudian, seorang pemimpin tertinggi DAP memulakan persengketaan apabila Setiausaha Agung DAP menggelar Presiden PAS “gila” dan “pembohong”, antara sebab utama persengketaan berterusan di antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat tersebut. Pakatan tersebut telah secara rasmi dibubarkan oleh DAP pada 16 Jun 2015, dengan alasan ketidakmampuan mereka untuk bekerjasama dengan PAS.

“Ikrar dan kesungguhan semua pemimpin DAP untuk menarik lebih ramai ahli Melayu, mengutuk Presiden PAS tidak mungkin membantu DAP untuk menawan penyokong akar umbi PAS di seluruh negara. Saya terkejut, pemimpin DAP berfikir bahawa usaha kosmetik mereka memilih beberapa kerat pemimpin Melayu untuk bersama dalam kepimpinan DAP boleh memperbaiki semua kerosakan yang dilakukan dengan terus mengutuk pemimpin utama parti berasaskan Melayu!” katanya lagi.

Sumber: AIDC

Sunday, 10 September 2017

Mahathir Yang Buta Ekonomi, 2 Kali Kegawatan & Lesap RM 32 Billion Sebagai Bukti

HUJAH penyokong PPBM bila bercakap tentang Mahathir dan ekonomi ialah, Mahathir yang menyelamatkan ekonomi negara dari krisis matawang 1997.  Itu sajalah balik-balik.  Seolahnya sebelum krisis matawang 1997, Perdana Menteri orang lain, selepas krisis matawang 1997, baru Mahathir jadi Perdana Menteri.

Kalau macam itu keadaannya, betul lah Mahathir hero, cuma masalahnya sekarang, sebelum dan selepas krisis, Perdana Menteri adalah orang yang sama – Mahathir.

Prosiding RCI yang sedang hangat sekarang membuktikan bahawa Mahathir adalah seorang yang buta ekonomi, tak hairan dibawah dia, 2 kali negara ini dilanda kegawatan ekonomi, 1986 sekali, 1997 sekali.  Orang Mahathir sekarang membela pulak Tan Sri Nor Mohamed Yaakob sebagai penyelamat krisis ekonomi 1997 yang sebenar, bukan Mahathir pun.

Kononnya “kejayaan” itu adalah belajar dari pengalaman kerugian berjudi di matawang 1989-1993 sebanyak RM 32 billion – alasan yang menjadi bahan gelak bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Don seperti dilaporkan media.

Sekarang Pakatan nak angkat Mahathir atau orang pilihannya jadi Perdana Menteri selepas ini?  Adakah kita rakyat ni bahan lawak jenaka di kalangan mereka (Pakatan) sehingga begitu sekali nak diperbodohkan?

Friday, 7 July 2017

Mahathir Nyanyuk, Ordinan Darurat & ISA Sudah Tiada


Dalam entri terbaharu di blognya, Dr. Mahathir yang masih terpana dengan kenangan silamnya sebagai Perdana Menteri, membayangkan Najib Abdul Razak akan menggunakan undang-undang untuk memastikan PRU-14 tidak dilangsungkan.
Sudah pastilah kenyataan Dr. Mahathir itu akan disambut dengan penuh gegak gempita oleh para penyokongnya yang akan mengangguk-angguk dan membenarkan setiap kenyataannya.
Mahathir cuba menjadikan Akta Majlis Keselamatan Negara sebagai satu lagi perisytiharan Darurat yang membolehkan sebuah Mageran mengambilalih pentadbiran negara, sekaligus tidak membolehkan Parlimen berfungsi. Apabila Parlimen tidak berfungsi, bermakna Parlimen juga tidak boleh dibubarkan bagi memberi laluan kepada mandat baru diperolehi daripada rakyat menerusi pilihanraya umum.
Najib Abdul Razak sebelum ini dikecam kerana telah melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat yang telah digunakan secara meluas oleh Dr. Mahathir ketika cuba mengekalkan kuasanya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, SOSMA diperkenalkan bagi menggantikan ISA dan ramai yang berpendapat, SOSMA hanyalah kosmetik dan sebagai ‘undang-undang tidak bergigi’ kerana akta tersebut tidak berkesan menyekat atau menghalang sebarang elemen subversif di negara ini. Kebanyakan elemen-elemen subversif lebih banyak ditangani menggunakan Akta Hasutan, POTA dan POCA. Pada tahun 2016, Akta MKN pula diluluskan oleh Parlimen walaupun para pemimpin pembangkang cuba menggambarkan Akta MKN sebagai ISA dan Ordinan Darurat baru.
Tiada lagi penahanan ahli politik tanpa perbicaraan dan kemudian dihumban ke dalam Pusat Tahanan Kamunting selama 2 tahun seperti yang berleluasa pada zaman Mahathir. Sebaliknya mereka yang ditahan di bawah POTA dan POCA pula, terdiri daripada anggota-anggota pelampau IS dan penjenayah yang kemudian diberikan peluang keadilan menggunakan mahkamah yang tidak wujud pada zaman Mahathir. Begitu juga dengan mereka yang ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Berbeza dengan pentadbiran Mahathir yang seringkali mengambil tindakan menahan dan memenjarakan pemimpin terutama dari kalangan pembangkang dan mereka yang mengancam kedudukannya, strategi tersebut tidak diamalkan oleh Najib. Sebaliknya, Najib memberikan kebebasan mutlak kepada mereka, termasuklah menfitnahnya 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Kalau ada pun, mereka hanya diseret ke mahkamah atas tuduhan fitnah. Dan sebahagian besar daripada mereka, dimaafkan dan penyelesaian dibuat di luar mahkamah.
Kata Mahathir dalam entri terbaharunya,Najib akan bertindak keras terhadap pemimpin pembangkang menjelang PRU-14. Langkah tersebut adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi an mengucar-ngacirkan musuh politik Najib.
Dakwaan Mahathir itu sebenarnya langsung tidak berasas. Sebenarnya, Mahathir yang lebih takut dengan bayang-bayangnya sendiri terutama apabila Kabinet bersetuju dengan desakan bertahun-tahun Lim Kit Siang – sekutu rapat Dr. Mahathir sendiri – agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam urusniaga hadapan tukaran matawang (FOREX) pada tahun 1990-an.
Menurut Akta MKN 2016 pada Seksyen 18 (2), suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah:
(a) terpakai hanya bagi apa-apa kawasan keselamatan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; dan
(b) terhenti berkuatkuasa apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau apabila habis tempoh pembaharuan yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau mengikut subseksyen (6).
Dalam subseksyen (1) dinyatakan, Perdana Menteri boleh jikalau difikirkannya perlu demi kepentingan keselamatan negara, mengisytiharkan secara bertulis kawasan itu sebagai kawasan keselamatan setelah dinasihati oleh Majlis bahawa keselamatan mana-mana kawasan di Malaysia diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana orang, perkara atau benda yang menyebabkan atu berkemunginkan untuk menyebabkan bahaya yang serius kepada orang ramai atau bahaya yang serius kepada wilayah, ekonomi, infrastruktur utama negara Malaysia atau apa-apa kepentingan Malaysia yang lain dan memerlukan tindakan negara secara serta-merta. (RUJUK SINI)
FANTASI MAHATHIR kononnya, Najib akan menggunakan Akta MKN untuk menghalang PRU-14 seterusnya membenarkan Mageran mengambilalih pentadbiran negara, tidak lebih daripada satu kepercayaan bodoh yang terbit daripada dosa-dosa silamnya terhadap rakyat Malaysia.
Sebabnya ialah, Akta MKN tidak seperti Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan pada tahun 2011!
Sumber: The Flying Kick

Thursday, 16 February 2017

Dr Mahathir tak akan berjaya pujuk PAS

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap “sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk” dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas perdana menteri itu tidak akan berjaya “memujuk” PAS untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

“Cara dan kenyataan Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan, namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Amanah.

Beliau kemudiannya menyelar tindakan PAS dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Uilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

“Kita (PAS) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Dr Mahathir) rasa PAS tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.
“Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli… jadi kita bawa jalan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Amar berkata tiada mana-mana pihak boleh memaksa PAS untuk membuat keputusan mengikut selera mereka kerana parti itu mempunyai penilaian sendiri terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan.

“Kami ada pendirian kami sendiri… tak ada orang boleh paksa PAS. Kita buat keputusan apa semua pun dengan pandangan dan penilaian kita sendiri. Setakat ini tak ada lagi keputusan (yang dibuat PAS) kerana orang paksa,” katanya.

Friday, 10 February 2017

KENAPA TUN M MASIH KEKAL KATA TAK BERSALAH? APA SILAPNYA.....


1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.
2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan tersasar berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.
3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.
4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.
5. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.
6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit.
7. Jalil dibunuh supaya pinjaman yang besar kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera. Perdana Menteri ketika itu adalah Dr. Mahathir.
8. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.
9. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.
10. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).
SKANDAL FOREX
11. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank untuk membuat keuntungan.
12. Isyarat bahawa Bank Negara akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.
13. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?
14. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.
15. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.
16. Dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.
17. Mengambil kira jumlah wang yang hilang dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Dr. Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan? Terutamanya apabila skandal-skandal inilah yang telah menjadi punca krisis kewangan tahun 1997-1999 iaitu krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia yang telah menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat hilang pekerjaan dan ramai menjadi papa kedana kerananya?
18. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Tuesday, 7 February 2017

Mahathir Yang Jadikan DAP Seperti Hari Ini

DAP bukannya betul-betul satu kuasa yang disegani. Paling terbaik ia boleh menang hanya 20-24 kerusi parlimen dan tidak akan dapat mentadbir negeri. Tetapi pada 2008 Mahathir memastikan bahawa DAP boleh berkemungkinan menang 45 kerusi dan mempunyai sekurang-kurangnya satu negeri di bawah pemerintahan secara langsung dan dua negeri melalui proksi. Dan ia adalah semua kerana bekas Perdana Menteri ketika itu enggan mendengar ‘nasihat’ Mahathir.
Pakatan Rakyat memulakan gerakan agak hebat pada Februari 2008. Apa yang tidak disedari bahawa ini adalah gabungan keempat pembangkang selepas Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990 dan Barisan Alternatif pada tahun 1999, semuanya gagal dan dibubar selepas tempoh masa yang singkat. Dan setiap kali ianya ditutup adalah kerana DAP.

20 kerusi DAP yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1990 menurun kepada hanya sembilan pada tahun 1995, jadi DAP tidak lagi mahu apa-apa ‘rakan kongsi’, manakala dalam pilihan raya umum 1999 DAP hanya memenangi sepuluh kerusi dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh kedua-duanya kehilangan kerusi mereka ( juga sebagai ahli pakatan pembangkang). Oleh itu DAP melihat bahawa pakatan pembangkang tidak menjaga kepentingan parti dan semua yang berlaku adalah keuntungan kepada rakan-rakan kongsi yang lain.

Dalam pilihan raya umum 2004 DAP cuba nasibnya ‘pergi solo’ untuk melihat sama ada ianya boleh dilakukan seperti yang pada pilihan raya umum 1986 apabila ia tidak pernah menjadi ahli mana-mana gabungan dan memenangi rekod 24 kerusi daripada hanya 177 kerusi parlimen (atau hampir 14% kerusi). Ia kelihatan seperti setiap kali DAP menyertai dengan parti pembangkang lain maka kerusinya akan merosot. DAP hanya memenangi 12 kerusi pada tahun 2004, walaupun, tidak apa-apa lebih baik daripada sebelum itu.



Tengku Razaleigh dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menubuhkan APU untuk mengalahkan Umno di pantai timur (gambar dari http://ditelanzaman.blogspot.nl)


Jadi DAP mencuba segala-galanya. Ia masuk ke dalam gabungan parti serpihan Umno Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah). Ia masuk ke dalam gabungan satu lagi parti serpihan Umno (PKR Anwar Ibrahim) dan juga PAS. Ia ‘pergi solo’. Nampaknya semua tidak menjadi. Ianya sehinggalah 2008 bahawa nasib DAP mula nampak berubah apabila ia berjaya menyapu 85-90% undi Cina dan ‘Tsunami Cina’ membawa kepada gabungan baru berkuasa di lima negeri dengan 82 kerusi di parlimen.

Apa yang berlaku pada tahun 2008 yang tidak berlaku pada tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004? Mengapa ia berlaku pada tahun 2008 tetapi tidak berjaya pada tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004? Mudah, dan jika anda memberi perhatian dalam dua tahun terakhir anda akan tahu jawapan kepada soalan itu. Apa yang berlaku adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 1990 dan 1995 itu adalah Tengku Razaleigh yang memimpin pembangkang . Pada tahun 1999 dan 2004 ia merupakan Anwar Ibrahim yang mengetuai pembangkang (dengan DAP ‘pergi solo’ pada tahun 2004). Pada tahun 2008 ia adalah Mahathir yang memimpin pembangkang , walaupun beliau adalah semata-mata pemimpin pembangkang de facto yang memainkan peranan di belakang tabir.

Pada asasnya, pada tahun 2008 kawasan tumpuan Melayu tidak banyak berubah. Gerakerja tertumpu adalah di negeri-negeri pantai barat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Ini adalah lebih kurang negeri yang ‘berduit’. Ini adalah di mana terletaknya 70% daripada kuasa ekonomi Malaysia. Ini adalah di mana masyarakat Cina mempunyai kuasa dominan.



Mahathir melancarkan kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri dengan mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum pada bulan Jun 2006 yang lalu

Jadi Mahathir menumpukan kepada empat negeri ini. Dia mengarahkan Matthias Chang dan Ling Liong Sik untuk mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Cina, persatuan dan kumpulan peniaga untuk meminta Cina supaya menyokong pembangkang. malah ahli seumur hidup MCA beralih dan mengundi pembangkang. Mereka diberitahu bahawa satu undi kepada PAS adalah undi untuk DAP jadi jangan bimbang tentang mengundi PAS kerana Pakatan Rakyat adalah pakatan pembangkang pimpinan DAP. Oleh itu, pengundi Cina, walaupun orang-orang yang berada di pihak Barisan Nasional, mengundi pembangkang.

Dan itu adalah apa yang berlaku pada tahun 2008 yang tidak boleh berlaku dalam empat pilihan raya umum sebelum itu. Ia mempunyai satu faktor yang sangat penting dan faktor itu adalah Mahathir. Mahathir mengadakan sidang akhbar di seluruh Malaysia dan secara terbuka kepada rakyat Malaysia supaya mengundi pembangkang untuk memberi Umno pengajaran. Umno mesti kalah pilihan raya dan pembangkang pimpinan DAP mesti dibenarkan untuk memerintah supaya Umno boleh dihukum. Malah Mahathir meletak jawatan daripada Umno untuk menunjukkan baha beliau serius mahu Umno dikalahkan dalam pilihan raya umum.



Liong Sik dan Matthias dapatkan Cina MCA untuk mengundi DAP pada 2008 supaya Pantai Barat boleh diberikan kepada pembangkang dan Perdana Menteri boleh digulingkan
Satu undi untuk PAS adalah undi untuk DAP, rakyat Malaysia diberitahu. Sebaliknya, undi untuk MCA, Gerakan, MIC, PPP, dan sebagainya, adalah undi untuk Umno. Jadi mengundi mana-mana parti dalam pakatan pembangkang, ia tidak kira parti mana, maka DAP akan mendapat manfaat. Dan jangan mengundi mana-mana parti dalam Barisan Nasional atau Umno yang akan mendapat manfaat.

Pada asasnya, pertandingan ini adalah antara gabungan yang diterajui Umno dan pakatan pimpinan DAP. Apa-apa manfaat untuk Barisan Nasional sebenarnya adalah manfaat kepada Umno manakala apa-apa manfaat untuk Pakatan adalah keuntungan kepada DAP. Slogan ‘ABU’ (Asalkan Bukan Umno ) tidak bermakna hanya Umno. Ini bermakna semua pihak di dalam Barisan Nasional. Jadi, untuk menolak Umno anda mesti menolak keseluruhan Barisan Nasional.

Ia sebenarnya sangat bijak dan Zainuddin Maidin yang juga dikenali sebagai Zam Tidur. Dia tidak sedar bahawa sejak 2004 bencana pilihan raya umum pembangkang telah pergi ke internet untuk cuba untuk memenangi hati dan minda pengundi, sebagaimana British pernah berkata. Dan sasarannya adalah negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia (yang mengapa Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor jatuh). Tambahan pula, Zam tidak sedar bahawa Mahathir akan menggunakan pengundi Cina untuk mencipta tsunami ini, yang Mahathir yang panggil sebagai ‘Tsunami Kaum Cina’.



Adakah Zam sekadar bodoh atau adakah dia kuda Trojan Mahathir yang tugasnya adalah untuk mengelirukan Perdana Menteri?


Sesetengahnya, bagaimanapun, mengesyaki bahawa Zam mengetahui semuanya ini. Dia adalah orang Mahathir dan mereka mengesyaki dia adalah sebahagian daripada permainan tersebut. Walaupun beberapa bulan sebelum pilihan raya umum Mac 2008 Zam memberitahu kepada Umno bahawa internet tidak memberi kesan dan pengundi tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan internet. Dia sudah sepatutnya tahu pada November 2007, apabila beliau berkata begitu, pengundi sebenarnya telah pun terpengaruh. Dan ini adalah mengapa syak wasangka bahawa Zam tahu tetapi dia adalah sebahagian daripada pasukan Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam.

Dan Zam bukan satu-satunya pensabotaj dalaman atau ‘kuda trojan’. Mahathir juga mempunyai pegawai Cawangan Khas dan lain-lain lagi bekerja untuk beliau untuk melemahkan Umno pada pilihan raya umum 2008. Malah, Mahathir juga menggunakan Cawangan Khas untuk mengelirukan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan selepas itu untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya mengambil tanggungjawab terhadap ‘bencana’ pilihan raya 2008 dan meletak jawatan. Dan itu adalah apa yang Abdullah lakukan 13 bulan kemudian.

Sudah tentu, dalam tahun 2015 hubungan Mahathir dengan Cawangan Khas akhirnya terdedah (yang Abdullah tidak percaya selama ini) apabila Hamid Bador, orang nombor dua dalam Cawangan Khas, mengumumkan bahawa Cawangan Khas setia kepada Mahathir dan tidak kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, atau Abdullah Badawi sebelum itu.



Hamid mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa Cawangan Khas menyokong Mahathir dalam usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri


Bolehkah anda bayangkan kepala atau orang nombor dua CIA memanggil satu sidang akhbar dan mengumumkan bahawa CIA adalah setia kepada Hillary Clinton dan tidak kepada Presiden Donald Trump dan bahawa mereka akan melakukan segala-galanya dan apa saja untuk mensabotaj Trump dan memastikan bahawa dia digulingkan dari pejabat? Jadi, pada tahun 2015 itu adalah apa yang berlaku di Malaysia. Dan ini adalah ‘CIA Malaysia’ sama yang membantu menggulingkan Abdullah dan kemudian cuba untuk menggulingkan Najib.

Ya, jadi Mahathir jadikan DAP sepertimana yang ada pada hari ini, dan semuanya kerana dia mahu menggulingkan Abdullah daripada jawatan dan memerlukan UMNO untuk berbuat demikian. Dan dalam episod yang akan datang kita akan bercakap tentang bagaimana Anwar buatkan PAS sepertimana yang terdapat pada hari ini, dan semua kerana dia tahu bahawa dia telah kehilangan Pakatan Rakyat kepada DAP.

Jadi tunggu untuk seterusnya.





Terjemahan dari : Malaysia Today

Tuesday, 31 January 2017

Mahathir pemimpin maksum, dia tidak pernah bersalah sepanjang hayatnya

GENG BUNGE MEMUJA MAHATHIR SEORANG MAKSUM. MAHATHIR PUN MENGAKU DIA TAK PERNAH BUAT SALAH SEPANJANG 22 TAHUN  JADI PM

1. Ya jika mengikut kefahaman penganut ajaran Mahathir "Geng Bunge" sememangnya Mahahir seorang yang "maksum" lebih mulia dari mana-mana Nabi. Ya Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai PM tidak pernah buat salah jauh sekali dari melakukan kesilapan. Anak kaya-raya bukan salahpun itu hak dia sebagai bapa beri semasa jadi PM. 


488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-Anaknya 
boleh dibaca di sini


2. Mahathir amat pasti masuk syurga kerana haji orang lain adalah haram, orang dapat BRIM kaki rasuah malah menghina Rasulullah SAW menjadi permainan bibirnya sejak dahulu seperti janggut nabi, nabi tiada Gillette, nabi tiada pisau cukur jadi nabi tak bercukur termasuk nabi tiada RM2.6 bilion dalam akaun dan zaman nabi tiada 1MBD sambil bergelak ketawa dengan cina kafir DAP.

3. Mahathir juga melahirkan anak-anak syurga seperti Marina penaung LGBT, seorang anak angkat gay seorang lagi lesbian, cucu pun LGBT satu dari anugerah atas usaha beliau memasukkan Anwar Ibrahim sebagai pesalah liwat seks luar tabii. Tapi semua itu tak apalah. Mahathir tetap seorang maksum. Dia terpelihara dari dosa. Semua "geng bunge" memujanya. Tak mungkin Mahathir salah. Tak apalah geng bunge kata ini hal peribadi.

 4. Percayalah Mahathir tidak pernah salah. Dia semua betul. Dia tak salah bila syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST, TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds dijadikan milik kroni Mahathir, Tun Daim dan Anwar Ibrahim. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat Hicom, Perwaja, Proton, Dayabumi, KLCC dan lain-lain lagi. Skandal BMF, Petronas "Bail-out" Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan, Tabung Haji "Bail-Out" Maju Holdings, beri projek Cable Fiber Optic kepada Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz, kerugian Forex BNM (nilai sekarang RM44b), MAS, PKFZ dll. Semua bukan salah Mahathir. Mahathir tidak salah. Dia MAKSUM! Amalan kroni dan nepotisme tu baginya ada di syurga nanti. 

Apa sahaja yang Lim Kit Siang suarakan tahun 1984 dan 1986 menyalahkan Mahathir bukanlah salah sekarang. Mahathir juga secara automatik menjadi maksum jika bersekongkol dengan DAP. Sama-sama hikpokrit
sebagai amalan mulia ke syurga nanti. 

30 tahun terus kekal menjadi misteri....

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kata Mahathir  "Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. Siapa salah Mahathir atau Musa Hitam?






Tidak salah letak adik ipar sebagai Pengerusi Tabung Haji. Senang nak buat kerja.

Mahathir tahun 1998 guna Petronas Bail-Out syarikat anaknya Mirzan Mahathir Konsortium Perkapalan Berhad.Semua ini tidak salah. Hanya Mahathir saja seorang kat Malaysia ni boleh buat. Orang lain tidak boleh. -Poster: SEMUT



Kisah Opcom baca di sini. Apa sahaja Boboi mahu pasti dapat. Malah jadi MB Kedah pun Boboi dapat atas pengaruh Mahathir. Boboi betul-betul anak bapa. Sekarang jadi Timbalan Presiden Parti Bersatu atas ehsan Mahathir. Boboi memang tiada kelayakan. semua kerana bapak. Masa dalam UMNO dulu bertanding pun kalah. Mahathir tak salah. Dia masih maksum lagi. 


5. Pasti rakyat Malaysia tidak dapat lupakan tarikh disember 2015 apabila kerajaan terpaksa mengumumkan keputusan tidak popular apabila Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016. Berbakul seranah. Rupanya ERL milik proksi Madey YTL ditandatangani pada tahun 1997 diluluskan oleh Mahathir. Ditandatangi oleh Pengerusi Tabung Haji (Ipar Mahathir) dan YTL. ERL dimiliki 50% YTL dan 40% Tabung Haji (bakinya lain-lain). 

6. Ia perjanjian berat sebelah kerana harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic , lima tahun naik, lima tahun naik. Jika kerajaan tidak membenarkan kenaikan maka pampasan perlu dibayar RM 2.9b. JIka ada perundingan semula dengan syarikat konsesi maka terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.







7. Akhirnya.. Pada tahun 2017 ini sahaja Express Rail Link Sdn Bhd bakal memperolehi RM1.1947 BILLION hasil dari cukai airport. Anggap sahajalah ini cara Mahathir punya sumbangan pada rakyat dan negara untuk Kroni dan Proksi. Dengan RM1.1947 billion itu Mahathir kata masih kecil dan sikit shaaja. Begitu juga dengan konsesi Tol serta perjanjian IPP yang ditandatangani zaman Mahathir menguntungkan kroni tu bukan salah Mahathir.



8. Dengan semua yang berlaku, Percayalah Geng Bunge masih tetap memuja dan berkata Mahathir maksum tidak pernah bersalah. Mahathir adalah ahli syurga.


Captain M
30 Januari 2017