Showing posts with label mahmud zakaria. Show all posts
Showing posts with label mahmud zakaria. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

Lim Guan Eng tidak percayakan ADUN Pakatan? - Datuk Mahmud Zakaria



GEORGE TOWN: Seorang ADUN Umno hari ini soal kerajaan Pulau Pinang sama ada ia telah hilang keyakinan terhadap wakil rakyat Pakatan Harapan, setelah memilih orang luar negeri jadi pengarah syarikat perbadanan negeri.

ADUN Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) membangkitkan jawapan bertulis oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) yang menyifatkan pengarah yang baru dilantik menggantikan Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Ong Chin When (PKR-Bukit Tengah) menampakkan ciri-ciri “jujur, amanah dan kompeten”.
“Jadi adakah anda mengatakan pengarah sebelumnya, iaitu Kebun Bunga dan Bukit Tengah tidak cukup amanah pada anda?

“Adakah anda mempersoalkan wakil rakyat yang mewakili Pulau Pinang dan Pakatan Harapan anda?” soalnya lagi ketika sesi perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertua Negeri tadi.
Guan Eng tidak hadir ketika perbahasan tersebut, dan ADUN Pakatan Harapan yang hadir mengunci mulut.

Kah Peng, yang hadir, hanya berdiam diri.
Kah Peng dan Chin When dipecat daripada jawatan pengarah di Perbadanan Bukit Bendera dan Penang Invest and Island Golf Properties Bhd selepas mengambil langkah berkecuali dalam undian usul penambakan laut yang dibawa ADUN Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dalam sesi perbahasan yang lalu.

Tempat Cheah digantikan oleh Ahli Parlimen Anthony Loke (DAP-Seremban), manakala Ong digantikan oleh Ahli Parlimen Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
Dalam jawapan bertulis tersebut, Guan Eng berkata pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri adalah berdasarkan kelayakan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap individu yang dilantik.

“Kerajaan negeri ingin mendapat khidmat pengarah yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan GLC berkenaan, perspektif dari luar Pulau Pinang juga penting untuk memajukan organisasi.
“Pengarah-pengarah GLC memang ada dilantik di kalangan individu dari Pulau Pinang dan juga dari negeri lain bagi memberikan keseimbangan perspektif untuk memajukan organisasi,” katanya lagi.
Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini menyamakan pemecatan dua ADUN PKR itu dengan penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukan Menteri Besar Selangor pada 2014.
“DAP menghormati keputusan PKR untuk memecat Khalid ketika itu dan tidak memulakan perang mulut dengan PKR,” kata setiausaha politik Guan Eng, Wong Hon Wai.

Sumber-FreeMalaysiaToday