Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Thursday, 12 January 2017

Pertikai kemampuan Faiz Subri berbahasa Inggeris, netizen bidas Malaysiakini

MUNGKIN kerana gugup dan jarang menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian, ucapan Mohd Faiz Subri ketika menerima Anugerah Puskas di pentas Anugerah Bola Sepak FIFA The Best 2016 di Zurich pada awal Selasa, tidak selancar yang sesetengah pihak harapkan.

Ia bagaimanapun tidak menimbulkan masalah kerana perkara yang penting adalah pencapaian pemain berusia 29 tahun itu telah membanggakan negara.

Namun, apabila sebuah portal berita mengeluarkan satu artikel yang dilihat mengkritik kebolehan berbahasa Inggeris Faiz, ramai yang tampil memberi pandangan.

Antaranya adalah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Joe Najib.

Dalam satu kemas kini status panjang lebar, Joe mempersoalkan etika kewartawanan yang dimiliki penulis artikel berkenaan yang disifatkan seolah-olah mengamalkan double standard.

Status Joe Najib telah menerima lebih 20 ribu likes.
Status Joe Najib telah menerima lebih 20 ribu likes.


Ini kerana, kebanyakan atlet, waima juara dunia sekalipun, mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang 'biasa-biasa' sahaja.

Bukan sahaja atlet, malah penduduk di seluruh dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kebiasaannya tidak menguasai bahasa itu dengan sepenuhnya.

Apa yang penting adalah kejayaan individu seperti Faiz adalah lebih besar, jauh lebih besar mengatasi kekurangannya dalam berbahasa Inggeris.

Mengakhiri statusnya, Joe Najib melontarkan pertanyaan kepada si penulis tentang sumbangannya kepada negara.
"Selain memberikan anda gaji setiap bulan, apa lagi yang anda dapat daripada penguasaan bahasa Inggeris anda yang sangat baik itu?

"Saya tak sanggup nak tanya apa pula sumbangan anda kepada negara," tulisnya.

Status Joe itu telah menerima lebih 27,000 likes dan lebih 7,000 perkongsian.

Friday, 18 November 2016

Pengasas Malaysiakini diheret ke mahkamah siber esok

Pengasas Malaysiakini akan didakwa esok berhubung 2 video yang dimuatnaik laman video portal itu Julai lepas yang memaparkan bekas naib ketua Umno bahagian Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Malaysiakini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Premesh Chandran dan Ketua Editor Steven Gan, yang juga pengarah di syarikat KiniTV, akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Khas Siber yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Gan, dalam ucapannya kepada kakitangan berkata Malaysiakini akan mencabar pendakwaan itu, dan menambah mereka “hanya menjalankan tugas sebagai wartawan.”

“Kita pernah disiasat beberapa kali sebelum ini, tetapi ini pertama kali kita didakwa,” katanya, menurut portal itu.
Seksyen 233(1) memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.
Pada 6 November Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal itu di Petaling Jaya dan merampas 2 buah komputer.
Video itu untuk mengandungi kenyataan Khairuddin dalam satu sidang media dimana beliau mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Monday, 31 October 2016

Malaysiakini Perlu Jawab Sumbangan Wang Soros




PORTAL Malaysiakini mendapat pembiayaan dana berbentuk wang dari kuasa asing dengan tujuan tertentu?

Ini dijelaskan melalui kebocoran sebuah dokumen dalaman daripada Foundation Open Society George Soros. Kebocoran dokumen berkenaan melalui sebuah laman web dikenali sebagai DS Leaks.

Menurut dokumen berkenaan, George Soros mempunyai "niat tersembunyi" terhadap negara kita, Malaysia. Ia juga ada kaitan mahu melihat parti pembangkang menguasai Kerajaan Malaysia, namun ia tidak mahu terlalu terang-terangan.

Katanya, pembiayaan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada portal propembangkang tersebut, malah BERSIH dan Merdeka Center juga turut menerima sumbangan berkenaan atas alasan kearah pilihan raya "yang bebas dan adil" di Malaysia.

Open Society Institute (OSI) yang dipunyai oleh George Soros dipercayai mempunyai saham 29% dalam Malaysiakini.

Pada 30 Julai 2015, dalam satu tulisan di Facebooknya, Maria Chin Abdullah pernah mengakui mendapat dana dari National Democratic Institute, NED dan OSI.

"Yes, we did take money from Ndi dan Osi, but not NED" ini pengakuan Marina Chin.

Pengakuan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah itu membuktikan mereka ada mengambil dana asing untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Terdahulu, semasa BERSIH 4.0 yang lalu Maria hanya membuat alasan akan menjawab di mahkamah mengenai dana RM2.4 juta yang diterima, namun tidak menafikan.

Setelah kebocoran dokumen melalui DS Leaks ini, Malaysiakini pula harus berani untuk menjawab tentang pembiayaan wang dari Soros ini.

Malaysiakini terkenal sebagai sebuah portal yang berani mendedahkan pelbagai isu berkaitan kerajaan, kenapa pula dalam isu ini mereka harus mendiamkan diri begitu sahaja?

Jika melihat kepada serangan propaganda media daripada Malaysiakini khususnya semasa himpunan BERSIH, tidak mustahil portal berkenaan turut menyokong kearah pilihan raya "bersih dan adil" yang mana juga dipercayai agenda Soros di negara ini.

Jangan hanya berdiam atau cuba melarikan diri begitu sahaja. Malaysiakini harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan sejujurnya. Sila jawab mengenai sumbangan wang Soros kepada anda segera.

Pihak berkuasa perlu menyiasat akaun syarikat Bersih & Adil Network Sdn Bhd yang dimiliki oleh Maria Chin Abdullah. Juga akaun Malaysiakini harus diaudit dan dibentang pada umum.

Hampir 11 bulan yang lepas, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima dana RM1.2 bilion dari Israel.

Sampai sekarang DAP masih belum menjawabnya. Sama juga seperti kes dana Soros ini, Malaysiakini perlu menjawabnya dengan segera.

Benarkah 29% saham Malaysiakini dimiliki Soros?

Tulisan :
Beruang Biru
BB109, Isnin
31 Oktober 2016

Monday, 24 October 2016

Orang Melayu perlu BOIKOT MALAYSIAKINI


Orang Melayu digesa memboikot dan berhenti daripada melayari portal berita liberal Malaysiakini yang bermotifkan anti-Melayu dan Islam.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, portal liberal berkenaan sering memanipulasi isu dan memprovokasikan umat Islam terutama dalam isu-isu berhubung Islam dan Melayu.

“Ini jelas portal Malaysiakini bermotifkan anti-Melayu, anti-Islam, pro liberal dan melanggar semangat Perlembagaan negara.

“Justeru, orang Melayu perlu boikot Malaysiakini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ini berikutan portal lidah liberal berkenaan kerap menyiarkan artikel dan bahan-bahan laporan yang anti-Islam serta Melayu, dan ia konsisten sehingga kini.

Terbaru, isu berkaitan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi sasaran Malaysiakini untuk menyerang institusi agama itu sekaligus membuka ruang provokasi daripada kumpulan liberal.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperjelaskan isu status permohonan halal sebuah kedai roti francais yang diviralkan di laman sosial tersebut, namun Malaysiakini berterusan menyiarkan artikel dan berita ‘sampah’ yang menghentam Jakim.

Artikel yang disiarkan di Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataan Jakim dengan membanding-bandingkan status halal makanan tempatan dengan beberapa nama makanan makanan yang dilihat mengundang kekeliruan kepada orang Islam.

Selain itu, Malaysiakini juga kerap memanipulasikan dan mengelirukan laporannya berhubung isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berterusan menamakan akta itu sebagai ‘hudud’.

Portal itu juga sering menyiarkan berita mengikut sudut yang mengundang kemarahan dan kebencian pembaca terhadap hukum Islam, institusi dan tokoh Islam.